Gelaran Isteri

By Qlyyra

992K 28.8K 3.4K

[ #2 in Romance ] "You are the one who decided to get married with me. So, welcome to the hell, sweetheart."... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36

Bab 34

20.8K 593 243
By Qlyyra

Puan Sri Amyra memandang wajah wanita dihadapannya tajam sambil tangan disilangkan kedada. Besar kecik je rasanya.

"Mummy!!! Kenapa pandang Sha macam tu!! Daddy tengok Mummy!!" Tangan Tan Sri Syed Siddiq digoncang Sharifah seperti kanak-kanak kecil. Tan Sri Syed Siddiq hanya tersenyum dan mengelengkan kepala.

"Awak tengoklah anak dara awak ni, dahlah tadi entah keluar melepak entah kemana then sekarang nak keluar bawak beg macam nak kahwin lari. Elok lah tu perangai anak dara macam tu." Puan Sri Amyra mengeleng menandakan dia kecewa melihat perangai tidak semengah anak daranya itu.

"Tak habis-habislah Mummy ni anak dara anak dara. Ish kalau macam tu Sha nak khawin lah so dah tak jadi anak dara dah."

"Ha eloklah tu kita kahwinkan anak kita sorang ni sekarang lepastu esok lusa jadi janda. Dengan perangai yang tak pernah-pernah nak berubah ni awak ingat ada ke orang nak awak ni Sha. Sudahlah suka melepak memalam then tak bagitahu Mummy mana awak pergi.. Awak kena ingat Sha..."

"MUMMY!!! Ye, ye Sorry okay sorry. Sha minta maaf okay Sha janji Sha.."

"Ha sikit-sikit sorry, sikit-sikit janji Mummy dah muak lah dengar semua tu dari mulut kamu Sha. Sampai bila nak jadi macam ni Sha?"

"Eh! dah sudah apa ni Amyra, Sha." Tan Sri Syed Siddiq ikut masuk campur. Ini kalau tak menyelit sampai ke Subuh bergaduh mulut.

"Sha ni nak pergi rumah Ed dah bagitahu dia kebelum?" soal Tan Sri Syed Siddiq kepada anak daranya. Sharifah tersengih dan mengeleng. Bertuah punya anak.

"Belum. Sha ingat nak buat surprise."

"Pandailah awak punya surprise kalau tiba-tiba Edyan tak ada dekat rumah dia macam mana?"

"Ala tak apa Sha boleh tunggu sampai dia balik" Puan Sri Amyra menghela nafas panjang. Letih kadang.

"Lantak awaklah Sha. Kalau mummy halang pun awak akan pergi jugak. Haish." Sharifah hanya menayangkan gigi sebarisnya yang putih bersih pada Puan Sri Amyra. Tahu tak apa.

Tangan Sharifah dihulurkan pada kedua orang tua nya dan dicium tangan mereka berdua. Sengihan kerang busuknya masih tidak lekang dari bibir.

"Terima kasih Mummy, Daddy. Sayang Mummy dengan Daddy!"

...........

PUP

Lamunan Umairah terhenti apabila suasana biliknya yang tadinya diterangi cahaya lampu bilik menjadi gelap gelita. Jantung Umairah mula berdegup kencang.

Edyan...

Sampul dokumen berwarna coklat ditangan perlahan-lahan Umairah sembunyikan ke bawah tilam dengan keadaan bilik yang gelap gelita. Umairah bangun dan terkapai-kapai mencari pintu kamarnya.

DUSH

"Auch" Umairah memegang kakinya yang tersepak penjuru almari. Terduduk Umairah diatas lantai menahan kesakitan dikakinya. Kau faham tak perasaan bila kuku kaki kau tersepak benda secara tiba-tiba. Lagi-lagi terkena dekat ibu jari. Sakit tahu tak. SAKIT!!!

Umairah mengagahkan dirinya untuk bangun semula. Okay tak ada lah sakit mana sampai tak boleh bangun. Cuma.. sakitlahh

Bilik yang tadinya gelap gelita sudah mula menyerap cahaya malam dari luar jendela yang dibiarkan terbuka sedikit. Walaupun pencahayaan dibiliknya tidak terlalu terang tetapi sudah cukup menampakkan pintu bilik Umairah untuk dia keluar dan memeriksa kotak suis utama diluar biliknya.

