Silent Melody [✔️]

By arniey11

344K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 83

2.9K 300 21
By arniey11

Gelap.

Sunyi.

Dan keseorangan.

Itulah keadaan tempat yang aku berada kini. Aku tidak dapat melihat apa-apa kecuali tubuh badan aku. Kaki aku cuba berjalan di sekitar kawasan ini namun sejauh mana aku jalan, aku tetap tidak dapat melihat apa-apa.

Perjalanan aku terasa seperti tidak berpenghujung sehingga aku berasa mahu mengalah. Kaki aku berhenti lalu aku melepaskan nafas pasrah aku.

Mungkin aku memang sudah terperangkap disini, jadi buat apa nak cari jalan keluar. Mengalah sahajalah.

Aku yang berhenti itu mengeluh sekali lagi. Rambut aku diselak kerana mengganggu mata aku dan tiba-tiba aku terasa satu tangan kecil memegang tangan kanan aku.

Kepala aku menoleh melihat tangan yang menyentuh aku tadi. Memang betul tangan itu kecil seakan tangan budak.

Aku melihat lagi gerangan orang itu dan aku dapat lihat ianya seorang budak seperti berumur 5 tahun. Muka budak itu memandang ke bawah membuat aku tidak dapat melihatnya.

Aku hairan darimana budak itu datang. Bagaimana dia berada di sini? Dan kenapa dia menegur aku?

Itulah persoalan yang bermain di kepala aku. Belum lagi tambah dengan persoalan tentang tempat ini.

Aku memandang pelik budak itu lalu tiba-tiba aku terasa sesuatu yang janggal terhadap budak perempuan tersebut.

Kenapa aku rasa seperti pernah lihat sosok budak ini? Tapi dimana.

"Adik," panggil aku kepada budak itu.

Aku mahu melihat mukanya namun budak itu hanya memandang ke bawah.

"Adik siapa?" Soal aku.

Tidak ada jawapan yang keluar. Budak itu yanya diam dan situasi tersebut membuat aku terasa sedikit seram. Mata aku memandang sekeliling kawasan ini untuk melihat sekiranya ada orang lain lagi. Tetapi aku tidak melihat seoarang pun manusia kecuali budak ini.

Siapa sebenarnya budak ini? Manusia ke bukan? Dan tempat ini juga, alam manusia ataupun alam lain? Memang pelik.

Tangan yang meminpin tangan aku tadi tiba-tiba digenggam kuat oleh budak itu. Aku meneguk air liur aku. Aku tahu aku sedikit takut tapi aku mesti tahu siapa budak ini.

Badan aku ditundukkan lalu aku melutut di hadapannya budak itu. Rambut hitam yang mengganggu muka budak itu diselak oleh aku dan alangkah terkejutnya aku melihat muka budak perempuan itu.

Kejap!

Budak ini adalah aku! Aku yang masih berumur 5 tahun.

Jadi sekarang aku tengah berhadapan dengan diri aku yang masih kecil. Tapi bagaimana? Kalau aku ada sini jadi maknanya ini bukan alam manusia.

Mana mungkin aku berjumpa dengan diri aku yang berumur 5 tahun di alam manusia.

"Kenapa kakak buat semua ni?" Tiba satu soalan keluar dari mulut budak ini.

Mata budak itu memandang tepat ke arah aku. Sekarang aku seakan bercakap dengan diri aku sendiri. Aku ingin membuka mulut tetapi entah kenapa lidah aku terasa kelu mahu bercakap.

"Kakak memang mahukan semua ini ke?"

Aku memandang sayu budak itu lalu aku mengangguk perlahan. Memang aku mahuka semua itu terjadi.

"Walaupun selepas semua ini terjadi?" Mata aku diangkatkan melihat budak itu.

"Semua ini? Apa yang dah-" tiba tempat ini menjadi terang.

Satu cahaya datang sehingga membuat satu tempat ini terang dan menyilaukan mata aku. Aku menutup mata kerana terlalu silau.

Selepas beberapa saat, aku membuka kembali mata aku. Satu pandangan yang tidak aku jangka kelihatan di hadapan mata aku kini.

Aku berada di taman bunga mawar yang terletak di rumah aku. Tapi taman ini kelihatan berbeza dari yang sekarang.

