KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 1: Sekolah Baru

858 99 30
By ALIFRYT

Pada pagi yang cerah itu, aku menggalas beg sekolah aku sambil berjalan di dalam koridor sekolah itu, menuju ke arah bilik darjah tempat di mana aku akan belajar pada hari ini iaitu di kelas 5 Sastera. Hari ini adalah hari pertama aku di sekolah ini dan aku adalah seorang pelajar baru di dalam sekolah ini yang baru sahaja didaftarkan pada beberapa hari yang lepas.

Aku berjalan menuju ke arah bilik darjah kelas tersebut bersama dengan seorang cikgu perempuan yang sangat cantik yang bernama Cikgu Melati. Orangnya cantik dan sungguh ayu sekali, sesuai dengan penampilannya yang masih bergelar sebagai anak dara itu. Cikgu Melati adalah guru kelas aku dan dia adalah cikgu yang paling termuda di sekolah baru aku ni dengan umurnya yang mencecah 25 tahun.

Sebaik sahaja kami tiba di depan pintu kelas 5 Sastera, Cikgu Melati menyuruh aku untuk tunggu di luar kelas sebentar dan kemudian masuk ke dalam kelas itu apabila nama aku akan dipanggil olehnya nanti. Aku pun hanya menurut arahannya itu sahaja lalu tunggu di luar bilik darjah itu manakala Cikgu Melati pula masuk ke dalam kelas itu lalu memberi salam kepada semua murid yang ada di dalam kelas tersebut dan salamnya itu pula disambut mesra dengan jawapan salam yang diucapkan oleh semua para pelajar yang ada di dalam kelas itu.

''Selamat pagi semua. Hari ni sebelum kita mulakan sesi pembelajaran kita, cikgu nak bagitahu dekat kamu semua yang kita akan ada pelajar baru. Baiklah Isa, kamu dah boleh masuk sekarang.'' Kata Cikgu Melati dengan nada yang sopan lalu menjemput aku untuk masuk ke dalam kelas tersebut. Aku pun dengan tenangnya berjalan masuk ke dalam kelas itu lalu berdiri disebelahnya. Sebaik sahaja aku masuk ke dalamnya, deria telinga mula menangkap suara-suara bisikan daripada setiap pelajar yang ada di dalam kelas itu. Ada yang berkata baik tentang aku dan ada juga yang berkata buruk tentang aku. Tak kisahlah walau apa-apa pun benda yang mereka semua nak katakan pasal aku, aku tak nak ambil kisah pun. Mulut orang kan, mana boleh ditutup. Lagi-lagi kalau mulut hati, lagi bising bunyinya daripada mulut binatang.

''Baiklah. Sekarang ni, saya nak kamu perkenalkan diri kamu dekat semua kawan-kawan kamu yang ada kat sini ya.'' Kata Cikgu Melati kepada aku dengan nada yang lembut. Aku merenung ke arah setiap satu wajah mereka semua yang berada di dalam kelas itu sebelum aku memulakan perkenalan diri.

''Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nama aku Amirul Isa Bin Mohamad Musa, aku tinggal kat kampung dekat dalam Pekan Bukit Berduri dan aku berasal daripada Kampung Sungai Keris Tajam. Korang boleh panggil aku apa-apa je, asalkan bukan nama binatang ya. Terima kasih...'' Kata aku dengan nada yang selamba sambil menganggukkan kepala tanda hormat. Mereka semua yang berada di situ, semua memandang ke arah aku dengan mata yang terkebil-kebil kecuali Cikgu Melati (sebab dia dah biasa dengan perangai aku yang tersangat selamba ni).

''Ouh okey... Baiklah, awak dah boleh pergi duduk sekarang. Tempat duduk awak dekat sebelah Aizat tu ya.'' Kata Cikgu Melati sambil menghalakan ibu jarinya ke arah seorang lelaki yang duduk di tepi tingkap di bahagian belakang kiri kelas tersebut.