Pelik. Tak ada ribut atau petir, tiba-tiba elektrik terpadam. Ke memang seluruh taman tiada elektrik.

Tombol pintu dipulas. Umairah menjengukkan kepalanya keluar untuk melihat keadaan diluar bilik tetapi yang dilihat hanyalah kegelapan yang menyelubungi seluruh ruang diluar biliknya. Jantung Umairah mula memainkan peranan berdegup kencang akibat hormon adrenaline yang dirembeskan secara berlebihan.

Nak tak nak Umairah terpaksa mengagahkan diri melangkah ke ruang tamu kedua dimana letaknya kotak suis utama elektrik rumah Semi D itu. Mulutnya sudah terkumat kamit menyebut nama-nama suci Allah.

Jangan lah tiba-tiba waktu ni dia diberi rezeki hijabnya terbuka untuk seketika waktu. Naya oi tetiba ternampak gula-gula melompat depan dia toi toi toi gitu. Eeee Nauzubillah minta dijauhkan.

PESH

"Astagfirullah" Bunyi kaca yang pecah tidak jauh dari Umairah membuatkan jantung Umairah hampir luruh. Tangan kirinya sempat memaut pada lemari hias moden disebelah kirinya manakala tangan kanan memegang dadanya yang berdegup kencang dan menunggu masa untuk berpisah dengan aorta dan pulmonary artery sebelum jatuh berguguran ke atas lantai.

Macam mana ada kaca boleh jatuh? Ada orang ke yang berada di dalam rumah ini bersama dia? Edyan dah pulang ke?

"Hello. Tuan. Tuan ke tu?" Diam. Umairah meneruskan langkahnya kearah bunyi kaca yang jatuh itu. Matanya sedaya upaya difokuskan supaya tidak lagi melanggar kaca yang pecah. Cahaya malam dari luar sedikit demi sedikit memasuki ke dalam rumah itu melalui tingkap yang ditutupi langsir yang jarang.

"Tuan?" Kaki Umairah sudah melangkah di ruang tamu utama dimana datangnya bunyi kaca yang pecah. Matanya melilau di atas lantai melihat kaca mana yang jatuh menyembah bumi itu tadi. Akhirnya mata Umairah tertacap pada kaca seramik putih yang berteraburan bersama bunga palsu diatas lantai. Macam mana kaca bersebelahan TV LCD itu boleh jatuh?

Tanpa berfikir panjang Umairah terus melangkah ke kotak suis utama elektrik yang tidak jauh darinya. Cahaya lampu jalan diluar yang memasuki dari celah-celah langsir membuatkan Umairah tersedar hanya rumah itu saja yang terputus bekalan elektrik. Mungkin suis utama jatuh.

Baru sahaja beberapa langkah Umairah tersedar seperti ada seseorang sedang melintasinya di belakang. Cepat-cepat Umairah menoleh.

"Siapa tu? Tuan?" Umairah sudah tidak keruan. Jantungnya sudah berkocak hebat. Tubuhnya juga sudah mengeluarkan peluh dingin termasuk ditelapak tangannya. Dia pasti ada seseorang yang melintasinya dibelakang. Edyan ke?

"Tuan. Tuan ke tu? Tuan janganlah senyap. Jawablah." Nyahutan Umairah langsung tidak disahut. Perasaan kau je kot Mairah.

Umairah kembali menoleh kehadapan semula. Alangkah terkejut Umairah apabila ekor matanya terlihat sebuah lembaga hitam berlari dibelah kirinya menuju kearah dapur.

"ARGHHHH" entah bagaimana Umairah terlanggar sofa disebelahnya dan menyebabkan dia jatuh terbaring di atas sofa akibat rasa terkejut. Badannya cuba dinaikkan menggunakan kedua belah tangan. Dia sudah tidak petah berlamaan disitu. Bulu romanya sudah tegak berdiri. Jantungnya tak usah dicakaplah sudah berombak-ombak seperti meminta dikeluarkan dari diafragma.

