Silent Melody [✔️]

Bởi arniey11

344K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... Xem Thêm

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 98

2.6K 273 11
Bởi arniey11

Mata aku merenung ke luar tingkap bilik ini. Aku masih lagi ingat kejadian semalam. Kejadian dimana Emerline mengambil alih badan aku.

Sejujurnya aku memang hilang kawalan selepas kembali dari kubur ibu aku. Aku tidak menyangka pula emosi aku tidak teratur sehingga menyebabkan Emerline mengambil alih badan aku.

Untung sahaja waktu itu aku tidak melakukan kerja yang bodoh. Namun aku berasa pelik bagaimana aku boleh berada di atas katil pada waktu aku sedarkan diri pagi tadi. Tak kan lah ada orang yang lihat Emerline mengambil alih badan aku.

Yang aku ingat hanyalah, aku merosakkan violin aku dan selepas itu memori aku terus terpadam. Rasanya pada waktu itu Emerline mula mengambil alih badan ini. Dia memang pantang melihat aku dalam keadaan itu. Dan yang lebih teruk adalah violin aku.

Sudahlah semalam aku bertindak agresif dengan menghempas violin aku ke lantai. Rasanya mesti aku tidak boleh gunakan violin aku lagi. Kena jugalah aku beli violin baharu sebelum sekolah bermula isnin ini.

Mata yang merenung ke luar tingkap ini beralih melihat ke arah meja belajar aku. Tidak ada apa yang menarik namun aku hanya menatap kosong ke sana. Aku mengeluh lalu aku berdiri dan berjalan menuju ke meja itu.

Satu novel yang aku letak di atas rak meja itu menarik perhatian aku. Itu bukan novel yang Jason berikan pada aku hati itu ke?

Seingat aku dia ada kata untuk suruh baca namun aku masih belum ada kesempatan untuk membaca. Lagipun aku audah baca novel ini dahulu jadi buat apa aku baca novel ini. Ada benda yang berlainan ke?

Novel itu dicapai oleh aku lalu aku bawa novel tersebut menuju ke meja yang aku duduk tadi. Kulit novel itu dibuka dan kelihatan masih sama macam yang aku punya.

Aku dengan malasnya menyelak setiap satu muka surat buku tersebut. Kadang-kala ada juga aku baca sedikit cerita ini. Buat apa aku baca semua kalau aku sudah baca karya ini dari awal.

Dalam aku menyelak satu persatu muka surat itu, tiba aku terperasaan aku nota kecil dilekatkan di satu muka surat buku ini.

[Aries tak pernah salah, cuma orang sekeliling dia buat dia bersalah. Sama seperti kamu, kamu tak salah cuma kamu dihantui oleh pendapat orang yang membuat kamu salah.]

            -Amel

Amel!

Itu nama ibu aku. Jadi ini adalah tulisan ibu aku yang diberikan kepada Jason. Kenapa ibu aku tulis semua ini?

Jason ada cakap hidupnya sama seperti aku, jadi dia beri buku ini supaya aku dapat baca dan cari pengajarannya.

Namun aku masih tidak faham kenapa mesti buku ini? Bukankah lebih baik kalau dia simpan sebagai kenangan terakhir ibu aku. Buat apa beri aku walaupun dia sudah tahu pengakhiran aku bagaimana.

Dan satu lagi kenapa Aries mesti disebut oleh ibu aku? Aries merupakan watak utama cerita ini namun dia adalah antagonis yang sangat kejam. Semua orang nak dia mati dan begitu juga pengakhiran cerita ini.

Dari nota kecil tadi ibu mengatakan bahawa dia tidak salah. Aku setuju dengan pendapat itu kerana aku berada di situasi dimana semua orang menyalahkan aku dengan benda yang aku tidak lakukan.

Aku membuka lagi muka surat yang lain untuk mencari nota kecil yang sama seperti ini. Diselak aku kertas novel ini dan akhirnya aku menemui satu lagi nota kecil.

[Kalau kamu diberikan kesempatan mengubah masa lalu, janganlah kamu terima. Mengubah masa lalu tidak akan mengubah apa-apa takdir yang sudah tertulis.]

