Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

12

34.6K 2.8K 599
By Lollysnow

Talia tak berkutik melihat rakannya teresak-esak dipeluk Dayang disisi. Keadaan Lily begitu terseksa buat dia dirundung serba salah.

"Lily.. Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak buat kau sakit macam ni.." Talia akhirnya bersuara. Bahu Lily terhinjut-hinjut dalam pelukan Dayang yang dari tadi setia memujuk sahabatnya itu.

Lama Lily dalam keadaan begitu sehingga tubuh gadis itu lemah dan Dayang biarkan Lily baring di sofa.

"Kau tak salah Talia.. Aku sepatutnya tahu benda ni dari awal.. Alang-alang aku sudah sakit begini.. Biarlah aku sakit dahulu." Menitis lagi air mata itu. Talia pandang Dayang yang kelihatan gusar memandang Lily.

Mereka fikir rancangan Lily untuk sakitkan hati pengkhianatnya berjaya tapi malah berbalik Lily yang menangis terseksa. Dunia ini penuh dengan kejutan sebenarnya.

"Terlalu awal untuk aku mengalah... Aku akan pastikan mereka menyesal pernah wujud dalam hidup aku dan Ibu!!" Mata Lily jauh ke depan. Mata penuh dendam dan kebencian. Seperti membayangkan wajah-wajah itu sedang ketawa gembira seperti sebuah keluarga setelah berjaya buat dia dan Ibu menderita.

"Tapi tak perlu sakitkan diri kau macam ni.. Kau perlukan masa untuk bertenang.." Dayang usap lengan Lily.

"Tak Dayang, aku tak akan bertenang dan biarkan mereka bahagia hidup dalam rumah Ibu aku!! Tiap detik aku rasa seksanya!" Tajam mata Lily memandang Dayang.

Dayang tarik nafas panjang. Dia bukan menghalang tapi sebolehnya buat masa ini dia tak mahu Lily dikuasai dendam. Dia takut sesuatu buruk memakan diri gadis itu kelak. Lagipula, dia takut seksa yang gadis itu dapat. Seperti hari ini.

"Jadi apa rancangan kau Lily?" Talia silang kaki, sebelah kening terjungkit memandang Lily yang turut berpaling memandangnya.

...

Khair terhinjut-hinjut memasuki rumah dengan balutan luka dikaki. Erma yang bersungguh-sungguh bawa dia ke klinik walau puas dia tegah. Sudahnya kakinya dijahit di klinik tadi. Dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan lukanya hingga dia dijahit. Tapi pedihnya buat dia rasa seperti orang cacat. Bagaimana Lily memijak kaca tanpa mimik sakit hari itu. Apa gadis itu sudah terputus saraf sakitnya?

"Khair balik pun kamu!" Khair tersentak disapa mengejut mamanya. Dia gigit bibir sebelum menukar arah dan cepat-cepat mendaki tangga.

"Tunggu Khair!"

"Khair penat ma, nanti kita cakap.." Sura Khair mendatar,

"Mama cakap tunggu! Berhenti Khair!!" Bergema rumah dengan pekikan ibunya. Khair tarik nafas sebelum menghentikan langkahnya. Dari riak wajah mamanya, sudah pasti mamanya sudah tahu.

"Sampai sakit macam ni apa kamu dah buat Khair?!" Tegang suara Puan Ida.

"Lily tak sengaja mama."

"Sengaja atau tak, mama tak suka kamu masuk campur dalam urusan keluarga orang lain!!" Puan Ida kelihatan begitu marah sekarang. Khair tarik nafas sebelum dia menganggguk-ngangguk kepalanya.

"Maafkan Khair."

"Apa pun dah jadi pada Liy, mama nak kamu jauhkan diri dari dia. Mama ada firasat buruk tentang Lily."

"Tak baik ma,, Lily cuma perlukan seseorang untuk ada dengan dia setelah apa yang dah jadi ni.."

