KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan

443 84 11
By ALIFRYT

''Cikgu serahkan jin cicak yang ada kat dalam badan Nabila tu kepada kamu... Keluarkan dia secepat mungkin dan tewaskan dia. Cikgu akan uruskan semua jin yang ada kat luar tu dan cikgu akan bertahan sementara tunggu kamu selesai uruskan jin cicak tu...'' Kata Cikgu Sulaiman panjang lebar dengan nada yang perlahan lalu dia terus meninggalkan aku sendirian bersama dengan Nabila yang sudah kerasukan itu.

''Kau... Orang Kasyaf... Aku benci kau... Tapi, kalau aku dapat makan hati kau... Itu dah cukup untuk membuatkan aku jadi lebih bertambah kuat daripada jin-jin yang lain. Hehehe...'' Kata jin cicak itu kepada aku dengan nada yang sinis.

''Jadi, kau dah tahulah yang aku ni adalah orang Kasyaf...'' Aku cuba berlagak tenang dengannya lalu dengan secara perlahan-lahan, aku berjalan menghampiri ke arahnya.

''Tengok muka kau sahaja, aku dah boleh tahu. Kau memang manusia yang pelik tapi dalam pada masa yang sama, kau nampak agak hebat juga...'' Kata jin cicak yang berada di dalam tubuh Nabila itu dengan nada sinis.

''Alhamdulillah... Terima kasih sebab puji aku. Tapi jujur aku cakap, aku tak berapa suka bila dipuji dengan makhluk yang macam kau. Sebab aku tahu, makhluk macam kau takkan pernah berkata jujur melainkan hanyalah penipuan semata-mata.'' Balas aku dengan panjang lebar sambil mematahkan jari-jemari aku lalu menghalakan tapak tangan kanan aku ke arah wajahnya.

''Wahai jin laknatullah... Aku akan keluarkan kau daripada tubuh badan perempuan ni dan aku akan lenyapkan kau daripada muka bumi ni... Dengan izin Allah...'' Kata aku dengan nada yang serius.

''Hwaaargh!!'' Nabila bangkit lalu terus menolak badan aku sehingga menyebabkan aku terpelanting jauh ke arah dinding ruang tamu rumah banglo tersebut.

''Aduh...'' Aku mengaduh kesakitan kerana tulang belakang aku terasa sakit apabila dihentam ke arah dinding tersebut.

''Kau nak melenyapkan aku? Heh... Jangan harap!! Aku akan bunuh dan hapuskan kau, wahai orang Kasyaf!!'' Kata jin cicak yang ada di dalam tubuh badan Nabila itu dengan nada suara yang garang lalu terus bertindak merangkak ke arah aku dengan pantas sekali.

''Allahuakbar!!'' Langkahnya terhenti apabila aku menghalakan tapak tangan kanan aku ke arah mukanya sambil melaungkan ayat kalimah suci Allah.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Aku bangkit berdiri lalu membaca bismillah dengan nada suara yang lantang.

*Surah Taha (Ayat 68 - 70)*

قُلْنَا لَا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الْأَعْلَى (68) وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى (69) فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّداً قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى (70)

Qulna la takhof innaka antal la'ala (68) Wa'alqi ma fi yaminika talqaf ma sana'u innama sana'u kidu sahirin wala yuflihul sahiru haisu atta (69) Fa'alqiyal saharotu sujaddan qollu aamana birabbi Harunna wa Musa (70)

Maksudnya:
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan peroleh kejayaan, walau di mana sahaja ia berada". (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".

''AAAAARRRGGGHHH!!!'' Nabila yang kerasukan itu meronta-ronta kesakitan lalu terus mengangkat sebuah kerusi kayu yang berada di sebelahnya lalu dia terus membaling kerusi tersebut ke arah aku. Aku mengelaknya lalu terus berlari menuju ke arahnya.

