Silent Melody [✔️]

Par arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... Plus

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 70

3K 315 12
Par arniey11

Arshen duduk senyap di tepi katil adik perempuannya itu. Matanya tidak habis memandang risau akan Rechel yang kelihatan lemah sahaja baring di atas katil tersebut.

Sejak budak itu pengsan semalam, dia langsung tidak pernah melihat budak itu membuka matanya. Bak kata Cruz budak itu menghidapi deman panas setelah budak itu ditangkap membuat kerja itu lagi oleh Cruz.

Sejujurnya dia sendiri terkejut apabila Cruz mengatakan semua itu dan apa yang lebih terkejut, budak itu sempat berjumpa dengan Beth. Sepatutnya Beth tidak boleh berjumpa dengan Rechel malah memasuki rumah ini.

Tapi entah bagaimana Beth itu dapat masuk dan berjumpa dengan Rechel. Hal itu sangat bahaya untuk mental Rechel yang masih lemah itu. Dan tidak mustahil adiknya melakukan kerja itu lagi kerana berjumpa dengan budak itu.

Perkara itu memang sangat merisaukan hatinya. Dia sampaikan tidak mahu berkerja pada hari ini hanya sebab mahu menjaga adiknya itu.

Pada awalnya Cruz ingin menjaga kerana dia adalah doktor tetapi tiba-tiba ada sesuatu terjadi sehingga dia terpaksa bergegas ke hospital. Mahu suruh Mary tidak dapat kerana Mary juga sama seperti Cruz dimana ada sesuatu terjadi sehingga wanita itu terpaksa balik ke rumahnya.

Dia tidak mempercayai orang lain jadi untuk menjaga adiknya selain orang tadi, jadi dia sendiri mahu menjaga budak itu.

Arshen mengeluh seorang diri di situ. Badannya menyandar di kerusi tersebut. Dia berfikir di dalam diri sendiri, bilakah semua itu akan berakhir?

Tapi sebelum itu dia terfikir, bagaimana semua itu terjadi. Dia tidak ingat sejak bila Rechel memang betul-betul berubah.

Dia mengaku dirinya dulu pernah bersikap kasar terhadap budak itu tapi semua itu masa lalu. Rasanya Rechel pun sudah tidak kisah.

Dulu dia bersikap kasar kepada budak itu kerana hasutan orang sekelilingnya yang mengatakan bahawa Rechel adalah penyebab ibunya pergi. Lelaki itu sangat sayangkan ibunya dan apabila ibunya pergi, hatinya bagai sudah pecah.

Dan sebab itu dia mula menjadi dingin lalu fikiran menyalahkan Rechel yang tidak bersalah menjadi sebab semua itu berlaku. Sungguh dia menyesal kerana terpengaruh dengan hasutan orang yang mengatakan bahawa Rechel itu bersalah. Memang menyesal.

Tok! Tok!

Arshen terus melihat ke arah pintu yang terbuka ktu setelah mendengar bunyi ketukan tadi. Dia melihat Cruz datang berjalan mendekati dirinya. Mungkin urusan lelaki itu sudah selesai.

"Macam mana dengan dia? Sudah sedar ke?" Soal Cruz.

Arshen hanya menggelangkan kepalanya menjawab soalan itu. Cruz mengeluh lalu datang mendekati gadis itu. Dahi gadis itu disentuh olehnya untuk memeriksa suhu badannya.

"Dah tak panas sangat macam semalam. Mungkin dia dah hampir membaik," ujar Cruz.

Cruz seterusnya memegang lengan kiri Rechel. Matanya mamandang luka yang dilakukan oleh Rechel malam tadi. Masih terlihat lagi kesan luka itu. Kalaulah dia cepat sedikit pulang semalam mungkin dia dapat halang Rechel melakukan kerja itu.

"Kau tak nak balik office kau ke? Kalau kau nak balik, baliklah. Aku boleh jaga Rechel," ujar Cruz.

"Tak pa, aku dah minta cuti dari papa. Jadi hari ini aku memang cuti."

Cruz mengangguk faham. Baguslah kalau Arshen cuti hari ini sekurangnya dia ada orang yang dia boleh percaya jaga Rechel. Dia mahu menjaga Rechel tapi dia takut ada kecemasan berlaku seperti tadi dimana dia terpaksa balik ke hospital.

"Aku sebenarnya ada benda nak kata dengan kau," Cruz melihat ke arah Arshen.

"Apa dia?" Arshen bertanya.

"Apa kata lepas ni mula cakap lembut dengan Rechel," Arshen memandang pelik ke arah Cruz yang mengatakan itu tadi.

"Cakap lembut? Maksud kau?"

