Silent Melody [✔️]

נכתב על ידי arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... עוד

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 67

2.9K 304 15
נכתב על ידי arniey11

Mata aku memandang langit yang luas terbentang itu. Sungguh biru dan tenang namun diri ini tidak begitu.

Setelah teringat akan memori silam pada malam tadi, diri ini tidak pernah akan tenang. Sampaikan aku nak sambung tidur pada malam tadi pun tidak dapat.

Jadi ceritanya aku sampai sekarang tidak tidur lagi. Diri aku ini juga terasa lemah kerana kurang tidur. Sekarang rasa tak nak buat apa-apa sahaja.

Mata aku beralih melihat ke arah jam yang menunjukkan pukul 10 pagi itu. Sunggih lambat masa berlalu. Aku mahu masa berlalu dengan cepat dan aku boleh kembali ke sekolah semula.

Kalau boleh aku mahu keluar dari rumah ini dengan cepat. Berada di dalam rumah ini buat aku semakin sakit sahaja.

Jadi sebab itu tolong bagi masa ini cepat sikit berlalu. Aku nak jumpa dengan Claire dan bercakap dengannya. Aku tidak tahu kenapa tapi bila cakap dengannya buat aku rasa tenang. Mungkin sebab kami berdua alami kesengsaraan hidup yang hampir sama. Jadi itu membuat aku berasa tenang berkawan dengan.

Aku mengeluh seorang diri di sana. Bila agaknya aku boleh bertemu dengan Claire. Sejak dua menjak ini aku perasan bahawa Claire sudah tidak berapa aktif dalam media sosial. Biasanya kalau aku hantar pesanan kepada dia mesti dia akan jawab.

Tapi sekarang tak, malah lihat sahaja tidak. Sejak mula cuti semester ini dia mula jadi begitu. Kenapa agaknya?

"Bagus betul cuaca hari ini," ujar Mary yang datang mengemas bilik aku ini.

Aku menoleh ke arah wanita itu. Kelihatan dia sudah selesai mengemas bilik ini. Mata wanita itu memandang ke luar tingkap bilik ini.

"Kalau hari macam ni, cik jalan-jalan dekat taman bunga tu mesti seronok. Cik tak nak pergi ke?" Tanya wanita itu sambil tersenyum.

Aku berfikir sejenak. Diri ini sungguh malas untuk bergerak dan kalau keluar rumah pun mesti rasa macam bertambah sakit sahaja.

"Kalau cik tak nak pergi, saya akan-"

"Aku pergi," balas aku lalu aku terus berdiri.

Jangan tanya kenapa aku berubah fikiran pula. Aku hanya rasa hendak cuba melihat taman bunga mawar itu.

Kaki aku berjalan menuju ke pintu keluar. Dapat aku lihat muka Mary tersenyum melihat aku. Mesti dia fikir aku pelik hari ini. Tiba-tiba sahaja mahu keluar sedangkan selama ini aku suka berkurang di dalam bilik sahaja.

Pintu bilik ini dibuka lalu aku terus keluar bersama dengan Mary. Dalam perjalanan aku pergi ke taman bunga mawar, tiba aku terserempak dengan Finn, pembantu peribadi bapa aku.

Lelaki yang misteri itu menghadiahkan aku satu senyuman. Aku tidak tahu kenapa tetapi bagi aku lelaki itu sangat misteri. Dia bagai seorang yang akan tahu semua benda di dunia ini. Termasuklah tentang aku dan sebab itu juga kalau boleh aku mahu mengelak darinya.

"Cik, mahu ke mana?" Soal Finn.

"Cik muda mahu pergi ke taman bunga sekarang," Mary tolong menjawab untuk aku.

"Kalau macam tu, boleh saya temankan cik?" Pintanya.

Aku memerhati muka yang tersenyum misteri itu. Kenapa agaknya dia suka sangat tersenyum seperti itu? Senyuman itu serius membuat aku merinding.

"Ikut suka hati kau," balas aku lalu aku terus berjalan keluar dari rumah ini.

"Terima kasih cik," dia terus mengikuti aku.

Kami berdua berjalan menuju ke sebuah taman bunga ros yang terdapat di halaman rumah aku. Taman itu tidaklah besar sangat tetapi pemandangan di sana sangatkan cantik dengan adanya pelbagai jenis bunga mawar.

Ya, hanya bunga mawar. Tidak ada bunga lain. Bak kata Mary ibu aku sangat sukakan bunga mawar jadi sebagai hadiah bapa aku dulu kepada ibu aku, dia hadiahkan taman ini kepadanya.

Jadi sejak itulah taman ini selalu mekar dengan bunga mawar walaupun ibu aku sudah tiada. Taman ini satu-satunya peninggalan ibu aku yang aku boleh lihat sampai kini.

