5 | Elite High School ✔️

By queenzfina

9.1K 1K 84

[Karya kelima queenzfina] [Beautiful cover by @Nooroo_Edayu03] Red Dragon dan White Lily. Dua buah pasukan ya... More

🎶 Holla 🎶
Bab 1 🎶
Bab 2 🎶
Bab 3 🎶
Bab 4 🎶
Bab 5 🎶
Bab 6 🎶
Bab 7 🎶
Bab 8 🎶
Bab 9 🎶
Bab 11 🎶
Bab 12 🎶
Bab 13 🎶
Bab 14 🎶
Bab 15 🎶
Bab 16 🎶
Bab 17 🎶
🎶 For My Beloved Readers 🎶

Bab 10 🎶

350 50 0
By queenzfina

   
      ~Be fair, don't act like a loser~

Kirito menggalas beg bajunya di belakang badan sebelum dia berjalan keluar daripada bilik untuk berkumpul di depan pagar sekolah. Bas kemungkinan akan tiba bila-bila masa sahaja. Sebaik sahaja dia keluar daripada bilik, Erika yang berada di bilik sebelah turut keluar daripada biliknya. Gadis itu tersenyum manis.

Mungkin Erika tersenyum tetapi tidak bagi Kirito. Mulut lelaki itu terlopong besar apabila melihat barang yang dibawa gadis itu. Satu beg galas belakang dan satu beg roda yang sederhana besarnya.

"Kenapa awak bawa barang banyak-banyak? Kita pergi tiga hari dua malam je pun. Lagisatu... kita nak pergi kem sayang bukannya holiday," tegur Kirito berbaur sindiran.

"Aww so sweet panggil saya sayang. Saya taulah, tapi saya tak boleh kalau tak bawa semua ni. Hidup saya macam tak lengkap," balas Erika sebelum bibirnya tersengih sumbing.

Kirito memutarkan matanya. Kalau dah nama perempuan memang macam ni eh?

"Apa-apa jelah, jom kita pergi," tutur Kirito dengan nada mengalah.

Mereka berdua berjalan bersama menuruni tangga dan berjalan keluar daripada Rumah White Lily. Mereka menuju ke pintu pagar.

Selepas sampai di sana, pandangan mata mereka dipaparkan dengan sosok tubuh Seyra yang sedang menggalas satu beg baju bersama dua beg roda di tangannya. Mika pula berdiri di sisi gadis gadis itu seperti biasa.

Sekali lagi Kirito terlopong. Dahinya ditepuk. Patutlah Erika bawa barang banyak rupanya ikut perangai kakak kembar gadis itu pula.

"Wahh banyaknya kakak bawa barang," bisik Erika perlahan di tepi telinga Seyra.

Seyra tersenyum sebelum menolak rambutnya ke belakang ala-ala diva paling top di dunia.

"Mestilah. Mask muka, ubat nyamuk, sunblock, bantal, selimut, semua kakak bawa. Penting tau," kata Seyra.

Wait... kenapa author rasa macam author cerita pasal pengalaman sendiri ni? Nevermind. Abaikan saiyaa huhuhu.

Erika menutup mulutnya. Matanya membulat bersama riak wajah terkejut.

"Saya lupa nak bawa sunblock! Aaaaa Kirito macam mana ni?"

"Mintak je dekat Seyra. Dia kan bawa tiga beg takkanlah sebotol sunblock je yang dia ada. Betul tak Seyra?" soal Kirito sambil memerli.

Seyra tersenyum bersahaja.

"Jangan nak perli-perli buah hati saya!" Mika yang berdiri di sebelah Seyra sudah bercekak pinggang sambil membebel.

"Macamlah saya kisah." Kirito menjelirkan lidahnya. Tidak takut akan amarah Mika.

"Pandai awak teka. Memang pun. Saya bawa tiga botol," jawab Seyra sambil menunjukkan tiga botol sunblock.

"Dah agak dah." Kirito mengalihkan pandangan sebelum dia berkata perlahan.

"Yeah! Kakak memang penyelamat." Erika memeluk tubuh Seyra erat.

"Hai Erika! Jomlah naik bas. Bas dah sampai tu. Awak nak kena tinggal ke?" celah Rina. Gadis itu datang bersama Shiro.

"Hehehehe, tahun ni saya nak duduk dengan teman lelaki saya. Awak duduklah dengan Shiro. Bye." Erika terus menarik lengan Kirito dan berlalu pergi. Bibirnya tersengih nakal sebelum dia mengenyitkan matanya ke arah Shiro.

