Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

14

32.5K 2.5K 401
By Lollysnow

3 minggu sejak kejadian itu, Lily kembali menghilangkan diri dan menyendiri. Dia tahu Encik Fajir sudah tahu keberadaannya. Dia ada melihat lelaki itu kerap datang menjenguknya setiap malam di luar pagar rumah. Kadangkala Encik Fajir ada meletak bungkusan makanan untuknya tidak kira siang atau malam. Semua itu bukan mampu membuatnya senang malah menambah sebak dihatinya.

Untuk apa lagi lelaki itu lakukan semua itu setelah mengkhianati dia dan Ibu?

Bagi Encik Fajir pula, dia memberi masa untuk Lily menyendiri, dan tidak mahu memaksa anak itu untuk menerima semua yang sudah berlaku. Siapa sahaja boleh menerima seorang ayah dianggap hero pertama di dalam hidup sudah membunuh hati seorang puteri dan ratu keluarga.

Perbuatannya tak akan dimaafkan Lily.

Celik mata, Lily mendengar deruman enjin baru berlalu dari perkarangan rumahnya. Dia perlahan-lahan bangun dari katil lantas menyelak langsir bilik. Seperti yang ditebak ada bungkusan makanan terletak elok di hadapan pagar rumahnya. Lily bangun sebelum bergerak membuka pintu rumahnya. Tepat itu juga ada sebuh kereta memakir tepat dihadapan pintu pagar rumahnya.

Tak perlu ditanya siapa gerangannya melihat kereta sahaja di sudah tahu tuannya.

"Morning!" Talia terlebih dahulu keluar dari perut kereta diikuti Dayang disebelah tempat pemandu.

Lily pandang keduannya dari atas kebawah. Keduanya sudah cantik bersiap. Mahu membawa dia keluarkah?

"Aku tak nak keluar." Lily peluk tubuh memandang dua makhluk itu. Dia betul-betul tiada mood mahu keluar kemana-mana.

"Ayoo Lily. Aku baru dapat rehat kot. Baik kau ikut kitorang keluar sebelum next flight aku." Dayang merungut didepan pintu pagar.

"No! Aku nak tidur."

"Hey! Kau tu dah jadi Cinderella. Takkan nak jadi Sleeping Beauty pula!" Talia bercekak pinggang dengan omelan.

"Ish Talia!" Dayang menyiku sahabatnya. Mulut Talia ni bukan boleh kira. Cakap main lepas je."

"Betul lah apa aku cakap! Kalau kau berkurung dalam rumah macam ni. Lagi lah bersorak sakan musuh kau kat luar tu. Mak tiri, kakak tiri kau tu ha! Macam apa dah aku tengok. Pergi, Balik Restoran Mak kau macam Restoran tu diorang yang punya." Adu Talia bersungguh-sungguh buat riak wajah Lily berubah.

"Buka pintu pagar ni Lily." Dayang pegang pintu pagar.

"Tch!" Talia merengus sebelum tangannya mencelup selamba ke dalam bag tangan Dayang. Kunci pendua diberi Lily dahulu dikeluarkan sebelum dengan selamba dia membuka pintu pagar rumah Lily.

Dayang terkebil-kebil. Dia hampir lupa yang dia mempunyai kunci rumah Lily.

"Kau ni telan awan banyak sangat sampai nyanyuk?" Talia libas rambut dihadapan Dayang sebelum melangkah masuk merapati Lily.

"What?" Ternganga mulut Dayang mendengarnya sebelum matanya menangkap bungkusan makanan dihadapan pagar.

"Lily..."

"Buang."

"Ha?" Dayang pandang nota terselit di bungkusan makanan.

'Cepat sembuh anak ayah. Ayah rindukan Lily ayah yang dahulu.."

"Ini dari ayah kau?" Dayang tunjuk nota kertas di tangan. Lily pandang tak berminat sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya. Talia juih bibir lantas berlalu mengekor Lily dari belakang.

Dayang hela nafas berat memandang nota ditangannya.

"KENAPA KAU BAWA aku kesini Talia?" Soal Lily apabila Talia memandu ke arah restoran keluarganya bukan ke shopping mall seperti kebiasaan dibawa perempuan itu.

"Ada sesuatu yang aku nak tunjuk." Talia memakir kereta sebelum mematikan enjin keretanya. Dari dalam kereta mereka sudah dapat melihat dengan jelas isi Restoran yang berkaca lut sinar itu. Restoran kelihatan sedang penuh dengan pelanggan.

"Apa yang kau nak tunjuk ni?" Dayang di belakang menyampuk.

"Aku sejak dua menjak ni suka lepak makan dekat restoran kau sampai aku terperasang pasangan sejoli ni kerap dating di restoran kau tiap kali waktu lunch." Mata Talia melilau memandang ke dalam restoran.