Kaki aku melangkah masuk ke sebuah gazebo yang terdapat di taman ini. Kerusi yang terdapat di gazebo taman ini diambil oleh aku untuk aku duduk.

Aku melihat ke arah Finn yang hanya berdiri itu. Dia tak nak duduk ke? Ke memang sudah tak boleh duduk.

"Kau tak nak duduk ke?" Soal aku.

"Kalau cik benarkan, saya akan duduk."

"Duduk sahajalah. Itu hak kau bukan aku."

"Kalau macam tu terima kasih, cik." Dia terus duduk di hadapan aku.

Sekarang keadaan di sini terasa sungguh janggal. Sudahlah Mary tiada kerana katanya menghantar barang dia tadi dan sekarang aku berdua dengan lelaki misteri ini.

Memang terasa janggallah. Aku mana tahu hendak bercakap apa dengan lelaki ini. Kalau aku bercakap nanti, takut rahsia aku yang lain yang terbongkar secara tiba-tiba.

"Cuaca hari ini bagus ya cik," ujar lelaki itu secara tiba-tiba.

Aku diam dan hanya memandang ke arah bunga mawar yang mekar di tengah taman ini.

"Saya ingat lagi dulu cik cakap cik sukakan taman ni," katanya membuat aku terkejut. Apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya?

"Aku tak ingat pernah kata tu," aku cuba mengelak.

"Maafkan saya, mungkin saya salah dengar pada waktu itu. Tapi saya ingat sangat dulu waktu cik kecil, cik selalu main dekat sini."

Aku terkejut mendengar semua itu. Bagaimana dia tahu? Seingat aku dia mula bekerja dengan bapa aku 5 tahun lepas dan waktu tu aku sudah mula bersekolah di Erwa Academi.

Mana mungkin aku bermain seperti anak kecil pada umur aku sebegitu. Jadi bagaimana dia tahu? Aku dan dia pernah berjumpa ke masa kecil dulu.

Kalau pernah itu mustahil aku tak ingat. Jadi siapa sebenarnya lelaki ini?

"Saya juga ingat dulu cik pernah nak tunjuk sijil kemenangan cik pada tuan Arshen dekat sini tapi cik tak dapat tunjuk sijil tu, sampai cik fikir untuk buang sijil."

Aku memandang tajam ke arahnya. Ini memang sudah pelik. Kejadian itu hanya aku sahaja yang tahu. Dan dia sepatutnya tidak tahu kerana waktu itu dia masih lagi belum wujud di rumah ini.

"Siapa kau sebenarnya?" Soal aku dengan nada serius.

"Siapa saya? Saya Finn cik. Pembantu peribadi tuan Shawn," lelaki itu tersenyum.

"Aku tak rasa kau hanya pembantu peribadi dia."

"Ikut hati cik kalau cik hendak percaya atau tidak."

Aku hanya memandang tajam lelaki itu. Siapa dia dan mengapa dia tahu semua kejadian lampau yang berlaku di dalam rumah ini? Sedangkan dia baru bekerja dengan bapa aku 5 tahun lepas. Dia memang misteri.

"Tapi cik, saya mahu beritahu cik sesuatu. Kalau cik rasa betul-betul mahu selesaikan misteri kematian puan Amel, rasanya cik kena minta tolong keluarga cik. Cik tak boleh buat semua benda tu sendiri," sekali lagi aku terkejut.

Bagaimana dia tahu? Perkara itu hanya aku, Ian dan Jason sahaja yang tahu.

"Kau tahu apa yang aku buat selama ni," ujar aku.

"Ya, tapi jangan risau saya tak akan beritahu siapa-siapa." Balasnya lalu memberi aku satu senyuman.

"Macam mana-"

"Ini dia cik. Teh kegemaran cik sudah tiba," suara Mary tiba memberhentikan persoalan aku.

Aku mengeluh dan hanya menerima kedatangan Mary itu. Aku tidak boleh bercakap tentang ini di hadapan Mary. Jadi apa yang aku boleh buat sekarang hanya diam memandang lelaki misteri di hadapan aku.

Siapa identiti Finn ni sebenarnya?

המשך קריאה

You'll Also Like

497K 29.9K 53
Mereka bersaing antara satu sama lain walaupun berada dalam bidang yang berbeza. Matlamat mereka hanya satu iaitu menjadi JUARA Everyone want to be...
73.5K 1.4K 8
Diterbitkan di bawah publisher Fajar Pakeer sempena PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023. Perlawanan seterusnya bakal bermula...
373K 21.4K 41
Aku Alisa Natasya. Seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang hodoh, bodoh, dungu, dan semua yang negatif untukku. Ya aku mengaku itu. Dan aku tida...
26.8K 1.1K 57
Seorang gadis bernama luna yg tinggal di bersama keluarganya malah tragedi kematian berlaku di atas ibubapa luna mempunyai 5 orang adik beradik luna...