Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 88

2.7K 262 11
By arniey11

Baju uniform sekolah aku dipakai kemas. Beg violin dan beg sekolah dipastikan aku untuk sentiasa bersedia.

Tidak sangka aku seminggu sudah berlalu sejak aku keluar dari hospital. Dan sekarang tiba masa untuk aku bersekolah.

Akhirnya aku boleh keluar rumah ini setelah lama bercuti. Inilah sebab kenapa aku kata sekolah aku seronok berbanding cuti. Sekurangnya dekat sekolah aku tidak akan mengadap muka-muka itu.

Kunci kereta diambil oleh aku lalu mengambil beg sekolah bersama beg violin aku. Pintu dibuka lalu terus aku menuju ke tangga rumah ini.

Dapat aku lihat ahli keluarga aku yang lain sedang bersarapan dia ruang makan. Aku menjeling ke arah mereka dan hanya melanglah pergi selepas itu.

"Cik," langkah aku terhenti apabila nama aku dipanggil.

Aku menoleh dan kelihatan Mary yang memanggil aku tadi.

"Cik tak nak sarapan ke?" Soalnya.

"Tak," balas aku lalu membuka pintu keluar rumah ini.

Buka sahaja aku pintu tersebut, terus aku terasa angin sejuk menyapa aku. Sudah bulan 12 memanglah sejuk. Apatah lagi dekat negara ini. Salji dia memang tak boleh bawa main waktu masa sebegini.

Harap sahajalah dekat sekolah nanti tak sesejuk ini. Kalaulah sejuk memang boleh beku aku belajar nanti.

Kaki aku dengan rasa sejuknya terus berjalan menuju ke kereta aku. Jujur aku kata sangat sejuk walaupun aku sudah pakai baju sejuk yang agak tebal sekarang.

Pintu kereta dibuka lalu terus aku masuk. Lega sedikit aku apabila suhu dalam kereta ini tidak seteruk di luar. Setelah beberapa minit di dalam kereta, akhirnya aku menghidupkan enjin lalau bergerak menuju ke sekolah.

Perjalanan aku menuju ke sekolah tidaklah lama. Hanya 20 minit namun disebabkan salji yang turun buat perjalan aku kurang lancar. Aku sampai sahaja ke sekolah, aku sudah dapat dengar bunyi loceng berdering. Nasib sahaja sempat. Kalau tak mesti aku kena dengan cikgu disiplin ni.

Kereta aku dihentikan di tempat meletak kereta lalu aku mengambil semua beg aku. Baru sahaja aku mahu keluar tiba-tiba aku perasan kereta yang dinaiki Claire berhenti di hadapan pagar sekolah.

Aku tersenyum sambil menunggu gadis itu keluar dari keretanya. Aku mahu berjalan bersama gadis itu sekali menuju ke kelas.

Keluar sahaja Claire dari kereta tersebut, aku terus berjalan menuju ke arah Claire yang berada tepat di hadapan kereta.

"Hey!" Tegur aku.

Gadis itu memusingkan kepala lalu tersenyum ke arah aku. Entah kenapa rasa merinding pula. Biasanya gadis itu tidak akan senyum walaupun aku tegur dia.

"Macam mana dengan kau?" Soal aku sambil berjalan disampingnya.

"Okay, cuma memori aku masih..." dia berhenti bercakap. Aku menepuk bahunya tanda aku faham apa yang dia maksudkan.

Aku tahu dia ada terlibat dalam kemalangan beberapa minggu lepas sehingga membuatkan dia amnesia. Aku sempat lawat dia pada minggu lepas bersama Ian namun hasilnya tetap juga sama. Dia hanya samar-samar sahaja ingat tentang aku dan Ian.

Sejujurnya aku tidak sangka bahawa dia akan terlihat dalam kemalangan yang agak teruk. Aku sendiri pun terlibat namun bukan kemalangan tetapi percubaan membunuh diri.

Aku tidak mahu mengatakan semua ini kepada Claire kerana aku tahu hanya akan menyusahkan dirinya sahaja nanti. Sudahlah dia baru sembuh dari kemalangan itu dan sekarang nak jaga aku pula. Memang tak lah aku nak susahkan dia lagi.

"Kelas kita dekat mana?" Soal Claire dengan janggal.

