Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

20

34.8K 2.4K 416
By Lollysnow

"Auch! Pelan-pelan lah Talia! Kulit aku dah nipis tu!" Berkerut Lily memarahi Talia yang sedang menyapu ubat dipahanya tapi caranya seperti sedang menyiat-nyiat kulit pehanya.

"Lah. Aku fikir kau dah hilang saraf sakit." Perli Talia tak bersalah sambil dia memperlahankan sapuan di peha Lily. Kulit disitu sudah membaik, tunggu parutnya hilang dan mungkin mengambil sedikit masa.

"Excuse me?" Lily jenggil mata.

"Yelah, dah cara macam nak bunuh diri. Tapi itulah nyawa kau je liat."

"Hahahaha! Sudah Talia! Berasap budak tu karang." Dayang yang membawa dua mug air melabuh punggung disofa menempatkan dua gadis itu.

Dia sendiri belum berehat, pulang sahaja dari kerja. Ketibaannya di Airport disambut dua gadis itu lalu dibawa ke rumahnya sendiri. Dasar.

Mujurlah abangnya tiada kerana pergi bercuti bersama kawan-kawannya.

"Aku cuma nak puaskan diri aku." Lily membalas dingin.

"Puaskan diri kau ni salah. Ini namanya memberi penderitaan pada diri. Diorang yang tak sakit tapi kau yang dapat sakit." Ceramah Talia.

Betul kata Talia, dia hanya melihat Ayahnya bermasam muka dengan Puan Sarah untuk beberapa hari dan setelah itu mereka seperti biasa.

"Macam mana aku nak buat lagi? Bunuh mereka kah?"

"Lily!!" Serentak Dayang dan Talia menjerit. Lily lepas tawa kecil mendapat respon dua gadis itu.

"Tak, aku tak akan buat cara tu. Bukan aku kesian tapi.. masih terlalu awal.Macam mana diorang ambil masa yang lama menikam aku dan Ibu dari belakang. Begitu juga aku. Sikit demi sikit aku tikam mereka.. Sampai dia rasa deritanya.."

"Kalau dia mati sekalipun, aku harap dia mati dalam tekanan." Kata-kata Lily sekarang buat Dayang meremang.

"Kau jangan buat macam-macam lagi Lily. Sayang diri kau juga." Ujar Dayang buat Lily tersenyum lantas mengangguk kepalanya.

Hanya Talia diam memerhati wajah itu. Entah kenapa hatinya rasa tidak enak. Sudah pasti ada sesuatu yang Lily rancang.

"Jadi Erma akan bertunang esok. Okaylah berkurang seorang langau dalam rumah tu." Dayang tarik mug lalu disua ke mulut.

"Tak. Itu tak okay." Kata-kata Lily buat Talia dan Dayang serentak berpaling.

"Apa kau cakap?"

"Kalau dia duduk jauh, dia lebih bahagia. Sebaiknya dia dekat dengan aku.."

"Jadi?" Mata Talia membulat sedikit.

"Sama ada aku akan batalkan perkahwinan itu.. atau aku buat dia ditinggalkan.."
....

"Ya Allah.." Terjelepuk Erma di atas lantai melihat apa yang ada di atas katilnya kini.

Tangan naik menekup mulut dengan mata terasa berat menunggu bila-bila masa empangan air mata itu pecah. Perlahan-lahan tubuh itu terlurut jatuh melihat baju dihadiahkan Puan Ida dan Khair kini rabak menjadi kepingan-kepingan yang tak mungkin mampu dibaiki lagi. Baju bewarna kuning pastel asalnya sudah siap untuk dipakai dan digantung di dalam almari tapi entah bagaimana oagi itu, dia temui baju itu terlipat dengan koyakan seperti digunting seseorang.

