Silent Stealer | Lee Juyeon

By fluffstarlight

4.6K 569 43

"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamu... More

Prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22
23
24
25
not an update!
26
27
28
29
30
31
32 -End !
Epilogue¹
Promote!
Another promote!
Good Newssss!

11

106 15 0
By fluffstarlight


Mr Oh memandang bengis ke arah ketiga-tiga pelajar contoh yang dilantiknya beberapa bulan yang lalu. Sungguh dia tidak menyangka pelajar yang disanjung-sanjung itu adalah pembuli sebenar di sekolah. Sungguh, lidahnya terkelu tidak dapat mengeluarkan sebarang kata-kata.

"Mr Oh, kalau nak tahu, mereka yang mulakan dulu. Kitorang lawan lah balik. Betul tak, korang," Il Nam mencuba untuk menafikan bahawa mereka belasah tiga orang tadi bukan atas kesalahan dirinya.

"Betul tu Mr Oh. Kami lalu je kat situ. Tiba-tiba dorang cari pasal kat situ," kawan Il Nam yang juga kononnya pelajar contoh sekolah itu menyokong Il Nam.

Sedaya upaya mereka cuba untuk membuatkan Mr Oh percaya dengan mereka. Tapi, sangkaan mereka meleset sama sekali.

"Kalau diorang yang mulakan dulu, kenapa diorang tak lawan balik? Biasanya, orang yang cari gaduh dulu bila lawan dia belasah, mestilah dia akan lawan balik," Mr Im yang setia di sebelah Mr Oh mula bersuara.

"Mana tahu, mereka saja tak lawan biar kami ni nampak jahat," lagi, ayat yang sangat tidak munasabah diberikan oleh kawan Il Nam lagi seorang.

Mr Im tersenyum senget. Ingat orang akan percaya apa yang keluar dari mulut mereka tu. Semua bukti ada dalam tangannya. Tak usah nak bikin cerita palsu. Berkat Sunwoo memberitahu hal sebenar kepadanya.

"Saya nak tanya kamu bertiga ni," Mr Oh yang sekian lama mendiamkan dirinya kembali bersuara. Mereka bertiga sudah kecut perut.

"Kamu, Kwon Hyunric kan? Kamu yang lapor pada saya yang Lee Jia membelasah kamu sebab dia peras ugut duit kamu, bukan?"

Kwon Hyunric pelajar di sebelah kiri Il Nam mengangguk. Tekaknya terasa kering untuk mengeluarkan suara.

"Kamu report tu untuk menutup keburukan kamu yang sebenarnya kamu tu yang peras ugut duit budak junior tahun 2 bukan? Ataupun saya salah? Ataupun cerita ni palsu yang saya dapat? Jia membelasah kamu sebab kamu tu yang buli kawan satu batch dia. Betul? Jawab pertanyaan saya ni dengan jujur," tegas sekali suara yang dikeluarkan oleh Mr Oh. Kalau bukan Mr Im yang memberitahu hal ini kepadanya semalam, sampai bila-bila lah dia tidak tahu. Dan, harini memang dia mahu mencari tiga serangkai itu.

Hyunric kehilangan kata-kata. Bagaimana cerita ini boleh sampai kepada Mr Oh? Siapa pula yang melaporkannya?

"Mana saem dapat cerita macam ni? Mesti Lee Jia kan? Saem jangan mudah percaya apa yang Lee Jia sampaikan,"

Kwon Hyunric cuba untuk menuduh Jia. Mr Im hanya memerhatikan Hyunric yang sudah tidak senang itu.

"Dimana saya dapat info tu semua tak penting. Yang pentingnya sekarang ni, saya nak kamu bertiga jawab dengan jujur. Adakah betul kamu melaporkan tentang Lee Jia kepada saya hanya semata untuk menutup kesalahan kamu? Dan, saya dapat tahu Jung Il Nam, bekas ketua pasukan bola keranjang membuli ahlinya dan melarang mereka dari berlatih. Betul atau tidak?" mata Mr Oh tidak lepas memandang ketiga-tiga pelajar itu.

Jung Il Nam meneguk liur dengan payah. Dia pasti bahawa Jia lah orangnya yang melaporkan hal ini. Tangan kanannya digenggam erat.