''Argh!! Lepaskan aku!!'' Jin cicak yang berada di dalam badan Nabila itu meronta-ronta minta dilepaskan apabila aku memegang kepalanya daripada belakang.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...''

*Surah Al-Ma'idah (Ayat 72)*

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُواْ اللّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ (72)

Laqod kafarol lazinna qollu innallaha huwal masihu ibnu maryam waqalal masihu ya Bani Israil abudullaha rabbi warabbakum innahu man yusyrik bilillahi faqod haramallahu alaihil jannata wama'a wahul naru wama lilzaliminna min ansorin (72)

Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

Buk!!

''Aduh!!'' Aku terjatuh ke atas lantai sambil mengaduh kesakitan apabila sebatang kayu yang besar tiba-tiba terbang ke arah kepala aku sehingga menyebabkan kepala aku terluka dan berdarah. Nabila yang kerasukan itu mengambil kesempatan itu dengan melompat ke atas lalu melekat di atas siling sambil memandang ke arah aku dengan renungan yang tajam.

''Kau serang aku tadi... Sekarang giliran aku pula untuk serang kau!!'' Katanya sambil menjelirkan lidahnya lalu dia terus menggunakan 'kuasanya' dengan menerbangkan beberapa objek yang keras seperti batu dan juga kayu lalu terus dilemparkannya ke arah aku.

Duk!! Duk!! Duk!!

''Aduh!! Aduh!! Aduh duh!! Sakitlah oii!!'' Aku menjerit mengaduh kesakitan apabila satu demi satu objek tersebut terkena pada tubuh aku.

''AHAHAHAHAHAHAHAH!!'' Nabila gelak terbahak-bahak dengan ketawa yang jahat apabila aku diperlakukan olehnya dengan sedemikian rupa.

''Tak guna punya jin!! Tak boleh jadi ni...'' Kata aku dalam hati dengan rasa geram lalu terus bangkit berdiri memandangnya sambil mengelak objek-objek yang terbang itu.

''Kau menggunakan sihir eh... Baik... Aku akan musnahkan sihir kau dan aku akan kerjakan kau cukup-cukup!!'' Kata aku dengan nada yang tegas lalu terus membaca bismillah sambil menghalakan tapak tangan kanan aku ke arahnya.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...''

*Surah Al-A'raaf (Ayat 117 - 123)*

وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ(117) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (118) فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120) قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ (122) قَالَ فِرْعَوْنُ آمَنتُم بِهِ قَبْلَ أَن آذَنَ لَكُمْ إِنَّ هَـذَا لَمَكْرٌ مَّكَرْتُمُوهُ فِي الْمَدِينَةِ لِتُخْرِجُواْ مِنْهَا أَهْلَهَا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ (123)

Wa'auhaina illa Musa an alqi a'soko fai'za hiya talqafu ma ya'fikun (117) Fawaqo'al haqqu wabatallan ma kannu ya'malun (118) Fadholibu hunalika wanqollabu soghirin (119) Wa'alqiyal sahorotu sajidin (120) Qollu aamanu biribbal a'lamin (121) Robba Musa wa Harun (122) Qolla Firaunna aamantum bihi qobla inna aazanal lakum inna hazal makron makartumuhu fil madinati litukhriju minha ahlaha fasaufa ta'lamun (123)

Maksudnya:
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun". Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya daripadanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatnya).

''HRAAAARGH!!! Al-Quran takkan dapat menghapuskan aku!!! Sesungguhnya aku ni adalah jin yang kuat!!!'' Kata jin cicak itu dengan nada suara yang lantang.

''Tiada apa yang lagi kuat melainkan Allah SWT!!!'' Balas aku dengan nada yang tegas.

''Aku kuat, engkau yang lemah!!'' Katanya lagi dengan nada suara lantang.

