Bukan Cinderella

Από Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... Περισσότερα

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

16

32.2K 2.5K 438
Από Lollysnow

"Abang dah baiki semua yang rosak dalam kereta ni. Barang-barang yang rosak tu abang tukar baru. And.." Khair buka pintu kereta seraya menghidupkan enjin.

"Selamat untuk dipakai." Khair kembali berpaling memandang Lily tak berkelip memandang kereta ibunya. Sudah lama kereta itu tersadai di bengkel Khair sejak Puan Anisa meninggal.

Lily kelihatan mengambil nafas panjang sebelum tersenyum tipis. Perlahan-lahan dia melangkah melintasi Khair seraya melabuhkan duduk di tempat pemandu.

"Lily yakin nak drive kereta ni?" Suara Khair kedengaran lembut menyoal. Lily diam sejenak. Lama dia berdiam dalam dunia sendiri sebelum mendongak memandang Khair setia berdiri disebelah pintu kereta.

"Saya nak bawa kereta ni.." Lily bangun dari tempat duduk sebelum berdiri membelakangi Khair. Sebak yang dia rasakan sekarang. Dia tidak mahu Khair melihatnya. Bibir dikemam menahan diri, mata dipejam rapat agar dia tidak mengeluarkan apa-apa cecair hingga buat  tubir matanya bergenang. Mulut dibuka sedikit mencari nafas.

Dia betul-betul rindukan ibunya. Dia ingin melihat ibunya didalam kereta itu lagi. Dia ingin melihat wanita cantik itu berdiri disamping kereta itu dengan senyuman lebar ketika sampai di restoran untuk menyapanya.

"Kenapa perlu palingkan muka dari abang kalau Lily nak menangis?" Teguran garau itu buat Lily tersentak dan serentak itu dia buka mata dan mendongak melihat Khair tepat dihadapannya. Sinaran matahari terhalang dek tubuh lelaki itu.

"Siapa cakap saya menangis!" Lily merengus lantas memaling wajahnya ketepi. Khair menyembunyi senyum apabila dia dapat menangkap wajah gadis itu mula menunjuk segannya.

"Tak salah kalau Lily menangis pon. Abang sanggup tukar baju untuk Lily menumpang bahu."

"Excuse me?" Lily pandang Khair penuh jengkel.

"Abang bergurau. Abang lagi sanggup tengok wajah dingin Lily dari tengok Lily sedih macam ni. Sebab tu abang buat Lily marah." Khair sekali lagi tersenyum manis buat Lily merengus memandangnya.

"Berapa semua kos?" Tak betah duduk disitu Lily berura-ura untuk pergi.

"Tak payah bayar."

"Ha?" Lily kerut dahi.

"Anggap ni rasa bersalah abang sebab tak mampu baiki kereta Aunty Nisa pada hari kejadian. Kalau abang dapat undur masa.." Khair menghentikan kata-katanya sebaik melihat wajah Lily yang mula berubah.

"Lily abang tak maksudkan.."

Lily tunduk wajah, dia betul-betul tak dapat menahan sebaknya sekarang. Dia rindukan ibunya. Mendengar nama Puan Nisa disebut sudah cukup buat dia rasa sesaknya. Lagi-lagi berada di dalam kereta yang menjadi punca kematian wanita itu.

"Lily.."

"Tsk tsk!! Saya okay!" Lily segera berpaling dengan esakan. Khair kaku dia betul-betul tak berniat untuk membuat Lily makin sedih.

"Lily abang minta maaf." Khair tarik bahu Lily sebelum mengusapnya disitu. Lily masih menunduk walaupun dipaling menghadap lelaki itu.

"Wah! Jarang aku nak jumpa bengkel kemas dan aesthetic macam ni! Tak sangka dekat je dengan rumah aku.." Seseorang muncul buat Lily dan Khair serentak berpaling.

"Ops!" Talia yang memegang telefon bimbitnya merakam segenap ruang bengkel buat-buat terkejut melihat babak didepan mata. Kamera dihala tepat kearah keduanya.

Perasan akan dirinya Khair pantas menarik tangan dari bahu Lily.

