KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab

440 74 16
By ALIFRYT

Pada pukul 7:50 pagi, aku berjalan bersendirian di dalam sekolah dengan langkah yang dibawa menuju ke arah sebuah bilik kelab yang paling teramat ditakuti oleh semua para pelajar sekolah ini iaitu bilik kelab Paranormal. Pada ketika ini, sepatutnya semua para pelajar yang ada di dalam sekolah ini sepatutnya sudah berada di dalam kelas masing-masing. Tetapi disebabkan aku ni adalah pelajar yang menjadi ahli kelab Paranormal sekolah, maka aku ada satu kelebihan yang sangat istimewa di dalam sekolah ini iaitu aku boleh 'ponteng' kelas sekiranya Cikgu Sulaiman nak buat perjumpaan mengejut ataupun 'sesi latihan' untuk aktiviti kelab.

''Aduh, sakitnya tengkuk aku ni...'' Keluh aku sendirian sambil memegang tengkuk yang terasa sakit dan lenguh ini. Aku tak tahu kenapa, sejak daripada pagi tadi tengkuk aku ni asyik terasa lenguh je. Mungkin ianya disebabkan kesan daripada kejadian yang semalam tu kot. Yelah, jin Yahudi yang telah merasuk Aisyah tu cekik leher aku kuat-kuat kot. Kalau aku biarkan je masa tu, mesti kepala aku dah terputus daripada badan akibat dicengkam terlalu kuat.

Setelah beberapa saat aku melangkah, akhirnya aku telahpun tiba di hadapan pintu bilik kelab tersebut. Sebaik sahaja aku tiba di sana, aku terus mengetuk pintu kelab tersebut sambil memberikan ucapan salam.

''Assalamualaikum.'' Kata aku sambil mengetuk pintu bilik kelab tersebut.

''Waalaikumusalam!! Ha masuklah!!'' Jerit Cikgu Sulaiman daripada dalam bilik kelab tersebut dengan menjawab salam aku itu. Setelah kebenaran masuk telah diberi, aku pun tanpa melengahkan masa terus menanggalkan kasut dan kemudian terus bergegas masuk ke dalam bilik kelab tersebut. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik kelab tersebut, aku meletakkan beg sekolah aku di tepi pintu kelab lalu terus menutup pintu bilik kelab tersebut daripada dalam.

''Ha Isa... Nah, pakai ni...'' Tiba-tiba Cikgu Sulaiman menyerahkan satu vest hitam yang bersaiz S kepada aku. Aku mengambilnya lalu memandang ke arah Cikgu Sulaiman tanda meminta penjelasan.

''Ni adalah uniform kelab kita, okey. Kamu sekarang ni dah jadi ahli kelab ni secara rasmi. Jadi untuk bagi semua orang tahu pasal identiti kamu yang sekarang ni, kamu kena pakai vest ni sebab vest ni adalah salah satu daripada identiti kelab kita. Faham?'' Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Tapi cikgu, vest ni hipster sangat ni. Pihak sekolah bagi ke?'' Tanya aku dengan nada was-was.

''Heh... Kalau pihak sekolah tak bagi, tak adanya cikgu nak buatkan vest ni untuk kamu...'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang sinis sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

''Ouh, okey... Kalau macam tu, terima kasih cikgu. Saya pakai vest ni eh...'' Kata aku dengan nada yang sopan lalu memakai vest tersebut. Setelah memakainya, aku mencabut pin kelab aku lalu memasangnya di bahagian dada vest hitam aku itu.

''Hmm... Vest ni betul-betul muat dengan badan aku ni. Makin bertambah kacak pula aku jadinya...'' Kata aku dalam hati dengan penuh rasa bangga.

''Macam mana? Muat tak?'' Tanya Cikgu Sulaiman kepada aku.

''Muat.'' Balas aku dengan ringkas.

''Hmm... Baguslah kalau macam tu. Kamu kena pakai vest tu tiap-tiap hari tau. Terutama sekali waktu kokurikulum, vest ni penting untuk menunjukkan identiti kita sebagai anggota kelab ni. Tapi kalau waktu PJ, jangan pakailah. Nanti apa pula orang kata.'' Pesan Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang tenang.

