BAD[AR]

By ainqalbi

12.7K 2.4K 2.3K

BAD[AR]: friendship | hatred | revenge | tarbiyah | BADRUL QOWIY, seorang pelajar bermasalah. Tiada istilah... More

BAD[AR]: SEKILAS BLURB
BAD[AR]: 01
BAD[AR]: 02
BAD[AR]: 03
BAD[AR]: 04
BAD[AR]: 06
BAD[AR]: 07
BAD[AR]: 08
BAD[AR]: 09
BAD[AR]: 10
BAD[AR]: 11
BAD[AR]: 12
BAD[AR]: 13
BAD[AR]: 14
BAD[AR]: 15
BAD[AR]: 16
BAD[AR]: 17
BAD[AR]: 18
BAD[AR]: 19
BAD[AR]: 20
BAD[AR]: OFFICIAL TRAILER
BAD[AR]: 21
BAD[AR]: 22
BAD[AR]: 23
BAD[AR]: 24
BAD[AR]: 25 (ya, saya update. anda tak bermimpi)
BAD[AR]: 26 (yeay update lagi hikhik)

BAD[AR]: 05

455 114 62
By ainqalbi

"Kau kena denda?"

Qowiy mengangguk lemah disertai keluhan berat sebagai balasan bagi sebuah pertanyaan. Petang ini, ditemani udara yang damai bertiup membuatkan hatinya tenang seketika. Bebas daripada terus dibelenggu kejadian memalukan pagi tadi.

"Haih, kan aku dah pesan... kau tak perlu keluar malam-malam lagi. Tapi kau keluar juga," kesal Badrul jadinya. Riak Qowiy yang kosong tanpa emosi ditatap lama.

"Bad, kalau aku tak kerja aku nak makan apa? Makan kayu?" Sarkastik Qowiy membidas. Badrul yang mendengar lantas membawa tangannya naik meraup muka.

"Ya Allah, aku tak fahamlah dengan kau ini Qowiy. Kau masih ada mak yang boleh jaga makan minum kau. Kenapa kau nak susahkan diri pergi kerja malam-malam semata-mata nak dapatkan duit?" Serabut Badrul jadinya memikirkan apa yang ada dalam fikiran Qowiy. Sukar betul hendak ditebak maksud di sebalik setiap perlakuan lelaki itu.

Nak dimarah lebih-lebih, dia tahu Qowiy sendiri tak suka didesak. Sebab itulah dia mengambil keputusan berdiam diri. Tapi tak sangkalah pula sampai melarat begini. Kalau Puan Latifah tahu, pasti risau teruk wanita tua itu.

"Bad... aku nak tanya kau boleh?" Setelah sekian lama, barulah mulut dibuka untuk bertanya. Jemari kasar Qowiy ralit mencabut rumput-rumput hijau yang tumbuh melata di kawasan padang sekolah.

"Apa dia?" Pelik juga Badrul. Belum pernah Qowiy bersopan sehinggakan meminta izin untuk bertanya.

Tidak terus menjawab, batang tengkuk Qowiy jatuh merenung tapak tangannya yang telah dicemari kotoran tanah.

"Kau rasa aku jijik tak?" Perlahan, namun masih jelas kedengaran setiap butir kata itu.

Badrul terpaku. Kornea matanya menumpu ke arah Qowiy di sebelah.

"Kenapa tanya macam itu?"

"Yalah, cuba kau tengok tangan dengan baju aku ini hah! Habis kotor kena lumpur sebab main bola dengan kau. Bau dia pula... perghhh! Busuk gila, bai. Confirm, balik rumah nanti perempuan tua tu akan tanya aku macam-macam." Qowiy tak henti-henti menggeleng. Sambil itu hatinya merungut tak puas hati.

"Oh..." Dalam keterpaksaan, dua ulas bibir Badrul gagah mengukir senyum nipis. Hampa pada masa yang sama. Buat seketika, masing-masing hanyut dibuai angin petang yang lembut menampar tubuh.

"Weh, budak Iffat tu still sama biro dengan kau ke tahun ini? Aku peliklah apahal dia jadi pengawas lagi? Bukan sepatutnya dah kena buang ke dulu?" Sungguh, rasa ingin tahunya melonjak tinggi lebih-lebih lagi tatkala terbayang senyuman sinis Iffat pagi tadi.

