Silent Stealer | Lee Juyeon

By fluffstarlight

4.6K 569 43

"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamu... More

Prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22
23
24
25
not an update!
26
27
28
29
30
31
32 -End !
Epilogue¹
Promote!
Another promote!
Good Newssss!

9

126 16 0
By fluffstarlight

"Okay kelas. Jangan lupa siapkan tugasan yang saya beri tadi. Esok boleh submit pada saya tugasan untuk harini," cikgu mata pelajaran sains itu sempat meninggalkan pesan kepada pelajar-pelajarnya sebelum meninggalkan kelas.

"Baik, saem!"

Jia dan Yerin menutup buku setelah cikgu keluar. Fuh, rasa macam baru boleh dapat udara segar. Masing-masing yang berada di dalam kelas itu mula pergi ke tempat kawan mereka untuk 'membawang' tidak terkecuali Yerin yang sudah sedia memusingkan badannya menghadap ke belakang. Tetapi tidak bagi Lee Jia. Dia terus melentokkan kepalanya di meja.

"Yah, Lee Jia. Bangunlah, pusing belakang. Kejap lagi cikgu tak masuk sampai rehat. Katanya, ada meeting," Sunwoo yang berada di belakang Jia menyepak kerusi Jia dengan kuat.

"Ish, Kimsun! Janganlah kacau. Aku ngantuklah gila," meskipun memarahi Sunwoo dia tetap tidak mengangkat kepalanya.

"Ah biarlah dia tu, Kimsun. Nah, tadi aku sempat mencuri dekat kedai sebelum sampai sekolah tadi," Yerin memberikan lollipop Chupa-Chups kepada Eric dan Sunwoo.

Sunwoo menerima lollipop itu dengan senyuman manis secara diam tanpa disedari oleh Eric dan Yerin.

"Oh, patutlah kau datang lambat tadi, pergi merompak dulu rupanya. Boeklah kau Yerin. Kau rompak sambil mengingati member kau," Eric memberikan thumbs-up kepada Yerin. Yerin menayang wajah bangga.

"Kau macam tahu-tahu je flavour kegemaran aku. Tabiklah!" Sunwoo memberikan gaya respect kepada Yerin. Itulah rupanya punca dia senyum kambing seorang diri.

"Well, Hae Yerin kan. Mestilah tahu apa yang disukai rakan-rakan kesayangannya," lagi sekali Yerin berlagak. Eceh.

Sunwoo terkedu apabila Yerin menyebut ayat 'kesayangannya' tapi dia tidak mendengar perkataan rakan-rakan. Entah kenapa jantungnya berdetak laju. Sepertinya dia sedang berdebar. Tapi kenapa?

"Kimsun? Kau okay?" Yerin yang perasan akan perubahan muka Sunwoo bertanya prihatin. Manalah tahu, lollipop itu rasa lain macam ke?

Pertanyaan dari Yerin membuatkan Sunwoo shy-shy cat. Kedua-dua cuping telinganya merah. Jelas menunjukkan yang dia sedang malu. Yang asalnya cuaca berangin menjadi panas.

"Kim Sunwoo! What's wrong with you?" Sunwoo memarahi diri sendirinya dalam hati. Mata cantik bundar milik Yerin masih setia memandang Sunwoo dengan penuh prihatin dan bersalah?

"Lollipop tu dah rasa lain ke, Kimsun? Kalau tak sedap meh lah sini, tukar dengan aku," Yerin menarik tangan Sunwoo untuk mengambil Lollipop yang berada di genggaman Sunwoo yang sudah terbuka pembalutnya.

Makin membahang panas muka Sunwoo apabila tangannya di sentuh oleh Yerin. Pantas, dia menarik tangannya semula. Deheman kecil dari Sunwoo untuk mengawal dirinya.

"Eh, tak. Sedap. Thank you!" Sunwoo cuba mengawal riak mukanya sekali lagi. Tangan yang dipegang Yerin tadi di masukkan ke dalan kocek seluar.