Padahal majlis pertunangan itu akan berlangsung hari itu, segalanya sudah disiapkan, bagaimana dia mahu memberitahu Puan Ida yang baju itu tidak mampu dipakainya kerana sudah koyak semuanya. Puan Ida sangat mengharapkan dia untuk memakai baju itu, kerana katanya Khair yang memilih untuknya.

Erma raup wajah ke rambutnya sebelum dia menunduk kepala kelantai. Setitis demi setitis air mata kini tumpah dipipinya. Entah bagaimana dia gambarkan rasa itu. Sakit, marah dan geram bercambur baur buat dia ingin mengamuk melepas segalanya.

"Apa salah aku pada kau Lily? Sanggup kau buat aku macam ni.." Bergetar suara itu dan akhirnya esakan mula keluar dari mulutnya. Dia tak sepatutnya menangis di hari bahagianya. Kenapa dia yang dihukum begini.

"Erma! Mama panggil dari tadi tak menyahut kenapa? Tu kat bawah mak andam dan sampai!" Puan Sarah bercekak pinggang melihat anaknya.

"Sekarang dah puas hati mama?"

Berubah air muka Puan Sarah mendengar suara anaknya. Dia masuk lantas menolak daun pintu.

"Kenapa Erma? Apa dah jadi ni?"

"ini yang mama nak tengok kan? Puas hati mama?" Walau agak kuat, Erma masi lagi menjaga tona suaranya. Puan Ida kelu melihat wajah anaknya sudah basah dengan air mata. Apa sudah terjadi?

"Apa kamu cakap ni Erma? Ibu mana yang sanggup tengok anak dia menangis macam ni Erma. Jangan buat mama risau saying." Puan Sarah tetap dengan suara lembutnya bat Erma pejam mata dengan esakan.

"Mama sanggup tengok anak mama sendiri derita demi kepuasan mama. Mama pentingkan diri.."

"Erma!"

"Baju yang sepatutnya Erma pakai semasa hari bahagia Erma dah rosak mama.. tsk.. tsk.."

"Tu baju tuning Erma maa.. Apa Erma nak buat?" Makin kuat Erma melepas tangisannya di hadapan ibunya buat Puan Sarah kelu lantas berpaling memandang baju tuning Erma yang sudah rabak menjadi kepingan di atas katil.

"Ya Allah.."

"Erma benci Lily.."

"Apa salah Erma pada dia ma? Erma tak pernah usik dia selama ni? Erma anggap dia macam adik Erma sendiri! Tapi kenapa dia buat Erma macam ni? Kenapa?!"

"Bawa mengucap Erma, tak semestinya Lily yang buat semua ni.."

"Habistu siapa? Siapa lagi yang sanggup buat perkara bodoh tak berperasaan dalam rumah kita?"

"Siapa yang bodoh dan tak berperasaan tu?" Seseorang mencelah buat Erma dan Puan Sarah serentak berpaling. Erma terlebih dahulu mengetap gigi dan bangun memandang gadis itu penuh kebencian.

"And rumah kita? Excuse me? Ini rumah aku, ibu aku dan ayah. Kami tak lagi sependapat nak terima orang luar dalam rumah ni. Kau orang cuma orang pungut."

"Kau memang tak ada perasaan Lily! Kau memang perempuan celaka!!" Tengking Erma.

"HAHAHA, perempuan celaka? Sekurang-kurangnya aku bukan pembunuh." Mata Lily bergerak memandang Puan Sarah diam di tempatnya.

"Apa kau dah buat kat baju aku? Apa salah aku kat kau ha?!" Erma sudah hilang sabarnya, menolak bahu Lily hingga gadis itu terdorong kebelakang.

"Aku cuma buang sampah dalam rumah aku. Aku tak suka benda tu jadi aku koyakkan."

"Kau..." Erma hamper mengangkat tangan ke muka gadis itu tapi Puan Sarah pantas menarik tangan anaknya.

"Untunglah aku tak koyakkan kau berdua, sebab korang berdua dengan sampah tak ada beza.."

Pang!!