Shiro tersentak. Wajahnya berona merah begitu juga dengan Rina.

"Erika!" jerit Rina geram sambil menghentakkan kakinya.

                           🎒🎒🎒

Kirito memandang ke arah Erika yang sedang memerhatikan permandangan di luar tingkap bas tanpa mengeluarkan sebarang patah perkataan.

"Boleh saya tanya satu soalan? Actually bukan satu tapi banyak. Boleh ke," tanya Kirito sambil meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang kepala. Matanya pula sengaja dikatup.

Erika tersentak. Lamunannya terhenti. Dia berpaling menghadap Kirito sebelum dia tertawa kecil.

"Hahaha... awak ni lawaklah. Mestilah boleh, tanyalah."

"Kenapa kena bermusuh dengan kembar sendiri? Kenapa awak rahsiakan yang awak dengan Seyra sebenarnya kembar? Dan yang paling penting siapa awak sebenarnya?" tanya Kirito.

Erika tersenyum kelat. Dia mencantumkan kedua-dua belah tangannya. Jarinya bertaut erat. Soalan itulah yang paling dia takut untuk jawab jika seseorang sudah mengetahui kebenaran yang disorok selama ini. Bibirnya dikemam perlahan. Cuba mencari kekuatan untuk menjawab soalan yang diberikan oleh teman lelakinya.

"Sokay, awak boleh jawab bila awak dah bersedia nanti."

Kirito masih lagi menutup matanya bersama kedua-dua belah tangan di belakang kepala. Reaksi wajahnya tenang sahaja.

Erika menggeleng perlahan. Dia menarik nafas sebelum bibirnya mula bergerak menuturkan perkataan.

"Tak ada sebab yang penting pun sebenarnya. Kami tak bermusuh cuma... keadaan yang memaksa kami merahsiakan semua benda ni. Awak tau... saya ni lemah tapi Seyra tu boleh buat segalanya. Dia ada segala-galanya. Saya selalu bergantung pada Seyra. Papa saya cakap dia tak nak ada anak yang lemah macam saya. Jadi... sebab tu papa kami berdua membuat sekolah yang mempunyai dua kumpulan dan melantik kami sebagai ketua setiap kumpulan. Kalau kami bagitau yang kami ni kembar mesti pemberontakan besar akan berlaku. Sebab tu kami rahsiakan semua ni."

Erika berhenti daripada bercerita. Air matanya bergenang. Tiba-tiba Erika dapat rasakan sesuatu yang hangat bertaut dengan tangannya.

Erika tersenyum. Lelaki itu memang pandai menenangkan dirinya.

"Papa kami larang kakak daripada tolong saya dan suruh kami bersaing. Saya cuba dan cuba tapi saya tetap berada di belakang. Ahli kumpulan  mula tak percayakan saya. Saya rasa cemburu dan tersisih. Jadi, sejak tu saya berusaha untuk bangkit dan sampailah hari di mana awak langgar saya dekat koridor. Dari situ saya mula jatuh hati dekat awak. Memang saya ramai pengikut tapi tak ramai yang sudi berkawan dengan saya. Ouh, kesimpulannya, saya dan Seyra anak kepada pemilik sekolah kita sekaligus anak kepada guru besar Elite High School."

Kirito membuka matanya. Air mata Erika yang ingin menitis dikesat lembut sebelum bibir gadis itu dikucup sekilas. Wajahnya memerah.

Erika terkesima.

"Hadiah sebab berani cerita dekat saya. Bye. Saya nak tidur," tutur Kirito sebelum menutup matanya kembali.

Erika menggelengkan kepalanya. Dia memeluk lengan lelaki itu sebelum dia merehatkan kepalanya di situ. Matanya perlahan-lahan tertutup lalu mengikuti Kirito ke alam mimpi.

                           🎒🎒🎒

Erika menutup pintu bilik dorm sebelum dia memakai kasut sukannya. Rakan-rakan sebiliknya sudah ke tapak perhimpunan termasuk Rina memandangkan malam itu mereka akan melakukan aktiviti night walk. Tetapi Rina tidak berada di dalam kumpulannya, cumanya mereka diberi peluang untuk memilih rakan sebilik.