Baru sahaja Umairah cuba untuk bangun dari pembaringannya, tiba-tiba lembaga yang tadinya berlari ke arah dapur berlari menuju ke arah Umairah dengan laju bagai mahu diterkam.

"ARGHHH " Umairah meronta. Lembaga itu kini betul-betul diatas tubuhnya. Lembaga itu memaut kedua belah lengan Umairah yang meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lepasss!!!!!" Kini Umairah sedar lembaga yang kini berada diatas tubuhnya itu bukanlah makhluk halus tetapi seorang manusia yang berbadan tegap dan menutupi wajahnya mengunakan topeng. Badan Umairah sudah terkunci. Hanya kaki dan lengannya sahaja mampu berfungsi untuk melawan.

"Tolong!!! LEPASSS!!!" Sekali lagi Umairah meronta minta dilepaskan. Tangannya telah dikunci oleh lelaki diatas tubuh kecilnya. Dia yakin manusia diatas tubuhnya ialah lelaki kerana telapak tangannya yang kasar mengunci lengan Umairah dari meronta serta tubuh lelaki bertopeng hitam itu yang agak sasa. Air mata Umairah sudah mula bergenang. Edyan....

"Diam sebelum aku toreh muka kau." Umairah terkedu apabila satu objek yang dingin seperti besi melekap dipipinya dan dapat dirasakan hujung objek itu yang tajam.. seperti pisau. Ye pisau. Dan pisau yang diacuhkan pada mukanya bukanlah diacuhkan oleh lelaki berbadan sasa diatas tubuhnya tetapi seorang lagi manusia disebelah Umairah.

Umairah diam tidak melawan. Dia kini dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dua lawan satu. Satu itu pula adalah wanita yang bertubuh kecil dan lemah selemah-lemahnya.

Lelaki diatasnya itu memulakan kerjanya mengikat tangan Umairah menggunakan tali tarik yang tebal dan keras. Air mata Umairah sudah mengurai jatuh akibat rasa sakit dihempap oleh tubuh sasa diatasnya dan tangannya yang terikat menggunakan tali yang keras dan kasar itu.

"Tolong, jangan..." Air mata Umairah berderai laju. Kecil suaranya merayu minta untuk dilepaskan.

"Tutup mulut dia. Memekak la betina ni."Arah wanita yang mengacuhkan pisau kepipi Umairah. Umairah yakin dia perempuan kerana suaranya yang tidak garau tetapi masih kasar didengari.

Lelaki bertopeng diatas tubuh Umairah mengganguk. Kain putih dikeluarkan dari beg kecil yang dililit dipinggangnya.

"Tolong jangan!!! Tolong jangan buat saya macam ni. Korang nak apa..emphhh" Rayu Umairah sebelum mulutnya diikat kain putih itu ketat. Tekaknya terasa loya.

"Kitaorang nak apa?? HAHAHA Kita orang nak hantar kau balik dalam neraka!!!" Kepala Umairah ditunjal oleh wanita disebelahnya. Terbahak-bahak mereka berdua mengetawakan Umairah. Umairah hanya mampu mengalirkan air matanya. Tubuhnya semakin tidak bermaya.

"Dah angkat dia." Arah wanita itu lagi. Lelaki dihadapan tubuh Umiarah hanya mengganguk faham. Dia bangun dan terus mencepung Umairah keatas tubuh sasanya. Sekali lagi Umairah cuba melepaskan dirinya.

"Emphhh!!! Emphhh!!!!" Umairah cuba menjerit sekuat mungkin walaupun mulutnya telah dikunci. Malangnya jeritan Umairah ditenggelami oleh kain yang diikat dimulutnya ketat.

Tak boleh!!! Kau tak boleh mengalah macam ni Umairah!!! Kau kena kuat!!

Wanita yang mengacukan pisau ke pipi Umairah tadi sudah bersiap sedia dihadapan pintu belakang

Umairah meronta-rontakan kakinya. Nasiblah kakinya tidak diikat. Dengan kesempatan itu. Kakinya menendang-nendang tubuh lelaki berbadan sasa itu dengan sekuat mungkin. Ini saja kemampuan Umairah. Dia takkan mengalah.

