Silent Melody [✔️]

By arniey11

353K 33.8K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 66

3K 314 13
By arniey11

"Abang, tengok Rechel dapat nombor-"

"Kalau kau tak dapat nombor 1 jangan sibuk nak tunjuk dekat aku. Aku tak ada adik yang bodoh."

"Tapi Rechel memang-"

"Beth tu lebih bagus dari kau. Dia boleh dapat top 3 dengan senang daripada kau."

Aku tersedar dari mimpi kisah silam itu. Nafas aku tersekat-sekat sambil peluh keluar dari muka aku.

Perasaan diri aku kini tidak dapat diungkapkan. Aku takut, marah dan sedih dalam masa yang sama.

Mimpi tadi adalah mimpi kisah silam aku yang lepas. Antara mimpi yang paling aku tidak mahu ada.

Aku tidak suka mengingati kisah silam tapi kenapa aku harus mimpi semua itu. Apa sebab aku harus ingat semua kisah silam yang pahit itu.

Aku ingat lagi ketika semua itu berlaku. Hari dimana aku cuba menarik perhatiannya setelah aku dapat keputusan pertandingan menulis esei itu. Hari dimana aku tahu bahawa semua usaha aku untuk menarik perhatiannya adalag sia-sia sahaja.

Aku sangat ingat semua itu dan bagaimana dia menolak aku dan menerima perempuan yang langsung tidak ada pertalian darah kepadanya.

.
.
.
.
.

Flashback

Seorang budak perempuan berlari keluar dari kereta yang datang mengambilnya dari sekolah tadi. Hari ini dengan penuh cerianya dia pulang ke rumah setelah mendapat keputusan yang dia nanti-nantikan selama ini.

Kakinya dengan laju berlari masuk ke dalam bilik untuk menghantar beg sekolahnya. Seterusnya, dia terus keluar dari bilik itu pergi ke bilik abang pertamanya, Arshen.

Tok! Tok!

Pintu itu diketuk olehnga tapi tidak ada sahutan. Dia berasa hairan.

Tok! Tok!

Sekali lagi dia ketuk namun masih lagi tidak ada sahutan. Dia mahu membuka pintu bilik itu tapi dia takut dimarahi oleh abangnya seperti dulu.

"Cik Rechel sudah balik?" Tiba satu suara menegurnya dari belakang.

Dia menoleh dan kelihatan Mary yang menegurnya tadi.

"Cik buat apa sini?" Soalnya lagi.

"Abang tak ada ke?" Rechel bertanya kepada wanita itu.

"Tuan Arshen masih lagi dekat universiti dia. Rasanya petang sedikit dia akan balik. Cik ada apa-apa hal nak jumpa dengan dia ke?"

Rechel menggelangkan kepalanya lalu berjalan pergi dari situ. Dapat dilihat dari Rechel yang sedikit murung apabila mendengar hal tadi.

Niatnya tadi ingin menunjukkan keputusan kemenangan pertandingan menulis esei yang dia sertai dulu kepada abangnya. Namun niat tersebut terbatal apabila dia tahu abangnya masih belum tiba di rumah ini.

Kakinya melangkah masuk semula ke dalam bilik itu. Baju uniform sekolah yang dia pakai dilepaskan lalu dia menggunakan baju biasa.

Buku yang ada di dalam beg sekolahnya tadi dikeluarkan dan terus dia letak di atas meja belajarnya. Kerusi di meja itu diduduki olehnya lalu dia terus membuat kerja sekolah itu.

Itulah rutin hariannya. Sepulang sahaja dari sekolah dia akan membuat kerja sekolah ataupun belajar. Rechel bukan seperti budak biasa yang akan terus pergi bermain setelah pulang sekolah.

Dia harus belajar untuk meningkatkan kepandaian dirinya demi keluarga ini. Keluarganya tidak akan mahu memandangnya sekiranya dia seorang yang gagal.

Jadi untuk tidak memalukan nama keluarga itu dia harus belajar dan mendapatkan apa sahaja yang mereka mahukan.

Walaupun satu sekolahnya sudah menganggapnya sebagai seorang yang pintar tapi perkara itu tidak akan memuaskan hatinya sehinggalah keluarga itu sendiri yang memujinya.

Tujuan utama dia belajar dan mendapatkan semua itu hanya untuk menarik perhatian ahli keluarganya. Dia tahu walaupun sekarang ahli keluarganya tidak pernah melayaninya namun dia yakin satu hari nanti mereka akan melayani dirinya seperti orang lain. Jadi sebab itu dia harus berusaha mendapat perkara itu.

