musuhku suamiku

By hwasamomoos

38.5K 898 208

enemy to lovers? huiii parah parah. fiya gadis ulat buku yang sering dibuli kerana tidak mengikut fesyen pere... More

Bab 1
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
bab 24
bab 25
tamort✨
Adik baru 💕

Bab 12

1.2K 31 0
By hwasamomoos

Khai dan Fiya seperti biasa akan ke Cafe bersama setiap petang. Cafe milik Mak Cik Del. Memang hipster habis!

Walaupun mak Cik del dah masuk 69 tahun,jiwanya seperti anak muda zaman sekarang. Banyak orang salah sangka apabila melihat fiya Dan khai keluar bersama. Sedangkan mereka hanya kawan rapat.

"Macam biasa Cik Del. Air tembikai dua,nasi ayam satu dengan nasi daging merah" Khai memesan tanpa melihat menu. Mereka boleh dikatakan costumer tetap kedai ni.

"Berdua je ke? Haih bila nak bertiga ni" mak Cik del ketawa dengan usikannya. Bukan dia Tak tahu fiya Dan khai tu kawan dari kecil saja mahu menceriakan suasana.

"insya-Allah Tak lama lagi" fiya hanya mengikut rentak usikan mak Cik del. Tak kisah pun sebenarnya.

"Lapar cendol pulak" Khai mula terliur dengan makanan kedai sebelah. Besar besar terpampang gambar cendol dan ais Kacang.

"Gi lah beli,aku tunggu" Dompet diambil dari poket seluar memastikan duit cukup. Khai menyeberangi jalan dengan berhati hati,Hari petang ni banyak orang dah balik kerja.

Fiya leka bermain dengan telefon pintarnya. Memang dia hantu game lagi lagi game survival. Kerusi dihadapannya berbunyi kerana ditarik. Fiya sangkakan itu khai jadi dia buat Tak tahu saja.

"Cepatnya kau beli cendol khai" mata masih leka memandang skrin telefon. Fiya betul betul Tak perasan bukan seorang saja,empat orang lelaki berdekatan dengannya.

"Uish game survive do" terhenti fiya dari bermain. Terkejut dia melihat empat orang lelaki di sekelilingnya, geng ray.

Fiya mula gelisah. Sudahlah dia bersendirian di sini. Orang pula Tak ramai lagi. Khai lah ni,pilih tempat duduk jauh daripada orang lain. Acah acah nak ketenangan lah sangat.

"Dating ker?" Afiy duduk di sebelah Fiya sambil tertawa.

"Mana budak lembab tu?" Haikal memang lebih suka membuli khai.Fiya jijik melihat riak yang ditunjukkan Haikal seolah olah seronok mahu menyakitkan mereka.

"Blah lah" fiya Tak tahu kenapa dia Tak boleh bangun dari kerusi. Kakinya seperti digam mahu melekat di situ. Matanya meliar mencari kelibat khai.

"Hmm betul cakap kau,dia ni menarik" seorang lagi lelaki tersenyum memandang Fiya. Fiya Tak kenal siapa lelaki tu, entah siapa pun lantaklah.

Dari Mana fiya dapat kekuatan dia sendiri Tak tahu. Kuat bunyi kerusi ditolak ke belakang. Menahan marah yang mula menguasai diri. Nombor khai didail laju.

Fiya berdiri jauh daripada lelaki lelaki mereng tu. Ajaibnya mereka Tak mengganggu Fiya,sekadar memerhati dari jauh.

"Datang sini cepat" talian dimatikan. Kasihan khai,dijadikan tempat melepaskan kemarahan.

Punya laju khai berlari semula ke cafe. Nasib dia Tak dilanggar kereta tadi,kalau Tak haih masuk kuburlah jawabnya. Tak sempat mahu merasa cendol terbaik milik Pak Nasri.

Khai perasan Akan kehadiran empat orang lelaki di situ. Jadi dia dah boleh mengagak situasi. Cepat cepat dia mendekati Fiya.

"Fiya" Ditarik tangan fiya duduk di meja berdekatan.

"Aku nak balik" suaranya dingin. Memang Tak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang bergaduh. Yang memujuk tu pastilah khai.

"Janganlah macam ni. Makanan Kita dah nak siap dah"

"Kita makan dulu,lepastu Kita balik okeyh?" Khai cepat cepat menyambung sebelum dimarahi Fiya.

"Diorang Tak buat apa apa kan?" Khai masih lagi risau dengan Fiya. Dia sahajalah kawan yang khai ada,Khai dah anggap fiya seperti Adik perempuannya sendiri.

"Fine" handphone nya dilempar kasar atas meja. Boleh didengari sehingga hujung cafe. Ada juga mata mata yang memandang,tapi fiya Tak peduli.

Fiya dengar gelak tawa dari meja lelaki berempat tu. Pasti mempertawakan dia. Kalau boleh mahu saja dia order air panas dan simbah di wajah mereka.

Pap! Fiya terjaga dari mimpi ngerinya. Berpeluh peluh wajahnya sehingga bajunya turut basah. Dia mengucap berkali kali sambik mengurut kakinya yang terasa agak sakit sebab dia bangun secara mengejut.

"Kenapa sayang?" Ray terjaga sebab lampu disebelahnya menyala. Dipegang bahu fiya perlahan.

"Tak ada apa" Fiya Cuba untuk bangun. Dia mahu ke tandas.

Ray membantu fiya berjalan. Sebenarnya fiya sudah kuat mahu berjalan sendiri,tetapi ray terlalu risaukan isterinya.

Keluar dari tandas wajah ray yang menyapa fiya dahulu. Seperti tadi ray membantu dia ke katil.