''Aku lemah dan aku berserah diri sepenuhnya kepada Allah supaya aku diberikan kekuatan, petunjuk dan hidayah untuk aku hapuskan kau dan semua bangsa-bangsa kau!!'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Kalau kau boleh buktikan yang kau boleh dapatkan kekuatan, petunjuk, dan hidayah daripada Dia, buktikan pada aku sekarang!!'' Kata jin cicak yang berada di dalam tubuh Nabila itu dengan nada suara yang lantang.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Aku berjalan menghampirinya sambil menghalakan tapak tangan aku ke arahnya dengan bacaan bismillah dan manakala dia pula hanya sekadar ketawa terbahak-bahak seperti mahu mengejek aku.

''Dengan namamu ya Allah, aku ingin meminta sedikit kekuatan dan juga petunjuk daripadamu agar dapat ku menghadapi musuh-musuhmu ini. Berikan aku kekuatan untuk berjihad di jalanmu ya Allah!!'' Doa aku dalam hati dengan penuh tekad.

*Surah Al-Baqarah (Ayat 255) / Ayatul Qursi*

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255)

Allahula illaha illa huwal hayyul qayyum lata'khuzuhu sinatun wala naum lahuma fil samawati wama fil'ard man zallazi yashfau' indahu illa bi'iznih ya'lamuma bayna aidihim wama kholfahum wala yuhituna bisyai'in min ilmihi illa bima sha' wasi'a kursiyuhul samawati wal'ard wala yau'wuduhu hifzuhuma wahuwal a'liyul aziim (255)

Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

''AAAAARGH!!'' Nabila meronta-ronta kesakitan lalu jatuh ke atas lantai sambil berguling-guling kepanasan apabila aku mula membaca ayat tersebut. Aku melangkah ke arahnya sambil mengulangi ayat tersebut berulang kali lalu terus memegang belakang kepalanya dengan tangan kiri aku.

''Bismillahirahmannirrahim...'' Aku membaca bismillah dengan nada yang tegas.

*Surah Al-Kaafiruun (Ayat 1 - 6)*

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (2) وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (3) وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ (4) وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6)

Qulya ayyuhal kafirun (1) La a'buduma ta'budun (2) Wala antum a'bidunama a'bud (3) Wala anna a'bidumma a'badtum (4) Wala antum a'bidunama a'bud (5) Lakum diynukum waliyadin (6)

Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu adalah agamamu, dan bagiku adalah agamaku."

''HAAAAARGH!!!'' Nabila menjerit kesakitan sambil menangis.

''Subahanallah Walhamdullillah Walailahaillallah!! ALLAHUAKBAR!!!'' Aku melaungkan takbir dengan nada suara yang lantang dan kuat lalu terus mengeluarkan jin cicak tersebut daripada tubuh Nabila dengan menepuk belakang kepalanya dengan kekuatan yang sederhana. Sebaik sahaja jin cicak itu keluar daripada tubuhnya, Nabila yang tadi kulitnya pucat lesi terus berubah menjadi normal semula lalu jatuh pengsan tidak sedarkan diri.

''Nabila... Nabila...'' Aku cuba mengejutkannya dengan menggerakkan bahunya lalu memeriksa nadi dan juga pernafasannya.

''Fuh, nasib baik hidup lagi.'' Kata aku dalam hati apabila aku mendapat dengar suara hembusan nafasnya yang lemah itu. Walaupun perlahan, bagi aku itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia masih lagi hidup. Dalam pada masa yang sama juga, tiba-tiba aku teringatkan tentang peristiwa pada pagi tadi di mana Cikgu Sulaiman membacakan ayat suci Al-Quran untuk memulihkan rasa sakit pada tengkuk aku. Tanpa melengahkan masa, aku pun terus duduk di sebelahnya sambil membaca bismillah berserta dengan bacaan ayat-ayat syifa di dalam hati.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...''

*Surah Al-Israa' (Ayat 82)*

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً (82)

Wanunazzulu minnal quraanni ma huwa syifa warahmatan lilmukminin wala yuzhidul lazhallimin illa khosaran (82)

Maksudnya:
''Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.''

