Silent Melody [✔️]

De arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... Mais

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 79

3K 298 16
De arniey11

Cruz menyandar di kerusinya memandang ke arah meja kerjanya itu. Fikirannya kacau bilau dengan semua perkara yang terjadi sejak dua menjak ini. Mula-mula dia tahu adiknya cuba untuk membunuh diri dan sekarang dia dapat tahu pula Rechel sedang dalam keadaan koma. Tidak tahu bila gadis itu akan sedar.

Masuk hari ini sudah 4 hari gadis itu tidak sedarkan diri. Walaupun setiap hari dia pergi melawat gadis itu, namun dia tidak melihat satu pun tanda bahawa Rechel akan sedar. Hal itu membuat dia semakin risau. Dia takut benda yang tidak diingini akan terjadi nanti.

Mata lelaki itu beralih memandang ke arah jam yang melekat di dinding bilik tersebut. Jam menunjukkan pukul 5 petang dan itu adalah masa untuknya melawat Rechel di bilik rawatan.

Cruz berdiri dari duduknya lalu keluar dari bilik tersebut. Sempat dia melihat ke arah meja Clarissa yang tidak berpenghuni itu. Sejak kejadian dia bergaduh dengan perempuan itu, mereka langsung tidak pernah bercakap antara satu sama lain.

Selepas kejadian dia cuba selamatkan Rechel pun, mereka masih tidak bercakap. Nampaknya Cruz sudah buat kesalahan yang amat besar sehingga membuat Clarissa marah sebegitu.

Lelaki itu mengeluh seketika di dalam hati. Dia tidak tahu bilakah semua ini akan berakhir. Selepas satu selesai, satu lagi masalah akan datang. Memang tidak akan ada penghujung.

Setelah hampir 5 minit berjalan, akhirnya lelaki itu tiba di hadapan bilik rawatan khas untuk adiknya. Kenapa bilik gadis itu khas?

Sudah semestinya kerana Rechel adalah keluarganya dan dia juga takut sekiranya ada masalah lain terjadi terjadi kalau gadis itu diletakkan di bilik biasa. Bilik khas ini terletak tidak jauh dari bilik kerjanya, jadi tidak ada masalah sekiranya dia mahu pergi ke situ dengan segera jikalau ada masalah.

Tombol pintu bilik adiknya dipegang lalu terus dia tolak dan alangkah terkejutnya dia melihat seorang lelaki yang amat dia kenali berdiri melihat katil tempat adiknya berada.

Kaki Cruz melangkah masuk menuju ke arah katil itu. Dia tahu lelaki tersebut mesti terkejut apabila mengetahui semua ini terjadi.

"Kenapa kau buat semua ni?" Soal lelaki itu atau boleh dipanggil Ian.

Cruz tidak menjawab soalan tersebut dan hanya memandang ke arah Rechel yang tidak sedarkan diri tersebut.

Dia tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana dia sendiri tidak tahu semua ini akan terjadi.

"Aku percayakan kau, tapi apa kau dah buat?" Sekali lagi Ian menanya. Timbul rasa bersalah Cruz di dalam lubuk hatinya.

Ian memusingkan badannya lalu memandang ke arah Cruz yang hanya senyap dari tadi.

"Kau anggap Rechel ni sebenarnya apa? Adik kau ataupun anak terbuang?"

"Anak terbuang? Aku tak pernah anggap dia begitu," soalan tadi memang menghiris hati Cruz. Tidak pernah sekali dia menganggap Rechel itu anak terbuang.

"Ya, kau memang tak pernah anggap dia begitu tapi kenapa kau biarkan dia jadi sampai macam ini!" Ian sudah tidak dapat menahan marahnya.

Lelaki itu sudah tidak kisah Cruz itu lebih tua darinya atau tidak kerana kini situasi Rechel lebih penting. Dia tidak sangka lelaki yang dipanggil abang oleh Rechel itu sanggup membiarkan gadis tersebut tersiksa sampai jadi begitu.

"Aku tak tahu dia akan jadi macam ni," balas Cruz.

"Cerita dekat aku, apa yang dah jadi sebelum dia cuba bunuh diri," pinta Ian.

Cruz menganggap tangannya. Ikut hatinya dia tidak mahu menceritakan kisah itu kepada Ian namun dia tidak boleh menolak permintaan itu.

