Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 94

2.4K 254 9
By arniey11

Kelas ini sungguh bising dengan ketiadaan gurunya. Semua guru pada hari ini sibuk dengan perjumpaan ibu bapa jadi pada sesi pagi ini, kami tidak akan belajar.

Memang seronok tidak belajar tapi bagi aku tidak. Apatah lagi bila berseorang di dalam kelas ini. Ian tadi keluar sebab ada urusan ketua pelajar dan Claire pula entah ke mana hilang gadis itu. Jadi yang tinggal hanyalah aku seorang.

Budak dalam kelas ini pun tak banyak sebab semua mereka ikut perjumpaan ibu bapa yang berada di kelas lain. Aku yang tak ikut ini, hanya boleh duduk kelaslah ceritanya.

Telefon aku dibuka lalu aku membuat aplikasi muzik. Airpod digunakan ditelinga dan terus aku membuka muzik tersebut. Kepala aku direbahkan ke atas meja untuk aku merehatkan diri.

Kalau difikirkan aku ni semakin hari memang mengikut sikap Claire ya. Dulu aku mana ada begini tapi sejak berkawan dengan Claire aku mula mengikut sikap dingin dan pemalas dia sedikit. Tak salahkan?

Janji tu bukan sikap yang tak baik. Lagipun aku lihat Claire tu baik jer walaupun peragai macam tu. Jadi apa salahnya aku ikut sedikitkan.

Bam!

Tiba pintu kelas ini dihempas buka. Aku yang merebahkan kepala aku tadi terus bangun kembali melihat ke arah pintu kelas ini.

Dapat aku lihat seorang rakan kelas aku masuk ke kelas dengan wajah yang sedikit penat. Sudah kenapa dengan dia tu? Macam jumpa hantu pula.

"Rechel, kau..." pelajar itu berjalan ke arah aku.

Aku pula hanya buat tertanya kenapa dia begitu. Aku ada buat salah ke? Tiba-tiba sahaja masuk kelas, lepas tu panggil aku pula

"Kau datang dari keluarga Astrade ke?" Soalnya membuat aku terkejut. Bukan setakat aku tetapi satu kelas ini.

"Apa kau cakap ni?" Aku cuba mengelak.

Kini semua mata memandang ke arah aku. Siapa sahaja tak terkejut bila nama keluarga terkuat itu disebut. Walaupun bukan dalam dunia muzik tapi keluarga aku kuat dalam dunia perniagaan.

Sebut sahaja nama keluarga itu memang semua orang akan tahu bertapa kayanya keluarga tersebut.

"Mana kau dengar benda merepek ni?" Sekali lagi aku cuba menipu. Aku tak boleh biarkan mereka tahu.

"Mana ada aku merepek. Tadi aku nampak Shawn Astrade datang dan dia kata dia datang sebagai bapa kau. Kau anak dia ke?"

Aku terus berdiri terkejut. Telefon aku diambil lalu aku terus berlari keluar dari kelas ini. Susah mahu percaya dia datang.

Aku tak tahu bagaimana dia tahu tentang hari ini dan kenapa dia tiba-tiba datang? Aku tak percaya selagi aku tidak lihat dengan mata sendiri.

Tangga bangunan ini dituruni oleh aku lalu aku berlari menuju ke bagunan pekerja. Bilik kaunseling adalah destinasi aku. Aku ingat lagi, semalam cikgu ada kata bahawa ibu bapa akan bercakap dengan cikgu kaunseling juga.

Jadi aku yakin dia berada di sana dan aku amat berharap semua yang dikatakan oleh lelaki tadi adalah tipu.

Hampir 5 minit aku berlari, akhirnya aku tiba dihadapan pintu bilik tersebut dan dengan cepatnya membuka pintu itu tanpa diketuk.

Bak!

Tiba aku terlanggar seseorang apabila pintu tadi dibuka. Aku terjatuh kerana melanggar orang tersebut terlalu kuat.

"Sorry, saya tak perasaan tadi." Ucap aku lalu berdiri.