''Uhuk!! Uhuk!! Aaah...'' Sebaik sahaja aku selesai membaca ayat tersebut, Nabila pun terus tersedar lalu duduk sambil terbatuk-batuk.

''Nabila, kau okey tak ni?'' Tanya aku kepadanya dengan nada separa bimbang.

''Aku okey. Aduh... Apa yang dah jadi tadi? Mana Cikgu Sulaiman?'' Balas Nabila dengan nada yang perlahan lalu menyoal kepada aku dengan soalan berganda.

''Tadi kau kena rasuk dengan jin kat dalam rumah ni. Tapi kau jangan risau, aku dah halau dah jin tu. Cikgu Sulaiman pula ada kat luar, tengah berlawan dengan jin-jin yang lain.'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Tengah lawan... Dengan jin-jin yang lain?''
______________________________________

[Normal POV]

Sementara itu... Pada masa yang sama juga, di luar rumah banglo tersebut, kelihatan Cikgu Sulaiman terduduk di atas tanah dengan nafas yang kepenatan setelah dia bertungkus-lumus menentang sekumpulan jin cicak yang sedang mengepung kawasan rumah banglo tersebut dengan ilmu persilatannya.

''Hahahaha!! Dasar lemah, kau takkan dapat tewaskan kami semua wahai manusia!! Kau seorang, kami berpuluh dan kami semua lebih gagah daripada kau. Hahahaha!!'' Kata salah seekor jin cicak yang berbadan tegap dengan nada suara yang garau sambil ketawa jahat. Jin cicak yang berbadan tegap itu kulitnya keras dan tajam seperti kulit buaya dan kulitnya juga berwarna hitam manakala jin-jin cicak yang lain pula, rupa mereka seperti biawak komodo yang bertubuh seperti manusia dan kuku mereka panjang dan sangat tajam. Saiz ketinggian jin cicak yang berbadan tegap tadi hampir sama dengan ketinggian pokok pisang manakala jin-jin cicak yang lain pula hanyalah serendah paras dadanya sahaja. Mungkin jin cicak yang berbadan tegap itu adalah ketua mereka kerana di antara semua jin-jin cicak.yang berada di situ, hanya dia seekor sahaja yang tidak menyerang Cikgu Sulaiman. Malah, dia hanya memberikan arahan kepada kumpulannya yang lain sahaja untuk menyerang.

''Aku sedar... Aku memang lemah... Aku tak mampu nak menentang korang semua yang ramai ni. Tapi... Aku tak pernah berhenti berdoa kepada Allah... Untuk aku dapatkan kekuatan daripada-Nya... Supaya aku takkan dapat mengalah... Untuk berjihad di jalan-Nya... Aku, takkan menyerah!! Walaupun korang semua ramai, walaupun korang semua gagah sekalipun... Kalau Allah tetap bersama aku, aku yakin aku akan dapat tewaskan korang semua!!'' Kata Cikgu Sulaiman panjang lebar dengan nada yang tegas.

''Kalau kau yakin kau boleh tewaskan kami semua, buktikan kepada aku sekarang. Buktikan!!'' Balas ketua jin cicak itu dengan nada yang sinis dan lantang. Cikgu Sulaiman duduk melutut di atas tanah lalu meletakkan tapak tangan kanannya di atas tanah tersebut.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Dia membaca bismillah dengan nada suara yang lantang sambil matanya merenung tajam ke arah ketua jin tersebut.

*Surah Al-Baqarah (Ayat 102)*

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ (102)

Wattaba'u ma tatalul syayatinu a'la mulki Sulaiman wama kafaro Sulaimanu walakinul syaitina kafaruwa yu'allamunal nasal sahro wama anzilla a'lal malakaini bibabil Harut wa Marut wama yu'lamun min ahaddin hatta yaqula in'nama nahnu fitnahu fala takfur fayata'lamun minhu ma yufraqun bihi binnal mur'i wazaujihi wamahum bidhoo rina bihi min ahaddin illa ba'iznil lillahi wayata'lamun ma yadhuruhum wala yanfu'uhum walaqod a'limulma nishtarohu ma lahu fil akhiroti min kholaqin walabi'sa ma syarau bihi anfusihim laukanu ya'lamun (102)

Maksudnya:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikuti ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: ''Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.''