-Amel

Aku menutup mulut aku. Tidak percaya dengan apa yang dibaca ini. Kenapa nota kecil ibu aku ini seakan tahu keadaan aku sekarang.

Memang aku sekarang selalu berfikir untuk mengubah masa lalu. Namun aku tahu benda itu mustahil.

Buku ini diselak lagi untuk mencari nota kecil itu lagi. Tidak tahu kenapa namun nota ini seperti diberi khas untuk aku. Adakah kehidupan Jason memang sama seperti aku?

Jason kata novel ini boleh menolong aku. Jadi ini yang dia maksudkan. Dengan nota yang ibu aku pernah tulis ini. Tetapi nota kecil ini bukan untuk aku melainkan untuk Jason.

[Kamu hebat sebagai diri kamu sendiri. Tidak perlu ikut kata orang lain yang mungkin menyesatkan kamu.]

-Amel

[Kamu sama seperti Aries. Kamu hanya manusia yang disakiti, jadi kamu tidak perlu menyakitkan diri kamu untuk lari dari semua itu.]

-Amel

Air mata aku bertakung membaca pesanan ini. Apa ibu aku memang dapat lihat masa hadapan? Kata-kata ini sangat mengenakan dengan situasi aku kini.

Aku selalu menyakitkan diri sendiri untuk lari dari masalah aku. Aku tidak tahu cara lain yang boleh tolong dalam mengubat kesengsaraan yang aku hadapi kini.

Kalau Aries adalah aku, adakah Aries akan menjadi kejam juga. Dia di dalam watak cerita ini menjadi kejam kerana diperlakukan salah sejak kecil dan aku pula diperlakukan sebagai pembunuh walaupun kami berdua tidak melakukan semua itu.

Namun ada perbezaan antara kami dimana dia berubah menjadi seorang yang kejam untuk membalas dendam dan aku hanya ingin menamatkan kehidupan aku kerana terlalu penat hidup begini. Jadi yang mana lebih teruk? Seorang yang berusaha ataupun seorang yang berputus asa.

Mata aku dipejamkan. Timbul rasa bersalah di dalam hati ini. Kalau ibu aku masih ada adakah dia akan kecewa melihat aku begini?

Mama...

Kenapa aku terlalu bodoh? Setiap hari aku berfikir mahu tamatkan hidup ini kerana sudah berputus asa mendapat semua kritikan. Namun tidak pernah sekali aku terfikir untuk mengubah maksud kritikan itu. Apa aku terlalu bodoh tidak tahu semua ini.

Mata aku terasa sungguh basah. Aku menanggis di sini. Inikah yang dimaksudkan oleh Jason bahawa novel ini boleh menolong aku.

Aku tidak tahu kenapa tetapi kata yang tertulis di setiap nota kecil novel ini seakan menusuk ke hati aku. Kata yang sangat tepat untuk aku.

Aku menyelak lagi muka surat buku ini dan tiba aku terlihat satu kertas terselit dalam buku ini. Aku mengambil kertas itu lalu membacanya.

Kepada Jason,

Saya tahu kamu menahan sakit kamu selama ini. Walaupun kamu tak nak ceritakan kepada saya tapi saya yakin kamu dapat bebas dari kesengsaraan kamu itu.

Saya tulis surat ini bukan untuk memujuk kamu menceritakan sakit kamu itu kepada saya. Tapi saya nak beri kamu sedikit nasihat.

Saya sudah dengar cerita yang ibu bapa kamu terlibat dalan kemalangan dan semua orang menyalahkan kamu. Tapi sebenarnya kamu tak salah pun. Kamu memang tidak salah dan kamu tidak ada terlibat pun dalam kes itu. Jadi kamu janganlah salahkan diri kamu sendiri.

Semua yang terjadi ada sebabnya. Mungkin ibu bapa kamu pergi sebab memang sudah tertulis di dalam takdir mereka dan kamu sebagai manusia yang masih hidup, kamu mesti berusaha untuk terus maju.

