Silent Melody [✔️]

By arniey11

353K 33.8K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 71

2.9K 319 31
By arniey11

"Mary, kamu sudah hantar sarapan pada Rechel?" Soal Encik Shawn.

Mary yang sedang menyediakan makanan di atas meja itu terhenti lalu memandang ke arah tuannya itu.

"Cik Rechel kata hari ini dia mahu makan sarapan di sini," semua orang ada di atas meja itu terkaku terkejut.

Arshen dan Cruz yang turut bersarapan sama itu memandang terkejut ke arah Mary. Mereka seperti tidak percaya akan apa yang Mary beritahu itu.

Bukan itu sahaja, tetapi encik Shawn juga terkejut sehingga tersedak air minumannya tadi. Rasanya dia tidak salah mendengar tentang apa yang diberitahu oleh Mary.

Tapi biar betul, anak perempuannya mahu sarapan bersama di sini. Bukankah selama ini gadis itu tidak suka makan bersama dan tiba-tiba sahaja hari ini gadis itu berbuat begitu.

"Mary, betul ke-"

"Good morning!" tiba satu suara memotong kata Arshen.

Semua kepala di situ memandang ke arah suara tadi dan terkejutnya mereka melihat Rechel datang ke situ sambil tersenyum.

Gadis itu datang ke situ dengan perasaan yang sungguh gembira lalu duduk di hadapan kedua abangnya. Ahli keluarganya yang berada di situ memandang pelik ke arah Rechel yang tiba-tiba sahaja begitu.

Gadis itu datang dengan perasaan yang sungguh gembira tanpa takut seperti dulu. Dan senyuman yang dulunya menghilang tiba-tiba sahaja hadir muka itu.

Arshen yang duduk bersebelahan dengan Cruz itu menyepak kaki lelaki itu. Cruz memandang ke arah Arshen lalu Arshen cuba bertanya kepada Cruz tentang Rechel itu. Namun Cruz juga tidak tahu apa yang terjadi kepada adik perempuannya tersebut.

Hal itu membuat satu ahli keluarganya binggung dan terkejut. Perkara itu terjadi dengan tiba-tiba. Baru beberapa hari lepas gadis itu sakit dan hari ini tiba berubah menjadi seorang yang mereka tidak kenal.

"Ini makanan cik," ucap Mary lalu memberikan satu pinggan sandwich yang sudah tersedia.

"Terima kasih," sekali lagi budak itu tersenyum.

Setelah mendapat makanan itu, gadis itu terus memakannya sementara ahli keluarganya yang lain memandang hairan ke arah gadis itu.

Arshen sekali lagi menyepak kaki Cruz untuk menegur lelaki itu. Matanya menunjukkan ke arah Rechel supaya Cruz cuba bercakap dengan gadis itu.

"Um... Rechel, kamu sudah okay ke?" Soal Cruz curiga.

Rechel mengangkat matanya memandang ke arah Cruz lalu dia menjawab, "Rechel okay dah."

Cara gadis itu menjawab menambahkan kehairan keluarga itu. Muka gadis itu tersenyum dan tidak ada rasa takut untuk menjawab tidak seperti dulu dimana gadis itu selalu tergagap dan takut untuk menjawab.

Malah aura kelam yang selalu mengeliling gadis itu juga tiba-tiba tidak terasa hari ini. Rechel kini umpama Rechel yang dulu. Seorang gadis yang suka tersenyum.

Adakah Rechel sudah berubah? Itu adalah soalan yang bermain di fikiran mereka.

Tok! Tok!

Semua mata di meja itu memandang ke arah Finn yang mengetuk dinding rumah ini untuk memanggil encik Shawn.

"Maaf, tapi kenderaan tuan sudah tiba di luar. Tuan kena gerak sekarang kalau tak nak lambat," Finn berkata.

"Baik," balas encik Shawn lalu menyelesaikan sarapannya.

"Papa, ada nak pergi mana-mana ke?" Soal Rechel dengan penuh tanda tanya.

"Ya, papa ada kerja dekar luar bandar untuk beberapa hari," balas encik Shawn dengan penuh janggal.

Sesungguhnya dia tidak pernah mejangka Rechel akan bertanya kepadanya begitu. Rasanya itu kali pertama gadis itu bertanya kepadanya begitu setelah beberapa tahun ini.

"Kalau macam tu, hati-hatinya," balas Rechel lagi sambil tersenyum.

Situasi itu memang membuat semua orang di meja tersebut terasa sungguh janggal. Ini bukan Rechel yang mereka kenal dulu. Apa yang jadi pada budak ini setelah beberapa hari sakit itu?

