Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 97

2.6K 245 10
By arniey11

Tok! Tok!

Pintu bilik tersebut diketuk oleh Arshen sebelum dibuka olehnya. Masuk sahaja dia, terus dia dapat melihat muka Cruz yang duduk di hadapan komputer di meja kerjanya.

"Kenapa kau tiba-tiba nak jumpa aku?" Soal Cruz tanpa memandang Arshen.

Arshen mengambil kerusi di hadapan lelaki itu lalu duduk. Matanya memandang Cruz yang masih lagi sibuk dengan kerja itu. Apa hospital sekarang ada masalah sampai sibuk begitu.

"Aku nak bincang tentang Rechel," tangan Cruz terus terhenti apabila mulut Arshen menyebut nama gadis itu.

Matanya memandang ke arah lelaki yang tua 2 tahun darinya itu. Muka lelaki itu kelihatan serius bermakna perkara yang ingin dikatakan adalah perkara yang serius juga.

"Kenapa dengan dia?" Soal Cruz.

Arshen terdiam sejenak. Dia cuba mengambil kekuatan untuk mengatakan hal yang dia dengari tadi.

"Kau dan Rechel, okay tak sekarang?"

Cruz memandang Arshen hairan. Kenapa pula lelaki ini tanya soalan itu?

"Kenapa kau tanya?" Cruz mahukan kepastian.

"Jawablah dulu soalan aku tadi," Arshen berkeras.

Cruz berfikir sejenak lalu menggelengkan kepalanya.

"Baru hari tu aku gaduh sama dia," Cruz teringat akan hari dia bergaduh dengan Rechel akibat Rechel menolak mahu memakai ubat.

Pergaduhan itu sangatlah besar sehingga membuat Rechel tidak mahu bersemuka dengan lelaki itu lagi. Dia bukannya mahu bergaduh dengan Rechel hari tu tapi disebabkan dia terlalu ikutkan hati, dia telah berbuat begitu.

Dia mahu meminta maaf namun mulutnya terlalu sukar mahu mengatakan hal itu. Dan membuatnya lagi sukar adalah Rechel tidak mahu bertembung muka pun dengan dirinya. Memang dia menyesal sekarang.

"Jadi kenapa kau tanya?" Cruz menyoal balik soalannya tadi.

"Sebenarnya tadi aku jumpa Rechel dekat kubur mama," ujar Arshen lalu menceritakan semua yang dia dengari dari awal sampailah akhir.

Cruz yang duduk di hadapannya mendengar dengan teliti setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

Dan sesungguhnya dia juga terkejut mendengar semua itu. Dia tidak menyangka semua itu akan keluar dari mulut gadis itu.

Rasa bersalahnya mula menjadi semakin besar. Mungkin juga dia jadi salah satu penyebab Rechel menanggis di kubur ibunya.

"Aku tak sangka pula semua itu akan terjadi," ujar Cruz perlahan. Matanya memandang meja dengan penuh rasa bersalah.

"Sebab tu aku datang sini nak bincang dengan kau. Kita kena berbaik dengan Rechel sebelum dia graduate. Kau tahukan lepas graduate, dia nak keluar dari rumah ni."

Cruz mengetap bibirnya. Betul juga kata abang sulungnya itu. Kalau dia tak berbaik dengan Rechel dalam masa terdekat ini mungkin selepas ini peluang untuk dia berbaik mahupun bercakap gadis itu tidak ada.

Dia takut juga semua itu kerana dia sudah berjanji pada dirinya sendiri mahu menebus kembali kesalahannya yang dahulu. Kesalahannya itu tidaklah besar namun disebabkan itu jugalah Rechel menjadi seperti kini sekarang. Semua sebab dirinya yang terlalu ego itu.

Dia sudah meminta tolong Clarissa tetapi Clarissa hanya mengatakan untuk dia mengubah persepsi dirinya sendiri.

"Kita nak buat macam mana. Rechel tengok muka aku pun dia sudah benci. Apatah lagi nak cakap dengan aku," Cruz mengeluh. Realiti kehidupannya kini.

Arshen setuju dengan kata Cruz itu dan sebab itu jugalah niatnya mahu berbaik dengan Rechel menjadi semakin sukar.

"Tapi kita kena buat juga. Kan kita dah janji dengan mama dulu. Kau tak lupakan janji tu."

Cruz terdiam. Dia mula teringat akan janjinya terhadap ibunya dulu. Janji di mana dia akan menjaga Rechel sehinggalah nyawa dia tiada lagi di dunia ini.

Janji itu dibuat sebelum ibunya pergi dan itu adalah janji terakhir dia bersama dengan wanita yang paling dia sayangi itu.