"Beberapa hari sebelum dia cuba bunuh diri, Rechel pernah cuba cederakan diri dia lagi. Tapi waktu tu aku sempat hentikan dan tepat juga waktu tu dia demam panas. Setelah dia sembuh dari demam tu, aku perasaan dia nampak pelik. Sikap dia tiba-tiba sahaja berubah."

"Berubah? Maksud kau macam mana?"

"Dia tiba-tiba sahaja layan keluarga aku dengan baik. Dia tak macam dulu. Kebiasaan yang dia lakukan pun dia tidak buat," jelas Cruz.

Ian berfikir sejenak. Mata lelaki itu memandang tubuh Rechel yang terbaring tidak sedarkan diri itu dan tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Emerline."

"Emerline?" Cruz tidak faham tentang apa yang dikatakan oleh Ian.

"Ya, DID Rechel. Aku yakin sangat orang yang kau jumpa dan berbaik dengan kau tu bukan Rechel tetapi Emerline. Dia mungkin sudah ambil alih badan Rechel dan buat korang fikir Rechel sudah baik supaya dia boleh buat Rechel lakukan benda yang dia mahu," terang Ian membuat Cruz terkejut.

Memang patut Rechel yang selama ini dia kenal sangat berbeza dengan Rechel itu. Jikalau itu adalah DID Rechel jadi tidak mustahil dia melakukan benda yang tidak pernah dilakukan oleh Rechel.

"Rasanya aku dah beri kau amaran tentang ni kan. Kenapa kau masih tak tahu semua ini?" Soal Ian dengan nada yang marah.

Cruz mengetap bibirnya. Memang Ian sudah beritahu namun dia tidak pernah terfikir Rechel akan hadapi semua itu dalam jangka waktu terdekat ini.

Ian mengecilkan matanya melihat Cruz. Dia tahu dia tengah kurang ajar terhadap orang yang lebih tua sekarang tetapi perlu ke dia berbaik dengan orang seperti ini apabila melihat rakan baiknya dalam keadaan begitu akibat orang ini.

"Aku memang kecewa dengan kau. Aku tak tahu mulut Rechel masih layak atau tidak panggil kau abang lepas semua ni terjadi."

Kata itu terus menghentak dirinya. Dia tidak pernah terfikir akan hal itu. Sejujurnya tidak mahu semua itu terjadi, tetapi selepas Ian mengatakan hal itu membuat dia teringat bahawa dirinya sudah gagal menjadi abang kepada Rechel.

"A-aku kena kerja. Kau tengoklah Rechel dahulu," Cruz terus keluar dari bilik tersebut.

Sejujurnya dia bukannya ada kerja tetapi dia mahu lari dari situ. Dia tidak sanggup lagi dikelilingi dengan rasa yang sungguh bersalah.

Memang dia bersalah tetapi dengan kata Ian tadi membuat dia semakin bersalah dan patut dihukum oleh Rechel. Dia juga takut akan apa yang Ian katakan tadi.

"Aku tak tahu mulut Rechel masih layak atau tidak panggil kau abang lepas semua ni terjadi."

Dia tidak mahu Rechel menganggapnya begitu. Walaupun dia tahu dirinya tidak layak dipanggil abang namun dia adalah abang kandung gadis itu. Dia takut satu hari nanti dia akan dianggap orang luar oleh Rechel kerana perbuatannya sendiri.

Dengan jiwa yang sungguh sedih lelaki itu berjalan menuju ke satu laluan tangga yang berada di hujung korido sunyi tersebut. Dia perlu menenangkan dirinya dan sebab itu juga dia memilih untuk pergi ke sana.

Laluan itu tidak ada orang mahu lalu kecuali orang yang tahu sahaja jadi mungkin boleh bertenang di kawasan sunyi tersebut.

Sesampai sahaja disana, dia terus duduk di tangga tersebut. Matanya memandang tangga yang sunyi tersebut.

Kalau orang lain mungkin fikir tempat ini seram kerana dekat dengan bilik mayat tetapi baginya tidak. Tempat yang sunyi memang tempat yang sangat sesuai baginya untuk menenangkan diri selepas banyak kejadian yang berlaku.