"Raif dah minum?" Fiya perasan malam ni langsung dia Tak bangun menyusu anaknya. Pasti ray yang tolong.

"Kenyang dah tu. Nyenyak lah dia" Ray mengantuk sangat. Pukul 2 pagi tadi baru dia tertidur lepas beri anak dia minum susu. Furqan pula terjaga malam tadi,merengek mahu tidur sekali. Penat juga dia memujuk Furqan dengan macam macam mainan,bukan Tak mahu Furqan tidur sekali. Tapi anaknya mudah terjaga jika Raif menangis nanti.

Pasti Furqan buat perangai nanti. Ray risau fiya yang kena bangun dan uruskan anak mereka. Cukuplah perit isterinya melahirkan dua zuriat buat dia.
__________

Furqan menemani Fiya dengan adiknya Hari ni. Ray pula keluar sekejap ada kerja yang perlu diselesaikan.

Furqan bermain main dengan jari adiknya yang Halus. Teruja dengan bayi kecil seperti Raif.

"Mummy nanti raif panggil urqan apa?" Walaupun Furqan petah bercakap tetapi dia pelat dengan huruf F. Kasihan,tidak boleh sebut nama sendiri dengan sempurna.

"Abang" fiya tersenyum. Comel betul kedua dua anaknya. Lelaki pun lelakilah,yang dia Tak boleh terima kenyataan tu. Wajah mereka juga mirip ray. Hanya sikit sikit saja yang ikut mukanya. Mungkin dna ray lebih kuat agaknya.

"Mummy call daddy abang jugak?" Ha sudah. Banyak pula soalan budak kecik ni harini .

"Mummy panggil daddy abang sebab mummy dengan daddy berkahwin. Furqan dengan Raif anak mummy dengan daddy"

"Raif kena panggil Furqan abang sebab Furqan lebih tua dari Raif. Or Furqan nk Raif panggil along? "

Lama Furqan berfikir. Berkerut kerut dahinya,Tak faham sebenarnya apa yang diterangkan fiya tapi dia lebih fokus kepada soalan along atau abang.

"Hmm abang!" Mainan keretanya diletak di atas katil. Kaki pendekknya terkuis kuis mahu memanjat katil.

"Mummy next time urqan nak Adik perempuan pulak" fiya tergelak. Baru saja dapat Adik,mahu Adik lagi. Jangan cakap depan ray sudahlah. Tak pasal pasal tahun depan dia mengandung lagi.

"Okey. Tapi jangan bagitahu daddy okey?"

"Okey!" Jari kelingking mereka bersatu.
__________

"Daddy dah balik" Furqan menerpa memeluk tubuh sasa ray. Nasiblah ray berpaut pada pintu rumah,dia baru mahu bukak kasut.

"Seronok teman mummy dengan Adik?" Tubuhnya direhatkan di sofa. Furqan memanjat dan berbaring di atas ray.

"Seronok! Mummy kata nanti raif panggil urqan abang" ray mengangguk. Dicium pipi tembam Furqan.

"Lagi?" Mahu tahu juga apa yang diborak isterinya dan Furqan.

"Mummy cakap mummy dengan daddy kahwin" laju mulut Furqan bercerita.

"Dari perkahwinan mummy dengan daddy lah dapat Furqan dengan Raif" Furqan hanya membisu. Tak faham dengan apa yang dikatakan ray. Ray hanya tersenyum.

"Urqan minta Kat mummy. Urqan nak Adik perempuan pulak lepasni" terbatuk ray mendengar kenyataan Furqan.

"Daddy okey?" Laju ray mengangguk. Adik lagi? Dia mahu ketawa tapi ditahan.

"Mummy cakap apa?"

"Mummy cakap nanti. Pastu mummy kata jangan bagitahu daddy". Nak kena mummy ni. Nanti daddy babap mummy. Tersengih sengih ray memikirkan riaksi fiya bila dapat tahu yang dia dah tahu.

"Boleh Tak daddy? Urqan nak Adik perempuan?" Ray mencium dahi anaknya lama.

"Kena tunggu lama" ray sendiri Tak tahu nak bagi jawapan apa. Nak kata boleh,bukan dia yang beranak nanti. Nak kata Tak boleh,dia nak anak perempuan juga.

"Why?" Ah Furqan banyaknya tanya. Daddy dah Tak tahu nak jawab apa ni sayang.

"Daddy lapar. Jom makan" didukung tubuh kecil Furqan bersamanya ke dapur.

"Yeyyeyye" Furqan menjerit riang apabila diangkat tinggi ke udara. Terlupa sudah dengan soalan dia tadi

Continue Reading

You'll Also Like

10.8K 3.8K 151
كهيدوڤن؟ Takkan diri mengenali erti kehidupan jika tidak.. ✔️Diuji, ✔️Dihina, ✔️Dicaci, ✔️Dimaki, ✔️Dipinggirkan, ✔️Dipermainkan, ✔️Dipergunakan...
236K 9.9K 36
Jihyo paling benci kalau ada org masuk ke dalam biliknya. Termasuklah lelaki byuntae separuh gila itu, Song Joong Ki. Dia suka mmbuat adik tirinya ma...
30.4K 987 13
Tengku Zafril Rafael - seorang mafia yang dingin, memiliki rupa paras yang kacak, merupakan CEO SYARIKAT MEGAH HOLDING, mempunyai 2 orang adik beradi...
17.4K 207 15
Lelaki Itu Takdirku. (S1) Update: (Completed) By : Nyff. 2023-28/11/23 "08.09.2020" "Nur Bella Aryel binti Muhd Harel.Aku ceraikan kau dengan talak 1...