Romance : Ahmad Khalif ✓

By dsyaf_

34.5K 3.4K 263

Book 2 (Masih edit dan tak digalakkan baca kerana cringe) 8 tahun yang lepas Nama aku Khalif. Bekas pelajar a... More

Akan datang
1 | Permulaan
2 | Pengenalan
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45 (Akhir)

32

693 68 7
By dsyaf_


( Kamu dan kenangan - Maudy Ayunda)

***

Tangan Hanum diusap, mengingati kesalahan yang dirinya lakukan membuat rasa bersalah semakin menebal. Keluhan berat dilepaskan, suami jenis apa aku? Ayah jenis apa aku?

Kalau kata anak yang berada di dalam kandungan Hanum tidak dapat diselamatkan, percayalah dia tak akan memaafkan dirinya sendiri.

Terasa gerakan dari tangan Hanum membuatkan matanya terus melihat wajah pucat Hanum, apabila mata si isteri terbuka, jelas pandangan yang diberikan adalah pandangan tidak senang.

"Baby? Baby okay tak Khalif?" Perut dipegang, lalu mata memandang Khalif sambil tangan suaminya digenggam.

Tolonglah, jangan katakan dia keguguran. Jangan..

"Baby selamat Hanum." Kepala Hanum diusap dengan tangan kirinya, manakala tangan tangan kanan setia menggenggam lembut tangan Hanum.

Melihat Hanum mengerutkan dahi membuat dirinya tertanya,

"Kenapa Han.."

Bicaranya dipotong dengan tengkingan Hanum.

"Kau! Kau yang rogol aku dulu! Sekarang kau nak bunuh anak aku pula ke?! Kau lelaki tak guna! Cerai, aku nak cerai!" Raung Hanum tidak tentu arah.

Khalif cuba memegang bahu Hanum, dia tahu Hanum tertekan dan membuatkan wanita itu terimbas kenangan pahit mereka.

"Hanum, dengar dulu saya nak cakap."

"Tak nak! Kau lelaki tak guna, tak cukup ke kau seksa aku dulu Khalif? Sekarang kau cuba nak bunuh anak aku pula?! Jantan tak guna!"

Melihat keadaan Hanum yang meronta membuatkan Khalif terus menarik Hanum kepelukannya, erat, kemas.

Rontaan Hanum mula perlahan sebelum hanya tangisan yang didengar,

"Saya minta maaf, saya buat Hanum sakit. Saya minta maaf.." Rambut Hanum diusap perlahan.

"Kenapa kau buat aku macam ni Khalif? Apa dosa aku?" Soal Hanum dengan tangisan yang membasahi mukanya.

"Awak tak ada dosa Hanum, saya yang salah. Saya minta maaf. "

Khalif merapatkan pelukan tanpa ada sedikit ruang, Hanum miliknya, Hanum bidadarinya, Hanum haknya, kenapa dia sanggup menyakiti Hanum? Kenapa dia begitu kejam?

Tangisan yang ditahan pecah juga, terkaku Hanum mendengar esakan Khalif di bahunya.

"Khal.. lif?" Soal Hanum dengan keadaan tersentak.

Hanum cuba meleraikan pelukan, namun Khalif tetap menariknya kembali untuk merapatkan pelukan.

"Sekejap sahaja Hanum." Pinta Khalif dengan nada merayu.

Perlahan-lahan tangan naik membelai rambut Khalif, mengingatkan kata-kata kasar yang dilempar tadi sedikit sebanyak membuatkan dirinya menyesal.

Hampir 10 minit Khalif menyandarkan kepalanya di bahu Hanum. Kepala diangkat lalu wajah Hanum dilihat.

Pipi Hanum dipegang, sisa air mata Hanum dilap.

"Saya minta maaf, saya salah."

Kepala didekatkan pada perut Hanum, tangan diletak lalu diusap.

"Anak ayah." Senyuman terukir mengenangkan mereka bakal menimang cahaya mata.

"Saya min.." Jari Khalif membuatkan dirinya terhenti berkata.

"Shuu.. saya salah, bukan Hanum. Saya memang tak guna cuma kali ini percaya pada saya, beri saya peluang." Khalif mengangkat wajah lalu merapatkan dahinya dan dahi Hanum.

"Saya sangat sayangkan Hanum." Bisik Khalif.

***

"Ha?! Dekat hospital? Apa lagi Khalif buat ni?" Terkejut Puan Sri Khalisa.

Tan Sri Ahmed turut terkejut dengan jeritan nyaring isterinya, air kopi yang dihirup membuatkan dirinya tersedak.

"Bi, you dah kenapa pulak ni? Aish orang tua ni kan." Belakang tubuh suaminya ditepuk dan diusap-usap.

"Takdelah, ni abi kamu tersedak minum kopi. Nanti lepas asar umi abi pergi hospital, nak tunggu kamu cerita memang tidakla."

"Ha okay, waalaikummussalam." Telefon ditutup.

"Minum kopi tu elok-elok la abi, umi tak nak jadi janda tau!" Mata digarangkan lalu tangan dibuat bentuk X, tanda tidak mahu.

"Awak yang terjerit nacam orang hutan masalahnya, terkejutla abi."

"Orang hutan awak pasal saya bi? Tak padan tua." Pisang goreng diambil lalu dicicah ke dalam mangkuk berisi sambal kicap sebelum digigit.

"Anak awak call sebab apa? Terkejut bagai."