''Ouh, kat situ ya... Terima kasih, cikgu.'' Kata aku dengan nada yang sopan lalu terus menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Cikgu Melati.

''Assalamualaikum, bro. Nama aku Daniel Aizat, pnggil je Aizat.'' Sapa lelaki yang bernama Aizat itu sebaik sahaja aku melabuhkan diri di atas kerusi.

''Ouu... Selamat berkenalan, Zat. Nama aku Amirul Isa, panggil je Isa.'' Balas aku dengan nada yang mesra sambil menyalam tangannya tanda salam perkenalan.

''Zat? Zat pun boleh lah...'' Kedengaran suara hatinya mengeluh perlahan. Aku melepaskan salaman tangan aku lalu terus mengeluarkan apa yang patut daripada dalam beg galas.

''Baiklah kelas, sila keluarkan buku teks Sastera dan buka muka surat 15 ya. Hari ni kita akan belajar tentang topik penggunaan bahasa sastera yang lebih indah dan yang lebih puitis supaya kita boleh menciptakan puisi yang sangat bagus.'' Kata Cikgu Melati sambil menulis tajuk bab pembelajaran sastera yang akan diajarkannya di permukaan white board.

''Isa... Nanti waktu rehat, aku nak kau ikut aku kejap boleh?'' Tiba-tiba Aizat berbisik kepada aku.

''Ikut kau? Pergi ke mana?'' Tanya aku dengan nada yang sama.

''Ada lah... Aku nak ajak kau pergi melepak dekat tempat yang paling best punya. Nanti kau ikut je aku, okey?'' Balas Aizat sambil membuka buku teks sasteranya. Aku mendiamkan diri seketika. Aku cuba untuk membaca niat hatinya dan aku langsung tak kesan sebarang niat jahat. Aku cuba baca fikirannya pula. Apa yang ada di dalam fikirannya hanyalah sebuah pondok kayu yang terletak di tepi kawasan padang bola sepak sekolah. Barangkali mungkin itu lah tempat lepak yang paling best tu kot.

''Okey, aku ikut.'' Kata aku sambil tersenyum kelat.

''Cantik!! Macam ni lah kawan aku.'' Kata Aizat dengan nada yang gembira sambil menepuk bahu aku dengan mesra.

''Kawan huh? Cepatnya...'' Kata aku dalam hati sambil tersenyum. Aku langsung tak sangka yang aku boleh dapat seorang kawan dekat dalam sekolah ni dalam jangka masa yang secepat ini. Hmm... Mungkin nasib aku agak bertuah hari ni ataupun... Mungkin sebab aku ni terlalu menarik untuk semua orang?

[2 jam kemudian]

Ketika semua para pelajar tingkatan 5 sedang berehat di kantin sekolah, aku dan Aizat duduk melepak di sebuah pondok kayu yang terletak di tepi padang sekolah sambil menjamu selera dengan bekalan makanan masing-masing. Bekalan makanan aku pada hari ini nasi lemak ayam rendang bersama dengan air nescafe panas yang buat aku pada pagi tadi manakala Aizat pula, bekalan makanannya hanyalah 2 keping roti sandwich telur dengan air teh o ais bungkus ikat tepi yang dibelinya di kantin tadi.

''So... Inilah tempat melepak yang paling best tu ya?'' Aku menyoal dengan nada sinis.

''Hehehe... Haah, sinilah tempat lepak yang aku maksudkan tu. Kat sini best sebab sunyi, tak bising sangat so ada lah ruang privasi untuk kita melepak bersama.'' Balas Aizat dengan panjang lebar. Aku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda faham.

''Isa... Aku nak tanyalah, kau pindah kat sini dah berapa lama? Dah lama pindah ke atau baru lagi?'' Aizat menyoal kepada aku sambil mengunyah roti sandwich nya.