Sambil berjalan, Erika menengadah melihat langit yang gelap dan dihiasi dengan bintang-bintang yang berkelipan. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

Sebaik sahaja tiba di tapak perhimpunan, Erika terus masuk ke dalam kumpulannya. Memandangkan mereka berada di kem, kumpulan akan dipilih secara rawak dan tidak mengikuti ahli kumpulan mereka. Ini bermaksud ahli-ahli White Lily dan Red Rose akan berada di dalam satu kumpulan. Di sini juga mereka akan bersaing sesama sendiri. Kumpulan mereka di sekolah tidak lagi penting bila berada di kem.

Mujurlah ahli kumpulannya terdapat Kirito, Seyra, Mika, dan juga seorang ahli White Lily dan seorang ahli Red Rose. Diago dan Hayumi.

"Kenapa lambat?" soal Kirito separa berbisik.

"Saja. Tak tau kenapa rasa nak datang lambat," jawab Erika sambil tersengih.

Kirito menggelengkan kepalanya. Gadis itu ada-ada sahaja ragamnya.

"Senyap dan beri perhatian! Malam ini kamu semua akan jalankan aktiviti night walk. Jadi, kamu semua akan dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing. Jalan sahaja berpandukan tali. Pegang dan ikut. Ketua kumpulan akan diberi tanggungjawab untuk membawa balik kesemua ahli kumpulan. Jika ada yang hilang, ketua kumpulan akan didenda dengan serta merta. Faham atau tidak?"

Kazuma menerangkan secara terperinci aktiviti yang akan mereka jalankan sebentar lagi. Lelaki itu merupakan fasilitator mereka pada malam ini.

"Faham!" Kesemua murid-murid Elite High School menjawab serentak.

"Mika, awak takut tak?" tanya Seyra perlahan.

"Mestilah tak Lady Seyra. Walau apa pun yang terjadi, keselamatan Lady Seyra ialah tanggungjawab saya," jawab Mika bersama senyuman nipis.

"Kenapa kena panggil Lady Seyra? Awak kan boyfriend saya. Panggil Seyra cukuplah. Saya bukannya demand sangat," balas Seyra bersama wajah cemberut.

"Saya tak biasalah tapi saya akan cuba. Maaf." Mika menggaru belakang kepalanya sambil tersengih.

"Tak apalah." Seyra memeluk erat lengan lelaki itu.

Mika terkedu. Sepanjang dia menjadi orang kanan dan penjaga gadis itu belum pernah lagi mereka serapat ini. Jangan kata rapat, bercakap dengan intonasi lembut pun gadis itu jarang. Pasti dengan intonasi dingin bersama wajah beku.

"Saya gembira dapat satu kumpulan dengan Lady Erika," tutur Diago.

"Saya pula gembira dapat satu kumpulan dengan Lady Seyra. Dah lama saya tunggu saat ni." Hayumi tersenyum ceria.

Erika dan Seyra berpandangan sebelum masing-masing tersenyum malu.

Selepas beberapa minit, kini tibalah giliran Seyra dan kumpulannya untuk masuk ke dalam hutan. Kirito berdiri mendahului mereka, diikuti dengan Erika, Seyra, Mika, Hayumi dan Diago.

Tangan kanan Erika memegang baju belakang Kirito manakala tangan kiri dia memegang tali yang disediakan sebagai petunjuk jalan. Suasana hutan yang agak menyeramkan bersama waktu malam yang menjadikan pandangan mata mereka gelap sememangnya mampu membuatkan bulu roma sesiapa naik. Cuma cahaya bulan yang menerangi mereka. Erika meneguk air liur kesat.

"Kirito, hantu tu wujud ke?" tanya Erika perlahan.

"Apa adik ni! Jangan nak merepek." Seyra berbisik perlahan di telinga adik kembarnya. Memandangkan hubungan pertalian darah mereka masih dirahsiakan jadi mereka tidak boleh menggunakan panggilan adik, kakak secara kuat.

"Awak jangan macam-macam Erika. Saya dahlah..." Belum sempat Kirito menghabiskan ayatnya pupil mata mereka disapa dengan sosok lembaga yang tidak diketahui. Langkahnya terhenti.

Apabila diperhati barulah mereka tahu itu apa. Wajah Kirito berubah pucat.

Diago yang berada di belakang sekali menjengah ke depan apabila kesemua ahli kumpulannya berhenti. apabila mengerti apa sebenarnya yang terjadi, dirinya terkedu. Riak wajahnya berubah.

"Ki... kiri... Kirito," panggil Erika dengan nada suara tersekat-sekat.

Bah!

Lembaga tersebut menjerkah mereka.

"Argh!" Serentak mereka semua menjerit.