Terteleng muka Lily dengan tamparan kuat mengena pada pipinya. Erma yang duduk disebelah mamanya teguk air liur tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.

"Aunty dah lama sabar Lily! kalau bencikan Aunty, benci Aunty seorang! Bukan Erma!!" Mencerlung mata Puan Sarah memandang Lily. Hingga tahap ini, dia tak dapat menahan lagi. Dia bukan wanita lemah mampu melihat anaknya menderita kerana silapnya.

"Kau perempuan murahan!!" Hampir Lily menerkam Puan Sarah tapi Talia yang baru meluru masuk terus menahan tubuh sahabatnya. Lily merengus.

"Kenapa kau haling aku Talia?!!" Tengking Lily kuat.

"Sebab aku tahu kau akan bunuh dia.." Turun naik nafas Lily memandang Puan Sarah. Memang itu yang dia fikirkan sekarang. Ikutkan hatinya dia ingin mencapai pasu lalu menghentak kepala wanita itu. Wanita itu sudah berani menyentuhnya dengan tangan Kotor itu.

"Aku tak nak kawan aku dipenjara oleh orang-orang yang tak bernilai." Sambung Talia buat Erma ketap gigi memandang gadis itu.

"Jom Lily.." Lily masih berdongkol geram akhirnya mengalah diheret Talia keluar dari bilik itu.

"Kalau kau nak rasa sakit itu sampai,, kau kena banyak bersabar hingga saat itu tiba." Sambil mengheret Lily sambal Talia membebel. Lily merengus dan akur mengikut.
•••

"Tahniah Erma.." Puan Ida tersenyum lebar menilik cincin pertunangan yang baru disarungnya tadi tersemat indah di jari manis gadis itu.

"Terima kasih Aunty.. Maaf Erma tak dapat nak tunaikan permintaan Aunty nak tengok Erma pakai baju tu.." Suara Erma bertukar sayu. Dia sudah menceritakan segalanya pada Puan Ida. Siap permohonan maaf bagi pihak Lily. Mujurlah Puan Ida memahami nasibnya.

"Jangan risau, Erma pakai apapun tetap cantik. Tak berkelip Khair melihat tu haa.." Puan Ida kerling memandang Khair yang baru tiba memandang ke arah mereka. Tetamu juga turut menyapa Khair untuk mengenali bakal suami Erma itu.

Erma tersipu menunduk kepala melihat Khair tak berkelip memandangnya.

"Jom bergambar! Sarah mari duduk sini." Puan SIdah menggamit sahabatnya untuk duduk sekali di atas pelamin untuk sesi bergambar.

Khair dengan pandangan kosong mengalih pandang dari menilik baju dipakai Erma, berbeza dari baju dipilihnya tempoh hari. Apa agaknya sudah jadi dengan baju itu?

"Khair! Mari sini!" Khair kembali berpaling memandang Puan Ida melambai memanggilnya. Dia senyum tipis lantas melangkah ke arah pelamin.

"Mama bagi chance, jangan dekat-dekat tau! Kamu berdua darah manis lagi." Sempat Puan Ida memberi amaran buat Erma makin membahang dekat dengan lelaki itu. Tanpa kata Khair melabuh punggungnya disebelah Erma dan meninggalkan sedikit jarak. Ramai mula berbisik dengan senyuman. Pasti sedang bahagia melihat mereka berdua.

Kecuali seseorang dari tingkat atas rumah itu, sedang mengetap gigi menahan diri. Ikutkan hati dia ingin menjerit dan menghalau semua orang itu dari rumahnya. Tapi Talia terlebih awal menghalangnya dengan mengatakan semua itu kelak akan memberi buruknya. Sebaiknya dia sabar dahulu.

Tapi sampai bila?!

Continue Reading

You'll Also Like

643K 72.2K 113
ALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020
2.8M 142K 99
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu...
1.4M 60.5K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...
202K 26.9K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20