"Tempat ni?"

"Rozein," budak yang masih meminpin tangan aku tadi menjawab.

Rozein adalah nama taman bunga mawar yang terdapat di rumah aku. Aku sangat pasti tempat ini adalah taman yang sama dengan rumah aku cuba keadaan sekeliling kelihatan sedikit berbeza.

Budak yang bersama aku tadi mula berjalan sambil meminpin tangan aku. Aku pula hanya mengikut kemana perginya dia.

Sesampai aku di gazebo yang terletak di kawasan taman ini, aku dapat seorang wanita sedang melihat taman bunga mawar yang mekar.

Aku tidak dapat mengenali wanita itu aku kerana dia membelakangi aku. Mata aku memandang sahaja figura wanita itu. Kenapa dia terasa tidak asing?

Aku kemudian memandang budak tadi. Sama seperti aku dia juga memandang wanita tersebut. Tetapi pandangan budak itu memberi seribu perasaan.

"Siapa dia?" Soal aku.

Budak itu diam dan hanya menatap sosok wanita yang sedang bermain dengan bunga mawar tersebut.

"Amel!" Tiba aku terdengar satu suara yang tidak asing.

Kepala aku dengan cepat menoleh ke arah suara itu. Terbeliak besar mata aku melihat gerangan pemilik suara tersebut.

Papa!

Lelaki yang sedang berjalan ke arah aku ini adalah bapa aku. Mukanya kelihatan sedikit muda daripada muka yang aku kenali selama ini.

Lelaki itu berjalan menuju ke arah aku sambil tersenyum. Tidak pernah aku melihat dia tersenyum bahagia seperti itu.

Kejap!

Tadi dia sebut nama Amel kan. Jadi wanita itu adalah ibu aku!

Kepala aku terus menoleh ke arah wanita tadi. Dapat aku lihat wanita itu sikit demi sedikit menoleh ke arah aku. Dan memang betul wanita itu adalah ibu aku.

Amel Serville!

Tidak dapat aku percaya sekarang bahawa aku sedang berhadapan dengan ibu aku dan dia kelihatan sungguh sihat. Perutnya kelihatan sedikit kembung ke hadapan.

"Amel, saya sudah kata awak tak boleh gerak sangat. Awak tu mengandung tau," kata bapa aku yang melimpasi aku.

Mengandung. Jadi perut yang kembung itu sedang mengandungkan seorang bayi. Tapi siapa?

"Apa awak ni? Saya hanya nak tengok taman ni jer. Kalau duduk dalam rumah lama-lama jer nanti tumbuh cendawan atas kepala saya ni. Sudahlah bosan duduk sana," ujar wanita itu dengan nada bergurau.

Sungguh lembut suaranya. Aku tidak percaya dapat mendengar suara tersebut. Apa betul itu adalah suara ibu aku?

"Auch!" tiba wanita itu terkena duri bunga mawar tersebut.

Aku yang terkejut itu mahu berlari ke arah sana namun ditahan oleh budak ini. Aku melihat ke arahnya dan dia hanya menggelangkan kepala menandakan aku tidak boleh ke sana. Bermakna di sini aku hanya boleh melihat mereka.

"Kan saya sudah kata bahaya. Awak tak nak dengar. Mari duduk sana dahulu," kata bapa aku yang melihat luka di tangan ibu aku.

Mereka berjalan ke arah aku lalu menembusi badan aku menuju ke gazebo di belakang aku. Budak yang bersama aku tadi membawa aku mendekati dia orang tersebut.

Aku tidak tahu apa tujuan budak ini menunjukkan semua ini. Adakah dia berfikir dengan menunjukkan semua ini, aku dapat ubah fikiran aku?

Mata aku memandang bapa aku yang sedang merawat luka ibu aku itu. Dia kelihatan sungguh risau. Apa selama ini dia memang begitu ataupun hanya pada ibu aku sahaja dia begitu.

"Saya dah kata bahaya masih lagi nak main dekat sana. Kan dah dapat luka ni," ujar bapa aku sambil membalut luka tersebut menggunakan pembalut luka.

"Awak ni, luka kecil jer. Bukannya jari saya kena potong ke apa. Tak perlu lah risau macam saya ni hilang jari," wanita pasrah dengan sikap bapa aku itu.