''Dah seminggu dah aku pindah kat sini. Minggu lepas, aku baru je daftar masuk sekolah ni dan hari ni baru aku start boleh belajar kat sini.'' Balas aku sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

''Ouh i see... Kau dah ada daftar kat mana-mana kelab?'' Tanya Aizat lagi.

''Belum lagi, aku tak tahu nak masuk kelab apa dowh. Kau ada apa-apa cadangan untuk aku tak?'' Balas aku dengan nada yang separa mengeluh lalu menyoal kepadanya semula.

''Hmm... Aku cadangkan, apa kata kau masuk kelab fotografi? Jomlah join kelab tu sebab aku pun masuk kelab tu sekali. Best dowh kelab tu... Boleh tangkap gambar macam-macam.'' Balas Aizat dengan nada yang teruja.

''Gambar apa je yang kau selalu tangkap?'' Tanya aku dengan nada yang mendatar.

''Gambar awek aku.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba. Secara serta-merta, terus aku dapat lihat wajah kekasihnya itu di dalam fikirannya. Hmm... Bukan awek dia tapi crush lol.

''Hmm... Aku ni jenis tak minat sangat kalau bab-bab nak tangkap gambar ni. Yelah, aku ni mana reti sangat nak pegang kamera ni. Kamera pun aku tak ada.'' Kata aku sambil tersenyum kelat lalu menyuap nasi ke dalam mulut.

''Ouh... Hmm... Kalau kau tak minat tangkap gambar, kau minat apa je?'' Tanya Aizat sambil mengunyah roti sandwich-nya sehingga habis. Aku berhenti makan lalu meneguk air nescafe di dalam botol seketika.

''Aku tak pernah ada minat dengan sesuatu perkara. Tapi kan... Aku ni boleh dikatakan orang yang jenis sukakan dengan benda-benda yang mistik macam hantu semua benda tu lah.'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Hmm... Benda mistik eh... Kau memang bertuah, Isa. Kau memang bertuah...'' Kata Aizat sambil tersenyum.

''Eh! Kenapa pula?'' Tanya aku dengan rasa pelik.

''Kau nak tahu tak? Dekat dalam sekolah ni, ada satu kelab misteri yang tak ada seorang pun yang berani nak masuk kelab tu.'' Kata Aizat dengan nada berbisik.

''Kelab yang orang tak berani nak masuk? Kelab apa tu?'' Tanya aku lagi.

''Nama kelab tu adalah... Kelab paranormal. Ada seorang cikgu lelaki ni, nama dia Cikgu Sulaiman. Kalau kau nak tahu, dia lah orang yang bertanggungjawab menubuhkan kelab tu kat dalam sekolah ni. Tapi kan... Kau nak tahu tak? Selama 2 tahun berturut-turut semenjak kelab ni ditubuhkan, tak ada seorang pun pelajar yang ada kat dalam sekolah ni yang berani nak sertai kelab tu sebab katanya semua aktiviti yang ada kat dalam kelab tu semua ekstrim gila. Hari tu masa sesi pendaftaran kelab kokurikulum dibuat, pengetua sekolah ni pun pernah nasihatkan dekat semua pelajar supaya jangan masuk ke dalam kelab ni kalau hati kita tak kuat. Tapi kalau kau rasa hati kau kuat, kau masuklah.'' Balas Aizat dengan panjang lebar.

''Ouh... Sampai macam tu sekali eh? Hmm... Menarik.'' Kata aku dengan nada yang berminat.

''Kenapa? Kau berminat nak masuk ke kelab tu ke?'' Tanya Aizat dengan nada yang ingin tahu.

''Tak pasti lagi, aku nak tengok dulu kelab tu macam mana. Kalau aku rasa kelab tu menarik sangat, aku akan join kelab tu.'' Balas aku dengan nada yang tenang.

''Kau serius lah? Tak apa ke? Kelab tu kelab yang paling ekstrim dekat dalam sekolah ni kot.'' Kata Aizat dengan nada yang terkejut.

