HI, ENCIK PROFESSOR!

By Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... More

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

Bab 15 [3]

3.1K 382 265
By Angel_k20

"Ada hati nak sentuh bos aku? Nah, ambik ni!" Sekali tempikan, si gadis penjerut menendang pula punggung Black sekuat hati dan dalam masa yang sama, kain batik yang menjerut tengkuk lelaki hitam itu dilepaskan kasar.

Brum!

Black terdorong ke depan lalu kakinya terempuh meja kopi. Badannya yang agak besar tidak dapat menyeimbangkan diri dan menatijahkannya tersungkur ke lantai. Punggungnya berasa sengal dan dagunya pula berasa sakit yang teramat dek akibat tersungkur tadi, dagunya terhantuk bucu meja kopi.

"Mo... Mona," seru Aralyn. Sungguh, perasaannya lega melihatkan kemunculan rakan serumahnya.

"Maafkan saya, Cik." Mona menebar kain sarung batik lalu sekali lagi, dia menjadikan kain itu sebagai senjata.

Melihatkan figura Mona yang dalam berkebaya biru tetapi berseluar legging hitam, mengertilah Aralyn bahawa gadis retro itu menjadikan kain sarung batik yang dipakainya sendiri sebagai senjata. Hebat juga Mona. Kenapa dia tidak pernah tahu pun sebelum ini?

"Perempuan tak guna!" Perlahan-lahan, Black bangun dari sungkurannya lalu mendepani Aralyn dan Mona yang masing-masing berada dalam mod bersiaga.

"Kau cindaikan aku, perempuan?" jerkahnya pula kepada Mona.

Mendengar jerkahan tersebut, Mona menarik senyuman sinis seraya kembali membuka langkah. Dia ahli seni silat gayung dan teknik persilatan yang digunakannya tadi merupakan seni Cindai Betina. Teknik serangan ini merangkumi jerut, kalung, tebar, jerat, serkap dan gari.

Jadi, jangan main-main dengan Mona Edora. Retro bukan sekadar retro, tetapi ditambah lagi dengan klasik nasional. Warisan bangsa dijunjung, adat dan agama dijulang. Biar berputih tulang, jangan berputih mata. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Siapa saja yang cuba mencederakan Aralyn Awliya, dia akan membalasnya dua kali ganda kepada si pelaku. Cik Mona Edora, keturunan salah seorang panglima Melayu Melaka sesekali tidak akan membenarkan orang yang berjasa kepadanya dicederakan oleh manusia yang tidak bertanggunggjawab!

"Kau memang layak terima cindai aku, pengkhianat negara." Sinis, Mona semakin menajamkan mata serta memperkuatkan pertahanan dirinya.

Serius, sudah lama dia tidak bersilat. Walaupun agak rungsing dengan skilnya kali ini, namun dia tidak boleh gentar dalam menghadapi musuh. Bosnya berada dalam bahaya, maka sudah menjadi tugasnya melindungi Aralyn Awliya itu atas arahan Profesor Dr. Qarizh Zahwan.

"Helo, Kak Mona. Akak ada kat mana sekarang?" Tanpa salam, ayat itu terus terpacul keluar dari mulut si pemanggil sebaik sahaja dia menekan ikon terima panggilan.

"Siapa ni?" soalnya dengan penuh berhati-hati.

"Akak tak perlu tahu siapa saya. Apa yang akak perlu tahu ialah Prof minta akak segera balik ke pejabat sekarang. Kak Aralyn diserang, dia berada dalam bahaya!" jelas si pemanggil dengan suara kalut.

Sebaik sahaja dia mendengar perkhabaran itulah, serta-merta masa pemanduannya yang berbaki lima minit terus dipendekkan kepada dua minit sahaja. Nasib baik dia sudah berada dekat dengan pejabat, maka ia memberikan kelebihan kepadanya untuk sampai lebih awal.

"Kau memang betul-betul tak guna, perempuan. Kau kacau pelan aku." Black menderam marah.

Badannya ditegakkan, langkahnya disiagakan. Dia kalah dengan perempuan? Takkan sesekali. Itu azamnya kepada diri sendiri dalam bertempur. Lagipun, malulah dia jika anak-anak buahnya yang lain mengetahui kekalahannya di tangan perempuan.

"Kalau kau tak kacau bos aku, aku tak kacau kau," balas Mona, berani.

"Puih!" Black meludah ke sisi.

Egonya tercabar dan jiwanya juga berasa semakin menjadi tidak keruan. Seperti drakula laparkan darah, itulah rasa dan keinginannya ketika ini apabila melihat Mona dan Aralyn dalam keadaan bersiaga di depan mata. Kedua-dua orang gadis tersebut terlalu 'istimewa' di matanya.