"ARGHHH FUCK!!! SAKIT BABI!!!" Tubuh Umairah yang tadinya berada diatas bahu lelaki itu sudah tercampak ke tepi. Lelaki itu memegang bahagian alat sulitnya yang ditendang Umairah kuat. Yes kena!!!

Dengan kesempatan itu Umairah bangun dan berlari kearah biliknya yang tidak jauh dari situ.

"Oii Nira!!!!! Tolong!!!!" Unirah yang berada dimuka pintu belakang berlari menuju kearah Umairah yang cuba melepaskan diri.

"Babilah betina ni"

Umairah masuk kedalam bilik dan menutup pintu biliknya. Malangnya Unirah sempat menghalang dari pintu itu ditutup rapat. Mereka berdua sedaya upaya mengeluarkan kekuatan masing-masing. Umairah berusaha menutup pintu manakala Unirah berusaha supaya pintu itu tidak ditutup.

"Nira!!! Sana" Furqan bangun dan menuju kearah mereka berdua. Dengan sekali hentakan, Furqan berjaya membuka sepenuhnya pintu itu. Umairah yang berada dibelakang pintu terhantuk dan tercampak kebelakang. Dia kalah.

"Pukimak lah kau Mairah!!" Unirah datang kearah Umairah dan menendang tubuh yang sudah terkulai layu di atas lantai. Kepala Umairahh yang tidak bertudung itu sudah mengalirkan cecair merah didahi licinnya.

Unirah mencangkung dihadapan Umairah. Topeng mukanya dibuka.

"Hey bangun." Pipi Umairah ditampar-tampar Unirah. Umairah yang sudah separuh sedar itu cuba membuka matanya melihat wanita dihadapannya.

Unirah....

"Kenal lagi tak aku??" Umairah hanya diam. Matanya terbuka tutup menahan diri dari terus tidak menyedarkan diri.

"Aww kesian... Tak boleh cakap eh? Meh sini meh..." Unirah membuka ikatan kain putih yang mengunci bibir Umairah dari berkata-kata. Kain putih itu dicampakkan ketepi.

"Nirah.. Apa lagi kau nak dari aku?" Soal Umairah dengan nada yang lemah. Matanya kuyu memandang Unirah yang tersenyum sinis kearahnya.

"Aku nak apa?? Huh" Unirah ketawa sinis. Pipi Umairah dicekup.

"Eh sundal. Kau nak tahu tak si Najib keparat tu mencari kau. Yang kau pergi lari dari dia tu kenapa bodoh!!?"  Umairah memandang tepat ke anak mata Unirah. Tan Sri Najib mencarinya? Jadi dia bakal dikembalikan ke Tak Sri Najib semula?

"Tolong jangan ganggu hidup aku Nira. Tak cukup ke dengan apa kau buat dengan aku selama ni?" Unirah ketawa sinis.

"Eh bodoh!! Kau fikir aku nak hadap sangat ke tengok muka kau ni. Yang aku nak tu cuma duit. Tahu duit!!!!" Kepala Umairah ditunjal-tunjal Unirah. Umairah hanya mampu mendiamkan diri. Adakah rancangan dia gagal dan usahanya selama ini dipersiakan begitu saja? Adakah hidupnya akan kembali kepada lelaki bernafsu buas itu?

Tan Sri Najib Ramzul

"Dah. Furqan angkat betina ni cepat!!" Furqan yang dari tadi memerhati sambil masih lagi menahan sakit dibahagian alat sulitnya mengangguk faham.

"Unirah!!! Tolong!! Aku tak nak!! Tolong jangan buat aku macam ni lagi. Aku merayu. Tolong." Umairah dicepung semula oleh Furqan diatas bahunya yang bidang dan sasa. Kaki Umairah dikunci oleh Furqan supaya kaki itu tidak lagi menendang tubuh sasanya.

"Diam la betina!!! Bising la kau ni!!" Kain putih diatas lantai dicapai semula Unirah dan mengikat semula mulut Umairah. Umairah meronta.