Sebaik sahaja Cikgu Sulaiman membacakan ayat tersebut, dengan serta-merta kesemua jin cicak itu terus terbakar tubuh badan mereka.

''AAAARGH!!!'' Mereka semua menjerit kesakitan sambil menepuk-nepuk badan mereka agar dapat menghilangkan api tersebut. Ada juga yang berguling-guling di atas tanah untuk bagi menghilangkan api tersebut namun api itu langsung tidak menghilang, malah semakin lama semakin marak membakar tubuh badan mereka. Melihatkan keadaan itu, Cikgu Sulaiman pun terus mengambil peluang itu dengan mengeluarkan 'senjata' rahsianya iaitu dengan membaca doa Hizib Al-Hafiz.

''A'uzubillahiminnasyaitonirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Cikgu Sulaiman membaca bismillah dengan nada suara yang lantang.

''Allahu ya hafizu nafsi waruhi... (Ya Allah, yang menjaga diriku dan juga rohku...)'' Sebaik sahaja Cikgu Sulaiman membaca ayat itu, tiba-tiba langit pada malam itu bingit dengan bunyi guruh dan juga penuh pancaran kilat yang agak terang.

''Argh!! Diam kau, manusia!! Diam!!! AAARGH!!!'' Jerit ketua jin cicak itu dengan nada marah sambil menutup telinganya di dalam kepanasan marak api di tubuhnya.

''Bismillahi Jibril fi yamini... (Dengan nama Allah, Jibril yang sentiasa berada di bahagian kananku...)'' Cikgu Sulaiman meneruskan bacaan doanya itu.

Gruuhh!!

Bunyi kilat dan guruh semakin kuat berdentum apabila ayat itu dibaca sehingga gegaran tanah pun mula terasa akibat daripada kesan bunyi guruh yang kuat itu.

''Bismillahi Mikail fi shimali... (Dengan nama Allah, Mikail yang sentiasa berada di bahagian kiriku...)''

Booom!!

Satu panahan petir mula menembak tanah di halaman rumah banglo tersebut sehingga menyebabkan api yang marak mula membakar segala semak-samun yang berada di halaman rumah banglo tersebut dan panahan petir itu juga tidak terkena pada sesiapa, seolah-olah ianya seperti tembakan amaran dan tanah pun semakin kuat gegarannya sehinggakan Isa dengan Nabila yang berada di dalam rumah Banglo tersebut pun turut terasa sekali gegarannya.

''Bismillahi Israfil fi amami... (Dengan nama Allah, Israfil yang sentiasa berada di bahagian hadapanku...)''

Boom!!

Satu panahan petir lagi ditembak ke arah sebuah pokok yang berdekatan sehingga menyebabkan pokok itu terbakar lalu tumbang ke tanah tanpa terkena pada sesiapa.

''Bismillahi Izrail fi waruni... (Dengan nama Allah, Izrail yang sentiasa berada di belakangku...)

Booom!!!

''AARGH!!'' Seekor jin yang berada di bahagian yang paling belakang sekali terkena satu panahan petir lalu terus lenyap menjadi abu hangus.

''Bismillahi Lahaulawala Quwata Illabillahil A'li Lil'azim... (Dengan nama Allah yang tiada daya dan upaya melainkan hanya dengan izin dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.)

''Huwaarh!!'' Kesemua jin cicak itu mula menjerit ketakutan sambil mendongak ke langit, seolah-olah seperti sedang melihat sesuatu yang menakutkan bagi mereka semua.