''Okey, cikgu... Saya akan pakai vest ni dan jaga benda ni elok-elok ya.'' Balas aku dengan nada yang sopan.

''Hmm, baguslah kalau macam tu... Isa, meh ke sini kejap... Saya ada benda yang nak dibincangkan dengan kamu ni...'' Panggil Cikgu Sulaiman dengan menjemput aku untuk duduk di atas sofa. Aku menuruti perintahnya lalu duduk di atas sofa yang bertentangan dengannya.

''Cikgu nak bincang pasal apa?'' Tanya aku dengan nada yang mendatar.

''Kamu dah tahu apa aktiviti kita kat dalam kelab ni?'' Cikgu Sulaiman menyoal balik dengan nada serius. Aku tergamam seketika. Sebenarnya daripada awal tadi lagi memang aku nak tanyakan tentang perkara tu dekat Cikgu Sulaiman. Tapi belum sempat aku nak tanya dia, dia dah tanya dekat aku dulu. Hebat cikgu ni, macam ahli psikik.

''Belum cikgu, saya tak tahu lagi pasal tu.'' Balas aku dengan gelengan kepala. Aku mula rasa pelik. Kalau nak diikutkan, aku boleh je baca minda Cikgu Sulaiman ni supaya aku boleh tahu apakah aktiviti-aktiviti yang ada kat dalam kelab ni tapi setiap kali kalau aku masuk bilik kelab ni, deria Kasyaf aku ni seolah-olah... Tertutup. Adakah... Kat dalam bilik kelab ni ada azimat yang mampu menutup deria aku? Ataupun sebab perkara yang lain?

''Baiklah, kalau macam tu... Cikgu akan bagitahu dekat kamu tentang semua yang kamu perlu tahu pasal kelab ni.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil bangkit dari tempat duduknya lalu dia pergi ke arah satu rak almari dan kemudian dia mengambil satu buku tebal yang kulitnya berwarna hitam. Dia kembali semula ke tempat duduknya asal lalu menyerahkan buku tersebut kepada aku.

''Ini adalah buku journal saya, salah satu harta khazanah yang terpaling penting dekat dalam kelab ni. Dulu saya ada banyak belajar pasal bab-bab alam ghaib ni semasa saya belajar kat Mesir dulu dan segala catatan tentang alam ghaib yang saya dah kaji, semuanya dah tertulis kat dalam buku ni. Ambillah, anggaplah buku ni sebagai 'buku teks' untuk sumber ilmu kamu dekat dalam kelab ni.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Aku mengambil buku tersebut lalu menyelak sedikit halaman-halaman yang di dalamnya. Terdapt banyak catatan dan karangan panjang yang ditulis dalam tulisan rumi dan juga tulisan jawi dan ada juga beberapa lukisan misteri seperti bentuk rupa syaitan, lambang, logo, ataupun simbol yang berkaitan dengan syaitan.

''Saya boleh bawa balik ke buku ni?'' Tanya aku meminta kepastian.

''Mestilah... Lagipun cikgu serahkan buku ni dekat kamu untuk dijadikan bahan rujukan sekiranya kamu ada pertanyaan ataupun persoalan yang masih belum terjawab tentang ilmu alam ghaib, kamu boleh rujuk kat dalam buku tu. Dan lagi satu, kamu boleh ambil terus buku tu.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Eh... Kenapa pula?'' Tanya aku lagi dengan nada yang terkejut.

''Sebab kamu adalah pelajar dan ahli yang pertama kat dalam kelab ni, jadi cikgu nak jadikan kamu sebagai ketua kelab dan pewaris buku journal cikgu ni supaya kamu dapat teruskan kajian cikgu yang seterusnya...'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Kajian cikgu yang seterusnya? Ada lagi ke kajian cikgu yang tak lengkap dekat dalam buku ni?'' Tanya aku dengan rasa pelik.