"Bukan Lee Jia yang melaporkan hal ini pada Mr Oh. Tapi, coach kamu sendiri yang melaporkan hal ini kepada Mr Oh. Dan, meminta pendapat dari saya untuk melantik Lee Juyeon aka pelajar yang kamu buli itu mengambil tempat kamu," Mr Im, selaku guru yang menguruskan hal-ehwal sukan di sekolah itu bersuara. Agaknya Il Nam sudah lupa bahawa apa-apa yang datang dari mulut coach mereka tak kesahlah pasukan apa pun, semuanya di atas arahan dan tanggungjawab Mr Im. Coach mereka hanya menyuarakan usul dan pendapat kepada Mr Im.

Il Nam menggigit bibir. Tembelang sudah pecah! Dia tak tahu mau kelentong apa lagi pada guru-guru dihadapannya itu.

"Kamu bertiga layak dihukum gantung sekolah dan sijil tamat belajar. Kerana, memukul pelajar lain sehingga mereka cedera parah,"

"Cedera parah? Suka hati Mr Im je. Buat cerita je ni," Kang Minho yang hanya diam dari tadi pun bersuara tidak puas hati.

"Saya baru sahaja balik dari bilik rawatan sebelum ke sini. Sunwoo mengalami retak di bahagian pergelangan tangannya manakala Lee Jia masih belum sedar diri dari pengsan. Nasib baik Eric hanya cedera ringan,"

"Saya bagi surat gantung sekolah. Dan tiada hari graduasi buat kamu."

Mr Oh menyerahkan surat merah iaitu surat gantung sekolah kepada ketiga-tiga pelajar itu dengan kasar.

| S I L E N T S T E A L E R |

Juyeon memandang screen handphone nya untuk melihat jam. Kenapa Lee Jia belum pulang lagi? Bukankah harini restoran tidak beroperasi kerana harini bukan hari restoran beroperasi.

"Asal Lee Jia belum balik lagi ni? Takkanlah dia kat sekolah lagi. Dia tengah study ke? Jarang betul dia study kat library tu sampai waktu begini," risau Juyeon apabila Jia masih belum pulang.

Dia menekan icon call log dan mencari nama Jia untuk menelefon Jia. Hatinya disebelungi rasa risau yang teramat sangat.

Lama dia menunggu panggilan untuk Jia menjawab telefonnya tetapi tidak diangkat. Juyeon memandang hairan ke arah phonenya. Kenapa dia tidak mengangkat panggilan darinya?

Dia mencuba alternatif lain. Dia cuba menghubungi Sunwoo. Hampa. Sunwoo turn off dia punya phone. Mungkin Sunwoo ada kelas tambahan malam ni. Eric?

Dia cuba mendail nombor Eric. Ada deringan. Tidak perlu menunggu masa yang begitu lama, panggilan dapat disambungkan.

"Eric, kau kat mana?" on-point Juyeon bertanya kepada Eric. Dia sudah tidak senang duduk sekarang ini.

"Aku kat hospital. Juyeon aku nak minta maaf sebab tak dapat nak lindungi Jia dengan sebaiknya time kau takde,"

Nada suara Eric membuatkan Juyeon bertambah gusar. Terus dia bangkit dari sofa dan menapak laju ke pintu utama rumah untuk keluar.

"Kau tunggu situ. Aku datang secepat mungkin," terus Juyeon meletakkan panggilan dan bergegas ke hospital. Tak perlu beritahu hospital mana, kerana di daerahnya itu memang ada satu-satunya hospital.

| S I L E N T S T E A L E R |

Eric tidak mampu memandang muka Juyeon ketika ini. Dia berasa amat bersalah. Sebab itulah, dia tidak memberitahu Juyeon. Kerana, dia sangka Juyeon akan pulang dari Incheon lambat lagi. Rupanya, pasukan bola keranjang sudah balik dari Incheon pada petang tadi.

"Jadi, betullah Il Nam cari dia untuk balas dendam?" Eric mengangguk pertanyaan Juyeon. Dia sudah berjanji pada Juyeon untuk menjaga Jia sebaiknya semasa ketiadaan Juyeon.

"Teruk ke diorang pukul Jia?"

"Teruk lah jugak. Tapi, tadi doctor ada bagitahu aku yang dia kurang air dalam badan dan dia punya badan terlalu penat,"

Eric memandang ke arah Jia yang sedang terlantar di atas katil dengan tangan yang dicucukkan IV drip di tangan kirinya. Muka Jia ketika ini sangat pucat.

"Doctor kata, dia kena tahan duduk hospital sampai dia betul-betul sembuh. Katanya ada bahagian lebam besar di dada dia. Nasib baik tak teruk. Kalau tidak tadi dia terpaksa kena bedah. Takut benda lain pulak jadinya,"

Juyeon hanya diam mendengar setiap perkataan dari Eric. Dia berasa lega tiada apa yang teruk jadi kepada Jia. Kalau tidak, ibu pasti sedih dan risau degan keadaan Jia. Kemudian, dia berpaling pula ke katil sebelah dimana Sunwoo ditempatkan.

