Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.2K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 74

2.9K 316 10
By arniey11

"Woi! Perempuan!"

Semua mata melihat ke arah suara itu dan kelihatan Malinda datang dengan muka bengisnya ke situ.

Cruz yang terkejut akan kedatangan wanita itu terus berdiri. Dia tidak tahu bagaimana wanita itu boleh lepas masuk sedangkan bapanya sudah berpesan pada pegawai keselamatan untuk tidak membenarkan wanita itu bersama Beth masuk ke dalam rumah ini.

Lihat dari segi air muka wanita ini, mesti dia tengah cuba mencari masalah dengan Rechel. Perkara itu sangat bahaya. Dia masih ingat lagi macam mana Beth masuk ke dalam rumah ini lalu bergaduh dengan Rechel sehingga Rechel melakukan kerja itu lagi. Dan kalau wanita itu membuat benda yang sama, itu akan jadi lebih bahaya.

Dia harus hentikan wanita itu. Cruz dengan cepat keluar daripada gazebo itu lalu melangkah menuju ke arah wanita tadi.

"Aunty," panggil lelaki itu.

Wanita yang berjalan tadi terhenti apabila Cruz menghalang jalannya.

"Apa aunty buat sini?" Soal Cruz untuk mengalihkan pandangannya.

"Cruz, aunty datang nak jumpa perempuan tu," tangan wanita itu menunjukkan ke arah Rechel.

Matanya memandang marah ke arah Rechel yang hanya duduk di dalam gazebo tersebut. Cruz tahu dia mesti halang wanita ini berjumpa dengan adiknya namun bagaimana?

Tak kan dia nak berkasar pada wanita tua ini pula. Nanti dikatakan kurang ajar. Tapi kalau tak dibuat nanti akan jadi satu yang lebih teruk.

"Aunty, boleh saya tahu kenapa aunty nak jumpa dengan Rechel?" Cruz cuba memakan waktu wanita itu.

"Cruz, kalau kamu nak tahu, perempuan tu dah tampar anak aunty hari tu. Habis merah muka dia dikerjakan oleh perempuan tu. Sebab tu aunty datang sini untuk balas balik apa yang perempuan dah buat pada anak aunty," terang Malinda.

Cruz teringat akan hari dia menjumpai Rechel mencederakan tangannya sendiri dan tepat waktu tu Mary beritahu bahawa Beth ada datang mencari masalah dengan Rechel. Dia yakin sangat apa yang wanita ini beritahu adalah kejadian hari itu.

Tapi masalahnya, kejadian itu Beth yang salah. Perempuan itu datang dan mengamuk tuduh Rechel yang menyuruh pegawai keselamatan rumah ini tidak membenarkan dia masuk. Sedangkan itu adalah arahan bapanya sendiri. Rechel tidak salah pun.

"Aunty, rasanya sekarang bukan masa yang sesuai untuk bergaduh. Rechel tu baru sahaja sembuh dari sakit dia," Cruz mencari alasan supaya wanita itu pergi.

Pandangan wanita itu beralih ke arah Cruz. Dia tahu anak buahnya itu cuba untuk menghalang dia berjumpa dengan Rechel.

"Apa aunty kisah! Dia sakit ke mati, aunty tetap nak hajar perempuan tu," tegas Malinda.

Cruz serta merta mengecilkan matanya memandang tajam ke arah wanita itu. Malinda sudah melintasi batas. Dia tidak kisah wanita itu membenci Rechel tapi kalau sebut mati kepada Rechel memang dia kisah.

"Aunty, ini arahan terakhir, tolong keluar dari rumah ini sekarang. Sebelum saya panggil guard," arah Cruz dengan nada serius.

Nampaknya sekarang Cruz sudah tidak perlu berlembut lagi. Tidak ada guna untuk berlembut dengan orang yang sudah melintasi batas itu.

Wanita itu memandang terkejut kepada Cruz. Belum pernah dia melihat Cruz bersikap sebegitu. Apatah lagi dengannya.

"Apa kamu cakap ni? Kenapa aunty yang kena keluar? Sepatutnya perempuan tu. Dia tu sudah malukan keluarga kamu. Tak kan kamu nak biarkan macam tu jer," wanita itu semakin banggang.

Cruz mengeluh mendengar kata mak cik saudaranya itu. Sesungguhnya dia sudah malas untuk mendengat kata dusta tersebut. Sudahlah semuanya salah. Lepas tu tuduh adiknya macam-macam.

Beth itu pula dilihat sebagai malaikat yang turun dari langit walaupun kenyataannya perempuan itu lebih teruk dari syaitan. Sama seperti syaitan bertopengkan malaikat.

"Tuan! Maafkan saya, dia terlepas tadi," tiba seorang pegawai keselamatan rumah ini berkata selepas berlari menuju ke arah mereka tadi.

"Bawa dia keluar, aku tak nak lihat muka keluarga dia jejak kaki dekat rumah ini lagi," arah Cruz kepada pegawai tersebut.

