Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

19

29.8K 2.6K 577
By Lollysnow

Sebaik hempas pintu kereta, dahi Lily sendikit berkerut memandang beberapa buah kereta tersusun dirumahnya. Ada apa didalam? Perempuan tua tu dah meninggal ke apa?

Jika meninggal, dia patut cari baju paling cantik untuk pengebumian wanita itu.

"Lily!" Mendengar namanya dipanggil, Lily pantas menoleh.

"Abang Lut?"

"Lama tak jumpa Lily. Lily sihat?" Soal Lutfi ramah.

Lily hulur senyum tawar.
"Abang Lut buat apa kat sini?" Soal Lily tidak bernada. Kerutan di kening jelas menunjuk yang kehadiran lelaki itu buat dia tak senang.

"Abang pon baru sampai, erm abang nak join mama dan papa..."

Kata-kata Lutfi tiba-tiba terhenti sebaik dia pandang jauh ke dalam mata gadis itu. Seperti flashback buat dia serba salah untuk teruskan ayatnya.

"Nanti abang Khair balik Malaysia kita jumpa lagi ya. InsyaAllah kalau ada jodoh" Khair tunduk sedikit sambil menghulur jari kelingking.

"Jodoh tu apa?" Soal Lily polos. Khair garu kepala sebelum memandang kedua abangnya. Naqib dan Lutfi yang sama menepuk dahi.

"Jodoh tu maksudnya bila ada masa untuk kamu berdua jumpa nanti" Lutfi menjawab bagi pihak Khair. Lily terkebil-kebil seketika.

"Saya nak ada jodoh banyak banyak dengan abang Khair" serentak itu Lily membalas dengan melingkar jari kelinkingnha di hari Khair. Lutfi dan Naqib yang menjadi pendengar menghamburkan tawa dengan kecomelan anak itu.

"Pon boleh.." Khair garu kepala sendiri.

"Kenapa?" Soal Lily apabila Lutfi tidak berkelip merenung wajahnya. Apa difikirkan lelaki itu.

"Abang cuma dah sedar. Lily dihadapan abang sekarang sudah besar.." Lutfi hulur senyum tipis.

"Abang teringatkan saat Lily kecil yang polos tanya abang apa itu jodoh. Sekarang Lily dah besar dan rasanya Lily lebih faham maksud disebaliknya." Kata-kata Lutfi makin buat Lily keliru. Apakah orang korporat ini suka cakap berputar-putar?

"Jadi?" Lily mula merasa jengkel.

"Erma dan Khair dijodohkan mama. Sebab tu abang ada disini." Kata-kata Lutfi buat wajah Lily sedikit kendur. Tetapi gadis itu lebih bijak mengawalnya.

"Mereka dijodohkan bukan berjodoh.." Sekali lagi Lutfi ulang ayatnya.

"Jadi? Apa respon yang patut saya bagi? Menangis?" Lily senyum sinis, sungguhpun dia tidak peduli.

"Tak, abang cuma nak Lily tahu. Itu sahaja."

Lily juling mata ke atas sebelum melangkah meninggalkan Lutfi disitu.

Lutfi senyum tipis, memandang belakang gadis itu. Betul kata mama dan Khair, Lily betul-betul berbeza. Gadis itu kelihatan lebih dewasa dan sukar untuk dijangka

"Lily tak sabar nak berjodoh dengan abang Khair"

"Lily dah balik?" Tak beriak Lily pandang wajah ayahnya yang menyapa. Ruang disitu jadi sunyi seketika sebaik susuk Lily tiba di ruang tamu. Lutfi yang turut membontoti dibelekang menyalami Encik Fajir lantas mengambil tempat di sebelah papanya.

"Kenapa tak jemput Lily bila buat majlis dalam rumah ni? Tak sopan pula kan tuan rumah tak dijemput." Perlian pedas Lily buat Puan Sarah menunduk dan Puan Ida melempar pandang ke arah lain.

"Hahaha. Papa dah nak cakap dekat Lily tadi. Tapi Lily dah berangkat ke Restoran." Encik Fajir menjernihkan suasana.

Lily jungkit sebelah kening sebelum melangkah menganbil tempat disitu. Kaki disilang sebelum matanya memandang Erma yang kelihatan tidak senang duduk dengan kehadirannya.

"Teruskan. First time kita buat majlis dekat rumah ni tanpa Ibu. Lily nak tahu macam rasanya." Tak bersalah Lily menutur buat orang-orang disitu tersentap.

"Elok kita teruskan perbincangan tadi.." Sampuk Encik Rozi. Encik Fajir mengangguk kepala bersetuju.

"Jadi macam ni lah Erma, Sarah, Fajir." Wajah Kendur Puan Ida tadi bertukar senyuman lebar saat matanya menyinggah memandang Erma dihadapan.

"Saya datang ni untuk merisik Erma untuk Khair.." Erma kelihatan tersipu-sipu disebelah ibunya. Sudah pasti bahagianya hanya tuhan yang tahu. Sudah bertahun-tahun dia tunggu saat itu.

