Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

18

31.4K 2.4K 861
By Lollysnow

"Mujurlah Cik Lily tak melecur teruk. Cuma luka lecuran dia kena selalu dipantau dan cuci." Ilham pandang wajah gusar Encik Fajir dan wajah tenang Khair silih berganti. Apa sebenarnya telah berlaku pada Lily.

"Alhamdulillah. Lily kat mana?"

"Nurse sedang sapu ubat di kawasan luka. Untuk lecuran jangan balut dengan apa-apa kain kasa, saya nanti jadi jangkitan kuman." Pesan Doktor Ilham.

"Ini resit, ubat boleh ambil di farmasi ya."

"Baik doktor terima kasih."

"Uncle pergi ambil ubat dan kaunter bayaran sekejap. Khair tunggu Lily ya?" Encik Fajir memandang pula kearah Khair yang dari tadi tidak banyak bicaranya.

"Baik uncle." Khair hulur senyum tipis sebelum tubuh lelaki itu berlalu meninggalkan dia bersama Doktor Ilham masih disitu.

"Hai doktor!" Belum sempat Khair membuka mulut seseorang menyapa mesra Doktor dihadapannya buatkan Khair diam memerhati.

"Hai Cik Chef. Kenapa? Masakan simpan dendam pada Cik Chef ke sampai cederakan Cik chef harini?" Perli Ilham buatkan Lily melepaskan tawa kecil. Disudut padang Khair, Lily kelihatan sangat normal sekarang berbanding tadi.

"Nampaknya macam tu lah." Lily jeling Khair kelihatan masih diam disitu memerhati dirinya.

"Oh ya, ini kawan awak?" Ilham pandang Khair.

"Tak, dia anak kepada kawan ayah saya." Balasan Lily cukup menunjuk jarak jauh antara mereka.

"Rasanya kita dah banyak kali bertemu selama ni. Saya Ilham." Ilham menghulur tangan. Kekok.

"Khair. Thanks sudah rawat Lily."

Ilham sekadar membalas dengan senyuman sebelum berpaling memandang Lily tersenyum lebar memandangnya. Nampaknya mood gadis itu kelihatan baik walaupun sudah melecur dipaha.

"Saya pergi dulu ya. Saya ada pesakit lagi."

"Baik. Ada masa datanglah restoran saya."

"Promise!" Ilham kenyit mata sebelum berlalu dari situ. Dari cara percakapan mereka Khair dapat simpulkan tiada hubungan istimewa antara mereka.

Perlahan-lahan senyuman lebar Lily mengendur seraya berpaling menatap Khair masih diam disitu.

"Jadi kau dah nampak semuanya harini." Lily pegang paha terhinjut-hinjut mencari kerusi untuk merehatkan tubuh. Khair turut spontan bergerak membantu gadis itu.

"Nampaknya macam tulah." Ringkas Khair membalas sebelum membantu Lily melabuhkan duduk.

"Aku cuma nak ingatkan kau, sebaiknya kau diamkan mulut kau dari perkara lebih buruk yang akan aku lakukan."

"Maksud Lily?" Khair balas memandang wajah itu.

"Jangan cerita apa-apa pada ayah aku! Kau bukan sesiapa! Ingat tu!" Walau berbisik tona suara Lily jelas sedang menguggut Khair.

Khair buang pandang ke arah kerumunan  pesakit sebelum dia hela nafas berat.

"Apa yang Lily buat sekarang ni salah."

"Aku tak perlu nasihat kau. Kalau kau fikir apa yang aku buat dekat Erma dan mama dia tu salah." Lily pandang jauh kedalam mata itu.

"Apa yang diorang dah buat pada ibu aku berganda lebih dari apa yang aku buat." Terketap gigi Lily membalas kata-kata Khair.

"Abang lebih fikirkan Lily lebih dari mereka." Balas Khair tenang.

"Semakin hari Lily semakin sakitkan diri Lily. Abang tak sanggup lihat semua tu." Riak Lily berubah mendatar buat seketika sebelum ia tiba-tiba menghamburkan tawa dibuat-buat.