"Siapa?" Dayang turut mengecilkan mata mencari seseorang walau dia tidak tahu siapa dimaksudkan Talia.

"Ark! Jumpa!!" Talia menunjuk dua manusia sedang duduk berdepan dan bercakap serius sesama mereka. Lily turut berpaling memandang sebelum matanya berubah tajam.

Erma dan Khair

"Berani si Erma tu bawa boyfriend dia lepak ke restoran kau setiap hari Lily." Talia seperti menambah bara ke dalam api.

"Sudahlah, tak penting nak urus pasal dia." Dayang mengalih topik, risau jika ada terjadi sesuatu yang tidak enak berlaku.

"Ini waktu sesuai untuk kau lepaskan amarah." Talia senyum sinis.

"Talia!!" Dayang menjenggil mata.

Lily diam seketika menatap pasangan itu. Hatinya tiba-tiba membara penuh dendam seperti meminta dia melakukan sesuatu. Tak semena-mena bibirnya turut meloret senyum.

"Lily!!" Dayang tergamam melihat tangan Lily bergerak membuka pintu kereta sebelum membolos keluar.

"Aku tak sabat tengok muka kepanasan perempuan tu." Talia turuy menolak pintu kereta.

"Uncle Fajir tiap hari pergi jenguk Lily ke rumah tu. Lily mengurung diri dan tidak temui sesiapa. Itu yang buat kamu risau." Luah Erma, segeram apapun dia pada Lily mengenai apa yang dibuat Lily pada mamanya tempoh hari. Dia masih ada belas untuk sahabatnya itu.

Dia tetap faham jika dia ditempat Lily mungkin segalanya akan jadi lebih sukar untuknya.

"Lily ada kawan-kawan yang lain?" Soal Khair dengan kerutan diwajahnya. Topik mengenai Lily selalu membuat dirinya bersemangat. Cukup menunjukkan lelaki itu terlalu risau tentang gadis itu.

"Ada, tapi dahulu saya selalu larang dia rapat dengan teman-teman dia yang lain. Saya risaukan dia terpengaruh dengan kawan-kawannya yang bebas bersosial. Saya sayangkan Lily tak ubah seperti adik saya sendiri." Erma tunduk wajah. Jujur dia rindukan Lily yang dahulu. Patuh pada semua permintaannya.

"Saya harap dia.." kata-kata Erma terhenti sebaik kedengaran loceng pintu kaca restoran berbunyi dan derap langkah seseorang tersenyum sumbing mendekatinya.

Khair yang turut berpaling memandang perhatian Erma teralih ke satu arah. Matanya turut membesar memandang Lily melangkah mendekati mereka.

"Lily!!" Seorang pekerja yang membawa dulang tergamam menyapa Lily. Setelah tiga minggu Lily menghilang diri, gadis itu tiba-tiba muncul dengan keadaan yang agak berbeza. Biasanya Lily terus ke ruang dapur tapi kali ini langkah itu ke arah meja makan.

"Thanks!" Lily capai gelas di atas dulang yang dibawa pekerja itu sebelum.

"Lily!!" Dayang tergopoh-gopoh menolak daun pintu membulat mata melihat Lily.

Srupp!!

Air selamat disiram tepat dikepala Erma yang bertudung. Dan sebaik itu juga Lily hempas gelas diatas meja. Orang-orang di dalam restoran terdiam dan tergamam dengan babak mengejut itu.

"Lily!!" Khair bangun menolak tubuh Lily menjauhi Erma yang kelihatan kaku masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Talia yang memeluk tubuh dibelakang tersenyum sinis.

"Berani-beraninya kau jejak restoran Ibu aku setelah mama kau rampas ayah aku!!" Tenkingan Lily bergema tepat dihadapan wajah Erma.

Erma ketap gigi dengan tangan terketar-ketar mengempal penumbuk.

"Mama kau dan kau dah bunuh Ibu aku! Dan kau berani tunjuk muka di restoran wanita yang kau dah bunuh! Perempuan jenis apa kau ni? Tak rasa bersalah?"

Mata-mata direstoran itu mula mengerling ke arah Erma sebaik mendengar apa dikatakan Lily. Sudah pasti mereka tidak tahu pemilik restoran itu meninggal kerana kemalangan tetapi mereka tidak tahu kisah disebalik semua itu.

"Lily cukup!" Khair tarik Lily dari Erma tapi Lily pantas merentap tangannya.

"Aku tak ada urusan dengan kau! Jangan masuk campur!" Tepat dihadapan wajah Khair Lily hala jari telunjuk.

"Kenapa diam? Nak play victim? Kononnya kau mangsa keadaan. Yang tak tahu apa-apa?"