"Aku percayakan kau, tapi apa kau dah buat?"

"Kau anggap Rechel ni sebenarnya apa? Adik kau ataupun anak terbuang?"

Kata-kata Ian tadi memang bermian di fikirannya. Dia berfikir adakah Rechel masih menganggapnya sebagai seorang abang. Baginya dirinya kini memang tidak berguna.

Dia gagal jadi seorang abang kepada adik seperti Rechel dan gagal mengubah Rechel walaupun dia tahu dia boleh lakukan semua itu. Dia memang tidak berguna sekarang.

"Cruz?" Tiba satu suara datang menegurnya.

Lelaki itu terkejut lalu menoleh dan kelihatan Clarissa berdiri di belakang lelaki itu sambil membawa beberapa fail. Bagaimana perempuan boleh sampai ke sini? Bukankah jalan itu hanya dia dan Arden sahaja tahu.

"Apa awak buat dekat sini?" Soal Clarissa yang pelik melihat doktor tersebut duduk di tangga itu.

Cruz tidak menjawab dan hanya duduk diam. Soalannya tentang bagaimana perempuan itu tahu akan kewujudan tempat itu pun dia sudah malas mahu tanya. Baginya sekarang dirinya terasa seperti tidak bernyawa setelah berbual dengan Ian tadi.

Clarissa mengeluh pasrah dengan sikap lelaki itu. Dia tahu dirinya baru sahaja bergaduh teruk dengan Cruz itu hari tapi bila lihat dia dalam keadaan begitu dengan Rechel yang masih tidak sedarkan diri itu membuat dia tidak senang duduk.

Dia tahu Cruz ada masalah tetapi lelaki itu bukannya jenis yang mahu menceritakan masalah kepada orang lain. Itu membuatnya semakin risau.

Clarissa yang pasrah akan sikap Cruz itu menundukkan dirinya lalu duduk disamping lelaki itu. Cruz pula hanya membiarkan sahaja perempuan itu.

"Saya tahu awak ada masalah dengan Rechel. Tapi tak salahkan awak cerita pada saya. Saya pun kenal Rechel, jadi saya mungkin boleh tolong awak," ujar Clarissa.

Cruz diam sejenak. Dia memikirkan sesuatu. Tidak tahu sama ada dia mahu katakan atau tidak dalam keadaan begini.

"Kalau awak tak nak cerita, tak apa lah." Clarissa mula berdiri dari duduk tadi namun terhenti apabila Cruz menahan tangannya.

Clarissa menoleh melihat muka lelaki itu. Cruz seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan.

"Sorry."

"Sorry? Untuk apa?" Clarissa tidak faham maksud Cruz.

"Sorry sebab hari tu aku tinggikan suara aku dekat kau," ujar Cruz membuat Clarissa teringat akan kejadian mereka berdua bergaduh itu hari.

"Tak apa, saya tak kisah pun." Clarissa tersenyum lalu duduk kembali di sampaing Cruz.

Hati Cruz sedikit lega apabila Clarissa menerima maafnya. Dia fikirkan gadis itu tidak akan memaafkan dirinya.

"Jadi sekarang boleh tak awak ceritakan masalah awak?" sekali lagi Clarissa bertanya.

Cruz mengetap bibirnya. Dia cuba menentukan pilihan adakah dia mahu menceritakan masalah tersebut.

"Boleh tak kau ajar aku bagaimana nak jadi abang terbaik untuk Rechel," pinta Cruz membuat Clarissa terkejut.

Perempuan itu tidak menyangka lelaki itu akan meminta permintaan begitu kepadanya. Memang sedikit tergelaklah dia di dalam hati.

"Boleh tapi dengan satu syarat," Clarissa menjawab.

Cruz menoleh kepalanya lalu bertanya, "apa dia? Aku sanggup buat apa-apa sahaja."

"Saya nak awak ubah personaliti diri awak," ujar Clarissa sambil tersenyum.

Sapa nak hero hari tu, itu dia hero korang datang. Siap beri nasihat pada Cruz.

Continue lendo

Você também vai gostar

64.2K 8.8K 101
Kalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. **************...
181K 19.4K 90
#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 ...
60.7K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...
164K 24.1K 57
" yang kamu lihat tak semestinya nyata " - moon 2021.