Aku tertawa kecil melihat Claire yang memang tidak ingat tentang sekolah ini.

"Jom ikut aku," balas aku lalu membawa dia masuk ke kelas.

Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya kami tiba di hadapan kelas. Pintu dibuka dan kelihatan guru masih lagi belum masuk.

Lega sedikit hati aku. Fikirkan loceng sudah berdering dan cikgu tu sudah pun tiba di dalam kelas. Rupanya tidak.

"Tu tempat duduk kau," aku menunjukkan tempat duduk yang berada di belakang tempat duduk aku sahaja.

Claire mengangguk lalu bergerak ke sana. Aku pula terus duduk di kerusi aku sambil memandang ke luar tingkap yang penuh dengan salji turun itu.

Nampaknya aku tak boleh berehat di luar hari ini. Salji itu turun lebat sangat jadi mesti sangat sejuk nanti.

Harap sahajalah petang nanti salji tidak akan turun lebat lagi. Nanti susah pula aku nak balik.

.
.

Time skip

Mata aku merenung ke luar tingkap bangunan ini. Salji sudah berhenti namun rasa sejuknya memang terasa walaupun tingkap ditutup. Aku mengeluh seketika.

Aku mahu balik sekarang namun angin sejuk di luar bangunan ini membuat aku malas untuk keluar. Di dalam bangunan ini rasanya sudah cukup panas membuat aku tidak mahu keluar.

Tapi kalau aku tak balik, aku nak buat apa dekat sini. Seorang sahaja memanglah bosan. Kalau ada Claire kan bagus, tapi ini tidak. Aku tidak tahu kemana tujunya gadis itu sejak kelas tamat tadi.

Nampaknya aku akan bersendiri lagi. Mungkin aku akan tunggu untuk beberapa minit sebelum aku pulang. Lagi pula berlamaan di sekolah bagus lebih bagus daripada aku terus berada di rumah.

"Eh! Kau belum balik Rechel?" Suara Ian kedengaran.

Kepala aku dipusingkan 30 darjah mengadap pintu dan dapat aku lihat Ian masuk ke kelas ini.

"Belum, aku malas nak balik." Selambar aku membalas.

Lelaki itu tersenyum mendengar jawapan itu. Mesti dia sudah boleh jangka akan jawapan tersebut keluar dari mulut aku.

"Kau buat apa sini?" Soal aku balik.

"Aku nak ambil buku tertinggal," lelaki itu berjalan menuju ke lokernya lalu mengeluarkan satu buku teks yang dikatakan tertinggal tadi.

Selepas itu, dia terus berjalan menuju ke arah aku. Aku hanya mengendahkan sahaja lelaki tersebut. Pandangan aku beralih semua ke luar tingkap ini.

"Kau macam mana sekarang? Okay tak?" Ian menyoal.

Aku mengeluh dengan sikap Ian itu. Satu hari tak dengar soalan tu memang tak sah telinga aku ni.

"Ian, kau dah tanya soalan tu pagi tadi dan rasanya kau tahukan jawapan dia," ujar aku dengan pasrah.

"Ya lah, tapi okay kau tu nak percaya memang susah. Entah-entah sekarang kau masih buat benda yang sama."

"Aku dah tak buat lah," sedaya upaya aku cuba berkeras.

Memang aku tak buat lagi kerja tu tapi aku tak jamin aku akan lakukan kerja tu lagi di masa hadapan.

Ian memandang curiga diri ini. Mesti dia tidak percaya dengan aku. Tak tahulah kenapa lelaki ini semakin hari semakin susah percaya dengan jawapan aku ni sudah baik. Adakah sebab aku selalu menipunya dengan jawapan tu selama ini?

"Kalau kau dah tak buat semua tu, jadi lepas ni apa yang kau rancangkan?"

Mata aku menjeling sedikit ke arah Ian yang duduk di meja hadapan aku. Tahu sahaja lelaki itu akan apa yang aku sedang rancangkan selama ini.

"Beberapa bulan lagi kita graduate kan?"

Lelaki itu mengangguk.

"Aku fikir aku nak keluar dari rumah tu terus lepas aku graduate," aku mengatakan hasrat aku selama ini.