''Tak salah kalau nak terima cabaran. Betul tak?'' Balas aku dengan nada yang sinis.

''Hmm... Suka hati kau lah, Isa. Janji kau happy...'' Kata Aizat dengan nada pasrah.

''Nanti kau tolong tunjukkan bilik kelab tu dekat aku eh...''

''Okey.''

[Skip time]

''Aku pergi masuk kelas dulu, apa-apa hal nanti jumpa dekat sana eh.'' Kata Aizat sambil berlalu pergi.

''Okey...'' Balas aku tanpa menoleh ke arahnya. Kini, aku sedang berdiri di hadapan sebuah pintu hitam yang di atasnya terpapar nama kelab yang ditulis dengan tulisan jawi. Nama kelab itu adalah kelab yang dikatakan oleh Aizat pada waktu rehat tadi iaitu kelab paranormal.

Mengikut daripada segala deria aku, aku tak nampak apa-apa yang pelik dan apa-apa yang menyeramkan pun daripada pintu bilik kelab ini. Cuma aku dapat rasakan bahawa di dalam bilik kelab ini terdapat beberapa aura misteri yang sangat kuat. Auranya bercampur. Ada aura yang baik dan juga ada aura yang buruk. Aura yang baik itu, aku tahu ianya adalah ayat suci Al-Quran manakala aura yang buruk pula aku tak pasti apakah ia. Barangkali mungkin ianya barang-barang ataupun senjata yang mistik.

''Assalamu...''

Kraakk!!

Belum sempat aku nak memberi salam dan mengetuk pintu bilik kelab itu, tiba-tiba pintu itu terbuka daripada dalam. Kelihatan seorang lelaki yang memakai baju kemeja hitam membuka pintu itu daripada dalam bilik kelab tersebut.

''Haa... Saya dah agak, mesti ada orang nak datang ke kelab ni...'' Kata lelaki itu sambil tersengih.

''Masuklah...'' Jemputnya sambil berjalan ke dalam bilik tersebut lalu duduk di atas sofa yang telah disediakan di dalam bilik kelab tersebut. Aku membuka kasut lalu melangkah masuk ke dalamnya sambil memberikan salam dalam hati lalu menutup pintu daripada dalam. Aku duduk di atas kerusi yang berada di depannya sambil mata melilau memandang ke arah sekeliling di dalam bilik tersebut.

Di dalam bilik kelab tersebut, terdapat banyak barang-barangan yang agak klasik dan ianya juga boleh dikatakan barang yang mistik kerana aku dapat rasakan aura yang buruk itu datang daripadanya. Bukan itu sahaja, malah barang-barangan tersebut dikurung di dalam kotak kaca dan setiap satu daripadanya mesti ditampal dengan sehelai kertas yang ditulis dengan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai 'pendinding'. Bila difikirkan balik, bilik kelab ni dah serupa macam bilik muzium dah jadinya. Suasana di dalam bilik kelab itu dah lah nampak agak menyeramkan kerana ianya separuh gelap dan hanya diterangi dengan cahaya mentari di luar, dengan banyak benda mistik dan gambar-gambar hantu lagi, memang orang takutlah nak masuk. Nasib baik di dalam bilik kelab ini ada aircond dan komputer, sekurang-kurangnya dua benda ni je lah yang dapat mengurangkan rasa dan suasana seram yang ada di dalam bilik ini.

''Jadi... Siapa nama kamu?'' Tanya lelaki itu dengan nada yang mesra.

''Nama saya Amirul Isa, saya daripada kelas 5 Sastera dan saya pelajar baru di sini.'' Balas aku dengan nada yang mendatar.

''Ouh... Nama saya Cikgu Sulaiman. Saya adalah guru yang menubuhkan kelab ni. Hmm... Jadi kamu datang ke sini ni nak sebab mendaftar kelab lah ya?'' Katanya dengan nada yang santai lalu menyoal kepada aku.

