Silent Melody [✔️]

arniey11 द्वारा

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... अधिक

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 85

2.8K 297 13
arniey11 द्वारा

"Jadi kakak masih mahu hidup begitu ke?"

Aku teringat akan kata budak itu. Aku tidak tahu kenapa sejak aku sedar dari koma, ayat tersebut bermain di kepala ini. Apa soalan itu memang memerlukan jawapan?

Dan satu lagi kenapa aku boleh ingat semua yang aku alami itu. Sepatutnya aku tidak ingat. Adakah ini satu petunjuk kepada aku?

Kalau ianya memang petunjuk tetapi untuk apa. Memori itu menunjukkan keadaan keluarga aku yang bahagia sahaja, tak kan dia mahu beritahu supaya keluarga aku ini akan bahagia seperti itu.

Memang mustahillah.

Keluarga ini tidak akan menjadi seperti memori itu lagi dan mana mungkin keluarga ini akan tersenyum begitu kepada aku.

Aku tidak faham. Apa gunanya tunjukkan semua itu kepada aku. Tidak ada guna langsung.

Aku yang duduk di bangku taman hospital ini mengeluh apabila mengingatkan semua memori itu tadi. Mata aku memandang air pancut yang berada di hadapan aku ini. Soalan budak itu memang mengganggu hidup aku. Apa jawapan yang patut aku kemukaan.

Aku tidak mahu berubah tetapi soalan budak itu seperti mahu aku berubah. Dalam keadaan aku sudah begini, fikir aku sudah boleh berubah ke? Memang tak lah. Apa yang sudah jadi ini sudah menjadi parut di hati aku. Tak akan hilang walaupun aku mati.

"Hey!" Tiba seseorang menegur aku.

Kepala aku ditolehkan ke arah kiri dan kelihatan orang itu adalah Jason. Lelaki itu tersenyum ke arah aku. Lama aku tidak melihat dia sejak aku sedar dari koma hari itu.

"Boleh aku duduk sekali?" Aku hanya mengangguk.

Lelaki itu terus duduk selepas menerima jawapan aku. Mata aku terus memandang ke arah air pancut di hadapan mata aku. Aku tidak tahu mahu mengatakan apa kepada Jason.

"Macam mana kau sekarang?" Dia menyoal menghilangkan kejanggalan antara kami.

"Tak tahu. Aku okay tapi aku masih sakit," balas aku tidak pasti.

"Boleh pula macam tu," lelaki itu tertawa kecil

Sejujurnya aku sendiri tidak tahu aku sudah sihat atau belum. Jadi macam mana aku mahu menjawab soalan tadi kalau aku sendiri tidak tahu.

Memang aku kelihatan sihat di luaran tetapi dalaman aku sangatlah sakit. Sakit yang memang menyakitkan walaupun tidak berdarah.

"Pasal perempuan tu macam mana?" Soal aku pula.

"Dia sudah kena tangkap," pendek jawapannya.

"Lepas tu apa jadi?"

"Aku rasa lepas tu, kau tak perlu tahu kot. Tapi aku boleh beri jaminan dia akan dapat apa yang dia telah buat," balasnya membuat aku sedikit sakit hati.

Aku hanya nak tahu apa hukuman yang wanita itu dapat tapi lelaki ini tidak mahu beritahu pun. Apa aku patut paksa? Lebih baik jangan. Aku sendiri tidak tahu lekaki ini siapa sebenarnya. Nanti kalau aku paksa, benda lain pula yang akan jadi.

"Keluarga dia tahu ke?"

"Dia baru sahaja bercerai jadi keluarga dia mungkin tidak tahu," aku terkejut mendengar hal itu.

Aku tidak tahu suami wanita itu sudah menceraikannya. Cukup lama juga suaminga menahan sikap wanita itu rasanya sampai sekarang baru dia mahu menceraikan dia.

Suaminya itu baik. Sangat baik dan sungguh berbeza dengan sikap isterinya dan anaknya, Beth. Aku masih ingat lagi dulu hanya suaminya sahaja yang mahu bercakap normal dengan aku. Dia tidak pernah marah mahupun perli aku di hadapan keluarga aku.

Memang berbeza sungguh sikap lelaki itu kepada Beth itu. Agaknya kenapa Beth bersikap seperti itu apabila mendapat bapa yang baik itu.

Mesti suaminya sudah cukup bersabar. Aku hanya berharap lelaki itu akan jumpa wanita yang betul untuk dirinya nanti. Dia sungguh baik, jadi wanita baik sangat sesuai untuknya.

"Rechel, lepas ni mungkin kita akan susah nak berjumpa," satu ayat membuat aku terus berpaling ke arahnya.

Aku sedikit terkejut walaupun aku tahu satu hari nanti semua ini akan berlaku. Sudah semestinya kami berdua tidak akan berjumpa selepas ini.