"Kenapa pula nak halau aunty? Kamu tak boleh buat macam ni. Aunty akan report pada Shawn nanti," wanita itu cuba memberontak dengan menyebut nama bapanya. Tetapi semua itu tidak akan berhasil kerana satu sebab.

"Cubalah, lagipun ini adalah arahan dari dia bukan saya."

Wanita itu sekali lagi terkejut. Susah dia mahu percaya dengan apa yang anak buahnya katakan itu.

Mustahil untuk lelaki itu tidak membenarkan dia masuk ke dalam rumah ini sedangkan lelaki itu tahu bahawa dirinya adalah kakak kepada arwah isterinya dahulu. Tak kan lelaki itu sudah melupakan isterinya dahulu sehingga sanggup menghalau keluarga isterinya.

"Aunty tak percaya! Itu mesti tipu. Aunty tahu kamu sangaja suruh aunty keluar sebab perempuan tu kan! Kau perempuan datang sini!" Wanita itu terus menengking ke arah Rechel.

Wanita itu ingin mendekati Rechel namun dia ditahan oleh pegawai keselamatan rumah itu tadi. Cruz yang melihag sikap makcik saudaranya yang sudah melampau hanya boleh mengeluh pasrah.

Kalau bapanya dengan sikap wanita itu begini mesti lelaki itu akan marah. Bukan padanya tetapi pada wanita ini. Encik Shawn memang sangat melarang Malinda dan Beth menjejakkan kaki ke rumah ini sejak kejadian itu.

"Bagus aunty keluar sebelum saya gunakan kekerasan," amaran diberikan.

"Apa aunty kisah!" Herdik wanita itu.

Cruz yang sudah hilang sabar itu memandang tajam Melinda lalu menjeling ke arah pegawai keselamatan rumahnya.

"James, bawa dia keluar-"

"Nanti dulu!" Satu suara memotong arahan Cruz tadi.

Cruz menoleh ke belakang dan melihat Rechel sudah ada di belakangnya sambil tersenyum. Gadis itu berjalan menghampiri Malinda yang tengah naik angin itu.

"Kau kata, aku guna kekerasan pada anak kau, tapi kau tahu tak macam mana semua tu terjadi," Rechel senyum senis.

"Semua tu terjadi mesti sebab kau. Kau yang tampar dia dulu. Dia tak ada buat salah pun, kau yang tampar dia dulu."

Gadis itu tertawa kecil mendengar pernyataan itu. Memang betul, dia tampar Beth tetapi yang memulakan semua itu bukannya. Semua itu bermula kerana Beth itu sendiri yang tiba menyebut nama ibunya.

"Ibu dengan anak ini memang tak ubah macam sampah."

"Apa!" Melinda marah.

"Sudah tahu diri tu dibuang tapi masih lagi minta perhatian orang yang tak akan ambil korang lagi. Memang tidak ubah seperti sampah," satu senyuman dihadiahkan.

Kata itu memang membuat darah Malinda naik. Bukan setakat naik tetapi sekarang sudah terlalu panas. Mahu sahaja dia meletup sekarang. Baginya itu kali pertama dia diperli sebegitu sekali.

"Kau!" Wanita itu mula mengangkat tangan untuk menampar Rechel namun terhenti apabila sempat ditahan oleh gadis itu.

Matanya melihat ke arah gadis itu. Dapat dia rasakan aura gadis itu kelihatan lain sahaja hari ini. Tidak suram seperti dahulu.

Dan pandangan tajam yang gadis itu beri memang seperti ingin menusuk matanya sehingga keluar.

Cruz yang melihat kejadian itu juga terkejut dengan sikap Rechel yang sebegitu. Tidak pernah dia lihat Rechel begitu berani melawan wanita itu selama ini.

"Aku tahu tujuan kau dan anak kau tu datang rumah ni adalah untuk cari perhatian keluarga aku. Aku tidak tahulah yang kau ni sebenarnya ada keluarga atau tak sampai keluarga aku pun kau nak ambil. Tapi biar aku beri kau satu amaran," Rechel terus mendekat mulitnya ke telinga wanita itu.

Semua saksi yang melihat kejadian tersebut tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Rechel. Cruz yang berdiri di belakang gadis itu juga ingin tahu apa yang dikatakan oleh Rechel itu.

Seketika Rechel berbisik sesuatu kepada wanita itu dan tiba-tiba sahaja mata wanita itu terbeliak besar. Badannya pula terkaku seperti terdengar sesuatu yang amat mengejutkannya.

"Fahamkan apa yang aku kata, jadi lepas ni, jangan cuba cari masalah dengan aku!" Kata akhir Rechel sebelum melepaskan tangan wanita itu lalu berjalan meninggal tempat tersebut.


Apa yang Rechel bisikan tu?!

Continue Reading

You'll Also Like

177K 15.2K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
361K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
90.5K 562 5
🐬PAID VERSION DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Sejak 15 tahun lagi mereka telah bersama. Seperti belangkas. Sukar berpisah dan sentiasa ada di samping ant...
116K 2.7K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...