''Haaah?! Cikgu Sulaiman? Dia ni ke Cikgu Sulaiman tu? Mudanya...'' Kata aku dalam hati dengan rasa separa terkejut. Mana tidaknya, aku ingatkan Cikgu Sulaiman ni orangnya tua, rupa-rupanya orangnya masih muda. Rupanya juga agak hensem dengan rambutnya yang kembang disikat kemas ke kanan dan kulitnya putih suci berseri tanpa sebarang kesan parut dan juga jerawat.

''Err... Saya tak terfikir pun nak daftar kelab ni. Saya datang ke sini pun sebab nak melawat je.'' Balas aku dengan rasa gementar.

''Hmm... Kenapa kamu nak melawat ke sini? Ada apa-apa yang menarik perhatian kamu ke?'' Soalnya lagi dengan nada yang sinis. Aku mula rasa pelik. Kenapa aku tak boleh baca fikiran dia ni? Dan kenapa aku terasa semacam je bila berhadapan dengan Cikgu Sulaiman ni? Selalunya aku jarang rasa gementar dengan orang, lagi-lagi kalau berdepan dengan syaitan. Memang aku langsung tak ada rasa takut. Tapi dengan Cikgu Sulaiman ni, kenapa aku terasa lain macam? Siapa dia ni sebenarnya? Cikgu ke bomoh?

''Saya datang melawat ke sini pun sebab nak pastikan samada kelab ni masih wujud atau pun tidak sebab saya dapat tahu daripada seorang pelajar kat sekolah ni, katanya kelab ni adalah kelab paranormal dan kelab ni tak ada ahli sejak 2 tahun yang lepas. Jadi disebabkan saya tak percaya, saya datanglah ke sini untuk pastikan cerita dia tu samada ianya betul ataupun tidak.'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Ouh... Macam tu ya...'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan. Dia bangkit daripada sofa itu lalu berjalan menuju ke arah sebuah kotak kaca yang di dalamnya terdapat rantai jam randik antik yang berwarna emas.

''Kamu nak tahu kenapa kelab paranormal ni ditubuhkan?'' Soal Cikgu Sulaiman kepada aku sambil mengusap perlahan di atas permukaan kotak kaca itu.

''Err... Saya tak tahu. Kenapa ya?'' Balas aku sambil mengangkat bahu lalu menyoal kepadanya semula.

''Tengok ni...'' Tiba-tiba Cikgu Sulaiman membuka kotak kaca tersebut.

Kduuf!!

Tiba-tiba semua pintu dan tingkap yang ada di dalam bilik itu tertutup dengan kuat dan suasana di dalam bilik ini terus menjadi gelap.

Ktink!!

Suasana di dalam bilik kelab itu kembali terang apabila Cikgu Sulaiman menghidupkan lampu siling dan...

''Hwargh!!!'' Tiba-tiba ada satu lembaga hitam menyergah aku daripada belakang.

''Allahuakbar!!'' Aku terkejut lalu terus berlari menyorok di belakang Cikgu Sulaiman. Aku memandang ke arah lembaga itu. Seluruh tubuhnya hitam, berbulu lebat dan badannya tinggi mencecah siling. Bau badannya berbau seperti bau tar yang pekat. Kepalanya seperti singa betina yang berwarna hitam dan dia mempunyai gigi taring yang tajam dan berkilat seperti besi. Dia juga mempunyai telinga yang capang seperti keldai dan kakinya seperti burung. Mahkluk itu mempunyai 4 tangan dan 6 jari yang dililit bersama dengan bangkai ular yang panjang. Kesemua jarinya berkuku tajam. Jika kulit aku dirobek dengan kukunya itu, bukan sahaja kulit yang terkoyak, dengan tangan aku sekali boleh putus. Sekali dilihat memang menakutkan. Tapi tujuan aku lari daripadanya itu tadi bukanlah kerana sebab aku takut dengan muka dia sebab muka dia itu tidaklah seburuk dengan jin-jin yang aku pernah jumpa sebelum ini, tetapi kerana aku takut sekiranya jin tersebut mahu menyerang dan membunuh aku.