Iffat Hazwan. Sebaris nama itu membuatkan Badrul Amin tersenyum pahit.

"Dia tak salah..." Ringkas saja jawapan Badrul.

Qowiy tak puas hati. Sejak bila pula Si Badrul menyebelahi Iffat ini? Bukankah satu sekolah tahu yang mereka sememangnya bermusuh?

Pembetulan, Iffat yang bermusuh dengan Badrul. Qowiy tahu rakannya macam mana. Baik macam malaikat.

"Jangan cakap yang kau sendiri pujuk cikgu pengawas supaya terima Iffat semula." Amaran diberikan. Namun semua itu hanyalah sia-sia tatkala melihat Badrul yang tertunduk tanpa suara. Semakin bertambah rasa tak puas hati Qowiy.

"Kau dah lainlah weh. Sumpah ini bukan Badrul yang aku kenal. Bagitahu aku, apa yang Iffat dah buat sampai kau sanggup pujuk rayu dekat cikgu ni?" Melulu tuduhan dilemparkan. Badrul lantas beristighfar di dalam hati. Renungan tajam diberikan kepada rakan baiknya.

"Jaga sikit bahasa kau tu. Apapun yang dah jadi... dia tetap saudara kembar aku, Qowiy. Darah daging aku," tegas Badrul menuturkan kata.

"Oh habis tu, takkan sebab alasan adik-beradik je kau senang-senang nak tutup salah dia? Come on la Bad, adik kau tu bukannya baik sangat pun! Kalau nak diikutkan, perangai macam tu memang layak masuk neraka tanpa hisablah!"

Bukk! Sebiji penumbuk hinggap di pipi kanan Qowiy. Urat-urat darah Badrul kelihatan timbul di sekitar kulit mukanya yang cerah.

"Jangan cakap oranglah Qowiy! Aku rasa kau sendiri lupa nak cermin diri sendiri. Selama ni aku tahan je dengan perangai kau. Tapi bila kau sentuh pasal adik aku, kau buruk-burukkan dia, kau memang dah melampau. Siapa kau nak cakap macam tu? Kau Tuhan ke yang tentukan dia masuk syurga atau neraka? Aku tanya, kau Tuhan ke?" tengking Badrul. Tahap kesabarannya sudah mencapai had.

Tepi bibir yang basah dikesat kasar dengan sebelah tangan. Rasa hanyir darah bercampur dalam air liur. Sejenak pandangan matanya kembali menikam terhadap Badrul.

"Aku tahu aku jahat. Tapi sejahat-jahat aku, aku tak buta lagi dengan kepalsuan dan kepuraan orang lain. Jangan terlalu percayakan apa yang tersebar sedangkan kau sendiri tak tahu apa yang benar," sangkal Qowiy.

Enggan berlama-lama lagi, Qowiy bingkas bangkit meninggalkan Badrul sendirian di tepi padang. Bahagian tepi bibir yang pecah dek penangan rakan sendiri ditekup dengan tangan. Pasti Iffat sedang bersorak gembira sekarang. Dia pasti itu.

𖣔𖣔𖣔

Melihatkan Qowiy yang baru saja melangkah turun dari padang, Aisy pantas mendekat. Nama penuh Qowiy diseru. Sekelip mata Aisy sudah berdiri tegak di hadapan Qowiy, menahan pelajar itu daripada terus berjalan.

Keluhan terlepas daripada mulut Qowiy. Aduh, datang pula minah kepoh ini! Malang betullah nasibnya. Selepas satu, satu!

"Kau nak apa hah? Tepi sikit boleh tak?" Penuh hati-hati dia mengungkap kata. Bukannya apa, setiap kali mulutnya bergerak pasti sakitnya mencucuk pedih. Berdenyut-denyut pula itu.

"Kau orang bertumbuk eh tadi?" Aisy serkap jarang. Keningnya dinaikkan tanda dia menginginkan jawapan.

"Pembetulan, Bad yang tumbuk aku," terang Qowiy tanpa berselindung.