"Dan seseorang itu bukan kamu! TITIK. Jangan melawan cakap mama!" Tajam mata Puan Ida memberi amaran.

"Cuba kita letak diri kita kat tempa Lily.. Lily banyak terseksa ma!"

"Yes mama tahu Khair! Mama cuma nak kamu jauhkan diri dari Lily sebab mama tahu Lily yang tertekan sekarang akan lakukan apapun untuk kepuasannya. Mama tak mahu kamu terlibat dengan urusan dia! Faham?!!"

Khair terdiam menatap wajah mamanya.

"Mama tak bercakap kosong. Tengok diri kamu sekarang. Apa yang kamu dapat,luka? Sakit?" Puan Ida pandang anaknya dari atas hingga kebawah.

"Baik, asalkan mama tak pandang buruk pada Lily. Lily jadi begitu ankara orang-orang yang dia sayang juga. Kita tak boleh salahkan dia.." Khair angkat kaki mendaki tangga.

"Dia cuma terlalu kecewa dan dikhianati.." Sebaik menutur ayat itu Khair berlalu meningalkan mamanya termanggu disitu.

Puan Ida lepas keluhan berat lantas memejam matanya. Sungguh hatinya tak mampu bertenang dari tadi sebaik mendapat panggilan permohonan maaf dari Erma tentang luka di kaki Khair. Entah apa sudah berlaku pada Lily sekarang.

...

"Mama.. Kenapa kakak marah.. Adik takut." Puan Sarah berpaling memandang anak bongsunya datang menegur bersama kain telekung di tubuh. Pasti baru siap mengaji dengan ayahnya. Mata Puan Sarah bergerak memandang suaminya Fajir baru menuruni tangga, Wajah Fajir kelihatan redup dari tadi.

"Kakak masih bersedih Lisa. Lisa jangan ganggu kak Lily ya? Kalau dia balik ke rumah ni, Lisa jangan nakal ya??" Lembut Puan Sarah menjawab soalan anaknya. Lisa berumur 10 tahun tapi banyak perkara yang anak kecil itu masih belum faham. Sebaiknya Lisa tidak tahu dari anak itu terkesan emosi.

"Okay mama.." Mata Lisa brgerak memandang ayahnya sebelum bibirnya melebar senyum.

"Ayah!!" Lisa berlari mendapatkan ayahnya. Puan Sarah senyum tipi memandang.

"Bila kita nak balik rumah kita?" Erma pandang mamanya sebaik Lisa berlalu bercakap dengan ayahnya. Puan Sarah hela nafas berat.

"Mama tak tahu, tapi mama tak sampai hati tinggalkan dia sendiri.. Dia masih bersedih."

"Balik lah ma! Erma sudah tak tahan tengok Lily layan mama macam tadi! KIta dituduh pembunuh! Perampas!" Erma akhirnya luah rasa geram terbuku. Dia bertahan kerana mamanya tapi sampai tahap ibunya dilyan seperti wanita murahan, sabarnya turut hilang.

Puan Sarah terdiam memandang Lisa kecoh dilayan ayahnya.

"Kalau bercrai dapat pulihkan semuanya. Bercerai lah ma! Erma dah tak tahan."

"Erma!" Berkerut wajah Puan Sarah mendengar kata-kata anaknya. Kali ini Erma kelihatan kasar dengannya. Mungkin terkesan dengan kata-kata Lily siang tadi.

"Erma penat. Erma tidur dulu." Erma merengus sebelum bangun menuju ke bilik tetamu. Dia sudah rimas tinggal dirumah orang lain. Dia mahu pulang ke rumahnya!
....

Lily hempas pintu kereta sebelum matanya redup memandang Restoran dihadapannya. Dia seperti membayangkan saat-saat mereka sekeluarga dahulu sama-sama di Restoran itu, Ibu dan ayahnya turut bersama di Restoran untuk memasak dan melayan pelanggan. Malah Ayahnya pernah diatakan chef handal sehingga Ibunya ketawa dan mengalirkan air mata kerana terhibur. Restoran ini hasil usaha Ibu dan Ayahnya. Bagaimana bisa ayahnya lupakan saat -saat Indah itu saat bersama wanita lain.

