HI, ENCIK PROFESSOR!

By Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... More

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

Bab 15 [2]

2.5K 362 252
By Angel_k20

Bam!

Bunyi hempasan kuat pada pintu biliknya kembali menyegarkan mata Qarizh daripada kantuk yang bermaharajalela menguasai mata. Baru saja dia ingin merehatkan diri, ada pula makhluk tak bertamadun mengacau ketenteramannya.

"Apa?" Qarizh membengang.

Dek marah waktu tidurnya dikacau, ketika ini mahu saja dia mencepuk adiknya itu jika tidak difikirkan bahawa tidak elok lelaki memukul perempuan. Figura Sarah yang tercungap-cungap itu pun kecil besar saja kelihatan di matanya.

"Kak Aralyn," tutur Sarah terburu-buru.

"Kenapa dengan dia?" Tetap seperti tadi, Qarizh masih statik di dalam selimut.

"Black serang Kak Aralyn!" beritahu Sarah dengan nada naik seoktaf.

"Apa dia?" Terus Qarizh mencampakkan gebarnya ke tepi lalu bingkas bangun dan turun dari katil.

"Kenapa tak ada satu pun alat pengesan tu bagi isyarat?" soalnya kalut.

Mendengar soalan itu, Sarah hanya mampu menggeleng kepala. Sumpah, dia tidak tahu kenapa alat pengesan yang dipasang di G.O.L tidak berfungsi malam ini. Dia mengetahui Aralyn dalam bahaya pun kerana degupan jantung gadis itu yang dipantau melalui rantai loket semakin menaik.

Seterusnya, selepas dia melihat rakaman langsung siaran CCTV yang dipasang secara sembunyi di G.O.L itulah, barulah dia mengerti letak duduk perkara yang sebenarnya. Serius, kenapalah Aralyn ditinggalkan bersendirian di pejabat itu? Ke mana perginya Mona? Yang lain? Ah, bengangnya dia!

Bum!

Dalam kalut, pantas Qarizh membuka pintu almari lantas mengambil semua peralatan yang diperlukannya lalu menutupnya kasar. Dia tiada masa untuk bersantai-santai menyusun dan mengambil dengan elok pakaiannya sebagai The King dan senjatanya yang disimpan kemas di dalam almari tersebut.

"Sarah, call polis," suruhnya seraya menyarungkan sut rasminya ke tubuh.

"Inform Jacky, Mona dan Riyad.  Suruh mereka segera kembali ke G.O.L dalam kadar segera." Senjatanya berupa busur berserta anak panah digalas ke belakang badan.

"Cuba alihkan perhatian Black dengan skil penggodaman kau." Pistol daripada jenis Glock 17 disisip ke pinggang.

"Pastikan Aralyn selamat sehingga aku sampai. Please, Sarah," pinta Qarizh kepada adiknya dengan penuh pengharapan.

Mendengarkan pintaan berupa arahan daripada abangnya, Sarah hanya mengangguk kecil. Dalam keadaan ini, dia tahu apa yang perlu dibuat. Dia mengerti betapa berharganya seorang Aralyn Awliya kepada abangnya si sejuk beku tambah hati batu itu.

Qarizh Zahwan cintakan Aralyn Awliya. Itu sangat pasti dan tiada bantahan mahupun penafian lagi. Boleh kerat hujung kukulah kalau kata abangnya tiada perasaan terhadap kakak comel itu. Terang lagi bersuluh sangat nampak rasa hatinya!

"Good. Aku pergi dulu. Apa-apa hal, inform," arah Qarizh lagi.

Lantas, topeng muka yang menutupi separuh wajahnya dipakai lalu topi kaledar yang terletak di atas meja juga diambil laju. Anak kunci motosikal berkuasa tinggi berjenama Yamaha YZF miliknya juga pantas dicapai lalu tanpa pamitan, terburu-buru dia keluar dari biliknya.

*****

Bip.

Heyyo, Hades di sini! Kau sihat? - Hades.

Satu bualan mel sampai di komputer Sarah. Melihatkan itu, dia yang sedang rungsing tiba-tiba saja berasa seperti mendapat sinar baru. Serius, kehadiran Hades yang tepat pada masanya sangat melegakan resahnya! Tanpa membuang masa, pantas dia menaip jawapan balas.