''Ya, ada lagi satu kajian cikgu yang masih lagi belum lengkap sampailah sekarang sebab ianya adalah satu perkara yang susah untuk ditemui.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang lancar.

''Kajian tentang apa tu?'' Tanya aku dengan ringkas.

''Kajian tentang orang yang ada kelebihan Kasyaf.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada mendatar. Buat kali keduanya, aku tergamam seketika. Jawapan yang diberikan oleh Cikgu Sulaiman itu betul-betul membuatkan aku terkejut. Mengapa dia nak kaji tentang orang yang ada kelebihan macam aku ni?

''Orang yang ada kelebihan Kasyaf? Apa tu cikgu?'' Tanya aku dengan nada yang berpura-pura innocent.

''Itu lah yang cikgu tertanya-tanya sampai sekarang ni... Orang Kasyaf ni orang yang macam mana? Cikgu dari dulu lagi dah kaji benda ni sampailah cikgu dah habis belajar, tapi cikgu masih lagi tak jumpa sebarang petunjuk ataupun bukti yang kukuh. Bila cikgu balik je ke Malaysia, cikgu cuba nak teruskan kajian cikgu ni tapi nampaknya usaha cikgu gagal dan akhirnya cikgu terus mengalah dan berhenti untuk meneruskan kajian tentang orang yang ada kelebihan istimewa ni.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Aku mendiamkan diri seketika lalu menatap buku tebal yang berwarna hitam tersebut. Seandainya buku ini ada 'nama', sudah pasti ramai ahli teori konspirasi ataupun ahli nujum akan cuba untuk merampas buku ni dan menggunakannya untuk tujuan yang buruk.

''Tapi tahun lepas, cikgu ada dapat beberapa petunjuk yang baru tentang orang yang ada kelebihan Kasyaf ni...'' Tiba-tiba Cikgu Sulaiman bersuara lagi.

''Petunjuk apa tu?'' Tanya aku dengan penuh minat.

''Petunjuk tu cikgu dapat daripada Google dan juga kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama pada zaman dulu. Mengikut daripada kitab Lisan Al-'Arab, perkataan Kasyaf adalah daripada bahasa Arab iaitu Qasyaf (قشف) dan Ibnu Manzur pernah berkata, Kasyaf didefinisikan sebagai kita mengangkat atau daripada sesuatu apa yang menutupinya ataupun yang melindunginya. Kalau ikut daripada buku Kamus Dewan Bahasa pula, definisinya hampir sama sebab mengikut daripada buku tu, Kasyaf pun dimaksudkan sebagai penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati, mengkasyaf membuka pandangan hati. Kalau dalam bahasa mudahnya, ianya ibarat macam kita membuka dan menutup hijab kita sendiri.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Sekali lagi aku tergamam. Petunjuk yang Cikgu Sulaiman dapat tu hampir sama dengan gambaran kelebihan yang aku pada ketima ni. Cuma petunjuk yang dikatakannya itu hanya mengambarkan pada padangan mata hati, bukannya pada deria zahir dan batin. Adakah petunjuk yang Cikgu Sulaiman dapat tu tak lengkap ataupun... Kelebihan aku ni adalah kelebihan Kasyaf yang jarang untuk dijumpai?

''Tapi, petunjuk tu macam tak lengkap je.'' Kata aku dengan nada was-was.

''Itulah pasal, bagi cikgu petunjuk ni tak masih menjelaskan apa-apa pun sebab konsepnya hampir sama dengan deria yang keenam. Kalau nak dikatakan persamaan deria keenam dengan Kasyaf ni, sebenarnya ada banyak perbezaan. Kalau deria keenam, ianya hanya hijab yang terbuka pada satu deria je. Tapi kalau Kasyaf, tak silap cikgu hijabnya terbuka kepada semua deria. Tapi ada satu lagi petunjuk yang cikgu dapat daripada satu kitab para ulama ni, nama kitab tu adalah Mu'jam Mustalahat Al-Surfiyah. Menurut daripada kitab tu, makna Kasyaf ni terbahagi kepada beberapa definisi. Antaranya adalah Kasyaf penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir. Kat dalam kitab tu pun ada tertulis, Kasyaf pun dikatakan Kasyaf mata dengan penglihatan dan Kasyaf hati pula dengan hubungan. Maksudnya, dia sama macam kita boleh tengok makhluk halus ataupun makhluk alam ghaib dan kita pun boleh berhubung dengan mereka semua. Mungkin itu lah kelebihan Kasyaf yang sebenar!'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang yakin.