Mulut aku tersenyum memandang mereka. Memang pasangan yang sangat serasi dan kalau aku tak hidup mesti mereka akan hidup bahagia bersama.

Aku berasa sangat bersalah pula telah mengambil kebahagiaan bapa aku yang sepatutnya ada.

"Mama!" Kepala aku terus menoleh ke arah suara yang tiba-tiba sahaja kedengaran itu.

Terbuka besar mata aku melihat dua orang budak lelaki berlari menuju ke arah gazebo ini. Dua orang budak ini adalah abang aku, Arshen dan Cruz. Jadi wanita itu sedang mengandungkan aku.

Dua orang budak lelaki tadi berlari dengan penuh gembira melimpasi aku menuju ke arah ibu aku yang tersenyum tersebut.

"Jangan berlari. Nanti jatuh," ujar ibu kepada dua orang tersebut.

Dua orang budak tadi turut duduk bersama dengan ibu dan bapa ku. Sungguh pandangan keluarga seperti ini sangatlah indah. Terasa iri hati aku melihat keluarga ini.

Kalaulah aku tidak hancurkan suasana ini mesti semuanya akan tetap sama. Kalaulah wanita di hadapan aku ini dapat tahu masa hadapan mesti dia akan memilih untuk tidak melahirkan aku dan hidup bahagia seperti ini walaupun tanpa aku.

Aku mahu masa diputarkan kembali dan biarkan wanita ini memilih kehidupan yang dia mahu. Sama ada mahu hidup bahagia dengan keluarga ini ataupun lahirkan aku dan pergi tinggalkan keluarga ini.

"Mama, betul ke dalam perut mama ni ada baby?" tanya Arshen yang masih berumur 10 tahun tersebut.

Wanita itu tersenyum lalu mengusap perut yang sudah besar mengembung tersebut.

"Ya, dan baby ni juga akan jadi adik kamu nanti," balas wanita itu sambil tersenyum.

"Betul ke mama! Maknanya Cruz akan ada adiklah," budak itu tersenyum gembira.

Aku mengetap bibir aku. Adakah di masih boleh senyum sebegitu setelah melihat kematian ibunya sendiri nanti akibat melahirkan adiknya itu.

Aku marah dan geram pada diri sendiri. Kenapa aku tidak dapat buat apa-apa sekarang untuk hentikan semua ini?

Aku tahu aku bersalah tetapi melihat keadaan ini membuat aku semakin berasa bersalah. Aku sudah hilangkan senyuman keluarga ini.

"Adik, mari kita balik," ujat aku kepada budak yang meminpin tangan aku kini.

"Tak boleh. Kakak kena lihat semua ini."

Satu pandangan marah aku berikan pada budak itu. Apa dia masih belum habis menyiksa aku dengan semua kenangan masa lalu ini.

Aku sudah cukup tersiksa. Aku tahu aku salah jadi tolong hentikan semua ini. Tidak terdaya lagi aku mahu melihat senyuman yang akan hilang itu.

"Adik, tolonglah. Kalau kamu nak siksa kakak. Kakak memang sudah tersiksa," ujar aku sekali lagi.

"Kenapa kakak kata macam tu? Saya tak pernah siksa kakak. Saya hanya nak kakak lihat bagaimana masa lalu yang sebenarnya," balas budak itu.

Aku tidak faham. Apa gunanya tunjukkan aku masa lalu? Bukannya aku ada diwaktu itu.

"Kakak tengok tu," tangan budak itu menunjukkan ke arah gazebo lalu mata aku terus melihat ke arah itu.

"Shawn, kalau satu hari nanti ada apa-apa jadi dekat saya, saya nak awak jaga anak kita macam mana awak jaga saya."

"Apa awak cakap ni. Kita satu keluarga akan hidup seperti ini sampai bila-bila bersama dengan anak perempuan kita ini," lelaki itu mengusap perut yang mengembung itu.

"Kalau macam tu baguslah, dan Arshen, Cruz jaga adik kamu ni baik-baik. Jangan biar dia sendiri. Kamu berdua sebagai abang mesti jaga adik kamu sampailah dia tua."

Dua budak lelaki itu tersenyum lalu mengangguk.

