musuhku suamiku

Von hwasamomoos

38.6K 898 208

enemy to lovers? huiii parah parah. fiya gadis ulat buku yang sering dibuli kerana tidak mengikut fesyen pere... Mehr

Bab 1
bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
bab 24
bab 25
tamort✨
Adik baru 💕

Bab 8

1.9K 41 0
Von hwasamomoos

Fiya pov

Kenapalah sebelum ni ibu Tak pernah suruh aku Mandi air bunga. Seronok tau Tak. Dah lah wangi. Ha tulah Mula Mula bantah sangat.

Mesti khai dan ummi dah balik. Hmm mamat tu buat apa eh? Kesian pulak aku buat dia macam tu. Dia layan aku baik baik. No fiya. Dia pernah buli kau dulu. Dia pukul khai.

Kalau dia dah berubah kau boleh terima dia? Dahlah fikir pasal dia. Now Masa untuk relaks fiya.

Selesai Mandi,fiya berkemban dengan Kain batik. Nasib dia Mandi di dalam bilik air miliknya. Jadi kalau pakai macam Mana pun Tak apa.

Fiya keluar. Sebelum Mandi dia dah kunci pintu. Jadi tiada siapa boleh masuk. Fiya duduk di depan cermin. Rambutnya dikeringkan.

Tok tok. Pintu diketuk.

Eh sapa pulak tu. Eh wait,baik kau jangan bukak lagi fiya. Mesti ray. Fiya bangun dan cepat cepat manyarungkan pakaian.

"Fiya" panggil ray di luar.

"Kejap" laung fiya.

Fiya membuka pintu. Ray merenung fiya lama. Eh pahal mamat ni renung lama lama,depan pintu pulak tu.

Fiya buat Tak tahu. Malas ambil kisah. Dia menyikat rambutnya kembali.

"Cantik" ray menutup pintu. Dia berdiri disebelah fiya. Dilihat fiya menyikat rambut.

"What" fiya geram asyik diperhatikan oleh ray .

"Fiyalah,cantik" puji ray.

Fiya tidak membalas. Dia hanya senyap Dan terus menyikat rambut. Walaupun malu yang teramat.

Hati Mana je Tak terasa bila dilayan seperti tidak wujud. Aku kena kuat. Mestilah fiya benci kau. Tengoklah kau buat apa Kat dia. Ray memandang fiya sayu. Dia masuk ke dalam tandas.

Fiya yang mengelamun terkejut mendengar pintu tandas ditutup. Eh dah Tak ada mamat tu.lama ke aku mengelamun. Alamak,aku biarkan dia cakap sorang sorang .

Rasa bersalah Mula menjalar di hati. Fiya duduk di katil,buku novel dibaca. Rutin hariannya selepas Mandi waktu malam.

Ray baring di sebelah fiya. Seminit kemudian dia merapatkan jarak sehingga tangan mereka bersentuhan. Fiya terus menjauhi ray.

Ray mendekati lagi. Fiya menolak tubuh ray perlahan. Dia ni nak apa? Tak habis habis kacau. Geram aku.

Sungguh hatinya terasa. Tapi dia tahu ini harga yang perlu dia bayar sebab pernah menyakiti wanita ini dulu. Ray mengeluh kecil.

Ray bangun dan mengambil sebiji bantal. Dia turun dari katil. Kepala dibaringkan atas bantal. Berkira Kira sama ada mahu Tidur atau tidak.

Fiya tidak peduli. Dia berada dalam dunianya sendiri. Setelah agak lama membaca. Matanya Mula berasa mengantuk.

Matanya melilau mencari ray. Eh tadi ada Kat sini,hilang Mana pulak. Fiya meletakkan bukunya dia meja kecil.

Fiya menoleh ke atas lantai. Ray yang mengiringkan badan membelakangi katil tidur beralaskan lantai.

Apa punya binilah biar suami tidur atas lantai. Haih,aku Tak suruh pun. Dia yang nak merajuk.

Fiya mencuit bahu ray perlahan. Tiada jawapan. Ray tidak bergerak langsung. Eh dah tidur ke mamat ni.

"Ray" panggil Fiya perlahan. Ray membuka mata. Dipusingkan badan menghadap fiya.

"Apasal kau tidur bawah". Tanya Fiya.

"Nanti fiya Tak selesa" nada ray perlahan. Kedengaran seperti merajuk pun ada.