"Teruk ke retak dekat tangan Sunwoo tu? Nampaknya kita kena stay hospital juga lah ni jaga mereka berdua. Mak Sunwoo tahu tak?" Juyeon bertanya kepada Eric apabila dia melihat tangan Sunwoo yang disimen.

"Mulanya, doctor cek pergelangan tangan dia yang retak. Bila X-Ray lagi sekali, rupanya tulang lengan dia pun retak jugak. Mungkin retak sebab kena pijak dengan mereka bertiga tadi. Mak Sunwoo ada kerja kat luar. Jadi, mak dia minta tolong aku jagakan Sunwoo sementara mak dia kat luar daerah,"

"Kes pasal dorang tu dah settle pagi tadi. Atas berkat Mr Im dan Sunwoo. Mr Im penyelamatnya. Kalau dia tak terdetik nak tengok CCTV pagi tadi, agaknya mati kitorang kat situ. Lee Jia tak boleh nak lawan balik. Sebab dia dah janji dengan diri dia. Takkan pukul orang lagi."

"Sunwoo? Dia buat apa?"

"Dia bagitahu Im Saem benda sebenar semalam. Sebab, dia tak puas hati aku dengan Jia kena denda cuci tandas sebab laporan tak berasas diorang. Sunwoo kan memang rapat dengan Im saem. Itu yang dia rilek je cerita benda ni kat saem,"

Oh patutlah semalam Jia merungut bila aku call dia semalam. Ini rupanya yang terjadi.

"Takpe Eric. Kau tak perlu rasa bersalah dengan aku. Semua benda ni adalah suatu 'tragedi' yang kau sendiri pun tak boleh nak elak. Kau okay?" Juyeon memegang bahu Eric. Serba salah pulak dia tengok Eric dihurung rasa serba salah.

"As you can see. Aku okay je. Cuma tulah, habis muka handsome aku ni calar-balar. Bibir lebam. Perut aku pun senak lagi ni. Cuma luka kat muka dengan kat lengan ni je sebab kena terajang dengan manusia tak guna tu,"

Kalaulah Hyunjae dan Younghoon tahu Sunwoo cedera parah, Eric walaupun cedera ringan macamtu, mahunya dia sepak terajang 3 manusia tu. Tahap baran dorang boleh tahan juga tu.

"Better jangan bagitau member kita yang lain. Masak kalau Hyunjae hyung dengan Younghoon hyung tahu,"

Eric mengangguk setuju. Tetapi, tidak selamat juga, kerana kes ni dah diketahui satu sekolah. Chanhee pasti bagitahu member mereka yang lain. Kerana Chanhee sekelas dengan mereka.

"As long as, Chanhee tak spill the tea pasal benda ni kat chatroom. Dia tu dah lah informer terbaik dalam group,"

| S I L E N T S T E A L E R |

Seperti yang sudah dijangka, Chanhee memberitahu kes mereka di chatroom. Tak boleh nak tutup mulut betullah Chanhee ni. Habis semua member dah tahu.

Hyunjae dan Younghoon mula lah menjadi detektif tak bergaji tanya itu ini. Juyeon dan Eric mengeluh berat. Aduhai. Sunwoo yang juga sedang memegang handphonenya itu menggulingkan matanya ke atas.

"Choi Chanhee ni memang lah dia! Tengok Hyunjae hyung dengan Younghoon hyung dah mula nak cari siapa budak tu. Haih, saja je lah dia ni!" Sunwoo bengang saja memandang handphonenya.

"Buat hal lah. Ei budak tu,"

Sunwoo yang sememangnya sedang panas hati dengan Chanhee semalam bertambah sakit hati. Sedang dia melayan geramnya itu, handphonenya bergetar tanda ada orang call.

Dia mengambil handphone yang diletakkan di meja kecil sebelah katil hospital itu untuk mengangkat panggilan. Membulat matanya apabila melihat nama yang tertera di screen phone. Am I dreaming right now? Sunwoo memandang ke arah Eric dan Juyeon yang sedang leka dengan phone masing-masing sambil setia duduk sebelah katil Jia yang belum sedarkan diri lagi dari semalam.

Perlahan dia lekapkan di telinga. Badannya membelakangi dua orang yang di sebelah. Senyumannya tak mampu dia sorokkan lagi.

"Hello, Kimsun. Harini dah okay ke?"