Weh, tolong aku. - Hyena.

Bip.

Apa dia? - Hades.

Pesanan mel daripada Hades dibaca lalu dengan kelajuan maksimum, pantas jari jemarinya menaip kepada Hades bagi menjelaskan situasi. Dalam keadaan ini, dia memerlukan khidmat penggodam itu untuk membantunya.

Bip.

Serahkan pada aku, Hyena. Aku boleh buat. - Hades.

Mesej maklum balas daripada teman lelakinya itu dibaca dengan senyuman manis terlakar pada wajah. Sungguh, dia berasa lega dengan jaminan Syafiq Azzim, si penggodam yang bekerja di Campbell Corporation di bawah seliaan Rayyan Razien yang dipanggil Boss.

Syafiq atau nama samarannya Hades itu boleh diharap dan dia sangat mempercayai skil lelaki itu. Manakan tidak, ketika kes penculikan Hana Mikayla ataupun tunang kepada bosnya tempoh hari itu pun, penggodam itulah yang berjaya mencari koordinat sebenar gadis tersebut dan mengkhabarkan kepada Boss.

Terima kasih. Aku akan buat tugas lain, yang ni aku bagi kat kau. Good luck, Hades. - Hyena.

Seusai menghantar pesanan mel itu, Sarah menarik nafas panjang. Lantas, jari jemarinya diregangkan lalu kembali diletakkan di atas papan kekunci. Dia ada 'peperangan' besar malam ini dan nasibnya amat baik apabila tanpa diduga, sekali lagi dia dapat  bergandingan dengan Hades di alam maya.

Bip.

Kau dah sedia? - Hades.

Always. - Hyena.

Satu, dua, tiga. Mula. Kini, Sarah dengan kod namanya Hyena terus meluru masuk ke dalam sistem komputer G.O.L lalu memulakan kerjanya memberikan 'hadiah maya' kepada penceroboh di dalamnya. Tidak dapat tidak, perhatian lelaki hitam itu mesti dikacau daripada mengacau Aralyn Awliya.

Sementara itu, Hades pula  bertungkus-lumus menggerakkan beberapa buah dronenya ke pejabat tersebut bagi melontarkan beberapa buah 'hadiah realiti' kepada si Black. Padanya, peperangan pada malam ini sangatlah mengujakan walaupun agak berbahaya!

*****

"Black!" Selangkah dua, Aralyn semakin mengundur ke belakang.

Serius, berdebar teruk jantungnya melihat keberadaan lelaki hitam itu di dalam pejabatnya ini. Macam mana Black boleh masuk ke dalam sedangkan semua pintu dan tingkap telah dikunci rapat sebelum semua stafnya keluar.

Cumanya, hanya tingkap dapur sahajalah yang bertutup tidak sempurna dek rongak di sana sini. Namun, yang rongaknya cermin sisip angin tingkap, bukannya tingkap. Sebab itulah, hanya kucing saja muat untuk menyelinap masuk.

Jadi, takkanlah manusia besar gedabak macam man in black memang hitam sehitam hatinya itu boleh menyelit masuk? Takkan Black ada kuasa hikmat dan boleh bertukar menjadi makhluk berbulu comel yang dipanggil kucing dalam sekelip mata?

"Kau takut ke, budak?" Black tersengih lagi kepada Aralyn seraya menampakkan gigi kuningnya yang berkarat-karat akibat rokok. Karies gigi betul!

Melihatkan kepada gerak badan Black, lagilah jantung Aralyn berdebar kencang. Terbayang-bayang lagi muka merah Qarizh menahan sakit akibat ditikam dengan pisau rambo sama yang berada di tangan Black. Disebabkan pisau itulah, bakal imamnya itu hampir kehilangan nyawa!

"Takut... mestilah. Tapi, bukan takutkan kau." Sedaya upaya, Aralyn berusaha membetulkan kembali roman wajahnya agar tidak terzahir dengan jelas ketakutannya.

"Oh, beraninya makwe The King," puji Black seraya melibas-libas perlahan pisaunya ke udara.

'The King?' Aralyn tersentak.

Serius, siapakah The King? Sejak petang tadi lagi setelah balik ke rumah dengan dihantar pulang oleh Qarizh, dia kebuntuan dalam mengenal pasti siapa sebenarnya hero pujaannya itu. Ditambah pula dengan Qarizh turut menyebut nama tersebut, lagilah dia berasa penasaran.