Tujuan aku jumpa dia pun disebabkan aku mahu menyelesaikannya misteri kematian ibu aku dan apabila selesai maknanya kami berdua sudah tiada tujuan untuk berjumpa.

"Tak apa, aku faham," balas aku tanpa rela.

Sedikit sedih apabila orang yang kau sudah kenal lama tiba-tiba sahaja tinggalkan apabila urusannya sudah selesai.

"Jadi sebelum aku pergi aku nak berikan kau ni," dia menghulurkan satu novel ke arah aku. Aku mengambil novel itu lalu membaca tajuknya.

"Servant of Evil"

Novel ini bukan ke novel kesukaan ibu aku dulu. Aku pernah dengar Mary kata novel ini kesukaan ibu aku dan ibu aku selalu membacanya walaupun sudah habis dibaca.

"Kenapa kau beri aku novel ni?"

"Sebenarnya, novel tu ibu kau yang beri pada aku."

"Ibu aku? Kau pernah jumpa dia ke?" Aku tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh lelaki ini.

"Ya, kalau kau nak tahu ibu kau dulu selalu buat kerja amal dekat rumah anak yatim dan salah seorang budak dekat rumah tu, aku. Ibu kau dulu baik sangat dengan aku sampai aku rasa dia adalah ibu sebenar aku. Jadi lepas aku tahu dia sudah tiada, aku jadi marah dan apabila aku meningkat dewasa, aku cuba menyelesaikan misteri kematian dia yang aku curiga."

Aku mula faham kenapa dia mahu menolong aku. Patutnya ketika berjumpa dengan aku dulu, dia kelihatan bertekad mahu menyelesaikannya misteri ini bersama aku.

"Jadi buku ni?"

"Tu hadiah yang dia berikan kepada aku waktu kali terakhir aku jumpa dia."

Sedikit sedih aku mendengar kata itu. Hadiah kali terakhir sebelum ibu aku meninggalkan dia bersama dunia ini.

"Kalau ini hadiah untuk kau, kenapa kau beri aku?"

Lelaki itu tersenyum nipis.

"Aku rasa buku ni lebih layak diberikan kepada kau," balasnya.

"Kenapa pula? Kalau kau kata suruh aku baca cerita ni, aku dah baca sampai habis. Jadi aku dah tahu pun ceritanya macam mana," aku masih tidak faham dengan perlakuan lelaki ini.

"Kau akan faham bila kau buka buku ni."

Aku memandang pelik novel tersebut. Ada yang berbeza ke novel ini dengan novel yang berada di rumah aku. Rasanya sama sahaja. Jalan ceritanya tetap akan sama.

"Dan satu lagi, aku rasa kau patut berbaik dengan keluarga kau. Bagi aku keluarga kau tak seteruk kau fikirkan," tiba dia berkata.

Kenapa tiba-tiba pula dia sebut keluarga aku ini? Rasanya dia baru sahaja jumpa keluarga aku sekali jadi macam mana dia tahu keluarga aku teruk atau tidak.

"Kalau dah tak ada apa-apa, aku minta diri dulu," ucapnya lalu terus berdiri.

Dan tanpa aku sedari tangan aku terus menarik bajunya membuat dia terhenti. Aku tidak tahu kenapa aku berasa sangat sakit ketika dia kata mahu tinggal aku.

"Kalau aku nak jumpa kau nanti, boleh ke?" Soal aku perlahan.

Lelaki itu tersenyum lalu tangannya mengusap kepala aku.

"Call saja aku dan aku pasti kita akan berjumpa," balasnya membuat aku sedikit tersenyum.

"Terima kasih sebab tolong aku," ucap aku buat kali terakhir.

"Aku yang sepatutnya berterima kasih dengan kau. Lepas ni kita mungkin akan susah berjumpa tapi aku tak akan lupakan kau. Jadi ingat jaga dia kau tu."

Aku sedikit senang mendengar jawapan itu. Tidak tahu lelaki ini boleh jadi sebaik itu.

"Aku juga akan ingat kau. Jadi selamat tinggal."

Lelaki itu tersenyum, "aku pergi dulu. Selamat tinggal!"

Terus Jason melangkah pergi dari taman ini. Aku memandang sosok lelaki itu sehinggalah bayangnya hilang.

Rasa seperti inilah pertemuan terakhir aku namun aku yakin ini bukan pertemuan terakhir kami. Satu hari nanti aku percaya, aku akan berjumpa dengannya lagi.

Aku akan pastikan semua itu.

Jangan ship Rechel dengan Jason pula. Jason tu jauh lebih tua dari Rechel.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
TeenFiction : Hadi & Hana ✓ د द्वारा

किशोर उपन्यास

192K 12.5K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
Violette High : Class Of Lies dee द्वारा

किशोर उपन्यास

164K 24.1K 57
" yang kamu lihat tak semestinya nyata " - moon 2021.
84.1K 10K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...