Suara itu kedengaran sangat bimbang tentang dirinya. Dia cuba kawal dirinya untuk tidak begitu menunjuk sangat.

"Err-ha...Harini okay dah sikit. Tapi tulah susah sikit nak gerak macam biasa. Tangan dah kena simen," Sunwoo berkata dengan nada perlahan. Supaya dua orang manusia itu tidak perasan.

"Kalau aku nak lawat kau boleh? "

Mendengarkan sahaja ayat itu keluar dari mulutnya, tersenyum lebar Sunwoo. Suka betul. Sekejap. Mesti dia datang dengan Chanhee nanti. Sebab Chanhee pun kata dia nak lawat kitorang harini.

"Err-Yerin. Kau datang seorang ke nanti?" berhati-hati Sunwoo bertanya.

"Asalnya Chanhee ajak-"

Oh. Chanhee yang ajak dia rupanya patutlah. Terus hilang senyuman Sunwoo. Mukanya berubah muram.

"Tapi, aku tak dapat nak datang sekali dengan dia sebab aku ada hal nak kena settle dulu. Kalau aku datang besok boleh? Aku datang seorang. Okay?"

Muka Sunwoo cerah kembali. Esok pun boleh lah. Asalkan dia datang seorang diri dan bukannya bersama Chanhee.

"Lah, kau yang nak datang. Aku okay je,"

"Hah! Kim Sunwoo call siapa tu?" Eric yang perasan Sunwoo sedang on-call dengan seseorang, menyergah Sunwoo. Terkejut kawan tu.

"Ish, kau ni. Siapa lagi kalau bukan mak aku," Sunwoo marah. Dia menipu Eric dengan mengatakan benda yang sememangnya tipu.

"Eh--erm--weh. Bye. Jumpa esok," kalau bukan di sebabkan Eric, dia boleh borak panjang lagi dengan Yerin. Terus dia hang up call tadi.

"Eleh yelah tu. Entah-entah Yerin-" Eric yang terperasan akan terlepas cakap segera menekup mulutnya.

"Kaki aku sihat wal-afiat ni Eric. Tangan aku je yang disimen. Kaki aku bebas. Jangan sampai tapak kaki aku ni mendarat kat muka kau," Subwoo berang. Kalau bukan sebab tangannya di simen, sudah lama dia menekup mulut Eric dengan kuat.

"Kau suka Yerin ke Sunwoo?" Juyeon yang baru memproses ayat yang diungkapkan Eric tadi baru faham.

"SOHN YOUNGJAE!"

Habis. Habis terbongkar. Nasib baik Eric bukan jenis macam Chanhee yang suka expose macam-macam kat chatroom mereka.

"Kau jangan sampai aku bagitau Jia bila dia sedar nanti," Eric terus melutut dekat sebelah katil Sunwoo. Ha, tau pun.

"Please, Sunwoo yabg comel plus handsome plus plus plus iphone plus. Jangan bocorkan rahsia aku. Biar aku yang cakap sendiri pada dia,"

"Bila?" Juyeon pun turut menyampuk.

"Bila aku dah ready."

"Jangan ambik masa lama sangat. Takut dia sangkut dengan orang lain. Kau jugak yang meroyan," Sunwoo memberi nasihat tak bertauliah pada Eric.

"Jangan cakap orang. Kau pun sama!"

Eric ni kan. Ada jugak yang kena ni kang.

"Bagusnya kau pergi sekolah. Kenapa tah mak aku tu suruh kau jaga aku. Aku bukan budak kecik lagi nak kena jaga," Sunwoo menjuihkan bibirnya.

"Hey, aku dapat MC dari doktor. Takkanlah aku nak sia-siakan surat MC dari doktor tu. Kita kena gunakan dengan sebaiknya,"

Sunwoo menunjukkan penumbuknya. Eric menjelir lidah. Juyeon yang hanya jadi pemerhati mereka berdua hanya mampu menggeleng kepala. Childish!

| S I L E N T S T E A L E R |

Continue Reading

You'll Also Like

78K 7.8K 32
" Selesaikan misi kau , Semuanya akan jadi seperti biasa ." [ COMPLETE ] [ 1st OCTOBER 2018 ] Cover made by ; @Taegi_s
111K 5.5K 18
Ni zaman bocah baru first time tulis fanfic.
482 332 41
ㅡ Maafkan saya.. saya yang salah.. ; Mohon baca KIDULT 025 sebelum baca ff yg ni. Anggap lh ni part 2 punya okey? Lovely from cutiepie. : justhan__ J...
123K 3.7K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...