"Agak-agak kalau aku bunuh kau, jantan tu akan marah tak?" soal Black lagi disusuli dengan ketawa galak.

Eh?

Mendengarkan kata-kata bersulam perlian tersebut, semakinlah Aralyn berasa pelik. The King akan marah kalau Black membunuhnya? Kenapa? Lagipun, hero itu pernah menyelamatkannya sekali sahaja. Takkanlah dia terus mendapat tempat di hati The King?

Kalau Qarizh... ya mungkin lelaki itu akan menggila marahnya kepada Black. Maklumlah, dirinya adalah wanita yang dilamar berkahwin oleh si profesor tersebut. Jadi, patutlah dirinya disayangi oleh Qarizh Zahwan memandangkan apa-apa hal, selalu saja lelaki itu melindunginya.

"Apa kaitan The King dengan aku?" Berani, Aralyn membalas dengan disulami muka berkerut.

"Mestilah dia berkait dengan kau. Kau dan dia, bukankah kau orang berdua pasangan merpati dua sejoli?" Selamba, Black bersiul-siul pula.

Sekali lagi, dahi Aralyn berkerut hebat. Wah, Black ini sudah terlebih minum ketum ke sampaikan boleh pula dirinya dan The King yang tiada apa-apa perkaitan dikaitkan. Miring ya? Ingin saja ayat itu dihamburkan kepada Black jika tidak difikirkan bahawa lelaki hitam itu akan bertindak lebih agresif lagi jika diprovok.

Dalam keadaan dia bersendirian ketika ini, provokasi bukanlah pilihan yang tepat memandangkan dia langsung tidak mempunyai kuasa. Lagipun, apa saja senjata yang dia ada selain daripada batang penyapu? Lagipun, seni bela diri Karatenya pasti tidak akan berkesan untuk melawan si lembu laga Black itu.

"Ah, jangan cakap yang kau tak tahu siapa sebenarnya The King?" Black menjongketkan kening seraya tersenyum sinis.

"Bodoh punya perempuan. Hahaha," selarnya sambil tergelak.

Pak!

Pisau rambonya dipacak kukuh di atas meja. Lantas, dia menarik kerusi lalu dengan selamba dan tanpa berasa apa-apa, bersahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut. Padanya, dapat melihat wajah cuak berserta riak ingin menangis gadis kesayangan The King adalah kepuasannya sebelum nyawa gadis itu ditarik olehnya.

"Kau nak apa sebenarnya?" Semakin berasa seram sejuk, Aralyn bertanya dalam nada acah berani.

"Nyawa kau!" Sejurus memuntahkan jawapan itu, pantas Black bangun dari kerusinya lalu dengan pisau terhunus, tangkas dia meluru laju ke arah Aralyn.

Gadis itu kelihatan terkejung, tetapi dirinya sendiri dua kali lebih terkejung apabila tiba-tiba, satu bunyi hilaian menyeramkan bergema kuat memenuhi ruang bawah tersebut. Namun, apa yang membuatkannya semakin terkejut ialah lehernya tiba-tiba berasa terjerut dari belakang.

Lariannya serta-merta terbejat dan automatik badannya terdorong ke belakang. Dalam berhempas-pulas melepaskan diri, matanya sempat menangkap biasan figura yang menjerut kemas lehernya.

Terpantul di cermin dinding ialah figura seorang gadis retro berkebaya biru dan bersanggul tinggi sedang menjerut kejap sehelai kain sarung batik ke lehernya. Dan... air muka gadis itu sangat serius sehinggakan dirinya berasa tergugat!

'Ci... cindai!' Black menyumpah di dalam hati.

Done!

Apa benda cindai tu?

Nak 🌟 boleh?

🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽

SUDUT INFO

Seni Silat Cindai.

🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽

13 January 2021
9.25 malam.

Continue Reading

You'll Also Like

189K 9.4K 47
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
1.5M 64.1K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
657K 27.3K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
170K 5.6K 40
Siapakah sebenarnya dia?? Kenapa Rayyan tertarik untuk berkahwin dengan wanita itu.. Akankah mereka akan bersama?? Kalau mau tauu silakan dibacaa😆😆...