"Kau ni dah kenapa, Rechel? Masuk tu cubalah ketuk dulu," satu suara yang amat aku kenal.

Aku mengangkat muka dan kelihatan orang yang aku langgar tadi adalah Claire. Sini rupanya gadis itu. Patutnya tak jumpa dekat kelas tadi.

"Tak elok cakap kasar macam tu, Claire," suara lembut menegur Claire yang bercakap kasar dengan aku tadi.

Aku melihat ke belakang gadis itu dan amat aku terkejut melihat seorang wanita yang amat aku kenali.

Rania Aderline! Ibu kepada Claire.

Kenapa dia ada dekat sini? Bukan dia sudah tak ada ke? Ke ini hanya ilusi aku sebab aku langgar Claire kuat sangat tadi. Kepala aku dah tak betul ke?

"Tapi mama, dia yang langgar dulu." Claire menjawab.

Aku terkaku di situ. Jadi ini bukan ilusi. Wanita itu memang ada di hadapan aku sekarang. Tapi macam mana? Bukan dia sudah tidak ada ke?

"Maaflah, anak aunty cakap kasar dengan kamu tadi. Kamu tak apa-apa?" wanita bercakap kepada aku.

"Sa-saya okay. Saya pun minta maaf sebab tak lihat juga dia tadi," balas aku tergagap-gagap keraja terlalu terkejut.

Wanita itu menghadiahkan aku satu senyuman. Tidak lain tidak bukan dia adalah Rania, pianist terkenal yang tewas akibat kemalangan dahulu. Tapi bagaimana wanita ini masih boleh berdiri sihat di hadapan aku sekarang.

Jadi selama ini berita kematian wanita itu hanyalah palsu. Mana mungkin orang mati boleh hidup kembali dan muncul depan aku dengan keadaan sungguh sihat.

"Kau kenapa sini tergesa-gesa?" Soal Claire.

"Aku-"

"Rechel!" Panggil seseorang memotong kata aku.

Aku menoleh ke belakang lalu terbeliak besar mata aku melihat sosok bapa aku hadir ke sekolah ini. Jadi apa yang dikatakan pelajar tadi tidak tipu.

Lelaki itu berjalan ke arah aku sambil tersenyum. Aku tidak tahu bagaimana dia boleh ke sini, sedangkan aku tidak pernah mengatakan apa-apa tentang hari ini.

"Shawn?" Aku menoleh pula ke arah wanita tadi. Dia kenal bapa aku?

"Rania. Kamu buat apa sini?" Bapa aku pula bertanya.

Mereka berdua sudah saling kenal ke. Serius aku tidak faham situasi antara mereka ini sekarang. Claire pun binggung dengan ibunya yang tiba-tiab sahaja kenal dengan bapa aku.

"Saya datang sebab anak saya. Kamu pula?"

"Samalah, saya pun datang untuk anak saya." Mata bapa aku melihat ke arah aku.

Habislah aku. Terbongkar rahsia aku. Claire rasanya tidak kisah tapi ibu Claire ini. Aku masih tidak tahu apa hubungan mereka ini, jadi kalau boleh aku tidak mahu dia tahu aku anak kepada lelaki ini.

"Anak kamu? Jadi dia ni anak Amel," wanita itu melihat ke arah aku.

Dia kenal ibu aku juga. Sebenarnya apa hubungan ibu Claire ini dengan keluarga aku. Aku tidak faham bagaimana dia seperti kenal satu keluarga ini termasuklah ibu aku.

"Maafkan saya, aunty. Tapi saya nak bercakap dengan bapa saya dulu," kata aku lalu menarik tangan bapa aku pergi dari situ.

Aku tak boleh biarkan lelaki ini membongkar semua rahsia yang telah aku simpan selama ini.

.
.
.
.
.

Claire dan Rania memandang pelik ke arah Rechel yang berjalan pergi dari situ bersama bapanya itu.

"Mama kenal keluarga dia ke?" Soal Claire.

"Kenal. Sangat kenal," balas Rania sambil berjalan bersama Claire itu.