''Kamu tahu apa nama mahkluk ni?'' Tanya Cikgu Sulaiman sambil nada yang tenang.

''Tak tahu... Tak tahu...'' Balas aku sambil menggelengkan kepala dengan badan yang menggigil ketakutan.

''Kalau kamu nak tahu, ini lah jin Lamashtu. Jin ni adalah jin betina yang hidup daripada zaman tamadun Mesopotamia dulu lagi. Zaman dulu, orang menyembah jin ni untuk mendapatkan kekayaan dan kuasa sihir yang boleh membuatkan seseorang tu memiliki kuasa yang hebat. Ini adalah jin pertama yang saya berjaya tangkap dan jin ni juga adalah jin yang paling tertua yang saya pernah tangkap. Saya tangkap jin ni masa saya tengah belajar dekat Mesir dulu.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Sulaiman... Lepaskan aku, Sulaiman... Tak ada gunanya kau mengurung aku di dalam jam randik yang buruk tu. Sesungguhnya aku ini makhluk abadi yang tidak boleh mati hingga ke hari kiamat...'' Kata jin itu dengan nada suara yang garau.

''Ya aku tahu... Tetapi disebabkan engkau telah menyesatkan manusia dan engkau telah mengganggu ketenteraman manusia, aku terpaksa mengurung kau di dalam jam randik yang buruk tu.'' Balas Cikgu Sulaiman tanpa rasa takut. Cikgu Sulaiman menolak aku dengan perlahan ke tepi lalu dia melangkah ke arah jin itu dengan 5 langkah ke depan.

''Ukrihuka ya Sulaiman!! (Aku benci kau, Sulaiman!!) SESUNGGUHNYA ENGKAU DILAKNAT!!!'' Jin itu menjerit kemarahan.

''Wa inna alaika laknata illa yaumiddin!! (Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat!!)'' Balas Cikgu Sulaiman dengan potongan ayat daripada Surah Al-Hijr (Ayat 35). Jin itu pun terus menjerit kemarahan sambil menyumpah-seranah di dalam bahasa purba yang aku tak pasti bahasa apa.

''AZAB YANG BESAR MENANTI KAU!!! CUKUPLAH NERAKA TEMPAT KAU, SULAIMAN!!!'' Jerit jin betina itu dengan nada yang kemarahan.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Cikgu Sulaiman mengepal penumbuk kanannya lalu dia membuka tangannya itu kemudian menghalakan tapak tangannya itu ke arah jin betina itu sambil membaca Surah Al-Baqarah (Ayat 102) dengan nada suara yang lantang.

*Surah Al-Baqarah (Ayat 102)*

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ (102)

Wattaba'u ma tatalul syayatinu a'la mulki Sulaiman wama kafaro Sulaimanu walakinul syaitina kafaruwa yu'allamunal nasal sahro wama anzilla a'lal malakaini bibabil Harut wa Marut wama yu'lamun min ahaddin hatta yaqula in'nama nahnu fitnahu fala takfur fayata'lamun minhu ma yufraqun bihi binnal mur'i wazaujihi wamahum bidhoo rina bihi min ahaddin illa ba'iznil lillahi wayata'lamun ma yadhuruhum wala yanfu'uhum walaqod a'limulma nishtarohu ma lahu fil akhiroti min kholaqin walabi'sa ma syarau bihi anfusihim laukanu ya'lamun (102)

Terjemahan:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikuti ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: ''Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.''

''HWARGH!!!'' Jin itu menjerit kepanasan sambil badannya mula mengeluarkan asap yang berwarna hitam. Cikgu Sulaiman mengambil rantai jam randik yang berwarna emas itu lalu dihalakannya ke arah jin betina itu.