"Khalif tu dekat hospital, entah siapa sakit pun tak tahu. Dah la majlis harijadi sendiri batal pun tak cakap dengan kita, buat penat je melawa semalam." Rungut Puan Sri Khalisa.

"Dekat saya tak nak pulak melawa." Tan Sri Ahmed mencebik bibirnya.

"Eh tua miang ni. Petang ni kita pergi hospital tau, I dah suruh Khalif hantar location."

"Ikut you lah."

Begitulah mereka, nama panggilan selalu bertukar-tukar, genap 27tahun di alam perkahwinan, banyak yang mereka lalui bersama.

Saat jatuh, saat bangkit dan segalanya dikongsi berama, dan alhamdulillah rumah tangga mereka masih kekal sehingga ke akhir ini. Masing-masing sudah berumur 56 dan 52 tahun.

Semoga jodohnya berpanjangan.

***

Setelah menghantar mesej maaf kepada semua rakan terdekat yang dijemput untuk menyambut harijadi Khalif, Hanum menghela nafas lega.

Syukur kandungannya selamat. Khalif yang sedang mendirikan solat dipandang, khusyuk sahaja lelaki itu solat dengan bacaan yang lancar dimulut.

Setelah Khalif memberi salam kiri dan kanan, suaminya menunduk memandang sejadah, lama. Mata tidak lepas memandang kelakuan Khalif.

Sehinggalah suaminya sudah berada di birai katil, mata tetap tidak lepas memandang Khalif.

"Awak nak makan?" Soal Khalif lembut.

Hanum hanya menggeleng walau sejujurnya dirinya sangat lapar. Seketika terasa kepala diusap oleh Khalif.

"Lapar cakap sahaja Hanum, tunggu ye? Saya minta pihak hospital siapkan."

Tak lama selepas itu Khalif muncul bersama dulang yang berisi cawan dan mangkuk.

"Tara! Ini ada mushroom sup."

Khalif mencubit sedikit roti lalu dicelupkan ke dalam mushroom sup sebelum disua ke mulut Hanum.

"Saya boleh makan sendiri." Larang Hanum.

"Ouh, err maaf. Makanla." Khalif mula berdiri dan berundur ke sofa yang disediakan.

Agak terasa apabila Hanum tidak lagi manja seperti dulu, tiada lagi panggilan manja dari Hanum, yang ada hanya mendatar.

Tak lama selepas itu pintu yang dibuka oleh seseorang membuatkan mata melihat.

"Maigoat menantu umi!"

"Ibu!"

Puan Sri Khalisa dan Hadi menjerit lalu berlari ke arah Hanum. Alah macam tak biasa drama cucu dan nenek ni.

"Ibu sakit kat mana?"

"Hanum kenapa ni?"

"Ibu baik cakap, kalau tak Hadi marah!" Jari telunjuk diangkat dengan wajah garang.

Kepala Hadi diusap sebelum tangan umi, abi serta abang Harris disalam.

"Ibu okay je." Senyuman diberikan.

Mushroom sup diletak tepi, kini keutamaannya adalah ahli keluarga. Khalif hanya memerhati Hanum dan uminya berbual.

"Jatuh?" Soal abi terkejut.

"Macam mana boleh jatuh pula?" Abang Harris bertanya, mata Harris seringkali melihat Khalif yang hanya diam.

"Tersadung." Sepatah jawab Hanum. Tak perlu rasanya dia membuka aib rumahtangga mereka yang tidak beberapa baik itu.

"Pokok tak kan bergoyang Hanum kalau takde angin." Tegas balasan abang Harris terhadap jawapan Hanum yang baginya tidak masuk akal.

"Betul juga, tak kan la kamu tersadung pula, kamu bukan jenis pakai high heels pun, nak kata pakai skirt ketat pun tidak." Sambung Tan Sri Ahmed.

Khalif mengeluh, orang kata berani buat berani tanggung.

"Khalif." Ucapannya membuat semua disitu melihatnya.

"Yes baby boy?" Jawab umi sepatah.

"Khalif yang buat, Khalif yang tolak Hanum." Wajah diangkat memandang ahli keluarganya.

"Serius lah?!" Jerit Hadi terkejut.

"Astagfiruallah Khalif, kenapa kamu tolak Hanum?" Nada Tan Sri Ahmed turut naik senada.

"Khalif tak sengaja."

"Tak sengaja engkau!" Tanpa apa-apa, abag Harris melayangkan tumbukan tepat di wajah Khalif.

"Abang dah!" Tegas Hanum, lengan abang Harris ditarik.

"Kau jumpa aku dekat luar."

"Pukul lah Harris, abi benarkan tapi jangan teruk sangat sudah."

Umi hanya mengangguk, pantas anaknya diberi pengajaran.

"Abang Harris, jangan." Larang Hanum.

Namun semuanya diabaikan, Harris terus menarik Khalif keluar dari wad Hanum.

Hadi hanya memandang tanpa perasaan, dia membaringkan tubuh diatas katil ibunya.

"Takpela ibu, dorang main tepuk tampar aja tu." Hadi memeluk perut ibunya.

Hanum mengeluh, kesian Khalif.

***

Continue Reading

You'll Also Like

446K 20.4K 45
[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sam...
563K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
2.2K 330 49
"Tolong jadi isteri aku." Tanpa berfikir panjang, pernyataan berani mati itu terpacul daripada seulas bibir Izyan Hazriq. Gadis yang baru ditemui in...
569K 23.6K 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pert...