"Eh, dah lama kan tak nampak Il Nam sunbae. Kalau tak, ada je nak kacau Jia. Tapi ni dah 3 hari tak nampak dia cari pasal dengan Jia,"

Eric yang merasakan suasana janggal antara mereka tadi, mula menukar topik. Yerin mengangguk setuju. Betul juga apa yang dikatakan Eric tu.

Selepas kejadian haritu, ada jugak muka bengis dia mengacau Jia di kantin. Tanpa sedar, sudah tiga hari mereka tidak nampak Il Nam.

"Korang rasa kan, apa pulak plan dia lepas ni?" Yerin bertanya kepada mereka berdua yang khusyuk makan lollipop.

"Aku rasa--" baru sahaja Eric nak memulakan ayatnya, seorang pelajar senior memasuki kelas mereka secara tiba-tiba dengan kasar. Terkejut semua pelajar di dalam kelas itu.

"Sunbae-nim. Kelas kitorang ni pintu dia sama je dengan kelas sunbae. Tak boleh nak bukak elok-elok ke?" Bae Seungmin selaku president kelas memerli pelajar senior yang agak biadap itu.

Pelajar itu hanya memandang tajam ke arah Seungmin. Menunjukkan yang dia marah terhadap Seungmin.

"Biadap siot. Mentang-mentang senior. Memang bagus pun diorang dah nak graduate minggu depan. Buat semak hidup je tengok perangai biadap diorang ni," Joochan berbisik di telinga Seungmin. Seungmin mengangguk setuju.

"Ehem. Aku datang kelas korang ni sebab Cikgu Disiplin nak panggil Lee Jia yang bermasalah dan Sohn Youngjae yang biadap sekian," habis sahaja dia berucap terus dia meninggalkan kelas dengan lagaknya. Sesiapa yang melihatnya pasti ingin menyepak muka pelajar lelaki itu.

"Biadap punya orang. Tak sangka langsung budak tu disanjungi oleh cikgu-cikgu kat sekolah ni," Lee Jia yang terbangun sebaik sahaja pelajar lelaki itu menyebut namanya dan Eric.

"Pelajar contoh ke macam tu. Tuih," Sunwoo pula menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Dia acah-acah meludah ke tepi. Terkejut beruk dia apabila cikgu umumkan bahawa pelajar lelaki dan beberapa pelajar lain termasuk Jung Il Nam diisytiharkan sebagai pelajar contoh bagi tahun ini. Boleh blah lah dengan perangai serupa munafik tu.

"Jom lah, Jia. Kita pergi bilik disiplin," Eric mengajak Jia apabila dia sudah bangun dari duduknya. Jia hanya mengikut langkah Eric keluar.

"Kalau cikgu-cikgu tengoklah perangai sebenar 'pelajar contoh' tadi macamtu, mau ditarik balik gelaran tu," salah seorang pelajar di kelas itu bersuara setelah Eric dan Jia keluar. Masing-masing mengangguk setuju.

Kini, tinggal Yerin dan Sunwoo tinggal berdua di tempat mereka. Sunwoo berasa kekok dan malu apabila berduaan dengan Yerin.

"Erm, Yerin..." setelah mereka berdua berdiam diri, akhirnya Sunwoo membuka mulut. Yerin yang leka bermain handphone tadi memandang Sunwoo dengan penuh perhatian.

"Apa?" Yerin menutup handphone dan meletakkan di poket.

"Kau--ada makanan lain tak selain lollipop. Takkanlah kau curi lollipop je tadi," Sunwoo mengawal perasaannya yang berdebar bagai nak gila.

"Oh. Aku lupa nak bagi kau makanan favourite kau. Youngjae kata kau suka Peppero. So, aku sempat la curi kan untuk kau. Kebetulan tekak aku pun nak makan Peppero kat sekolah," Yerin memberikan Sunwoo sekotak Peppero kepada Sunwoo.

"Jom share. Kita habiskan sebelum Jia dengan Youngjae sampai," sekali lagi Yerin membuatkan Sunwoo tersenyum manis.