Setelah beberapa jam membuat kerja sekolah itu, akhirnya kerja itu selesai. Buku tadi dikemas rapi olehnya tepi meja.

Seterusnya dia pergi ke arah meja yang tidak jauh dari tingkap bilik itu. Dia selalu duduk di situ sekiranya mahu membaca buku.

Duduk sahaja dia di sana, tiba dia melihat satu sosok lelaki sedang berjalan bersama seorang perempuan di taman mawar rumah itu. Mata budak itu dikecilkan untuk dia memandang jelas sosok tersebut.

Beberapa minit dia memerhati sosok itu, akhirnya dia mengenali sosok lelaki tersebut. Dia dengan perasaan gembiranya terus berlari keluar dari bilik itu sambil membawa satu sijil pertandingan tadi.

Sesampai di taman bunga ros itu, dia melihat sosok perempuan tadi sudah tiada bersama lelaki itu. Mungkin dia sudah balik.

Lelaki itu sekarang pula kelihatan duduk di sebuah bangku taman ini sambil bermain dengan telefonnya. Jujur Rechel tidak tahu bahawa lelaki itu sudah pun balik.

"Abang!" Panggil Rechel dengan penuh riang. Kakinya melangkah laju ke arah lelaki itu.

Arshen yang mendengar suara adiknya memanggilnya itu menoleh ke arah Rechel. Dapat dia lihat adik perempuannya berlari dengan muka yang penuh ceria sambil membawa satu kertas seakan sijil itu.

Dia tidak tahu kenapa budak itu ceria tetapi setiap kali melihat muka budak itu, sedangkam dia selalu tidak dapat duduk senang. Dia tidak sukakan budak itu ada dekat dengan dirinya.

"Abang, tengok Rechel dapat nombor-"

"Kalau kau tak dapat nombor 1 jangan sibuk nak tunjuk dekat aku. Aku tak ada adik yang bodoh," kata Rechel terhenti apabila abangnya berkata begitu.

Dirinya sungguh terkejut. Dia menelan air liurnya. Mungkin abangnya marah kerana belum mendengar lagi dia dapat nombor apa.

"Tapi Rechel memang-"

"Beth tu lebih bagus dari kau. Dia boleh dapat top 3 dengan senang daripada kau," tiba nama perempuan itu disebut.

Rechel mengetap bibirnya. Dia tidak suka apabila dibandingkan sebegitu sedangkan dia sudah buat yang terbaik.

"Rechel-"

"Abang Arshen!" Satu lagi suara memotong percakapan dia.

Dia menoleh ke belakang dan kelihatan perempuan yang paling dia benci datang ke situ sambil membawa sijil yang sama sepertinya.

Dia baru teringat bahawa perempuan itu juga masuk pertandingan itu walaupun mereka berlainan sekolah.

"Abang, tengok Beth dapat nombor 3 pertandingan hari tu," sijilnya ditunjukkan kepada Arshen.

Arshen mengambil sijil tersebut lalu membaca isinya dan tiba satu senyuman hadir muka lelaki itu.

"Betul ke, tahniah. Kamu memang pandai," pujinya sambil tersenyum.

Rechel yang berada di situ terasa sungguh terkejut. Selama ini lelaki itu tidak pernah menghadiahkannya pujian walaupun satu.

Bukan setakat pujian malah senyuman juga dia tidak pernah dapat. Tetapi perempuan itu yang bukannya ada pertalian darah kepadanya, dia boleh berikan senyuman tersebut. Sedangkan adiknya sendiri dia tidak berikan walaupun sekali.

Sungguh hati Rechel pada waktu itu remuk. Tangannya digenggam tanda dia sangatlah sedih.

"Eh, ada Rechel! Nombor berapa dapat tadi? Mesti kau dapat sijil penghargaan sahaja kan," Beth menegur Rechel.

Rechel mengetap bibirnya memandang ke tanahnya. Tangannya digenggam kuat lau dia terus berlari dari situ. Dia tahu matanya sedih berkaca kerana terlalu sedih menerima kenyataan bahawa abangnya lebih memilih perempuan itu daripada dirinya.

Dalam dia berlari balik masuk ke dalam rumah itu, tiba dia melihat sosok mak cik saudaranya ataupun ibu kepada Beth tadi datang.

Wanita itu memberi senyuman jahat kepadanya. Rechel meneguk air liurnya dan hanya berjalan melintasi wanita itu.

"Kau tak akan dapat perhatian yang kau nak tu," tiba wanita itu berkata apabila dia melintas.

