Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

17

30.8K 2.7K 675
By Lollysnow

"Tak sangka mama dapat makan sekali dengan Khair dan Erma harini." Puan Ida tersenyum memandang Khair dan Erma silih berganti.

"Kenapa Aunty tak ajak je Erma keluar kalau Aunty bosan?" Soal Erma sambil tangan memotong chicken chop di dalam pinggan.

Khair diam dalam dunianya sendiri.

"Aunty tak nak lah kacau Erma. Erma sibuk dengan sekolah lagi. Nak balik tengok mama Erma lagi." Puan Ida tersenyum, moodnya harini membuak-buak bahagia apabila Erma dan Khair serentak bersetuju untuk keluar makan dengannya.

"Tak apa Aunty, hari minggu Erma cuti."

"Khair, mama tengok Erma macam susah nak potong ayam tu. Tolong potongkan untuk dia." Puan Ida sentuh bahu anak lelakinya. Khair pandang sekilas sebelum akur menarik pinggan Erma lalu memotong ayamnya.

"Te,,terima kasih Khair." Erma teguk air liur. Dari sisi sahaja Khair nampak kacaknya. Untungnya dia jika dapat memiliki lelaki itu. Tetapi sejak kejadian dimana dia mendapat video Khair dan Lily berpelukan. Dia tidak menghubungi Khair dan lelaki itu juga tidak ada datang menjelaskan.

Segala persoalannya sudah terjawab yang Khair tidak menganggap dirinya sesiapa.

"Nah." Khair kembali menolak pinggan Erma buat gadis itu tersentak. Dia hampir mengelamun di hadapan Puan Ida dengan menatap anak teruna wanita itu!

"Erma dah lama ke jadi cikgu?"  Soal Puan Ida sambil tersenyum memandang telatah Erma kelihatan segan ditangkap menatap anak terunanya.

"Er, dah masuk tahun ketiga."

"Wah agak lama juga tu Erma. Sepanjang tu, tak ada ke berkenan dekat Erma ni? Cikgu-cikgu sekolah tu ke?" Puan Ida jeling anaknya kelihatan tenang menyua makanan ke dalam mulut. Khair kelihatan tidak berminat.

"Ada tu ada lah juga.." Erma tersipu menunduk segan.

"Tapi hati Erma tak terbuka untuk orang lain." Balas Erma perlahan dalam segan. Puan Ida kerut dahi.

"Jadi hati Erma terbuka untuk siapa?" Sebaik soalan itu diaju, mata Erma spontan bergerak menjeling ke arah Khair.

"Mungkin jodoh Erma belum tiba." Erma cepat-cepat mengawal riak wajah. Dia tak mahu orang-orang itu tahu apa terbuku lama dihati. Cinta, cinta juga tapi dia tidak akan jatuhkan maruahnya sebagai wanita untuk beria menunjuk cinta pada lelaki yang tak sudi.

"InsyaAllah jodoh Erma tak lama dah." Puan Ida tersenyum lebar lantas memegang tangan gadis itu buat mata Khair bergerak lantas memandang mamanya.

Hatinya rasa sesuatu.

•••

'Ktang!!' Bunyi kaca pecah kuat bergema buat Puan Sarah yang sedang mengemas dapur segera menapak ke meja makan. Hampir luruh jantungnya melihat makanan dimasak untuk makan siang sudah selamat bertaburan di atas lantai.

Lambat-lambat dia mengangkat wajah memandang wajah bengis Lily dihadapan.

"Kau nak bunuh aku ke orang tua?!! Tak sedap!" Tengkingan Lily bergema.

"Lily? Apa yang tak kena?"

"Ah! Aku tak boleh bayangkan macam mana ayah aku boleh curang dengan perempuan macam kau! Sudahlah masak tak sedap. Ibu aku beribu ganda better daripada kau!"

"Lily.. maaf.." Puan Sarah hilang kata-kata.

"Kau dah bomoh-bomohkan ayah aku ke orang tua?" Mencerlung mata Lily

"Ya Allah, demi Allah Aunty tak buat macam tu."

"Habistu apa?! Apa kau buat sampai ayah aku jadi bodoh sanggup duakan isteri kesayangan dia semata-mata untuk kau?!"

Puan Sarah terdiam. Air mata mula bergenang ditubir mata. Sama ada dia penat kerana makan siang yang dia masak dari tadi sudah rosak semuanya. Sudahlah Fajir dan Lisa akan pulang tak lama lagi.

"Aku nak kau makan makanan kat lantai tu." Permintaan tak bersalah Lily buat Puan Sarah tergamam tidak percaya.

"Lily.. Takkan lah."

"Aku cakap makan! Makan lah! Kau dengan lantai tu tak ada beza! Sama-sama murahan!!" Tengkingan Lily buat Puan Sarah terhenjut terkejut.

"Lily.. Aunty minta maaf. Aunty masak yang lain ya."

"JILAT MAKANAN DEKAT LANTAI TU SEKARANG!!"