"Mesti sebab kau yang mulakan dulu." Sekali lagi, tekaan gadis bertudung labuh itu benar belaka.

Aisy menggeleng kesal. Qowiy... Qowiy. Sejak dari dulu hinggalah sekarang. Tak sah kalau tak cari pasal. Sempat dia merungut dengan sikap rakan lamanya itu.

Sebotol minyak gamat dikeluarkan dari celah poket baju birunya lantas disua ke arah Qowiy. Remaja lelaki itu dihujani tanda soal.

"Kau curi dari mana pula ni?"

Aisy mendengus kuat. Mulut Qowiy ini nak dikata kurang ajar, tak sesuai. Nak dikata kurang insurans pula mustahil. Mungkin paling wajar dikatakan mulut loji. Segala kata-kata yang keluar daripada mulutnya semua perkara-perkara yang buruk dan kotor.

"Tak curi, aku terjumpa dekat atas meja kantin tadi. Aku cuma nak bagi kau, minta tolong pulangkan dekat Faiq. Sebab dekat botol ni ada tulis hak milik dia. Siap mention suruh pulangkan lagi kalau terjumpa," jelas Aisy.

Apa, ingat dia baik sangat ke nak hadiahkan minyak gamat untuk Qowiy? Kalau Badrul yang berada di depannya saat ini, mungkin perkara itu boleh dipertimbangkan.

Lambat-lambat Qowiy menyambut huluran botol tersebut.

"Yalah, nanti aku bagi dekat Faiq." Barang tersebut dimasukkan ke dalam poket seluar track-suit yang tersarung.

"Jadi, sila bergerak ke tepi boleh tak? Aku nak balik." Mendatar suara itu memberi arahan berbaur perintah. Dia betul-betul tiada mood saat ini. Namun Aisy masih teguh berdiri di hadapannya, malah sedikitpun tak berganjak.

"Owen, aku tahu yang aku tak layak nak bagi ceramah dekat kau sebab aku pun sekarang tak adalah baik mana..."

"Then tak payah ceramahkan aku. Aku tak nak dengar pun," celah Qowiy tanpa perasaan. Dia hanya nak balik ke rumah sekarang. Tolonglah!

Walaupun sedikit terkesan dengan kata-kata Qowiy tadi namun perkara tersebut langsung tidak mampu melumpuhkan niat Aisy daripada meneruskan bicara.

"Bila kau rasa diri kau tak boleh ditegur itu namanya ego. Bila kau rasa diri dah cukup baik dan memandang rendah terhadap orang lain itu namanya takbur."

Sebaik bicaranya mencapai titik hujung, Aisy pantas berganjak ke tepi memberi laluan buat Qowiy. Dalam hati, dia mengharapkan semoga untaian katanya tadi dapat mencelikkan rakannya itu supaya segera bangkit daripada kesilapan.

Wajah Aisy direnung tajam tak puas hati. "Huh, kau tengah perli aku ke?"

"Belajar lapangkan dada untuk terima teguran, Qowiy. Dalam hidup ini tak wujud manusia yang sempurna. Masing-masing ada dosa dan noda. Cuma yang membezakan kita, sama ada pilih untuk pertahankan dosa, atau kejar syurga."

❥︎❥︎❥︎

Done bab 5 ✨

Hope you guys enjoy and get something precious yeaa 😉

Hmm... makin banyak pula benda yang tak terjawab kan? 🤔😌

So, stay tune readers 😍😆

Continue Reading

You'll Also Like

240K 14.6K 67
Ahmad Mujahid Nasruddin,seorg lelaki soleh,hafiz Al-Quran, terpaksa meninggalkan maahadnya utk mengambil SPM di sebuah sekolah agama. Dari hari perta...
57.9K 3.4K 45
" Lead me, Aden " " Where to, Iz? " " Right path " " Until when? " " Until Jannah "
41.7K 4K 113
He is my brother, but --- not so. #1 in chanyeol #22 in exo ••• Cover by @-THEWOLY
67.9K 2.3K 54
[Highest ranking : #40 in fanfiction] [Highest Ranking: #51 in Fanfiction] [Highest ranking: #240 in Fanfiction seorang pelajar yg dipaksa kahwin den...