"Kita cakap secara lembut dengan Rechel bukan macam cara kita cakap dulu. Aku tak tahu benda ini bagus atau tidak tapi sekurangnya kita boleh buat hubungan antara Rechel dan kita nampak baik sedikit," terang Cruz.

Arshen berfikir sejenak. Ada betul apa yang dikatakan adik lelakinya itu.  Kalau mereka dapat bercakap dengan sedikit lembut kepada Rechel itu mungkin boleh membuat hubungan mereka semakin baik.

"Kau pun nak tembus kesilapan kau pada diakan," Cruz cuba menyakitkan Arshen.

"Kalau macam tu, baiklah."

Cruz tersenyum apabila Arshen setuju akan cadangannya. Mungkin selepas ini hubungan antara dua orang itu akan lebih baik.

Dia tahu bahawa antara dia dan Arshen, Arshen lebih teruk hubungannya dengan Rechel kerana satu kejadian ketika kecil dahulu.

Tok! Tok!

Terus kepala dua orang itu menoleh ke arah pintu apabila terdengar satu bunyi ketukan.

"Papa," sebut dua orang itu apabila melihat encik Shawn bersama seorang pembantu rumah ini masuk ke dalam bilik ini.

Encik Shawn berjalan mendekati mereka berdua sambil matanya memandang ke arah katil Rechel.

"Macam mana?" Soal lelaki itu.

Cruz menggelangkan kepala menandakan Rechel itu belum sedar. Encik Shawn mengeluh di dalam hati. Walaupun luaran dia nampak tegas tetapi dalaman dia sangatlah risuakan satu-satunya anak perempuannya itu.

"Tuan sudah makan? Kalau belum nak saya hidangkan," ujar pembantu rumah tadi.

Mereka bertiga baru teringat bahawa masa makan tengahhari sudah pun berlalu dan mereka masih belum makan.

"Tak apa, nanti-"

"Uh..." tiba mereka terdengar satu suara.

Kepala mereka dengan lajunya menoleh ke arah Rechel. Mereka melihat mata gadis itu membuka sikit demi sedikit.

Crus yang berada dekat di situ terus datang mendekati Rechel. Dia perlu periksa sama ada Rechel itu baik atau tidak.

"Rechel, kamu okay?" Soal Cruz dengan lembut.

Rechel yang sudah tersedar itu hanya diam memandang lemah ahli keluarganya yang kelihatan risau itu. Seketika kemudian satu anggukkan dibalas oleh Rechel.

"Kamu ada rasa sakit mana-mana?" Sekali lagi Cruz bertanya.

Gadis itu menggelengkan kepalanya menjawab soalan tadi. Mata gadis itu terbuka namun lagi kelihatan seperti mata mati. Tidak bernyawa dan hanya memandang serupa patung manusia.

"Lebih baik kita biar dia berehat dahulu," Ujar Cruz kepada Arshen dan bapannya.

Dua orang itu setuju lalu berjalan keluar dari bilik itu. Sebelum pintu bilik itu ditutup, sempat Cruz melihat sekilas tubuh Rechel yang kelihatan sungguh lemah itu.

Dia tahu adiknya itu baru menghadapi semua kejadian yang sangat teruk tapi dia tidak sangka keadaan adiknya sebegitu teruk. Dia memang menyesal tidak melihat budak itu dari awal.

"Lepas ni tolong jangan lupa hantar makanan dengan dia," arah Cruz kepada pembantu rumah yang masih ada di situ.

Pembantu rumah itu menurut perintah lalu meminta diri untuk menghidangkan makanan tersebut.

Selepas beberapa minit berada di hadapan bilik itu, Cruz terus beredar menuju ke biliknya pula. Dia harus memikirkan sesuatu itu menghalang Rechel daripada melakukan perbuatan yang sama.

Dia adalah doktor dan kali ini adiknya sendiri adalah pesakitnya. Tugasnya untuk mengetahui cara menyembuhkan pesakitnya itu.

Tak tahulah kali ni plan mereka untuk berbaik dengan Rechel jadi ke tidak.

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

The Rivals✔ Par ISYA HANN

Roman pour Adolescents

497K 29.9K 53
Mereka bersaing antara satu sama lain walaupun berada dalam bidang yang berbeza. Matlamat mereka hanya satu iaitu menjadi JUARA Everyone want to be...
1M 67.8K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...
53.5K 4.4K 54
Book 2 of fantasy series. [Book 1: Phoenix: The Legend Power] [Book 2: Dragon: The Next Heir] Setelah keamanan menguasai Wonderland, dunia perlahan-l...
64.2K 8.8K 101
Kalau Joe Jonas jumpa muse music dia Demi Lovato di camp summer, Liana Florence jumpa muse music dia di hutan belakang akademi dia. **************...