"Lily!!" Mendengar suara itu, Lily tarik nafas panjang lantas menjuling matanya.

"Mama! Kenapa ni? Apa perempuan ni dah buat dekat mama?" Erma jatuhkn beg tangan kelantai sebelum laju berlari mendapatkan mamanya.

Lily pandang jengkel.

"Salah mama Erma.. Jangan risau.." Puan Sarah hulur senyum buat anaknya membuat Lily bertambah muak melihatnya.

"Kalau kau tak nak jilat makanan kat lantai ni. Kau boleh ambil alih tempat mama kau Erma." Ujar Lily tak bersalah. Erma membulat mata tidak percaya dengan kat-kata keluar dari mulut perempuan itu.

"Kau semakin hari semakin menjadi-jadi Lily. Apa dah jadi dekat kau?!" Tengking Erma.

Lily tiba-tiba menghamburkan tawa yang dibuat-buat tanpa dia sedar sebatang tubuh sedang memerhati segalanya.

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Semakin hari semakin berbahagia dengan orang yang dah buat ibu aku mati?!" Mencerlung mata Lily membalas tatapan Erma.

"Erma sudah.. segan dekat Khair kat sana."Suara Puan Sarah mengendur menegur Erma yang berura-ura melawan kata-kata Lily.

Mendengar nama Khair disebut wajah Lily tiada riak sedikit. Tidak menyesal tidak juga segan dengan segala tingkah kejam ditunjuknya dihadapan lelaki itu. Dia berpaling dengan riak kosong dan membalas tatapan tajam lelaki itu.

Jadi Khair dan Erma sudah berbaik? Keluar dating bersama. Jika dia mahu melepaskan tawa saat itu, dia akan hamburkan segala humor terkandung di hatinya.

Tapi sebaik deruman enjin kedengaran riak Lily berubah sebelum dia mengukir senyum sinis. Matanya bertatapan dengan Khair seketika sebelum dia capai mangkuk terisi sup panas di atas meja.

Lihatlah Khair, bertapa sakitnya Lily sekarang.

"Lily! Apa kamu nak buat?" Mata Puan Sarah membesar.

Lily membalas dengan tatapan mata sinis sebelum dia curah sup panas itu kepehanya.

"Aa!! Ya Allah Lily!!" Terjerit Puan Sarah melihat anak itu.

Erma tekup mulut sendiri manakala Khair membulat mata tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Arhh!! Sakit!!" Lily menjerit kesakitan membuat Khair meluru mendapatkan tubuh itu. Tapi belum sempat tangan Khair singgah ditubuh itu Lily pantas menepis.

"Ayah!!! Tolong!!" Bergema jeritan Lily buat Encik Fajir yang sedang membuka pintu untuk Lisa segera meluru ke dalam rumah.

"Apa dah jadi?" Membulat mata Encik Fajir melihat anaknya Lily terduduk di atas lantai dengan berselerakan lauk-lauk sudah jatuh kelantai dan pinggan mangkuk yang sudah pecah.

"Lily kenapa?!! Apa dah jadi?" Tegang suara Encik Fajir lalu segera meluru ke arah anaknya.

"Ayah tolong sakit.." Rasa pedih dipehanya menyengat-nyengat. Dia betul-betul gila menyakitkan pehanya sendiri.

"Apa dah jadi? Kenapa Lily?!" Soal Encim Fajir gusar.

"Lily tertumpahkan makanan, dan Lily tolong Aunty Sarah untuk kemas lauk kat lantai.." terketar-ketar Lily bercerita dalam kesakitan.

"Mungkin Aunty Sarah tak sengaja tumpahkan sup atas meja tu kat Lily.." Lily mula tercebik-cebik kesakitan.

"Ya Allah, Khair tolong uncle! Bawakan kereta. Kita bawa Lily ke hospital." Encik Fajir toleh memandang Khair disitu. Khair mengangguk sahaja wajahnya tanpa sebarang komen walau dia tahu apa yang sudah terjadi.

Encik Fajir memandang Puan Sarah kelihatan pucat tidak berdarah memandang Lily. Dia lepas keluhan lantas mencepung tubuh Lily untuk pergi dari situ, Khair juga pantas bergerak mendahului.

Lily peluk batang leher ayahnya sebelum dia menoleh kearah Erma dan Sarah yang masih kelu memandangnya. Senyuman sinis terukir dibibir buat mereka.

Lihatlah dia dapat kedua lelaki yang perempuan-perempuan itu cintai. Satu hari dia akan bawa keduanya pergi dari hidup mereka.

•••

TAK SEMUA HEROIN ITU HARUS PERFECT. KADANG ANTAGONIS JUGA BOLEH JADI HEROIN UNTUK CERITA MEREKA SENDIRI.

Kita heroin untuk kehidupan sendiri dan terkadang menjadi antagonis dalam kisah orang lain🪴

Continue Reading

You'll Also Like

75K 3.4K 29
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
202K 26.9K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20
1.4M 60.4K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...
4.1M 247K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...