"Lari!" Kirito menjerit takut.

Tanpa mereka sedar, akibat kerana panik dan berlari tanpa perancangan membuatkan mereka tersalah memilih haluan.

Kirito berhenti daripada berlari apabila merasakan yang dirinya sudah selamat. Dia menunduk dan memeluk perutnya untuk menstabilkan nafasnya yang sedang tercungap-cungap akibat berlari.

Tiba-tiba...

Buk!

Kirito jatuh terusungkur ke depan dan...

Pak!

Sesuatu yang berat mendarat di atas belakang badannya. Kirito mendesis kesakitan.

Pak!

Satu lagi benda yang berat selamat mendarat di atas tubuhnya.

"Aduh sakitnya..." Erika mengadu sakit.

"Betul tu, apa benda yang kita hempap ni sebenarnya?" soal Hayumi.

"Entahlah..."

"Hey! Bangunlah!" Kirito menjerit kesakitan. Badannya terasa kejang dan tulangnya pula terasa hendak patah apabila dihempap.

"Maaf, maaf." Erika segera bangun daripada menindih badan lelaki itu begitu juga dengan Hayumi.

Kirito mendengus kasar. Dia turut bangun dan berdiri sebelum mengibas bajunya yang kotor kerana debu. Seyra dan Mika baru tiba diikuti dengan Diago yang penat berlari. Masing-masing mempamerkan riak wajah keliru.

"Kita dah sesat." Pasrah sahaja nada yang digunakan Seyra.

"Apa kita nak buat sekarang ni Kirito?" tanya Mika.

"Kita patah balik dan cari balik tali untuk sampai ke garisan penamat. Kalau kita terus jalan ke depan, kita mungkin akan sesat lebih jauh," jawab Kirito.

"Betul juga. Rasanya itu yang terbaik," sokong Diago.

Mereka bereenam mengangguk sebelum masing-masing patah balik. Tetapi sebaik sahaja mereka patah balik, tali yang diikat dari pokok ke pokok sudahpun hilang dan terputus.

"Ada yang cuba nak khianat kita. Tali ni macam dah kena potong," kata Mika sambil membelek bahagian tali yang terputus itu.

Kirito juga turut membelek tali tersebut.

"Apa kita nak buat Kirito?" Lengan Kirito disentuh lembut oleh Erika.

"Tak ada cara lain. Kita kena bermalam dekat kawasan berdekatan. Dalam keadaan gelap macam ni, bahaya untuk teruskan perjalanan," kata Kirito.

Semua mengangguk. Kirito dan Erika, Seyra dan Mika tidur bersama manakala Hayumi dan Diago tidur berasingan tetapi masih lagi dekat.

Mereka semua baring di atas tanah kering. Erika baring menghadap Kirito sambil matanya memerhati seraut wajah itu.

"Apa yang awak tengah buat?" tanya Kirito pelik.

"Tengok boyfriend saya," jawab Erika bersama senyuman lebar.

"Ada-ada je awak ni," balas Kirito.

"Saya nak masuk lompat tinggi tahun ni. Awak nak masuk apa?"

"Saya nak masuk ke dalam hati awak. Dahlah tidur." Kirito meletakkan tangannya di mata gadis itu.

Erika tergelak kecil sebelum dia memeluk erat tubuh Kirito.


Done bab 10 🌈💐

Don't forget to vote and comment 💕😁

Aaaaa saya minta maaf sebab tak tunaikan janji. Saya nak triple updated tapi kengkangan masa 😔✊ so... saya tulis bab ni panjang-panjang and buat double updated. Jangan lupa baca bab 11 ✨ Tapi bab 11 saya updated malam nanti 💜

Kalau ada typo sila tegur 😭😭😭 saya tak sempat nak check balik.

Continue Reading

You'll Also Like

11.2K 702 160
#EighthBook_ "Ketika Mulut Tidak Mampu Meluahkan Biarlah Tangan Yang Menulis" Motivasi√ Islam√ Broken√ Love√ Malay-English (14/6/2020-6/8/20)
36.5K 2K 15
𝓐𝓻𝓪𝓵𝔂𝓷 𝓤𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪 ~ 𝓡𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻𝓪𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3
3.3K 429 103
365 page of quotes and some words. Sorry for my broken English.
11.7K 500 22
Tengku Airis Mikayla- anak kacukan Melayu- British. Atau senang dipanggil Ayla. Berumur 17 tahun. Selepas beberapa bulan usianya Ayla dan keluarganya...