Kamu tak boleh menjadikan kritikan orang itu sebagai kata yang melemahkan kamu. Malah jadikanlah ia satu kata yang menyemangatkan kamu.

"Kita tidak tahu masa hadapan. Tapi kita boleh ubah masa hadapan dengan mengubah diri kita sekarang."

Itu adalah kata yang ditulis dalam novel ini. Bagi saya kamu dan Aries ini sangat sama. Kamu berdua membesar dengan kritikan dari orang yang tidak tahu cerita sebenar. Jadi tidak salah untuk kamu tengakkan kebenaran sama seperti Aries.

Dia kejam tetapi apa yang dia mahu hanyalah kebenaran kisah silamnya dan kamu boleh melakukan apa sahaja yang kamu mahu untuk tengakkan kebenaran kesalahan tidak pernah kamu lakukan.

Kalau kamu baca novel ini bermakna kamu faham maksud saya. Apa yang saya mahu hanyalah kamu menjadi seorang yang kuat seperti Aries.

Tidak tumbang dengan kritikan manusia dan bangkit demi diri sendiri bukan orang lain.

Surat dan novel ini mungkin akan dibuang oleh kamu tetapi saya amat berharap kamu simpan surat dan novel ini bersama lalu berikanlah kepada orang yang kamu fikir senasib dengan kamu.

Menyelamatkan orang dengan kata memang susah namun tidak mustahil untuk dilakukan. Saya yakin ramai orang seperti kamu yang hidup dalam kesengsaraan akibat kritikan yang tidak benar.

Dan akhir kata dari saya, hidup ini tidaklah seindah yang kita mahukan, namun kita boleh mengubah menjadi seindah yang kita mahu. Jadi janganlah berputus asa dan teruskan usaha kamu untuk teeus hidup. Saya tahu hidup saya tak terlalu lama di dunia ini, tetapi saya mahu melihat kamu berjaya sama seperti orang lain.

Saya sudah anggap kamu seperti anak saya. Jadi hiduplah semahu kamu, tanpa halangan orang lain.

Dan sekali lagi saya nak ucap, selamat ulang tahun ke-12.

-Amel

Air mata aku mengalir membaca surat arwah ibu aku yang ditulis kepada Jason ini. Sangat menyentuh hati.

Hidup Jason yang sama seperti aku membuat aku bertambah sedih. Dia hadapi semua itu sendiri dan apabila hadirnya ibu aku, dia mula bangkit kembali. Namun hidup ibu aku pada waktu itu tidak panjang dan terpaksa meninggalkannya sendiri sekali lagi sama seperti ibu bapanya yang pergi meninggalkannya.

Dia mesti sudah kehilangan kekuatan pada waktu itu dan hanya buku ini adalah peninggalan terakhir untuknya. Tetapi sekarang buku ini kembali ke tangan penyebab wanita itu pergi.

Apa aku memang layak mendapat buku ini? Aku tahu hidup aku dengan Jason hampir sama tetapi aku tidak pernah merasai bagaimana rasanya ada orang seperti Jason dan ibu aku.

Buku ini ditutup oleh aku tidak sanggup lagi aku membacanya. Semakin hati aku terasa pedih melihatnya. Kenapa agaknya semua kata ibu aku di dalam buku ini sangat menyentuh hati aku.

Apa aku memang sudah terlalu sakit atas semua yang terjadi selama ini? Aku tidak tahu. Apa yang aku tahu hanyalah aku sangat tidak menyukai perasaan ini.

"Kalau mama ada sekarang, apa mama akan kata Rechel sama seperti Aries?"

Kata-kata tu aku buat sendiri ya. Jangan pandai nak cakap aku ambil dari quotes org.

Tapi kalau korang nak guna kata-kara tu utk qoutes. Gunalah. Ada juga rasa berguna aku buat semua tu.

Also follow ig aku. Aku dh ada ig for wattpad. Nama dia: @arniey11

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

61.3K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
1M 54.4K 70
Tak payah bacalah.Cerita ni mengarut .Serius tak tipu. Tapiii buat siapa yang degil,Sis ucapkan : Selamat membaca Vote and comment P/s :typo...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...