"Aku rasa puas dengan buat semua tu."

"Tak kisah apa yang Lily fikir sekarang. Tapi abang cuma nak pesan jangan sampai semua dendam Lily makan diri Lily sendiri. Guna cara yang betul untuk tunjukkan kesakitan Lily bukan dengan cara macam ni." Wajah Khair mendatar sebelum anak matanya bergerak memandang susuk Encik Fajir melangkah laju ke arah mereka.

"Lily macam mana nak?"

"Sikit je ayah. Sekarang dah okay, cuma nak bergerak susah." Balas Lily kendur.

"Sekejap papa tolong.."

"Uncle. Izinkan saya tolong." Belum sempat Encik Fajir bantu anaknya berdiri. Khair pantas mencelah buat Lily terkebil-kebil dan Encik Fajir keliru.

"Tangan Uncle dah penuh dengan ubat. Lagipun Lily berat, biarlah saya yang tolong dia." Membulat mata Lily apabila dituduh berat oleh lelaki itu.

"Excuse me?!"

"Boleh Khair tapi tak susahkan.."

"Tak." Belum sempat Encik Fajir habiskan ayatnya Khair sudah bergerak menghampiri Lily sebelum tubuh gadis itu dicepung selamba buat mata-mata disitu memandang ke arah mereka.

Membulat besar mata Lily dengn situasi janggal seperti itu.

"Kalau tak nak sakit. Lebih baik Lily diam dan jangan melawan." Suara tak bernada lelaki itu buat Lily yang sedang mengeras tubuh tidak selesa akhirnya pasrah. Dia mahu membentak melawan tapi sebaik melihat riak ayahnya dia bantutkan niat.

"Lily okay?" Soal Encik Fajir gusar.

Lily hulur senyum tawar sebelum dia lambat-lambat mengangguk kepala.

•••

"Mama, kak Lily tak apa-apa ke?" Lisa dongak memandang wajah gusar mamanya. Dari tadi mamanya duduk di luar sekejap dia bangun menjenguk keluar pagar dan sekejap dia kembali duduk dalam kegelisahan.

"InsyaAllah tak ada apa sayang." Puan Sarah usap kepala anak kecilnya.

"Buat apa mama risau perempuan yang dah hina mama macam tu." Erma muncul bersama mug ditangan.

"Lily tu anak uncle Fajir kamu juga Erma. Janganlah cakap macam tu."

"Sampai bila mama nak dia layan mama macam tu ma?!" Keras suara Erma buat Puan Sarah berpaling menjenggil mata sebelum memberi isyarat pada Lisa yang masih kecil.

Erma merengus sabar.

Tak lama terdengar deruman enjin dan sebuah kereta masuk keperkarangan rumah. Puan Sarah pantas berdiri.

"Yeay! Ayah dan Kak Lily dah balik!!" Lisa bersorak bertepuk tangan melihat kereta ayahnya mula memakir tepat dimuka pintu.

Khair terlebih dahulu keluar dari tempat memandu diiringi Encik Fajir. Pintu belakang dibuka Khair sebelum tubuh seseorang yang duduk dibelakang dicepung keluar buat mata Erma tidak berkelip memandang babak itu.

Sakit.

Melihat wajah Erma sebegitu, Lily senyum sumbing. Ada bagusnya jika Khair mendukungnya begitu. Tangan spontan naik memeluk leher Khair tepat dihadapan Erma. Lagi-lagi Khair yang berhenti menunggu arahan Encik Fajir.

"Lily macam mana Fajir?"

"Dia tak melecur teruk. Khair bawa lah Lily masuk kebilik dia." Encik Fajir mempelawa Khair masuk. Khair sekadar mengangguk lantas melintasi Erma yang kelihatan terpaku memandangnya.

Senyuman Lily makin melebar. Walau sakit yang dia rasakan, entah kenapa permainan kali ini lebih mengasyikkan.