"Kalau mama dengar kamu buli dia, ingat kamu macam mana mama kerjakan kamu nanti," ujarnya secara bergurau.

"Cruz janji akan jaga dia baik-baik. Sama macam mana Cruz jaga diri Cruz nanti."

"Arshen pun sama," wanita itu tersenyum lalu mengusap lembut kepala dua orang lelaki tadi.

Kenapa aku berasa seperti itu adalah permintaan terakhir wanita itu? Adakah dia tahu perkara yang kan terjadi padanya nanti?

Aku tidak faham. Kenapa ibu aku terlalu baik? Dia terlalu baik untuk melahirkan orang yang jahat seperti aku.

Sejujurnya aku tidak mahu senyuman hangat wanita itu hilang namun semuanya sudah terlambat. Mungkin juga dia mengatakan hal tadi kerana dia tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.

Aku mahukan semua ini terjadi sekali lagi. Melihat senyuman wanita ini di dunia nyata sudah cukup. Aku tidak perlukan benda lain. Harta atau pangkat aku tak kisah. Hanya senyuman keluarga bahagia yang akan mahukan. Tetapi aku tidak dapat kerana semuanya sudah tiada dan hilang apabila lahirnya aku di dunia ini.

"Selepas kakak tengok semua ni, kakak masih mahu teruskan apa yang kakak dah lakukan ke?" Soal budak itu.

Aku diam. Mata aku hanya memandang suasana keluarga bahagia di hadapan aku. Dan tiba aku terperasan mata aku dan mata ibu aku bertembung.

Dia seakan dapat melihat aku. Tetapi rasanya tidak ada siapa boleh melihat aku. Apa hanya imaginasi aku?

Mata wanita itu memandang aku seakan aku memang berada di itu. Mulutnya tersenyum lalu dia membuka sikit demi sedikit mulut itu seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Mama sayang kamu."

Aku terkejut. Badan aku terkaku. Adakah ayat tadi dia berikan kepada aku? Dia boleh lihat aku.

"Mama boleh lihat Rechel?" Soalku secara kuat.

Wanita itu tersenyum lalu mengangguk perlahan. Mata aku seakan berair sekarang. Ibu aku boleh lihat aku. Ini tidak tipu. Wanita yang aku rindui selama ini boleh melihat aku dan bercakap dengan aku.

"Mama..." kaki aku mula berjalan menuju ke arah meja itu.

Dan tiba-tiba sahaja ibu aku itu menghilangkan sikit demi sedikit. Aku cuba berlari untuk mendapatkannya namun tidak berjaya. Dia hilang tinggalkan aku. Tempat ini juga berubah menjadi tempat yang gelap tadi.

Mata aku menanggis mengenangkan semua kejadian itu tadi. Kenapa dia tinggalkan aku? Aku mahu mendekati dia.

Aku sudah tidak dapat tahan semua ini. Terlalu tersiksa hidup tanpa ibu aku. Aku mahukan dia. Tetapi apabila aku sudah dapat melihat dia, dia terus menghilang.

Apa semua ini?

Apa aku memang berdosa sehingga mendapat kehidupan seperti ini.

Pipi aku basah dengan air mata sendiri. Menahan air mata yang rindukan seseorang memang sukar. Apatah lagi bila kita akhir dapat lihat orang itu.

Dalam aku bersedih di situ, tiba-tiba satu cahaya datang menyilaukan mata aku lagi.

"Jadi kakak masih mahu hidup begitu ke?" aku menoleh ke arah budak tadi namun aku sudah tidak dapat melihatnya.

Itu adalah soalan terakhir budak tadi dan aku tidak dapat memberikan jawapan yang sebenar. Ataupun aku masih belum ada jawapannya.

Aku sendiri tidak tahu.

Give me a moment, I want to cry...

Sapa sahaja tak sedih bila dpt bertemu dengan orang yang sudah tiada.

Dengar lagu atas waktu part ibu dia dapat lihat dia untuk ada rasa feel itu.

Continue Reading

You'll Also Like

60.7K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...
53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...
1M 54.4K 70
Tak payah bacalah.Cerita ni mengarut .Serius tak tipu. Tapiii buat siapa yang degil,Sis ucapkan : Selamat membaca Vote and comment P/s :typo...
181K 19.4K 90
#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 ...