"Okay, papa pergi dulu." Emcik Shawn terus berdiri dan berjalan ke arah Finn.

Rechel yang ada di situ hanya tersenyum melihat kepergian bapanya. Dan tanpa dia sedari Finn juga memandang curiga akan gadis itu.

Tertanya juga dia kenapa gadis itu tiba-tiba bersikap ceria begitu. Apa yang sudah jadi sejak dia berjumpa dengan Rechel beberapa hari lepas.

"Aku pun kerja pergi kerja," ujar Arshen lalu mencapai beg kerjanya.

"A-aku pun!" Cruz ikut serta.

Kaki dia orang lelaki itu dengan pantas berjalan keluar dari ruang makan tersebut.

"Abang nanti dulu!" Terus dia orang lelaki itu berhenti apabila mendengar suara Rechel itu.

Mereka menoleh ke arah Rechel dan kelihatan gadis itu berlari ke arah mereka.

"Abang terlupa ini," Rechel memberikan jam tangan yang Cruz lupa di meja makan tadi.

"Dan abang lupa ini," kunci kereta Arshen ditunjukkan di hadapan mata Arshen.

Arshen dengan terkejut melihat kunci itu ada di tangan gadis itu. Dia cuba memeriksa poket seluarnya dan dia sangat pasti tadi dia ada membawa kunci itu, namun tiada jejak kunci itu berada di dalam poket.

Dia sendiri hairan. Seingatnya, dia tidak pernah mengeluarkan kunci itu dari poket tapu bagaimana boleh ada di tangan gadis itu pula.

"Ini kunci abang," Rechel memberikan kunci itu sambil tersenyum.

"Te-terima kasih," ucap Arshen lalu mengambil kunci itu.

"Terima kasih juga, Rechel," ucap Cruz menunjukkan jam tangan yang diterimanya tadi.

"Kalau macam tu, kami berdua pergi dulu," Arshen terus menarik tangan Cruz keluar dari rumah itu.

"Bye, hati-hati ya!" Kata Rechel sebelum mereka keluar dari rumah itu.

Arshen menarik tangan Cruz menuju ke garaj kereta yang tidak berapa jauh dari rumah itu. Sesampai di sana, terus memandang itu memandang ke arah rumahnya untuk memastikan tiada kelibat Rechel supaya gadis itu tidak mendengar apa yang ingin dia katakan.

"Kau tengokkan Rechel tadi, kau tak rasa dia pelik ke?" Soal Arshen terus.

"Memang pelik pun. Apa dah jadi dekat dia? Selama ni dia bukan macam tu."

"Kau tanya aku mana aku tahu. Kau kan doktor," Cruz mengeluh mendengar ayat itu. Lelaki itu fikir doktor ini tuhan ke boleh tahu semua benda.

"Aku memang doktor tapi tak semestinya aku tahu semua itu. Aku pun terkejut tengok dia tiba-tiba sahaja berubah," balas Cruz.

"Apa dah jadi dengan budak tu?" Cruz semakin risau.

"Mungkin dia cuba berubah," Arshen memberi pendapat.

"Berubah? Dalam masa terdekat ni, kau tak rasa pelik sangat ke? Biasa kalau nak berubah ambil masa sikit," balas Cruz lagi.

"Habis tu apa? Aku ni dah rasa pelik sangat dengan peragai Rechel tu."

Cruz cuba memikir sekali lagi. Mungkin dia boleh dapat ingat sesuatu daripada apa yang dia pernah pelajari tentang despresi dulu.

"Apa kata kita tengok sahaja sikap budak tu. Kalau tak ada benda pelik, kita biarkan sahaja. Mungkin itu tanda dia memang mahu berubah. Tapi kalau ada benda pelik, nanti aku akan cuba periksa," ujar Cruz.

Arshen hanya mengiyakan sahaja. Dia tidak tahu lebih kerana dia bukan doktor seperti Cruz.

"Kalau macam tu, aku pergi dulu." Arshen meminta diri sebelum masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

Manakala Cruz memandang sejenak ke arah rumah itu sebelum masuk ke dalam keretanya pula. Dia memang berasa curiga akan adik perempuannya kini.

Apa dah jadi dengan Rechel tu?!

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 124K 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk...
481K 40.7K 98
Farish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal...
2M 79.8K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
887K 56K 53
Teen Fiction ' Humor | Completed Season 1 || The Stupidos Series [ Dibukukan ] ••• Hazelizz Zachary - Saat mendengar sebaris nama ini, pasti sinonim...