"Lepaskan leher abang." Teguran Khair buat Lily tersentak dan memandang sekeliling. Sejak  bila dia sudah sampai ke biliknya? Si Khair ni pecut ke apa?

"Okay." Lily teragak-agak melepas rangkulan di leher lelaki itu. Dan sebaik itu juga Khair berhati-hati meletak Lily di atas katil. Lily terkebil-kebil memandang lelaki itu.

"Er thanks." Ujar Lily mendatar sebelum anak matanya bergerak memandang seseorang sedang mengecil di balik pintu. Khair turut menoleh memandang.

"Lisa?" Tegur Khair dan sebaik itu juga Lisa menegak menelan air liur.

"Lisa nak tengok kak Lily ke?" Khair menegur buat Lisa yang sedan menyorok mula memunculkan diri. Dia seperti seseorang yang takut tetapi ingin tahu.

"Masuklah."

"Khair!" Lily mengerut kening tidak suka. Panggilan Lily diabai Khair sebelum lelaki itu tunduk menyamai ketinggian Lisa.

"Lisa risaukan kak Lily?" Soal Khair buat Lisa mengangguk kepala dalam ketakutan.

"Kak Lily sakit. Lisa boleh tengokkan akak?"

"Boleh!" Laju Lisa menjawab buat Lily merengus. Menjengkelkan.

"Nanti tolong tengok luka kak Lily tau. Abang tak boleh nak tengok, ayah Lisa pon tak selalu ada untuk tolong. Lisa tolong abang ya?"

"Baik abang!" Makin melebar senyum anak kecil itu.

"Nanti Lisa besar, Lisa nak jadi apa?" Soal Khair lagi. Nampaknya lelaki itu agak pandai berborak dengan budak-budak.

"Lisa tak tahu.." Suara Lisa mengendur lantas memandang ke arah Lily.

"Lisa rasa, Lisa nak jadi doktor sebab Lisa nak rawat luka-luka Kak Lily."

"Good." Khair senyum sebelum mengusap kepala anak kecil itu. Lily pula mengalih pandang tidak berminat.

"Khair?" Satu suara menyapa buat Khair berpaling.

"Uncle, saya tinggal Lily kat sini dulu ya."

"Terima kasih Khair banyak bantu keluarga Uncle. Tak tahu Uncle nak balas macam mana." Ujar Encik Fajir serba salah. Khair geleng kepala dengan senyuman.

"Anggap je lah Khair salah seorang dari keluarga Uncle."

"Wah tak sangka ramai nak mengaku jadi keluarga aku setelah ibu aku meninggal." Perlian Lily buat Khair berpaling sebelum dia hulur senyum tipis.

"Khair balik dulu uncle." Khair capai tangan Encik Fajir lalu menyalami.

"Hati-hati Khair." Khair sekadar membalas dengan senyuman dan angguk sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

"Lily nak apa-apa panggil papa ya." Ujar Encik Fajir. Lily mengangguk sahaja kepalanya.

"Jom Lisa. Kak Lily nak rehat."

"Tak! Lisa kena jaga akak. Abang Khair yang suruh." Lisa membantah buat Encik Fajir mengerut dahi.

"Bawa dia keluar ayah. Lily nak berehat." Lily menjenggil mata memandang Lisa.

"Lisa dengar tak tu. Jom." Encik Fajir memimpin tangan anaknya buat Lisa tercebik tidak puas hati.

Lily juling mata.

•••
"Tak tahu lah apa nak jadi dekat anak beranak itu." Puan Ida mengeluh mendengar cerita Lily tercedera tertumpah sup panas di pehanya. Awalnya Khair kelihatan tidak mahu bercerita tetapi lepas didesak ibunya. Lelaki itu membuka mulut juga.

Katanya Lily dibawa ke hospital kerana tidak sengaja tertumpah sup ke atas pehanya. Tapi lain difaham Puan Ida. Lily itu sudah bertahun-tahun hidup dengan makanan panas. Duduk didapur dan cekap memasak itu ini. Tak mungkin sup panas mudah jatuh dipehanya.