Walaupun mereka berdua itu telah menginjak-injakkan maruahnya sehingga ke tahap bawah perut bumi, namun tidak apa. Semestinya, kedua-dua mesti dibunuh dan darah mereka perlu disedut sebagai persembahan kepada Spade, saintis sekali gus doktor keparat yang menyelamatkan nyawanya tempoh hari.

"Kau tak kenal aku, perempuan." Black mengejek galak.

"Siapa je yang nak kenal kau?" Kali ini, Aralyn pula mengambil alih berbalas kata dengan Black.

"Sudahlah hitam, berkilat pula tu. Lagi sadis, gigi rongak. Kasihan," ejeknya lagi.

Kya!

Sebaik sahaja menuturkan provokasi itu, Aralyn tergementar sendiri. Gilalah idea Mona, stafnya itu belajar dari mana mengutuk orang? Jika tidak isyarat daripada gadis itu supaya menyerang Black dengan provokasi, berfikir dua tiga kali juga dia mahu mengungkapkan kata nista tersebut.

Mengutuk orang dapat dosa. Itu yang didengarnya daripada ceramah seorang ustazah di siaran kuliah agama pada setiap pagi. Jadi, bermula dari detik dia mengetahui hukum tersebut, dia cuba mengurangkan kutukan terhadap orang, kecuali kepada Qarizh Zahwan.

Lelaki itu istimewa, dia seorang sahaja boleh mengata kaw-kaw dekat profesor tersebut. Lagipun, Qarizh sendiri suka mengutuknya. Jadi, apa ada hal. Nanti dia sudah menjadi suaminya, mesti tak boleh kutuk kan? Kutuk suami dapat dosa. Eh, tiber...

'Ya Allah, Aralyn Awliya. Kau sedar tak apa kau melalut ni?' Tersedar daripada fikiran yang semakin menyimpang, Aralyn tersengih kepada Black.

Mak ai... muka lelaki hitam si sado macam lembu naga itu sudah seperti mentol lampu yang sekejap menyala sekejap tidak. Gelap cerah, tapi tetap tak cerah-cerah sebab Black kan memang hitam. Alamak, ampun! Sekali lagi, Aralyn termengutuk Black di dalam fikiran.

"Kau.... kau!" Terketar-ketar akibat menahan marah, Black menuding jari ke arah Mona dan Aralyn.

Hish. Jika tidak disebabkan kehadiran gadis klasik itu, sudah pasti teman wanita The King sudah jatuh ke tangannya. Dan, jika tidak disebabkan provokasi Aralyn, sudah pasti dia berjaya membunuh kedua-dua orang gadis tersebut.

Serius, dia berasa dirinya tidak berguna. Sejak dari dulu, dia alah pada provokasi. Sebagai anggota mafia yang diasuh sejak dari kecil untuk membunuh orang, dia tidak sukakan sesuatu yang boleh mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berkuasa.

Dengan marah yang semakin menggila, Black akhirnya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu menayangkannya kepada Aralyn dan Mona. Kali ini, dia sudah tidak mahu membuang masa melayan kerenah dua orang gadis tersebut. Dia mesti menghipnotis mereka berdua!

Ting... ting...

"Wah, cantiknya batu loket tu." Tanpa sedar, Aralyn bergerak setapak ke hadapan.

Kiri dan kanan, rantai loket bertatahkan permata itu berayun lembut dan arah hayunannya turut menyebabkan matanya mengikut arah hayunan tersebut. Sungguh, kilauannya yang tidak terlalu terang namun mempunyai tarikan tersendiri itu benar-benar seakan mempunyai tarikan magnet. Dia tidak mampu mengalihkan pandangannya!

"Cantik kan? Mari sini. Mari." Semakin galak, Black tersenyum kemenangan melihatkan langkah Aralyn yang semakin mendekat.

Reaksi gadis cindai tadi? Sama saja. Dengan perlahan-lahan, gadis retro itu juga melonggarkan siaganya. Lantas, bagaikan disihir, gadis tersebut melangkah mendekatinya yang masih galak menghayunkan batu loket ke kiri dan kanan.

Nama pun lagi perempuan, memang sifat semula jadi sukakan sesuatu yang cantik. Jadi, mudah saja caranya jika ingin memerangkap perempuan. Tawarkan sesuatu yang cantik, mahal dan berharga, maka petik jari saja, pasti mangsa itu akan tunduk dengan tawaran tersebut.

"Bodoh," sumpahnya perlahan.

Dalam memerhatikan Aralyn dan Mona yang masing-masing kini berusaha mencapai batu loket itu, sekali lagi Black menggeleng kesal. Kalaulah dia tahu semudah ini mahu menghipnotis Aralyn Awliya, tak adalah dia terpaksa menghabiskan tenaganya dengan menakut-nakutkan gadis itu tadi.