"20 tahun Erma! Sepanjang 20 tahun itu aku ada disisi kau! Aku jadi sahabat baik kau. Tapi aku ditikam dalam diam sehinggalah semuanya terbongkar sendiri. bukan dari mulut kau."

"Terserah kau nak cakap apa Lily. Aku tahu tempat aku aku tahu siapa diri aku." Erma akhirnya bangun membalas tatapan Lily. Matanya sudah merah, bergenang air mata.

"Kalau kau tahu siapa diri kau. Then keluar dari rumah aku. Bawa perempuan-perempuan murahan tu keluar dari rumah aku. Termasuk adik sial kau." Perlahan dan jelas kata-kata Lily masuk ke dalam rongga telinganya. Wajah Lily kosong tidak berperasaan. Entah kenapa dia rasa puas. Puas melihat keadaan Erma saat itu.

Kerana seksa yang dia rasa lebih dari apa yang dirasai perempuan itu.

"Memang aku nak keluar dari rumah kau!! Aku akan pastikan Ibu dan adik aku tak jumpa kau lagi! Termasuk ayah aku! Aku memang dah lama nak pisahkan mereka, tapi atas belas aku pada ayah kau aku tunda semua itu."

"Dah alang - alang begini. Aku dengan besar hati angkat kaki dari rumah kau." Tajam mata Erma tatap Lily sebelum dia capai beg tangan lantas berlalu meninggalkan Lily disitu.

Malu dan sakit. Itu yang dia rasakan.

Khair tarik nafas panjang memandang Lily.

"Abang tak marah Lily. Buat apa yang Lily nak lakukan untuk lepaskan apa yang terpendam dihati. Tapi jangan pilih cara yang salah." Khair keluar duit dari dompet sebelum dia letak di atas meja lantas berlalu dari situ.

Mata Lily tak berkelip memandang kedepan. Apa maksud Khair sebenarnya? Lelaki itu dipihak mana sebenarnya?

"Lily. Sudah jom!" Dayang pula tarik tangan Lily keluar dari restoran itu. Pekerja yang lain sampai terbantut membuat kerja mereka. Tiada siapa berani menghalang kerana yang sedang lakukan kekecohan itu majikan mereka sendiri.

"Maafkan kami ya! Lupakan apa yang berlaku tadi. Lunch kamu semua harini saya yang bayarkan. Enjoy your lunch!" Talia kenyit mata sebelum berlalu keluar dari restoran itu. Dari jauh dia melihat Dayang memegang bahu Lily menenangkan gadis itu.

Talia melangkah mendekati Lily dengan memeluk tubuhnya.

"Tak apa Dayang. Aku rasa puas dan lega." Ujar Lily lantas menghulur senyum tipis pada Dayang.

"Ini bukan masa untuk kau bertenang dan lega Lily." Sambung Talia buat Dayang dan Lily serentak berpaling.

"Memang kau berjaya halau mereka keluar dari rumah kau. Tapi Lily,, kau yakin ke kau berjaya pisahkan ayah kau dari Mama Erma?"

"Apa kau cuba cakapkan ni Talia." Berkerut wajah Dayang memandang sahabatnya. Entah kenapa sifat antagonis Talia harini membuak-buak keluar. Apa gadis itu sebenarnya terkesan melihat Lily hidup tertekan selama ini?

"Cadangan aku lah. Ada baiknya kau balik duduk di rumah bersama mereka. Banyak benda yang lebih memuaskan yang kau boleh buat Lily.."

"Apa kau nak Lily sakit lagi dengan tengok ayah dia bahagia dengan wanita lain?" Dayang awal-awal membantah rancangan Talia.

"Nope! Kau rasa Lily dah kalis dengan kesakitan. Kan Lily? Kalau kau takut macam mana kau nak tikam mereka secara depan-depan."

"Ingat Lily.. Kau bukan Cinderella. Kau tak akan teraniaya dengan Ibu dan kakak tiri kau kan?" Talia pandang Lily penuh makna.

Dayang tarik nafas panjang lantas meraup rambutnya. Dia pandang Talia dan Lily silih berganti. Talia bukan orang yang terlalu jahat, gadis itu cuma nakal pada masanya. Tetapi sekarang kata-kata Talia cukup buat Lily terpengaruh.

Dia tidak tahu dimana baik atau buruknya. Jika itu yang mampu mengembalikan semangat Lily. Dia akan turuy menyokongnya.

Tidak kira baik atau buruk. Lily dan Talia sahabatnya.

Continue Reading

You'll Also Like

89.4K 4K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
2.9K 373 19
dia hadir lantas memilih untuk merubah segalanya, ingin mendambakan hal yang bukan untuknya, di saat kepercayaan semakin nyata, terpilih kah dia untu...
827K 33.2K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...