Bruk!

Tiba satu bunyi hempasan yang sangat kuat memberhentikan kata Cruz. Mata mereka berdua memandang ke bunyi tersebut.

Bruk!

Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Bunyi hempasan itu kedengaran seperti seseorang tengah dalam keadaan marah sekarang.

"Argh!" Suara seorang menjerit kemarahan.

Arshen dan Cruz terkejut mendengar suara tersebut. Mereka berdua terus berdiri lalu berlari menuju ke bilik Rechel yang tidak jauh dari bilik tadi.

Tok! Tok!

"Rechel! Rechel!" Panggil Arshen risau di hadapan pintu tersebut.

Dia cuba membuka pintu itu namun terkunci dari dalam dan yang lebih teruk semakin banyak bunyi hempasan kedengaran.

"Tepi, aku cuba buka," ujar Cruz sambil menunjukkan kunci bilik tersebut.

Arshen memberi ruang kepada lelaki itu lalu dengan pantasnya Cruz membuka pintu tersebut menggunakan kunci tadi.

Plak!

Kunci sudah terbuka dan pintu itu terus dibuka. Alangkah terkejut mereka melihat Rechel sudah terduduk dilantai melihat ke arah violin yang sudah hancur tersebut.

"Rechel, kamu okay ke?" Soal Cruz mendekati gadis itu.

Rechel hanya diam merenung violin yang sudah hancur tersebut.

"Rechel..." Cruz kehairanan dengan gadis itu.

Beberapa saat gadis itu memandang violin tersebut lalu tangan gadis itu mencapai serpihan tajam violin tadi dan dengan tiba-tiba serpihan tadi diletakkan di lehernya.

Arshen dan Cruz yang terkejut melihat kejadian itu dengan cepat menghalang Rechel. Tangan Rechel ditahan oleh Arshen supaya serpihan tajam tadi tidak mengena leher gadis itu.

"Rechel, kamu buat apa ni?" Soal Arshen marah.

Tangan gadis itu masih cuba untuk mengenakan serpihan tajam tadi ke leher. Tidak tahu kenapa gadis itu begini? Selama ini dia fikir Rechel tidak akan buat kerja ini lagi dan tiba-tina sahaja hari ini jadi begini.

"Rechel, kamu sudah hilang akal ke? Hentikan semua ini," Cruz mengambil serpihan tajam itu membuat tangannya pula yang terluka.

Tangan yang berdarah itu dibiarkan kerana sekarang Rechel lagi penting. Dia mesti apa sebab Rechel jadi begini?

"Rechel, kenapa kamu buat semua ni? Kalau kamu nak selesaikan masalah kamu, ini bukan caranya," Arshen bertegas.

Matanya memandang ke arah adiknya itu. Tidak tahu kenapa Rechel kelihatan berbeza.

"Aku tanya kau, kau pernah ke hidup dekat dunia ni macam aku? Hidup dimana aku dilaknat oleh semua orang dengan kesalahan yang aku sendiri tak buat sampai aku rasa hidup aku dekat dunia hanya untuk dicaci-maki. Pernah ke!" Herdik Rechel.

Arshen dan Cruz terkejut tidak terkata melihat Rechel yang tiba-tiba sahaja begitu. Gadis itu kelihatan sungguh marah.

"Sudah semestinya kau tak pernahkah. Jadi jangan urus hidup aku macam kau pernah rasa bagaimana hidup seperti aku. Aku sudah penat dengan dunia ni. Semua orang dekat dunia ni nak aku mati, jadi apa salah aku cuba nak bunuh diri."

"Rechel, tak ada orang nak kamu mati. Tolong hentikan semua ni," Arshen bertegas.

"Betul tu Rechel, kamu tak boleh macam ni. Cara ini tidak akan selesaikan masalah kamu," sambung Cruz.

"Cukup!" Genggaman tadi dilepaskan.

Hari ini entah kenapa Rechel berkelakuan di luar jangkaan mereka.

"Kamu dah kenapa Rechel?"

"Rechel? Aku bukan Rechel, aku Emerline!"

Sekali lagi mereka berdua terkejut. Jadi tadi bukannya Rechel tetapi Emerline yang merupakan DID Rechel.

Memang patutnya mereka melihat diri gadis itu seakan orang lain. Mereka kenal Rechel dan Rechel sebenar tidak akan melakukan perkara seperti ini.

"Kenapa kamu buat macam ni pada Rechel? Kamu tahu Rechel tidak suka semua ini," Cruz cuba berbicara baik dengan DID itu.