"Nirah!! Emphhh.."

Keadaan yang tadinya malap tiba-tiba kembali diterangi cahaya lampu bilik. Unirah dan Furqan memandang antara satu sama lain. Bukan tadi kotak suis utama dah dijatuhkan Furqan ke?

Ikatan yang belum diketatkan Unirah terlerai sedikit. Dengan kesempatan itu Umairah terus menepis kain itu. Ikatan terlerai.

"EDYANNNN!!!!"

BUNG

"OIIIIIIII" Pintu bilik Umairah dihempas seseorang.

BUK

Unirah jatuh terlentang keatas lantai. Pipinya yang ditumbuk dipegang. Pukimak. Asal aku yang kena siak. Kenapa bukan Furqan dulu yang kena tumbuk.

Umairah yang berada diatas bahu Furqan terus dicampak keatas katil.

Furqan menuju kearah Edyan dan cuba mengenakan satu tumbukan tetapi gagal. Edyan lebih bertindak cepat. Akhirnya satu tumbukan hingap diperut Furqan. Tak cukup dengan itu, Edyan menendang tubuh sasa dihadapannya sehingga tubuh itu terdorong jatuh ke belakang dihadapan almari.

Unirah yang memerhati bertindak mengeluarkan sesuatu didalam poket seluarnya. Mungkin aku lemah tetapi aku tak bodoh dan pengecutt.

"BARUA PUNYA JANTAN!!!!"

Edyan menoleh kearah perempuan yang ditumbuknya tadi. Perempuan itu berlari menuju kearahnya.

"EDYANNNNNNNNN!!"

CHUK

Edyan terpaku. Bulu roma diseluruh tubuhnya berdiri tegak. Jantungnya mula berdegup kencang. Mukanya sudah bertukar pucat lesi.

Umairah yang berada diatas katil tidak mampu berbuat apa-apa. Dia tergamam. Tergamam Melihat cecair merah yang timbul dibahagian kemeja Yang dipakai Edyan. Iaitu...

Darah.

.........

Mochimos!!! Hi sorry lambat update saya baru habis exam this week.

By the way, sis nak tanya ni...

Jawap tau

Okay ke kalau sis type panjang-panjang macam ni?

Okay ke kalau bab seterusnya akan lebih dari 2000 words?

Bosan ke?

Jawap tauu

🥺🥺🥺

Okay itu saja,  stay safe semua. Happy reading💕

Jangan lupa vote tau 🥺❤️

Thank you papai 🦖❤️

CikLabu

Continue Reading

You'll Also Like

563K 30.2K 19
๐’๐ก๐ข๐ฏ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐ฑ ๐‘๐ฎ๐๐ซ๐š๐ค๐ฌ๐ก ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ~By ๐Š๐š๐ฃ๐ฎ๊จ„๏ธŽ...
364K 27.8K 15
MY Creditor Side Story แ€•แ€ซแ‹ Parallel Universe แ€žแ€˜แ€ฑแ€ฌแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€•แ€ผแ€”แ€บแ€•แ€ผแ€ฎแ€ธ Creation แ€œแ€ฏแ€•แ€บแ€‘แ€ฌแ€ธแ€แ€ฌแ€™แ€ญแ€ฏแ€ท main story แ€”แ€ฒแ€ท แ€™แ€žแ€€แ€บแ€†แ€ญแ€ฏแ€„แ€บแ€•แ€ฒ แ€กแ€›แ€„แ€บ character แ€€แ€ญแ€ฏ แ€›แ€žแ€กแ€žแ€…แ€บ แ€แ€…แ€บแ€™แ€ปแ€ญแ€ฏแ€ธแ€”แ€ฒ...
10.7M 248K 60
๐…๐ซ๐จ๐ฆ ๐„๐ง๐ž๐ฆ๐ข๐ž๐ฌ ๐ญ๐จ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ Enzo Mariano is known for being nothing but ruthless. He is feared by all in the Italian mafia. He kills on...
2.8M 36.5K 12
"Stop trying to act like my fiancรฉe because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...