''Wahai jin laknatullah... Aku perintahkan dikau wahai jin, masuklah semula ke dalam rantai jam randik ini sebelum engkau diseksa dengan ayat-ayat suci Al-Quran.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius.

''Anta laknatul insan!! Min turid an yuhkamani?! Filhaqiqah, ana a'azam minka!! Azabil azim fi antazarik ya Sulaiman!!! (Kau manusia yang dilaknat!! Kau fikir kau siapa nak memerintah aku?! Sesungguhnya aku ni lebih hebat daripada kau!! Azab yang besar menanti kau wahai Sulaiman!!!)'' Kata jin itu dalam bahasa arab.

''Inni akhofullah, lays a'lal shaytan!! (Aku takutkan Allah, bukannya pada syaitan!!) Sesungguhnya yang dilaknat itu adalah kau wahai jin, bukannya aku. Aku manusia, khalifah di muka bumi ini. Dengan itu, aku berhak untuk mengarahkan kau wahai jin laknatullah untuk masuk ke dalam jam ini supaya kau tak dapat nak menyesatkan umat Rasulullah!!'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tegas.

''Biarpun aku tak dapat nak menyesatkan umat islam, sesungguhnya ada satu hamba Allah yang akan datang daripada kalangan umat Rasulullah dan dia yang akan menyesatkan kamu semua di akhir zaman nanti. Dia adalah manusia yang berketurunan iblis dan dia akan sesatkan kamu semua dengan fitnah-fitnahnya!! Kau tengoklah nanti... Selama 40 hari nanti, dia akan sesatkan semua manusia di muka bumi ini agar mereka berpaling daripada Al-Quran dan hadis. Kita tengok berapa ramai manusia yang akan menjadi kafir dan berapa ramai manusia yang masih akan beriman kepada Allah dan kita tengok juga siapa yang akan berdiri disisinya dan siapa yang akan berdiri disisi Al-Masih Ibni Maryam (Nabi Isa A.S) semasa perang di akhir zaman nanti!! Qatiluu bainakum ya ummatan Rasulillah!!! (Berbunuhanlah sesama kamu wahai umat Rasulullah!!)'' Kata jin betina itu dengan panjang lebar.

''Siapa hamba Allah yang akan datang pada akhir zaman tu wahai jin laknatullah? Cakap cepat!'' Soal Cikgu Sulaiman dengan nada yang tegas.

''Dialah Al-Kafirun Dajjal!!!''

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Cikgu Sulaiman mula membaca Surah Al-Mai'dah (Ayat 72).

*Surah Al Mai'dah (Ayat 72)*

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُواْ اللّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ (72)

Laqod kafarol lazinna qollu innallaha huwal masihu ibnu maryam waqalal masihu ya Bani Israil abudullaha rabbi warobakum innahu man yusyrik bilillahi faqod haramallahu alaihil janata wama'a wahul naru wama lilzaliminna min ansorin (72)

Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

''ALLAHUAKBAR!!'' Cikgu Sulaiman menepuk rantai jam randik yang berwarna emas itu.

''HWARGH!!!'' Jin betina itu meronta-ronta kepanasan lalu terus bertukar menjadi asap hitam kemudian terus masuk ke dalam jam yang dipegang oleh Cikgu Sulaiman itu. Suasana menjadi senyap seketika. Cikgu Sulaiman meletakkan semula rantai jam randik emas itu di tempat asalnya lalu menutupnya semula dengan kotak kaca itu tadi.

''Sekarang kamu dah fahamkan kenapa saya tubuhkan kelab ni?'' Tanya Cikgu Sulaiman sambil duduk di atas sofa dengan nafas yang keletihan.