👑

"Lee Jia. Sohn Youngjae. Nampaknya Jia dah buat geng untuk membelasah pelajar sekolah. Kamu berdua ni pergi sekolah untuk belajar ke untuk bergaduh?! "

Terhincut bahu mereka berdua apabila cikgu itu meninggikan suaranya. Bagi cikgu itu, bila Jia datang ke bilik disiplin pasti dia buat masalah. Seperti bergaduh. Padahalnya Jia hanya menolong pelajar yang dibuli. Bila cikgu nampak, dia dituduh bergaduh kerana dia sedang membelasah pelajar yang membuli itu.

"Saya datang ke sekolah pastilah dengan niat untuk belajar. Sia-sia sahaja kalau saya datang ke sekolah untuk bergaduh. Tiada manfaat langsung," Jia menjawab dengan perlahan tapi cukup didengari oleh cikgu disiplin.

"Menjawab saja kerja kamu!"

Eric hanya memandang lantai. Takut apabila guru itu menengking Jia di sebelahnya yang sudah lali dengan tengkingan dari guru disiplin itu.

"Kamu berdua tahu tak kenapa saya panggil kamu berdua ke sini? Kalau Lee Jia ni, saya memang dah penat tengok record buruk dia tapi, Sohn Youngjae saya terkejut apabila kamu bekerjasama dengan Lee Jia. Menjadi pelajar gangster di sekolah. Guru-guru di sekolah ini tidak pernah mengajar pelajarnya untuk bersikap biadap dan menjadi seorang yang gangster. Tapi, kenapa kamu berdua datang ke sekolah menjadi pelajar gangster yang kononnya di geruni oleh pelajar lain? Kamu berdua ingat, kamu sudah hebat? Jangan sesekali jadikan sekolah sebagai medan perang. Faham tak apa yang saya cakap ni?!" sengaja dinaikkan seoktaf suaranya untuk menakutkan pelajarnya.

Lee Jia mengeluh berat. Fitnah apa lagi yang sampai kepada guru disiplin? Berita palsu apa lagi yang dikhabarkan pada guru ini? Siapa pula yang menghebahkannya! Lee Jia menggenggam penumbuk dengan erat. Kalau dia tahu siapa yang menyampaikan berita palsu ini memang dia akan mengheret orang yang menyampaikan berita palsu ini dan mengatakan bahawa itu adalah fitnah belaka!

"Untuk pengetahuan Mr.Oh, saya dan Youngjae tidak pernah menjadi pelajar gangster di sekolah dan tidak pernah pun menakut-nakutkan pelajar lain dengan menunjukkan kehebatan," jawapan dari Jia itu lagi membangkitkan kemarahan Mr.Oh.

Eric di sebelah Jia menolak siku Jia supaya tidak menjawab secara berlebihan. Jia tidak mengendahkan amaran dari Eric malah merenung Mr.Oh dengan tajam.

"Oh, kamu kata kamu bukan pelajar gangster di sekolah? Untuk pengetahuan kamu pula, saya mendapat laporan dari pelajar tahun ke-3, kamu membelasah seorang pelajar dan menumbuk pelajar kerana tidak berpuas hati. Adakah betul? Ataupun salah?"

Jia memberikan senyuman sinis. Tidak berpuas hati ye? I know well who is the reporter yang takde insurans ni. Okay, baiklah kau nak main game ni dengan aku kan? Jangan salahkan orang lain, sebab kau adalah pemula permainan ni. Jung Il Nam.

"Saya tidak pernah membelasah orang tanpa sebab dan rasa tidak puas hati. Saya melakukan kerana bersebab," sekali lagi Jia menjawab.

"Oh, bersebab. Apa sebab kamu? Sebelum-sebelum ni pun kamu melakukan hal itu kerana bersebab? Atau kamu dengki dengan mereka sebab di beri gelaran 'pelajar contoh' di sekolah ini?"

Eric menolak pipinya guna lidah. Tidak betah lagi dia hendak mendiamkan diri dan mendengar Jia dan Mr.Oh bertikam lidah dari tadi. Kalau lah Mr.Oh tahu bahawa 'pelajar contoh' yang disanjungi oleh cikgu-cikgu itu adalah sebenarnya pembuli di sekolah ini. Jia menenangkan dirinya dari bertikam lidah dengan Mr.Oh. Penat!