"Oh oh! Sorry aku tak perasan korang kat sini. Lily kau okay?" Talia cepat-cepat mematikan rakaman video sebelum memandang ke arah Lily.

Lily senyum tipis seraya mengangguk kepalanya.

"Kawan Lily?" Khair pandang Talia.

"Ye saya." Talia senyum paksa. Khair turut tersenyum tawar.

"Talia thanks sebab sudi hantar aku kat bengkel harini. Nanti jangan lupa singgah restoran. Aku belanja makan." Lily tepuk bahu Talia sebelum cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Khair terkebil-kebil memandang Lily selamba memandu keluar dari perkarangan bengkelnya tanpa sapaan akhir.

"Kau.. Apa tujuan kau Khair Bakhtiar?" Senyuman manis Talia buat Lily tadi serta merta kendur meninggal wajah dingin dan sinis perempuan itu.

"Tujuan? Apa maksud kau?" Soal Khair mendatar.

"Kau rapat dengan Erma dan dengan Lily kau beriak macam tiada apa yang berlaku pada Erma dan kau. Apa kau ni lalang sebenarnya?" Soal Talia sedikit kasar buat wajah tenang Khair tadi turut berubah. Kendur.

"Aku bukan lalang, cuma aku memilih untuk tidak memihak pada sesiapa." Balas Khair mendatar.

"Lily benci pengkhianat.." Talia pandang telefon bimbitnya.

"Anggap ini bayaran untuk pengkhianat Lily." Talia tunjuk skrin telefonnya sebelum video menampakkan Khair yang dalam berkedudukan mesra dengan Lily sebentar tadi.

"Apa yang kau nak buat?"

"Aku takkan lah nak aibkan kawan aku sendiri. Cuma.. cukup untuk sakitkan satu pihak." Tenang Talia menekan skrin telefonnya sebelum dia tersenyum tak bersalah.

"Done!" Talia tunjuk skrin telefon menunjuk video selamat dihantar pada seseorang.

Mata Khair tidak berperasaan melihat nama Erma tertera di skrin telefon.

"Ya mungkin kau rasa ini tak ada apanya untuk kau. Tapi untuk perempuan ni.." Talia senyum.

"Siapa tahu apa ada kat hati dia."

"Buat apa yang kau nak buat. Asalkan kau tidak burukkan keadaan Lily." Khair alih pandangan wajah. Jadi dia tahu siapa yang menghasut Lily untuk bertindak selama ini.

"Yup! Aku cuma burukkan orang-orang yang telah mengkhianati kawan aku. Termasuk mama kau." Khair segera menoleh apabila mamanya disebut gadis itu.

"Terima kasih bagi kerjasama. Bye!" Talia senyum sumbing seraya berlalu meninggalkan Khair yang terdiam disitu.

•••

Erma tekup mulut melihat video yang baru diterimanya. Lily kelihatan sangat mesra dengan Khair. Dan Khair.. tidak kekok dekat dengan gadis itu.

Adakah mereka hanya sekadar sebatas abang dan adik?
Kenapa Khair terlalu peduli pada Lily sehinggakan lebih dari batasnya? Memang tiada kata putus untuk hubungan dia dan lelaki itu. Tapi dia terlalu mengharapkan cinta lelaki itu.

Dia sanggup menolak pinangan lelaki lain semata-mata mahu menunggu cinta. Dia terlalu cintakan Khair sejak kecil, malah Lily tahu semuanya.

Air mata ditahan-tahan dari tadi akhirnya menitis jua. Dia sudah terlalu banyak merasa sakit dan tertekan sejak kebelakangan ini. Segala beban kini terhempap diatas bahunya. Satu demi satu sakit itu buat dia tidak gagah untuk berdiri lagi.

Dia sayangkan Lily.
Dia sayangkan Ibunya
Dia sayangkan keluarga.

Tapi kenapa segalanya jadi begini.

"Jangan menangis Erma. Lily cuma adik kesayangan Khair. Khair cuma anggap Lily sebagai adik sejak kecil." Erma pejam mata menyedapkan hatinya.

Tapi pernahkan Khair mengatakan dia menganggap Lily sebagai adik? A
Ada satu suara menyoal dibenaknya buat Erma menjatuhkan wajah di atas meja.