Hatinya menangis.

"Lily!!" Seseorang yang keluar dari pintu belakang membawa plastil sampah menegur Lily. Riak wajah wanita itu kelihatan terkejut.

"Hai Kak Zati.." Lily senyum tipis. Kak Zati cepat-cepat meletak plastik sampah sebelum meluru mendapatkan tubuh majikannya.

"Lily okay? Akak risau sangat Lily.." Ujar Kak Zati sambil berkerut-kerut menilik wajah Lily.

Lily senyum tipis seraya mengangguk kepalanya.
"Lily dah okay."

"Akak dengan budak-budak lain tiap-tiap hari sebut pasal Lily, kami risau sesuatu terjadi pada Lily.." Kak Zati pandang kaki Lily yang berselipar jepun. Mereka ada di kejadian Lily mengamuk dan memijak kaca tanpa perasaan itu. Hanya tuhan sahaja yng tahu bertapa mereka risaukan Lily. Lily tak pernah sebegitu selama ini, gadis itu bagai dirasuk.

"Tak ada apa lah kak. Jangan risau. Jom masuk." Lily paut bahu Kak Zati dengan sengihan.

"Eh kejap!" Kak Zati menghentikan langkah sebelum matanya tak berkelip memandang ke dalam mata Lily.

"Lily pasti Lily nak kerja harini? Dalam tu banyak memori.."

"Ikutkan hati Lily nak tidur dan menetap dalam Restoran ni kak. Lily dah penat duduk sendirian kat rumah."

"Sendirian?" Kak Zati kerut dahi. Maknanya Lily tidak duduk bersama ayahnya?

"Dah jangan banyak fikir. Berkerut muka tu nanti cepat tua. Anak akak baru tadika tau!" Usikan Lily buat Kak Zati memuncung mulutnya. Lily menghambur tawa sebelum membawa diri masuk ke dalam Restoran keluarganya itu. Senyuman dilempar pada pekerjanya yang terpinga-pinga dan terkejut melihatnya. Tenang dia capai apron lantas dipakaikan pada tubuh.

'Waktu bersedih sudah tamat Lily'

Bergembiralah dengan hidup sendiri..

Kringg~

Bunyi loceng pintu restoran dibuka buat Lily berpaling dengan senyuman manis.

"Selamat datang,,"

Seseorang di muka pintu kelihatan kaku memandang senyuman manis dihadapannya. Bukan dia pegun kerana tergoda tetapi gadis dihadapannya kelihatan sangat berbeza dengan susuk yang dia lihat di hospital tempoh hari.

"Ilham!" Lily terkebil-kebil memandang Kak Zati menerpa ke arah lelaki yang baru menapak masuk ke dalam restorannya. Kenalan Kak Zati kah?

"Kak, Ilham sengaja datang makan sini. Lama tak jumpa akak." Lily mengerut kening memandang lelaki dihadapannya. Sepertinya dia pernah dengar suara itu sebelum ini.

"Itulah, terkejut akak tengok kamu kat sini." Zati melepas tawa kecil hanya Lily terkebil-kebil cuma mengingat lelaki itu.

"Oh ya Lily, Ini Ilham sepupu akak. Dia doktor..."

Mata Lily serta merta membesar. Dia sudah ingat!

"Saya rasa awak dah ingat saya." Ilham sengih kekok dihadapan Lily.

"Oh, saya baru ingat." Lily senyum kelat.

"Eh dah kenal?" Kak Zati pandang keduanya silih berganti.

" Ya kak, dia pesakit Ilham tempoh hari. Tak sangka dia kerja dekat sini juga." Balas Ilham sopan

Zati menyiku lengan sepupunya.
"Dia bos akak!" Sekali lagi Ilham terkejut.