"Nak. Nak tu." Menggapai-gapai tangan, Aralyn berusaha mendapatkan batu loket yang seolah-olah menguasai fikirannya.

"Nak juga." Mona juga berusaha mendapatkan batu loket yang sengaja diangkat tinggi melebihi paras yang boleh dicapainya.

"Hahahahaha." Black ketawa besar.

Sumpah, kedua-dua orang gadis yang sedang berusaha mendapatkan batu loketnya kelihatan sangat comel di matanya. Kecomelan mereka berdua membuatkannya semakin tidak sabar untuk menyedut darah masing-masing lalu memberikannya kepada Spade untuk digunakan dalam ramuan Blue Rose!

"Sini, sini!" panggil Black lagi.

Lebih galak, lelaki hitam itu seolah-olah mabuk dalam keyakinan kemenangan tanpa menyedari bahawa dia sebenarnya sudah termasuk ke dalam perangkap pihak lawan. Dia hanya menyedari perkara itu apabila tiba-tiba, bahagian 'bawahnya' berasa teramat sakit dan tanpa sempat dia berbuat apa-apa, dadanya pula ditujah kuat.

Bum!

"Tak guna!" Serentak dengan tubuhnya terdorong ke belakang lalu tertusuk sesuatu, dia bertempik marah sekuat hati.

Hihihi...

Lagi malang nasib Black apabila serentak dengan tusukan tersebut, tiba-tiba bunyi hilaian ketawa menyeramkan pula bergema memenuhi ruang pejabat. Ketika itu, barulah dia perasan bahawa skrin komputer pejabat sebanyak tiga buah tersebut menyala sendiri dengan timbul abjad dan nombor yang membentuk perkataan '8tup1d bl4ck'.

"Tak guna!" tempiknya lagi dengan marah menggila.

Sumpah, dia tidak sedar pelan licik gadis berdua itu. Dia tidak menjangka bahawa mereka berdua itu berlakon seolah-olah terkena hipnotisnya. Dan, apa yang membuatkannya sakit hati ialah, kenapa gadis cindai itu menendangnya di tempat sulit dan Aralyn Awliya pula mengambil kesempatan itu dengan menendang dadanya sehingga tertusuk benda tajam di belakang? Tidak fasal-fasal, dia tidak boleh bergerak ke mana-mana!

"Ops, sorry! Best kena rodok dengan tanduk kuda terbang? Unicorn, I love you muah muah!" Sambil ketawa, dengan gaya menjengkelkan Aralyn mendekati Black lalu merampas rantai loket di tangannya.

"Cantik, hm... cantik je. Tapi, benda ni hanya layak ke tong sampah." Dengan angkuh, Aralyn mencampakkan rantai loket itu ke dalam bakul sampah.

"Tahu kenapa?" Giliran Mona menyimbah petrol ke dalam hati Black.

"Batu permata yang cantik hanya untuk orang yang cantik tidak kira jiwa ataupun raga. Tapi, untuk orang yang hati dan badan hitam sehitam-hitamnya macam kau ni, langsung tak layak." Mona menarik senyuman sinis seraya membelitkan tali ke leher Black lalu mengikatnya pula di tiang. Keadaan Black ketika ini tidak ubah seperti anjing yang ditambat!

"Duduk diam-diam ya, jangan nakal-nakal," ejek Aralyn pula.

Lantas, dia berpaling kepada Mona yang tersenyum puas hati kepadanya. Fuh, rupa-rupanya sungguh hebat perancangan Sarah dan Qarizh Zahwan. Ketika dalam keadaan panik tadilah, isyarat daripada Sarah muncul di skrin komputer yang membelakangi Black. Serius, gabungan kedua-dua beradik itu dalam merangka strategi sangatlah mantap.

Namun, apa yang membuatkannya pelik adalah, di mana Qarizh? Menurut isyarat Sarah di skrin komputer tadi, dia memberitahu bahawa abangnya sudah dalam perjalanan untuk menyelamatkannya. Tetapi, kenapa Qarizh tidak muncul-muncul sampailah sekarang?

Pelik.

Done!

Vote dan komen anda semua membuatkan saya rasa dihargai. ❤️

Nak 🌟 boleh?

________________
14 January 2021
8.30 malam.

Continue Reading

You'll Also Like

849K 36.5K 51
- my husband is mafia - Haziq Haikal | Qaseh Humaira 🎖️THE BEST ACTION 2020🎖️ 🥇FIRST STORY FROM LUVPATTRICIA 🥇 - this was not a love story but a...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
1.2M 51.5K 77
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 1 ) 🏅RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) 🏅RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) 🏅RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...