"Kenapa aku buat? Semuanya sebab budak ni yang nak. Dia sudah penat hidup di dunia macam ni. Jadi apa salahnya aku tamatkan sahaja hidup dia."

Gadis di hadapan mereka tersenyum senin dan dari situ mereka berdua memang pasti itu bukan Rechel. Pandangan tajam gadis itu menusuk ke dalam dirinya.

Mereka berdua buntu mahu berbuat apa. Mereka tidak pernah berhadapan dengan Emerline seperti ini.

"Tapi ini bukan caranya. Kalau Rechel tahu, dia pun tak nak."

"Kau jangan cakap macam kau tahu semua tentang Rechel. Kau tak pernah rasa keseksaan dia selama ini. Dia sudah cuba buat yang terbaik tetapi tidak pernah sekali pun dia dapat pujian melainkan cemuhan daripada orang macam kau."

Emerline bertindak semakin agresif. Arshen yang berdiri di samping Cruz hanya memandang Emerline itu. Memang betul kata Emerline tentang Rechel tadi. Tetapi dia mahu mengubah semua itu dan sebab itulah dia mahu berbaik dengan Rechel.

"Dan untuk pengetahuan kau, dia memang benci keluarga ni. Dia tidak mahu pun lahir dalam keluarga ini. Bagi dia keluarga ini adalah perosak kehidupan."

"Emerline, tolong bagi Rechel pada kami," pinta Arshen dengan suara yang lembut.

Dia mendekati gadis itu membuat Emerline sedikit ke belakang.

"Kenapa? Supaya kau boleh siksa dia lagi."

Arshen mengetap bibirnya. Emerline memang berlainan dengan Rechel. Kalau Rechel memang tidak pernah dia mendengar gadis itu bercakap begini.

Jadi sebab itu dia mesti buat Rechel kembali. Dia tidak boleh biarkan Emerline merosakkan badan adik perempuannya itu.

"Kami tak akan siksa dia. Kami hanya nak dia kembali dan kami akan mulakan semua ini sekali lagi," ujar Cruz yang berada di belakang Arshen.

Emerline tertawa kecil. Ada benda lawak ke dia katakan tadi?

"Mulakan sekali lagi kau kata. Sejak kejadian tu, aku tak pernah lihat kau mula berbaik dengan Rechel. Malah semuanya jadi semakin teruk. Kau nak mulakan apa sebenarnya?"

Arshen dan Cruz mula tersentak. Betul kata Emerline itu. Semuanya menjadi semakin teruk sejak kejadian gadis itu membunuh diri hari itu.

"Kadang-kala aku hairan kenapa Rechel tak pernah mengalah dengan keluarga ni. Walaupun sudah banyak seksaan yang dia dapat dia masih lagi cuba bertahan. Aku memang tak faham, apa yang bagus sangat keluarga ini."

Kata itu menyakitkan hati mereka berdua namun semua itu kenyataan yang sungguu benar.

"Apa keluarga ini memang betul, keluarga Rechel? Ataupun Rechel ini hanya anak pungut sahaja."

"Rechel memang adik kami. Dia bukan anak pungut!" Arshen bertegas apabila dikatakan begitu.

Tidak tahu kenapa dia berasa sungguh marah apabila Rechel dikatakan anak pungut. Memang betul dulu dia pernah layan Rechel dengan teruk, namun dia tidak pernah fikir Rechel bukan adiknya.

"Argh!" Tiba sahaja Emerline menjerit kesakitan. Tangannya memegang kepala tersebut.

"Rechel, kamu kenapa?" Cruz terys berlari mendapatkan gadis itu.

"Diam!" Kata Emerline kesakitan.

Kepala gadis itu sungguh sakit seperti tengah dipukul oleh seseorang dan dia tahu ini disebabkan oleh apa. Apa lagi kalau bukan diri sebenar Rechel.

Kepalanya akan berasa sungguh sakit apabila diri sebenarnya mahu keluar dengan paksa. Sejujurnya Emerline mengambil tubuh itu pun bukan kehendak Rechel.

Dia hanya ambil kerana gadis itu terlalu tertekan sehingga tidak dapat mengawal badannya sendiri.

Beberapa minit Emerline begitu membuat Arshen dan Cruz semakin risau dan secara tiba badan gadis itu terus rebah tidak sedarkan diri.

Cruz yang berada berdekatan terus menangkap badan yang rebah itu lalu memeriksanya. Nampaknya gadis itu sudah pengsan di situ.

Siapa sini suka watak Emerline? Apa pendapat korang antara Emerline dan Rechel?

Continue Reading

You'll Also Like

192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
908K 66.2K 85
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Tr...
1M 67.8K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...