''Ouh... Konsepnya memang hampir sama dengan kelebihan aku. Nampaknya aku ni memang ada kelebihan Kasyaf, cuma Kasyaf aku ni lebih kepada semua deria anggota badan. Jadi maksudnya, kelebihan Kasyaf aku ni adalah kelebihan Kasyaf yang jarang ditemui!!'' Kata aku dalam hati dengan nada yang penuh teruja.

''Hmm... Tapi kan cikgu, macam mana seseorang tu nak dapatkan kelebihan Kasyaf ni?'' Tanya aku lagi dengan nada yang ingin tahu.

''Kalau mengikut daripada kitab tu tadi, katanya Kasyaf adalah terangkatnya hijab antara roh jasmani seseorang itu dengan seseorang yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir. Jadi maksudnya, Kasyaf ni adalah kurniaan yang Allah berikan dekat seseorang hambanya itu sejak daripada dia lahir lagi. Tapi ada segelintir para ulama tak bersetuju dengan pendapat ni sebab katanya kelebihan Kasyaf ni pun boleh didapati dengan melakukan beberapa amalan yang baik dan tidak melanggar syariah Islam. Contohnya macam berzikir, berpuasa, dan juga yang lain-lain...'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Hmm... Jadi maksudnya, cara kita nak dapatkan kelebihan Kasyaf ni ada 2 cara je lah kan?'' Tanya aku lagi dengan nada yang meminta kepastian.

''Hmm... Mungkin... Nampaknya macam tu lah.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang kurang pasti.

''Anyway, saya nak tanya dengan cikgu pasal satu perkara lagi...'' Kata aku dengan nada yang perlahan.

''Apa dia?'' Tanya Cikgu Sulaiman dengan ringkas.

''Kenapa cikgu rahsiakan semua aktiviti yang ada kat dalam kelab ni daripada pelajar-pelajar yang lain? Apa sebab ya?'' Tanya aku dengan nada yang ingin tahu.

''Mana kamu tahu semua ni?'' Cikgu Sulaiman menyoal semula dengan nada yang selamba.

''Kawan kelas saya yang bagitahu.'' Balas aku dengan nada yang mendatar.

''Hmm... Cikgu memang nak bagitahu dekat semua orang pasal aktiviti-aktiviti yang ada kat dalam kelab kita ni. Tapi cikgu tahu, kalau cikgu bagitahu dekat diorang semua, nanti diorang takut dan hasilnya sama je. Nanti tak ada sesiapa pula yang berani nak sertai kelab ni.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Takut? Kenapa pula? Mencabar sangat ke aktiviti-aktiviti yang ada kat dalam kelab kita ni?'' Tanya aku dengan rasa pelik.

''Nak kata mencabar tu, tak lah juga. Tapi kalau hati kita ni kuat dan kental, semua perkara tu boleh jadi perkara yang senang. Kamu nak tahu apa aktiviti-aktiviti kita kat dalam kelab ni?'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar lalu menyoal semula kepada aku.

''Apa dia?'' Tanya aku dengan nada ringkas. Cikgu Sulaiman menatap ke arah jam tangannya lalu dia mengerutkan dahinya seketika.

''Eh alamak, cikgu ada hal lah kejap lagi. Kamu pergilah balik ke kelas kamu tu dulu. Nanti waktu rehat, kita sambung balik perbualan kita ni nanti.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar sambil bangkit dari sofa tersebut lalu terus berjalan menuju ke arah beg sandang hitamnya yang berada di atas kerusi pejabatnya. Aduh... Spoil mood betul lah cikgu ni.