"Dia tak sengaja Ma.." Mendatar suara Khair buat Puan Ida geleng kepalanya.

"Hati mama rasa tak sedap Khair. Patutlah Erma selalu menangis tertekan mengadu dekat mama. Rupanya banyak perkara dia lalui dirumah itu."

"Erma tu cuma mangsa keadaan, dia tak bersalah. Mama risaukan dia." Puan Ida mengeluh.

"Dari mama risaukan Erma apa kata mama tanya khabar Lily sekarang. Dia lagi menderita dari Erma." Balasan pedas Khair buat Puan Ida diam seketika.

"Yang itu mama tahu. Tapi Lily sekarang dan berubah Khair.. Dia.." Puan Ida kelihatan teragak-agak meneruskan ayatnya.

"Dia seperti dikuasai dendam."

Khair diam sejenak. Nafas ditarik terasa berat. Apa dikatakan mamanya benar belaka. Tapi Lily tak mungkin jadi seperti itu jika sesuatu menolaknya ke lembah dendam.

Lily seperti seseorang yang sudah hilang semua yang dia punya. Dia bahkan sanggup sakitkan diri sendiri untuk kepuasan. Dirinya tidak bermakna selain kepuasan dendam yang dia dambakan. Itu Lily dimata Khair.

"Mama ada fikirkan sesuatu Khair.." Kata-kata Puan Erma buat Khair yang termenung menatap syiling sambil menyandar kepala pada sofa menoleh memandang mamanya.

"Mama fikir, nak bawa Erma keluar dari rumah itu. Mama kesiankan Erka Khair." Puan Ida kelihatan teragak-agak, lagi-lagi mata tajam anak lelakinya buat dia takut jika cadangannya ditolak. Tetapi selama dia hidup Khair tidak peenah menolak setiap permintaanya.

"Jadi mama nak buat macam mana?" Soal Khair mendatar.

"Mama nak jodohkan Khair dengan Erma." Sebaik ayat itu keluar dari mulut mamanya. Bibir Khair sedikit terbuka mencari nafas sebelum dia menegak tubuh menatap mamanya.

"Ma,, Kenapa mama tak fikirkan untuk bawa Lily keluar je dari rumah tu? Dari mama fikir nak keluarkan Erma?" Soal Khair, nada suaranya tetap dikawal walau hatinya kuat membantah permintaan mamanya.

"Itu tak mungkin Khair, Lily sudah tak mampu dikawal lagi. Kamu tak kasihankan Erma ke Khair?" Soalan Puan Ida buat Khair ketap gigi dan mengangguk kepala dalam kepasrahan.

"Kenapa Khair? Bukan abang Lut?"

"Takkan mama nak jodohkan Erma dekat orang yang dia tak suka. Lagipun Erma dengan Abang Lut kamu tak rapat. Dia lebih selesa dengan kamu..

"Lepas dengar cerita dia pasal tak buka hati dekat lelaki lain tu. Mama yakin dia maksudkan kamu Khair. Dia hanya mampu buka hati buat kamu." Bersungguh-sungguh Puan Ida meyakinkan anaknya.

"Khair tak akan tolak permintaan mama kan Khair?" Sambung Puan Ida lagi. Khair kelihatan berperang dengan dirinya sendiri sebelum lelaki itu melepas nafas panjang.

"Kalau itu boleh buat mama tak susah hati lagi. Tapi make sure mama tanya tuan punya badan dulu. Jangan terus atur dan paksa dia." Balasan Khair buat Puan Ida senyum lebar.

"Baik anak mama!"

"Khair naik dulu nak mandi." Khair bangun dari duduknya lantas terus berlalu meninggalkan mamanya yang tersenyum lega disitu.

____
No komen.

Continue Reading

You'll Also Like

89.4K 4K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
203K 26.9K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20
827K 33.2K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...