"Aunty dah bincang dengan Khair, dan Khair sendiri minta Aunty tanya tuan punya badan. Dia tak nak lah paksa Erma ubtuk terima dia." Kata-kata Puan Ida menunjukkan seperti Khair yang beria mahukan Erma.

Encik Fajir tersenyum seraya berpaling memandang Erma yang tersenyum manis.

"Jadi Erma dah ada jawapan atau nak tunggu masa?" Soal Encik Rozi pula. Erma teguk air liur sendiri.

"Oh ya, kami tak ada sediakan cincin cuma baju yang saya dan Khair pilih untuk Erma pakai masa pertunangan itupun kalau Erma terima." Mata Lily bergerak memandang kotak bungkusan kelihatan mewah ditolak di atas meja ke arah Erma.

"InsyaAllah Aunty.. Erma akan cuba jadi pasangan terbaik untuk Khair.." Balasan ringkas Erma cukup buat mereka disitu melepas keluhan lega.

"Alhamdulillah.." Puan Ida meraup wajah.

"Kalau macam tu kita boleh teruskan berbincang pasal pertunangan ya?"

•••

Khair tergamam sebaik mechanic creepernya ditarik buat dia terdorong keluar dari bawah ruang kereta. Kerutan terbentuk di dahi sebaik melihat Lutfi sengih tak bersalah dihadapanya.

"Janganlah kacau aku kerja!" Marah Khair.

"Macam aku tak tahu kau mengelamun kat bawah tu. Aku dah intai kau tadi sebelum aku tarik benda alah ni." Lutfi tunjuk mechanic creeper beroda itu.

Khair merengus sebelum mencapai kain lantas mengelap tangannya yang kotor.

"Ada apa?"

"Dah makan?" Romantik Lutfi menyoal buat Khair kerut kening.

"Sejak bila kau jadi romantik ni bang? Dah tak ada perempuan yang nak kat kau ke?" Perli Khair sedikit geli dengan pertanyaan abangnya. Lutfi hambur tawa.

"Tak lah, aku bawa makanan dari rumah bakal isteri kau. Mama yang suruh." Mendengar balasan Lutfi, wajah Khair serta merta berubah. Berbeza dari Lily, riak lelaki itu tak mampu disembunyikan dihadapannya.

"Jadi macam mana?" Soal Khair mendatar. Lutfi hulur senyum tipis sambil dia bercangkuk di hadapan adiknya.

"Dia terima. Congrats!" Lutfi tepuk bahu Khair mengundang jelingan lelaki itu.

"Auw garangnya! Nak jadi suami orang mana boleh garang-garang."

"Tak kelakar." Khair bangun dari mechanic creepernya lantas bergerak ke bilik menempatkan ruang pejabatnya. Lutfi senyum membontoti adiknya.

Abang-abang ni memang menyakitkan hati kan?

"Oh ya, tadi Lily pon ada." Mendengar nama Lily, Khair pantas berpaling dengan wajah sedikit cemas.

"Apa yang berlaku?"

"Nothing. Seems like she enjoyed the moment."

"Oh."

Keduanya diam sejenak.

"Kenapa kau terima Khair, kalau kau tak nak? Sudah-sudahlah tu tunjuk baik ikut semua cakap mama. Aku tengok pun rasa muak."Bebelan Lutfi buat Khair angkat wajah memandang abangnya. Satu senyuman terukir dibibir.

"Aku tak cakap aku baik.." Senyuman misteri dibibir adiknya buat Lutfi mengerut kening.

"Apa kau cakap?"

"Entahlah.." Khair bergerak membuka jendela ruang pejabatnya.

"Mungkin aku dalam eksperimen. Mungkin juga aku nak puaskan hati seseorang.." Khair berpaling memandang Lutfi tegap memandangnya. Lelaki itu jelas masih keliru.

"Dia tak akan duduk diam.. Kebahagiaan Erma adalah penderitaan dia.."

"Sebab tu aku cakap, aku tak baik juga." Jelas satu persatu patah perkataan keluar dari mulut Khair buat Lutfi teguk air liur. Tak berkelip lelaki itu memandang adiknya.

•••

Lily hempas pintu bilik sebelum dia merebahkan badannya di atas tilam empuknya. Helaan nafas kepenatan dan kesakitan bersilih ganti.

Penat dengan segala yang terjadi hari itu. Dan sakit melihat kebahagiaan orang yang tak layak bahagia setelah membuat dia menderita selama ini.

Kelompak mata dikatup rapat dengan nafas cuba diatur tenang. Lama dia begitu sehinggalah kelompak mata itu perlahan-lahan terbuka.

Dan satu senyuman tersungging dibibir.

Continue Reading

You'll Also Like

290K 18.1K 70
Sekuel TRIO Luth Mahfuz Luth Hentian Akhir Fatihah : Mahfuz . [[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]] BOOK #7 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Ro...
825K 33.2K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
120K 4.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
2.9K 372 19
dia hadir lantas memilih untuk merubah segalanya, ingin mendambakan hal yang bukan untuknya, di saat kepercayaan semakin nyata, terpilih kah dia untu...