"Ish mengada lah. Naik atas katil cepat" fiya menarik bantal ray.

Ray tersenyum. Peduli jugak Kat aku.

"Apa pandang pandang. Kalau ibu tahu nanti dia marah. Lagipun aku bukan jahat sangat nak suruh kau tidur atas lantai" disebabkan ray tersengih sengih fiya menerang panjang lebar takut lelaki it perasan.

"Thanks sayang" ray senyum ikhlas.

Dup. Ahh sudah. Apa kena dengan kau ni fiya. Jangan macam macam. Dia tu musuh kau kan tapi dia suami kau. Arghhhhh.

Mata mereka bertaut lama. Akhirnya fiya melarikan pandangan. Ray mengelus pipi gebu isterinya.

"Fiya boleh Tak kalau Kita bercakap" ray meminta izin.

"Apa" fiya melihat ray sekejap sebelum dikalihkan pandangan.

"Tengok ray please" relaks fiya. Dia cuma nk cakap. Fiya mengangkat wajah memandang ray.

"Look. Ray tahu fiya bencikan ray lepas apa yang ray dah buat. You know what sayang, ray buat semua tu sebab fiya" sebab aku? What. Aku Tak faham. Kau buli aku sebab aku?

Wajah Fiya berkerut tanda tidak faham. Ray mengambil nafas sebelum menyambung.

"Sebenarnya,err ray dah lama..err sukakan fiya" zapp berderau darah fiya. Laju darahnya mengepam ke otak. Dia suka kau . Dia suka kau.

Ray menunggu jawapan. Apabila jawapan yang dinanti tiada. Ray mengeluh .

"Tidur ye sayang " belum sempat ray melelapkan mata tangannya ditarik.

Ray terkejut. Tetapi dia diam. Menunggu fiya membuka mulut.

Aku rasa Tak salah kalau aku bagi dia peluang. Semua orang buat salah kan. Aku nampak dia ikhlas. Dia betul betul nk berubah.

"Fiya boleh bagi ray peluang" Serta merta tubuh fiya dipeluk erat. Fiya terkaku sekejap sebelum kembali memeluk tubuh di hadapannya.

"Thanks sayang" ray mencium pipi fiya berkali kali. Syukur tidak berhenti diucap.

"Fiya minta maaf layan ray macam tu tadi" ya dia rasa bersalah.

"Tak takpa,ray Tak marah. Cuma cemburu tengok fiya dengan khai" jujur ray. Perangainya seperti budak kecik. Fiya tergelak perlahan.

"Fiya nak tidur". Fiya membaringkan badannya di atas katil.

"Goodnight" ucap ray sambil mengucup dahi fiya. Lama.

Akhirnya mereka tertidur.
_____

Fiya terjaga selepas dikejutkan oleh alarmnya. Sebelum bangun mengambil air sembahyang. Fiya merenung wajah Ray.

Kenapa begitu mudah aku memaafkan kau. Kenapa hati ku lembut dengan kata kata kau. Takpalah fiya bukan orang lain,suami kau juga.

Tiba tiba perut fiya sakit. Sakit sangat. Dia tahu. Cepat cepat dia berlari masuk ke tandas. Ahh dah agak dah.

Period.

Terkejut fiya apabila wajah Ray terpapar depan pintu tandas. Ray memerhati fiya.

"Are you okay?" Ray mengelus rambut fiya perlahan.

"Okay" fiya duduk di katil semula. Ray memandangnya pelik.

"Tak nk pakai telekung? Kejap lagi kita solat sama sama" ujar ray. Fiya mengerutkan wajah. Aduh.

Malulah nk bagitahu mamat ni.

"Dah solat tadi" ray hanya mengangguk. Ha sudah aku Hari kedua kahwin dah tipu suami. Tipu sunat Tak pa kan?

Fiya menyambung tidur kembali. Tiba tiba badan terasa penat. Sayu sayu kedengaran suara ray membaca surah . Cairlah aku macam ni.

Terasa seperti ada tangan yang mengusap pipinya. Fiya merengek perlahan. Ditolak tangan yang mengganggu tidurnya.

Ray memeluk pinggang fiya. Tangan fiya digenggam erat sebelum dicium.

Fiya membuka mata perlahan lahan. Ray tersengih memandang isterinya.