''Bismikallahuma Al-Qadir... Ursilla qulli syai'in junudika wa ahzaf 'aduka!!''
(Dengan namamu Ya Allah yang Maha Agung... Hantarkanlah semua para tenteramu dan hapuskanlah musuh-musuhmu ini!!)''

BOOOOM!!!

Setelah Cikgu Sulaiman selesai membaca doa itu, dengan sekelip mata sahaja kesemua jin cicak itu terus dipanah petir lalu lenyap menjadi abu hangus. Akibat kesan daripada panahan petir itu juga telah menyebabkan sebahagian daripada kawasan halaman dan juga beberapa bahagian daripada rumah banglo tersebut musnah dan juga terbakar.

''Allahu!! Rumah ni dah nak terbakar, jom keluar cepat!'' Kata Isa sambil menarik tangan Nabila sebaik sahaja mereka terlihat api di tingkat atas rumah itu mula menjadi marak lalu mereka berdua pun terus bergegas keluar daripada rumah tersebut dan kemudian terus pergi mendapatkan Cikgu Sulaiman.

''Isa, Nabila... Kamu berdua tak apa-apa ke?'' Tanya Cikgu Sulaiman kepada mereka berdua dengan nada separa bimbang.

''Kitorang berdua okey je, cikgu. Aduh...'' Balas Isa dengan nada mendatar lalu mengaduh kesakitan sambil memegang kepalanya yang berdarah itu.

''Kenapa kepala kamu berdarah ni? Sakit tak tu?'' Tanya Cikgu Sulaiman lagi sambil memeriksa luka di kepalanya itu.

''Ah, ni sikit je ni... Ni pun berdarah sebab berlawan dengan jin tu tadi. Dia baling kayu kat kepala saya, tu yang berdarah tu.'' Balas Isa dengan senyuman kelat. Tak lama kemudian, hujan pun turun dengan lebatnya lalu dalam pada masa yang sama terus memadamkan segala api yang sedang membakar dan memusnahkan kawasan tersebut.

''Dah lah, jomlah kita balik. Nampaknya urusan kita kat sini dah selesai...'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan sambil memandang ke arah rumah banglo yang separuh hangus itu.

''Betul ke?'' Tanya Isa dengan nada mendatar. Cikgu Sulaiman mengangguk tanda 'ya'.

''Isa... Aku nak minta maaf dengan kau sebab aku dah jadi punca yang kau tercedera sampai macam ni. Aku minta maaf sangat-sangat...'' Kata Nabila dengan nada serba salah.

''Tak apa... Bukan salah kau pun. Jin tu yang cederakan aku, bukannya kau. Kau cuma mangsa keadaan je.'' Balas Isa dengan nada yang tenang sambil senyuman kelat.

''Jom Isa... Saya hantar kamu pergi ke klinik untuk rawat luka kat kepala tu dulu, lepas tu baru saya hantar kamu berdua balik ke rumah masing-masing. Okey?'' Kata Cikgu Sulaiman kepada Isa.

''Okey, cikgu.'' Balas Isa dengan ringkas lalu mereka bertiga pun terus berjalan menuju ke arah kereta Cikgu Sulaiman dan kemudian bergerak meninggalkan kawasan rumah banglo tersebut.

Kelihatan dari jauh juga, lelaki yang berkelubung hitam itu sedang memerhatikan pergerakan mereka bertiga dari atas puncak Bukit Berduri.

''Isa dan Sulaiman... Dua-dua aku benci... Aku akan pastikan korang berdua akan sengsara tak lama lagi...'' Katanya dengan nada yang perlahan lalu terus menghilangkan diri dengan menjadi berpuluh ekor burung kelawar.

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

23K 1.2K 118
You locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati...
39.7K 4.9K 58
Awalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke...
37.1K 716 99
Himpunan kisah seram seluruh malaysia
124K 5.6K 13
"Wujud ke hantu?" "Aku tak takut hantu la!" "Sekarang zaman dh maju la, mana ada hantu..." Antologi Cerpen Takut Hantu ini merupakan himpunan kisah2...