"Khair... tsk tsk.."

•••

"Mama nak tanya Khair. Mama percayakan Khair cuma.. Pasti ada seseorang cuba nak burukkan Khair dengan video ni." Khair tidak beriak menunjuk video yang ditunjuk mamanya.

"Lily menangis rindukan ibu dia masa ambik kereta Aunty Nisa tadi. Khair tenangkan dia." Tak bernada Khair membalas. Puan Ida tarik nafas lega tapi dia masih merasa ada sesuatu tidak kena dengan video itu.

"Mama dah agak. Kenapa video ni? Siapa yang jatuhkan anak mama ni!" Omel Puan Ida sendiri. Khair tidak membalas selain mendiamkan dirinya sendiri.

"Khair tahu apa ada difikiran mama. Mama pasti fikir Lily yang lakukan semua tu." Ujar Khair setelah lama berdiam diri. Puan Ida angkat wajah lantas meneguk air liurnya.

"Bukan macam tu Khair."

"Dia bukan Lily.. Khair tahu siapa pelakunya. Dan dalam video itu Lily tidak berlakon dan dia betul-betul menangis rindukan Ibunya."

"Ooh.." Puan Ida kelu.

"Erma tak call mama harini. Mungkin dia pun dapat video ni.."

Kali ini Khair memilih untuk diamkan dirinya.

"Mama tak suka Khair. Mama tak suka orang buat anak mama macam ni."

"Khair tak ada masalah dengan video tu mama." Khair tekan tombol remote untuk mengalih siaran. Dia tidak mahu ambil peduli lagu mengenai video itu.

•••

Erma pandang Lily tenang menyua makanan kedalam mulut tanpa sedikitpun menoleh orang-orang dimeja makan itu. Haritu Lily banyak mendiamkan diri tidak seperti hari sebelum-belumnya.

Ada sahaja mulut pedas itu ingin menyakitkan orang di rumah itu. Seperti yang ditebak, Encik Fajir pasti akan mendiamkan diri kerana tidak mahu lagi anaknya pergi dari rumah itu.

Kadang Lily akan membandingkan makanan dimasak Puan Sarah dengan ibunya. Kadang Lily akan mengomel dengan cara wanita itu mengurus rumah berbanding dengan ibunya. Malah Lily pernah mengata Puan Sarah busuk jauh berbeza dengan ibunya. Bagi Lily hanya Ibunya yang sempurna dan layak untuk berdamping dengan ayahnya.

Dan yang paling menyakitkan Puan Sarah tidak pernah memarahi atau membantah kata-kata gadis itu buat Erma memendam segala rasa sakit melihat ibunya diperlakukan begitu.

"Lily.." Akhirnya keluar suara Erma ingin menyapa gadis itu. Lily pandang sekilas sebelum menyambung suapanya. Dimeja makan itu hanya dia dan Puan Sarah kerana Lisa bersama ayahnya mengaji dibilik atas.

"Aku nak tanya.."

Lily masih diam.

"Betulkah kau dan Khair berpelukan siang tadi?" Soalan Erma buat Lily menghentikan suapan lantas memandang wajah gadis itu.

"Aku terima video dari seseorang. Aku tahu, Khair dan kau tak akan lakukan semua itu. Aku cuma.. perlukan perjelasan.." Suara Erma mula bergetar.

Lily diam tiada riak.

"Kau tahu kan macam mana aku cintakan Khair..."

"Kalau ya kenapa?" Balasan Lily buat Erma tersentak dan kelu memandang Lily tidak percaya.

"Lily..." Erma tak mampu habiskan ayatnya sebelum bibirnya dikemam. Dia tak mampu bertahan lagi. Punggung diangkat dari meja makan dan dia berlari masuk ke dalam biliknya.

"Erma!" Puan Sarah lepas keluhan berat. Dia pandang Lily tidak bersalah menyambung suapannya.

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

202K 26.9K 97
ALPHABET SERIES: N for NOTICE 4# Perlu ke aku dapatkan perhatian si dia? hiatus | December20
816K 33K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
3M 272K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...