"Morning sayang" ucap ray.

"Kacau je orang nak tidur. Pukul berapa sekarang" fiya bangun dari pembaringan . Mata digosok perlahan.

"Pukul 8. Pergilah Mandi,nanti Kita turun makan" fiya bangun dan hanya menuruti arahan ray.

Selesai Mandi ray masih setia menunggu di atas katil. Ray sedang bermain dengan telefonnya. Entah main game apa sampai berkerut kerut muka.

"Cepatlah dah lapar ni" fiya terus berjalan meninggalkan ray. Sapa suruh lambat huh kan kena tinggal.

"Eh tadi orang tunggu dia,dia tinggal Kita pulak". Ray cakap perlahan.

"Kak hanis masak apa?" Fiya menerpa ke dapur. Wanginya bauu. Eh kejap, daging masak kurma.

"Daging masak kurma" kak hanis menoleh. Ibu pula baru masuk dari pintu belakang.

"Ha fiya,pergi hidang lauk" fiya mengangkat tangannya seperti tabik.

Fiya menyenduk nasi ke dalam pinggan semua orang. Fiya menghulurkan pinggan berisi nasi pada ray.

"Thanks sayang" perlahan. Seakan akan berbisik. Hanya dia Dan fiya saja yang mendengar.

Fiya menjegilkan mata.ray hanya ketawa. Firdaus menuruni tangga. Bajunya kemas. Nak pergi kerja lah katakan.

"Orang pergi kerja je boleh pakai baju macam ni" Firdaus Mulakan sesi mengusik adiknya.

"Eleh,orang Tak pergi kerja pun boleh pakai lah" fiya menjulingkan mata.

"Eh Mana boleh." Bantah Firdaus.

"Boleh" fiya melawan.

"Tak boleh"

"Boleh"

"Tak boleh"

"Budak berdua ni kalau Tak bergaduh sehari memang Tak sah. Kamu ni daus,nk jadi Ayah dah pun perangai sama je dari dulu sampai sekarang macam budak budak" kata ibu. Fiya senyum kemenangan. Dia mengejek abangnya.

Firdaus buat buat Tak dengar.

"Ha fiya pun sama,dah jadi isteri orang pun dok macam tulah. Jangan esok jadi macam abang kamu sudahlah. Ada anak nanti,gaduh depan anak pulak" hambik kau. Sekali ibu ceramah. Senyap terus.

Firdaus mengangkat kening. Mengejek adiknya. Penumbuk ditunjuk khas untuk abangnya.

Entah kenapa perutnya lapar sangat. Lambat jugak dia makan. Tak seperti selalu. Tinggal dia Dan ray saja di meja makan.

Fiya perasan ray dah berubah. Tak sama langsung sebelum Dan selepas kahwin. Dulu ray rebel,Nakal,bad boy type. Sekarang,dia dah Makin baik.

" Kenapa ray Tak bagi fiya kerja" suara fiya sedikit keras. Geram Tak dibenarkan bekerja.

"Ray dah kerja. Fiya duduk rumah sudahlah" balas ray dengan tenang. Dia tahu fiya marah.

"Ray kerja apa?" Nk tahu jugak lelaki ni kerja apa. Cikgu ke,doktor ke.

"Ray kerja buat animasi dengan satu animation ni" ray mengeluarkan kad.

Fiya hanya melihat. Menarik jugak kerja dia. Tapi still dalam pejabat.

"Lamanya makan" ray melihat pinggan fiya. Dari tadi Tak bergerak gerak pun nasi tu.

"Kenapa" fiya Tak faham.

"Ray tunggu fiya habis makan." Kira macam temanlah ni,haih sweet betullah mamat ni.

Fiya mengangguk. Nasi disuap masuk ke dalam mulut. Ray hanya memerhatikan tingkah laku isterinya. Senyuman kecil muncul di bibir tanpa dia sedari.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

44.5K 5.2K 60
1st Once Upon a Love Legacy series The Ashburns x Abrahams #ONCEUPONAHEARTBREAK Original Writer: Amanda Dulagan Genre: Sabahan Slang Love Story Cate...
5.5K 288 34
KAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohka...
37.8M 1.1M 68
Deadly assassins Allegra and Ace have been trying in vain to kill each other for years. With a mutual enemy threatening their mafias, they find thems...
1.3M 67.1K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...