12

101 18 1
                                    

Riuh bilik mereka dengan kehadiran manusia yang riuh. Hyunjae dan Younghoon menjadi detektif tak bergaji menyoal siasat Sunwoo yang sedang aman bermain handphone.

Chanhee dan Haknyeon sedang sibuk bermain game di suatu sudut bilik iaitu di sebelah katil Sunwoo. Eric tiada di situ kerana ingin pulang ke rumah sebentar. Changmin dan Juyeon duduk berdua di sebelah Jia.

"Jia memang tak sedar lagi ke dari semalam?" Changmin yang ralit memerhati wajah Jia yang pucat itu bertanya kepada Juyeon disebelahnya.

"Haah," ringkas sahaja jawapan dari Juyeon.

"Kau memang nak pendam je ke. Atau, kau takut nak bagitau hal sebenar dekat Jia?"

Soalan dari Changmin itu membuatkan Juyeon mengeluh panjang. Disebabkan Eric tiada di situ, Changmin berasa sedikit selamat untuk membuka topik itu dengan Juyeon.

"Aku taknak Eric kecewa. Jarang Eric sukakan seseorang tu sampai ke tahap ni. Walaupun agak susah untuk tahan tapi aku akan cuba buang perasaan ni jauh-jauh. Jia deserves a man like Youngjae. Bukannya aku," Juyeon berkata dengan nada perlahan. Apabila Eric mengatakan yang dia sukakan Jia, Juyeon terasa seperti hatinya sakit. Tapi, dia akan cuba buang perasaan ini.

"Kalau kau cakap awal-awal, takdenya Eric nak taruh harapan dekat Jia,"

"Tapi dia dah lama sukakan Jia. Aku tak boleh nak rampas Jia dari dia,"

"Tapi, Jia belum jadi milik dia lagi selagi mereka belum official. Kau lagi lama pendam perasaan ni dari dia,"

"Tapi, aku taknak Eric kecewa. Biarlah Eric yang confess dekat Jia. Bukannya aku. Aku dahlah menumpang. Aku takde apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Eric. Eric deserves Jia well. I have nothing to make Jia as mine,"

"But, you have a crush on her almost 8 years since you were in middle school with her. So, kalau nak dibandingkan dengan Eric, dia baru suka kat Jia tu tahun lepas. "

Juyeon diam memikirkan ayat yang dikeluarkan dari mulut Changmin. Dia memang nak beritahu Jia soal hatinya tapi dia belum berani dan takut Jia makin benci akan dirinya. setelah lama dia memikirkan hal itu, lebih baik dia memilih untuk tidak memberitahu Jia. Biarlah Changmin sahaja yang tahu akan hal ini. 

| S I L E N T  S T E A L E R |

Jia's

Seperti biasa, aku menunggu Sunwoo menutup restoran. Harini, terpaksa tutup lambat sebab ramai customer pada waktu kemuncak. Muka Sunwoo pun dah letih sangat.

"Dah, jom balik," Sunwoo memanggilku yang sedang berdiri tegak sambil memegang begnya. Sunwoo ingin menghantar aku pulang. Jadi, kami berjalan berduaan menuju ke rumah aku.

Aku melihat jam di tangan. Segera aku menyuruh Sunwoo pulang terlebih dahulu kerana takut terlepas bas terakhir pada malam ini.

"Takpe ke kau jalan sorang ni, Jia? Kau kena culik ke apa ke nanti camne?" kata Sunwoo dengan nada risau. Aku menggelengkan kepala tanda tidak mengapa dan menyuruhnya pergi.

"Hati-hati LeeJi. Kalau ada apa-apa call aku ASAP! Aku tahu kau boleh berlawan tapi jangan cari pasal," sempat lagi Sunwoo membebel kepada aku.

"Ye! Aku tahulah. Jangan risaukan aku. Risau bas kau tu," kataku sambil melambai ke arah Sunwoo. Setelah bayangan Sunwoo hilang dari pandangan aku berjalan pulang ke rumah dengan segera kerana badan sudah letih.

Aku mula terasa seperti ada seseorang mengikuti aku dari arah belakang. Tapi, bila toleh takde siapa pun. Aku mula berjalan kembali dan membuang segala fikiran negatif.

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now