Apabila ditanya sebegitu, aku mula sedar tentang satu perkara. Kelab ni ditubuhkan 2 tahun lepas dan tidak menerima seorang ahli pun selama 2 tahun berturut-turut. Sepatutnya jika perkara yang macam tu berlaku, kelab ni mesti dibubarkan. Tapi 2 tahun tu adalah masa yang sangat lama, kenapa kelab ni tak dibubarkan? Rupa-rupanya inilah sebabnya kenapa kelab ni tak dibubarkan. Ini adalah satu kelab yang bukan calang-calang punya kelab. Memang patutlah kelab ni kalau nak jadi ahlinya, iman kena kuat dan hati pun kena kental. Sebab kelab ni adalah kelab yang mendidik para pelajar untuk menjadi seorang manusia yang hebat, yang tak takut dengan jin dan syaitan. Kelab ni bukan sahaja kelab yang mendidik para pelajar cara-cara untuk mengenal dan mencari hantu, malah kelab ni juga mendidik para pelajar cara-cara untuk menentang syaitan. Pada aku, ini bukanlah kelab yang aktivitinya berkaitan dengan berparanormal. Tetapi... Inilah kelab yang menghapuskan jin dan syaitan.

''Saya dah faham, cikgu... Lepas saya dah tengok kejadian tadi tu, saya mula sedar tentang sesuatu... Kita kena kuatkan iman dan berjihad menentang syaitan supaya kita tak sesat dan saya yakin, itulah matlamat utama untuk kelab paranormal ni.'' Balas aku dengan nada yang perlahan.

''Hmm... Baguslah kalau kamu dah faham sekarang. Jadi macam mana? Kamu berminat nak sertai kelab ni tak?'' Tanya Cikgu Sulaiman sambil tersenyum.

''Ya... Saya akan sertai kelab ni dan saya akan jadi ahli yang pertama untuk kelab paranormal ni, cikgu.'' Balas aku sambil menganggukkan kepala tanda setuju. Cikgu Sulaiman bangkit dari sofa lalu berjalan ke arah aku.

''Hmm... Selamat datang ke kelab paranormal, Isa. Tahniah sebab awak dah jadi ahli yang pertama untuk kelab ni.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil berjabat tangan dengan aku bersama dengan senyuman ikhlas yang terukir dibibirnya.

''Terima kasih, cikgu. Saya janji saya akan buat yang terbaik untuk kelab ni...'' Balas aku sambil tersenyum.

''Tak... Bukan awak, tapi kita yang akan bersama-sama buat yang terbaik untuk kelab ni.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan senyuman sambil memasukkan satu pin lencana yang berbentuk bintang dan berwarna biru emas ke dalam poket baju aku.

''Ini adalah pin lencana kelab kita, hanya ahli kelab ni saja yang layak untuk memakainya. Nanti lepas nama awak dah didaftarkan dekat dalam kelab ni secara rasmi, saya nak awak pakai pin ni ya.'' Katanya lagi sambil menepuk bahu aku.

''Hmm... Baik, cikgu.'' Balas aku dengan senyuman yang teruja.

Kini aku telah berjaya memilih dan membuat satu keputusan yang aku pasti keputusan itu adalah keputusan yang benar. Mulai hari ini, aku akan menjadi ahli kelab yang pertama bagi kelab paranormal ni dan aku juga akan menjadi pelajar pertama yang sanggup untuk menyertai kelab puaka yang ekstrim ni.

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

33.2K 1.7K 59
Cerita ini mengisahkan tentang cerita benar. Jangan fikir bila hijab terbuka ini seronok sedikit pun tidak ianye hanyelah menyeksekan. Korang kalau n...
37.1K 716 99
Himpunan kisah seram seluruh malaysia
39.7K 4.9K 58
Awalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke...
231 64 6
Horror | Funny | Adventure Shah Fuan dan Nik Adam. Dua nama yang berbeza dan juga dua personaliti yang berbeza. Hanya sahaja, mereka mempunyai wajah...