"Macam mana mama kenal?"

"Kamu tahukan, keluarga mama ni ada kuat dalam dunia business sama macam keluarga Asdarte. Jadi waktu mama kecil, mama memang dah kenal dengan lelaki tadi atas sebab keluarga kami berkawan rapat. Kiranya kami ni childhood friends lah. Tapi lepas mama sambung belajar dalam dunia muzik, mama dah tak jumpa dia. Kali terakhir mama jumpa pun waktu dia kahwin dulu. Tu pun sebab keluarga dia jemput."

Claire mengangguk faham. Begitu rupanya. Patutlah mereka tadi seperti sudah kenal lama. Tapi ada satu lagi soalan bermain difikiran Claire.

"Jadi mama kenal ibu Rechel dari dialah?" Soalan itu dikeluarkan.

"Tak juga. Mama kenal dengan Amel sebab Amel tu kawan mama yang selalu buat kerja amal bersama mama. Mama ingat lagi, kami kenal pun sebab dia ada buat kerja dekat rumah anak yatim yang mama selalu pergi. Dan selepas itu, mama kenal dia lagi apabila dia kahwin dengan lelaki tadi. Mama tak tahu dunia ni kecil jer. Tak sangka anak kawan mama tu kawan dengan kamu," wanita itu tersenyum.

Claire hanya berdiam sahaja selepas mendengar jawapan itu. Kalau ibunya tahu bagaimana dia dan Rechel mula berkawan mesti ibunya akan marah kepadanya.

Tapi dia juga tidak sangka rupanya ibunya mengenal keluarga Rechel. Kiranya dirinya juga ada kena-mengena dengan keluarga Astrade kan.

"Oh ya, ahad ini Christmas kan. Kamu balik rumah ya. Kita sebut Christmas sama-sama. Kalau kamu nak bawa Karl tu pun boleh. Dapat mama nak kenal bakal menantu mama," wanita itu bergurau membuat muka Claire bertukar merah.

Berita Karl menjadi tunang kepada anaknya itu memang mengembirakannya. Bagi dia Karl itu sangat sesuai bersama dengan Claire. Apatah lagi lelaki itu memang sudah menjaga Claire sejak kecil.

Jadi tak hairanlah lelaki itu sangat sesuai dengan Claire. Rania dan Darren pun tak kisah Karl menjadi tunang Claire, asalkan anaknya bahagia sahaja.

Tapi yang jadi susahnya apabila Karl bertemu dengan Perth, adik Claire. Mereka berdua itu tidak pernah berbaik dan boleh dikatakan Perth tidak suka akan Karl.

Jadi setiap kali mereka berdua berjumpa Claire memang dia akan jadi pendamai antara mereka. Apatah lagi diri Perth yang tiba-tiba sahaja overprotective terhadapnya sejak dua menjak ini. Macam tak nak lepaskan kakaknya pula.

"Also beritahu Perth jangan terlalu malu dengan mama. Dia tu malu sangat sama mama sampai susah mana nak cakap dengan dia," ujar Rania lagi.

Claire berfikir mungkin budak itu masih lagi rasa janggal di hadapan ibunya itu. Ya lah selama ini dia fikir Elena, ibu sebenar Perth sudah buat perkara yang tidak baik pada Rania, jadi mungkin budak itu terasa sagat bersalah.

"Baik mama," balas Claire.

"Kalau macam tu, mama pergi dulu. Jumpa kamu, ahad ni ya." Kata akhir Rania sebelym meninggalkan tempat itu. Claire pula hanya memberi senyuman kepada kereta yang keluar daripada perkarangan sekolah ini.


Siapa yang ada baca karya tears of melody aku, mesti dah tahukan Rania masih hidup.

Continue Reading

You'll Also Like

60.7K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...
26.8K 1.1K 57
Seorang gadis bernama luna yg tinggal di bersama keluarganya malah tragedi kematian berlaku di atas ibubapa luna mempunyai 5 orang adik beradik luna...
165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
49.6K 5.5K 55
Selama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi kor...