Kakinya terhenti lalu dia terus menoleh ke arah wanita tadi. Satu senyuman dan pandangan tajam wanita itu hadiahkan kepadanya.

"Kau nak tahu kenapa kau tak akan dapat semua tu?" Soal wanita itu kepada Rechel.

Rechel diam tidak menjawab dan hanya memandang ke arah wanita itu.

"Itu sebab kau adalah pembawa malang keluarga ni. Apa yang kau buat, mereka tidak akan lihat. Mereka anggap kau sebagai seorang pembawa malang dan pembunuh sahaja," ayat itu mengejutkan Rechel.

Ayat itu sungguh jahat namun wanita itu boleh berkata sambil tersenyum ke arahnya.

Rechel yang berada di situ terasa seakan hatinya dipatah dengan seribu patah yang sungguh tajam. Sangat sakit sehingga membuatnya boleh menanggis di situ.

Dia tidak minta dilahirkan dalam keluarga itu, namun semua itu dia tidak boleh aturkan. Jadi dirinya juga harus menerima bahawa keluarga ini tidak akan pernah terima seorang pembunuh walaupun dia sudah lakukan yang terbaik demi keluarga itu.

.
.

Time skip

Mary yang mengemas bilik cik muda rumah itu terhenti apabila melihat satu kertas seakan sijil terbuang ke dalam tong sampah bilik itu.

Dia mengambil kertas itu lalu membaca isinya. Sungguhnya dia terkejut itu memang sijil kemenangan pertandingan esei yang Rechel sertai dulu.

"Cik, kenapa buang sijil ni? Sijil macam ni cik patutnya simpan," kata Mary kepada Rechel yang berbaring ke atas katil tidak membuat apa-apa itu.

"Sijil tu sudah tidak ada guna," selambar Rechel menjawab.

"Tapi bukan senang cik nak dapat nombor satu dalam pertandingan seperti tu. Kalau tunjuk pada tuan Arshen mesti dia-"

"Tak ada guna..."

"Apa?"

"Tak ada guna tunjuk pada lelaki tu! Semua yang aku buat semuanya salah. Dan apa yang perempuan itu buat, semuanya betul," tiba Rechel menjerkah.

Mary yang ada di situ terkejut dengan sikap Rechel yang tiba-tiba sahaja berubah marah itu. Dia seperti baru sahaja dirasuk jiwa kemarahannya.

"Kalau sudah siap, tolong keluar. Buang juga sijil tu, aku sudah tak nak," arah Rechel lalu Mary keluar dari bilik itu dengan perasaan yang sungguh risau.

Sungguh dia risau akan cik mudanya itu. Tadi siang dia baik sahaja tetapi tiba malam itu dia berubah menjadi seorang yang sungguh marah.

Dia mengeluh melihat sijil tersebut. Sayang betul kalau dibuang. Sijil seperti ini sepatutnya diletakkan di dalam bingkai dan gantung di dinding.

Bukan senang mahu memenangi pertandingan besar tersebut. Apatah lagi bila dapat tempat pertana melawan peserta lain yanghampir beribu orang itu.

Sungguh dia sedih kemenangan itu tidak dihargai oleh cik mudanya.

"Mary," tiba satu suara memanggil dirinya.

"Tuan Shawn," dia memberi senyuman kepada kepala rumah ini.

Mata encik Shawn memandang ke arah tangan Mary yang membawa satu kertas berbentuk sijil itu.

"Sijil tu..."

"Oh, ini sijil cik Rechel tapi dia kata tolong buang sahaja," dia menunjukkan sijil itu kepada encik Shawn.

Mata lelaki itu membaca tulisan di sijil itu. Terkejut dia melihat nombor yang diperolehi oleh anaknya namun sijil itu dikata dibuang oleh Rechel.

"Bagi aku sijil tu," pinta encik Shawn.

Mary dengan menurut perintah lalu memberikan sijil itu kepada tuanya. Setelah itu dia terus meminta diri pergi dari situ.

Mata encik Shawn memandang curiga pintu bilik anak perempuannya itu. Di dalam kepalanya terfikir kenapa gadis itu membuang sijil berharga seperti itu.

.
.

End of flashback

Rechel, can I hug you? You really need a hug...

Continue Reading

You'll Also Like

88.7K 10.3K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
88.2K 6.3K 58
Syairish Rey, pelajar kolej yang menjalani rutinnya sebagai seorang pelajar. Kehidupannya normal sehinggalah pada hari dia diselamatkan secara tidak...
264K 16.6K 63
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
301K 12K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...