''Hmm... Okey, kalau macam tu saya minta diri dulu lah.'' Kata aku dengan nada yang tenang sambil bangkit berdiri lalu terus mencapai beg sekolah aku dan terus berjalan menuju ke arah pintu kelab.

''Eh nanti dulu...'' Tiba-tiba Cikgu Sulaiman menghalang lalu terus berjalan menuju ke arah aku.

''Pusing ke belakang sekejap...'' Arahnya dengan nada yang perlahan. Aku pun tanpa sepatah kata, terus berpusing lalu berdiri ke menghadapnya. Dia menyentuh bahagian kanan leher aku dengan dua jarinya lalu dia menyentuh pula di bahagian kiri leher aku.

''Ni bukan sentuhan manusia ni... Ada kena cekik dengan jin ke semalam?'' Tanya Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius. Pertanyaan Cikgu Sulaiman itu membuatkan aku tergamam seketika. Apa yang aku patut jawab sekarang ni? Adakah aku patut jujur atau berbohong? Lagi satu, macam mana Cikgu Sulaiman boleh tahu yang aku kena cekik dengan jin yang merasuk Aisyah pada malam semalam tu? Ada kesan ke kat leher aku ni? Tapi pagi tadi aku periksa, tak ada kesan apa-apa pun. Hmm... Pelik...

''Err... Tak tahulah, cikgu... Kenapa? Ada kesan kena cekik ke kat leher saya ni?'' Balas aku dengan berpura-pura tak tahu apa-apa lalu menyoal kepadanya semula.

''Ada. Tapi kesan yang macam ni biasanya manusia biasa takkan nampak.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan. Buat kali kedua, aku tergamam lagi sekali. Aku ni manusia yang ada kelebihan Kasyaf yang boleh nampak macam-macam benda dan aku yakin aku tak nampak sebarang kesan pun yang ada pada leher aku ni tapi... Macam mana Cikgu Sulaiman boleh nampak? Adakah Cikgu Sulaiman ni adalah orang yang biasa, ataupun... Cikgu Sulaiman ni adalah orang yang ada kelebihan yang tertentu macam aku juga? Haih... Misterinya!!

''Tutup mata kamu kejap...'' Arah Cikgu Sulaiman dengan nada perlahan. Aku pun menuruti arahannya lalu terus memejamkan mata dengan rapat sekali.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Cikgu Sulaiman memegang leher aku dengan kedua-dua belah tangannya lalu membaca bismillah berserta dengan satu potongan ayat daripada Surah Al-Israa'.

*Surah Al-Israa' (Ayat 82)*

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً (82)

Wanunazzulu minnal quraanni ma huwa syifa warahmatan lilmukminin wala yuzhidul lazhallimin illa khosarun (82)

Maksudnya:
''Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.''

Sebaik sahaja Cikgu Sulaiman selesai membaca ayat tersebut, tengkuk aku yang terasa lenguh tu tadi serta-merta pulih dan mula terasa dingin dan lega semula.

''Okey, dah... Sekarang kamu dah boleh pergi.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan.

''Baik. Terima kasih, cikgu.'' Balas aku ringkas dengan nada hormat.

''Sama-sama... Nanti waktu rehat, jangan lupa datang ke sini balik eh. Cikgu ada banyak benda lagi yang nak dibincangkan dengan kamu.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang mendatar.

''Baik, cikgu... Saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum...'' Kata aku dengan nada yang sopan lalu terus memakai kasut dan terus keluar daripada kelab tersebut lalu bergegas menuju ke kelas.

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

41K 464 15
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...
31K 810 22
TOLONG AKU ! AKU DICULIK ! AKU TAK TAHAN LAGI ! AKU DISEKSA ! AKU TAK SUCI LAGI ! AKU JADI BAHAN PEMUAS NAFSU DIA ! AKU DAH SERIK ! AKU BENCI DIA ! D...
60.7K 4.6K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...
33.2K 1.7K 59
Cerita ini mengisahkan tentang cerita benar. Jangan fikir bila hijab terbuka ini seronok sedikit pun tidak ianye hanyelah menyeksekan. Korang kalau n...