"Oh Sorry say tak tahu." Laju Ilham meminta maaf buat Lily melepaskan tawa kecil.

"Tak apa, saya bekerja deka sini juga. Jemputlah duduk, saya hantar menu nanti." Balasan ramah Lily buat Ilham tak dapat bayangkan kemana pergi pesakit dingin yang selalu jadi bualan jururawat dahulu. Adakah ini sebenarnya susuk dan perangai gadis itu?

Menarik..

"Kaki awak macam mana?" Ilham menyoal sebaik Lily mengambil tempat dihadapannya setelah diminta Kak Zati untuk tidak banyak bergerak dan menemani Ilham makan.

"Dah okay."

"Jangan banyak bergerak. Kaki awak baru sembuh saya takut nanti ada jangkitan kuman."

"Sekarang kita dekat restoran saya. Bukan di hospital awal Doktor Ilham." Balas Lily buat Ilham yang ingin menyuap makanan ke mulutnya menghamburkan tawa.

"Jadi apa peraturan yang saya kena patuh di restoran awak wahai Chef Lily?" Ilham menyoal dengan usikan. Lily tersenyum nakal.

"Makan sampai habis, kalau tak nanti saya minta doktor basuhkan pinggan kat belakang."

Sekali lagi Ilham menghamburkan tawa. Terhibur dengan kata-kata gadis itu.

Seseorang di luar Restoran memandang tidak berkelip. Restoran Lily dindingnya kaca lut sinar buat orang diluar dapat melihat dengan jelas apa yang ada di dalan restoran itu. Khair alih pandangan wajah dari melihat Lily sedang gembira bergelak tawa dengan lelaki lain. Sepatutnya dia yang ada di tempat lelaki itu.

Kecewa untuk lama berada disitu, kaki masih berbalut diangkat pergi. Dia betul-betul bukan sesiapa untuk Lily.

"Oh ya Lily, semalam boyfriend awak ada datang dapatkan rawatan kerana luka terpijak kaca. Kamu berdua memang suka main kaca ke?" Soalan Ilham buat wajah Lily mengendur.

"Boyfriend?" Soal Lily kembali. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk ada boyfriend ataupun mana-mana lelaki istimewa dalam hidup. Dulu hidupnya terlalu lengkap dengan kebahagiaan sebuah keluarga buat dia tidak memerlukan mana-mana lelaki buat masa itu.

"Ya, lelaki tu selalu ada masa awak warded dulu. Walaupun tak boleh jumpa awak, dia selalu tunggu depan hospital or dekat Lobi. Nurse yang selalu bagi perkembangan kesihatan awak pada dia." Balas Ilham sambil tenang menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Lily mengerut dahi. Khair kah?

"Siapa dia?"

"Lah, boyfriend awak. Nurse selalu cakap itu boyfriend awak. Tak silap nama dia Khair."

"Ohh.." Wajah Lily berubah kelat. Dia tidak sangka Khair lakukan semua itu selama ini. Dia terlalu pentingkan diri sehingga tidak peduli orang-orang disekelilingnya.

Perdulikan semua itu. Khair juga sama seperti mereka.

"Dia bukan boyfriend saya." Ringkas balasan Lily buat Ilham yang ingin menyambung suapan terbantut seraya mengangkat kepalanya.

"Oh! Sorry saya salah faham."

Lily senyum tipis seraya mengangguk kepalanya. Dia ingin tanya bagaimana keadaan Khair tapi egonya menghalang. Sebaiknya dia tidak tahu. Tiada sesiapa suruh lelaki itu untuk peduli dan ambil berat tentang dirinya.

Continue Reading

You'll Also Like

217K 27.1K 100
ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023]
108K 3.8K 74
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.4M 60.5K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...
2.9K 372 19
dia hadir lantas memilih untuk merubah segalanya, ingin mendambakan hal yang bukan untuknya, di saat kepercayaan semakin nyata, terpilih kah dia untu...