Ian dengan terkejutnya memandang aku. Tak kan dia tidak tahu semua ini? Rasanya dia lah yang paling tahu bahawa aku tidak suka akan rumah tu dan mahu keluar dari rumah itu dengan cepat.

"Kau dah gila ke apa? Waktu tu kau baru sahaja graduate. Kau belum tahu pun nak kerja terus atau nak sambung belajar. Kalau kau keluar dari rumah tu, kau nak duduk mana."

Aku tersenyum nipis. Ada sedikit perasaan sedih namun lebih kepada rela. Aku rela keluar dari rumah ini walaupun aku tidak ada tempat tinggal.

"Aku akan sambung belajar tapi bukan sini," balas aku.

"Bukan sini? Maksud kau?"

"Aku akan belajar dekat luar negara. Jauh dari keluarga aku dan orang yang aku benci. Kalau boleh aku tidak mahu datang ke sini semula."

Ian terdiam mendengar jawapan aku itu. Terkejut bukan, tetapi itulah apa yang aku rancangkan selama ini.

Aku akan keluar dari rumah ini dan membina hidup baru sebagai Rechel sahaja bukannya ahli keluarga Astrade.

"Kalau itu pilihan kau, aku terima. Tetapi kau mesti beritahu kau akan belajar dekat mana dan jangan sesekali kau lupa aku nanti," ujarnya berserta amaran.

Aku tertawa kecil mendengar amaran tersebut. Sudah semestinya aku tidak akan lupakan lekaki ini di masa depan. Sudah banyak Ian menolong aku jadi mustahil untuk aku lupakan selepas apa yang telah dia lakukan.

Bagi aku Ian adalah kawan terbauk yang pernah aku ada. Dialah tempat aku mengadu dan tempat aku menyelesaikan masalah. Banyak nasihat dia bagi untuk aku teruskan hidup aku ini. Rasanya tanpa dia mungkin sudah lama aku akan membunuh diri lagi.

"Tak lama lagi birthday kau kan! Kau nak apa-apa kau sebagai hadiah?" Ian berkata.

Aku menggelengkan kepala menandakan tidak perlu. Setiap tahun lelaki ini tanya soalan ini kepada aku dan jawapan aku tetap sama tapi lelaki ini nanti mesti akan ada beri sesuatu juga untuk aku.

Contohnya tahun lepas, aku tak minta pun tapi dia tiba-tiba hadiahkan aku seutas rantai dan rantai tersebut masih aku gunakan sampai sekarang. Aku memang tidak minta tapi dia yang berikan. Kalau tak diterima nanti dia akan kecil aku dengan aku. Jadi apa boleh buat, terima sahajalah.

"Kau memang tak nak apa-apa? Kalau macam tu, terpaksalah aku fikir sendiri apa nak beri dengan kau tahun ni," aku mengeluh dengan kata itu.

Lihat! Aku sudah kata tidak perlu dia masih lagi mahu memberikan aku hadiah. Tidak faham betullah dengan lelaki ini. Kalau nak hentikan memang mustahillah. Itu Ian bukan lelaki biasa.

Tapi kalau difikirkan memang tidak lama lagi hari ulang tahun aku dan ini juga bermaksud tak lama lagi hari ulang tahun kematian ibu aku. Ibu aku mati selepas 2 minggu melahirkan aku, jadi bermaksud 2 minggu selepas hari jadi aku, hari tersebut akan berlangsung.

Ini juga menjadi jadi sebab kenapa aku tidak suka akan hari jadi aku. Kalau boleh aku tidak mahu ingat pun tetapi disebabkan Ian, aku terpaksa ini.

Bila agaknya aku boleh lupakan terus hari tersebut. Aku tidak mahu ingat dan mahu melupakannya terus. Mengingatinya hanya akan membuat luka aku berdarah kembali.

Dalam tears of melody, ini cp waktu Claire hilang ingatan dan baru masuk sekolah.

Continue Reading

You'll Also Like

60.7K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...
26.8K 1.1K 57
Seorang gadis bernama luna yg tinggal di bersama keluarganya malah tragedi kematian berlaku di atas ibubapa luna mempunyai 5 orang adik beradik luna...
192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
1M 54.4K 70
Tak payah bacalah.Cerita ni mengarut .Serius tak tipu. Tapiii buat siapa yang degil,Sis ucapkan : Selamat membaca Vote and comment P/s :typo...