"Kenapa diam? Saya tahu kamu cuma beralasan dengan saya bukan? Tiada orang yang melakukan perkara sebegitu dengan sebab! Dan saya yakin yang kamu tiada jawapan untuk mengatakan sebab-sebab kamu tu kan? Sudahlah, kalau kamu beri sebab pun saya malas nak percaya dan ambil tahu," sambung Mr.Oh apabila dua pelajar dihadapannya itu mendiamkan diri.

"Kalau diberi sebab sekali pun. Saya yakin sangat Mr Oh takkan percaya. Sebab di mata Mr.Oh kami ni budak gangster dan biadap. Sedangkan yang sibuk kumpul berita palsu dan berlakon depan cikgu-cikgu yang lain bahawa mereka adalah 'pelajar contoh' yang patut dicontohi oleh warga sekolah ni, sebenarnya yang no manners dan bertalam dua muka. Saya tahu mungkin cara yang kami gunakan ni salah. Tapi, semua ni ada sebabnya." Eric yang berdiam diri tadi akhirnya bersuara. Balasan dari Eric itu menyebabkan Mr Oh mula menggunakan otaknya. Sudahnya Mr Oh terduduk sakit kepala.

"Sudah, kamu berdua balik kelas! Jangan sesekali nak menyalahkan orang lain dan mereka-reka cerita,"

"Mr Oh sendiri yang kena tahu siapa yang mereka-reka cerita dan siapa yang berkata benar," Eric menundukkan badannya 90 darjah kepada guru itu.

"Hadam ayat yang saya bagi tadi elok-elok ye Mr Oh. Belum terlambat lagi sebelum hari graduasi pelajar tahun terakhir bermula,"

Eric menarik Jia keluar dari bilik disiplin. Mr Oh mula memicitkan kepalanya.

"Aduh, sakit betul kepala ni. Budak zaman sekarang ni langsung tiada adab. Budak nakal macam tu mesti takde sebab kukuh nak bagi. Sebab tu dia diam, ceh. Kalau masuk lagi ke bilik ni memang aku bagi surat gantung sekolah terus,"

👑

"Weh, apa jadi? Kenapa korang kenapa panggil masuk bilik disiplin?" Yerin terus bertanya apabila Eric dan Jia duduk di hadapan mereka. Sunwoo di sebelah Yerin juga memandang Eric dan Jia silih ganti.

"Aku rasa Il Nam sunbae buat laporan pasal aku tumbuk muka dia haritu," Eric memberitahu pendapatnya. Memang tidak salah lagi dah rasanya.

"Dia mula gunakan cikgu-cikgu untuk jatuhkan aku." Jia pula bersuara. Serabut jadinya dia apabila cikgu itu tak habis-habis menyalahkan dirinya 100%. Langsung takde mood!

"Kalau macamtu, kita pun gunakanlah cikgu-cikgu untuk jatuhkan diorang," Yerin memberi cadangan yang agak.......bernas?

"Gunakan cikgu? How? Sekarang ni cikgu-cikgu semua percayakan budak-budak yang kononnya pelajar contoh tu. Ada ke cikgu nak percayakan kitorang ni? Sejak awal lagi dah di cop sebagai muka-muka gangster?"

"Tak semua. Ada seorang lagi cikgu yang malas nak masuk campur hal-hal ni. Tapi bila dia dengar dari kita, mesti dia sebelahkan kita. Believe me," Sunwoo mula terfikirkan seorang guru yang sememangnya dia rapat dengan guru itu.

"Kau rapat ke dengan cikgu tu?"

Sunwoo hanya mengangguk dan memberikan senyuman penuh makna kepada Eric yang bertanya tadi.

"Disebabkan Il Nam tu yang tekan button start , kita just play his game dengan cara kita,"

👑

Continue Reading

You'll Also Like

27.1K 760 49
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
5.8K 554 21
- kau rasa masih wujud lagi ke perkahwinan yang diaturkan oleh family? ya, masih wujud, keluarga aku lahtu dorang nak aku kahwin dengan anak kawan ba...
1.5K 273 21
7 days of romance. Rancangan realiti menyatukan dua orang idol secara rawak. Tanpa mereka sangka, sang gadis menyimpan satu rahsia besar yang tidak d...
76K 391 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...