Legend Beast ✅ [Complete]

By Un__Name

49K 6.6K 1.5K

Rain, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi korban peluru sesat semasa keluar untuk bertemu janji... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bonus Chap!!!
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54

Bab 31

818 136 54
By Un__Name

"Kami akan pergi sekarang, jaga diri dan hati-hati," ucapku sebelum memulakan langkah untuk keluar dari kota itu. Mereka semua kelihatan lebih sedih berbanding sebelumnya membuatkan aku serba salah untuk meninggalkan mereka.

"Jangan risau, saya ada tinggalkan klon saya untuk mengawasi awak semua jadi saya akan segera ke sini jika ada apa-apa yang berlaku. Lagipun, sekarang ni kita semua ada pengawal yang kuat kan?" soalku semula cuba menaikkan semangat mereka. Mereka hanya berdiam masih berat untuk melepaskan aku.

"Haih... Saya bukannya akan pergi selamanya, kamu pun tahu saya akan balik semula ke sini kan?" Ujarku sambil mengeluh berat melihat wajah tidak tenang mereka.

"Tapi... Tuan muda baru sahaja pulang dari mencari keluarga tuan muda dan sekarang tuan muda mahu pergi lagi. Malah klon tuan muda tu... Tak pernah cakap apa-apa seolah patung," ujar Angura dengan berat hati. Yang lain bersetuju dengan apa yang Angura katakan. Aku mengeluh sekali lagi rasa serba salah tapi aku perlu tolong mereka kerana mereka bukan dari tempat ini.

"Saya janji... Saya akan selesaikan perkara ni secepat mungkin," ujarku sambil tersenyum yakin dan mengharapkan mereka melepaskan aku.

"Hah... Nampaknya tuan muda betul-betul berkeras mahu pergi dan kami sememangnya tak dapat menghalang tuan muda. Baiklah, kami hanya mampu doakan tuan muda pulang dengan selamat," ujar Predat sambil mengerutkan kening.

"Kami akan jaga kota ini sebaiknya, Yang Perkasa," sambut ketua Kyuubi dengan penuh elegan.

"Selamat tinggal myu... Hati-hati myu," ucap pula ketua puak Myval yang sama tinggi denganku dalam bentuk manusia. Walaupun mereka dewasa, ketinggian mereka tetap kerdil.

Aku hanya tersengih lebar dan berlalu pergi sambil melambaikan tangan. Kemudian, aku bertukar kepada naga sambil ditunggang oleh Gohan, Miyu dan Sato di belakangku menampakkan seolah aku sememangnya naga yang dijinakkan mereka.

Setibanya di istana kota manusia, ramai yang menyorak seakan meraikan kemenangan hero mereka dan terkejut dengan kedatangan aku. Penjaga istana di situ pula memandangku sinis seakan aku berada di dalam kawalan Gohan. Erkk... Aku tak suka pandangan mereka, ikutkan hati mahu saja aku hembus api tapi aku perlu sabar. Semua ni perlu ikut rancangan.

"Sejahtera ke atas tuanku," ucap Gohan dan lain-lain serentak sambil melutut hormat. Mereka pun dipaksa ikut etika istana ke?

"Hmmm... Nampaknya kalian berjaya jinakkan dia tapi kenapa dia tidak menyembah beta?" soalnya sambil duduk menyilang kaki di takhtanya. Gohan memandangku sambil berpeluh dingin.

"Aku takkan menunduk pada sesiapa kecuali pada yang layak," ujarku sambil memberi amaran menandakan bahawa kononnya aku hanya milik pada Gohan dan bukannya pada raja.

"Biadap!!" ujar pahlawan istana sambil memegang hulu pedangnya bersedia untuk menyerangku namun raja menaikkan jarinya tanda berhenti.

"Jadi... Kamu mahu melawan beta?" soalnya membuatkan aku tersenyum senget.

"Ingat satu perkara Humana... Kau mungkin raja tapi kau bukan raja aku," ujarku sambil tersenyum sinis membuatkan yang lain mula berwaspada denganku.

"Nampaknya kamu perlu latih naga kamu ni lagi Gohan," ujar Raja itu dengan bongkak membuatkan Gohan berpeluh dingin.

"Ya, tuanku," balas Gohan hormat. Ada sesuatu yang tak kena di sini, tapi aku tak tahu apa. Aku cuma rasa tak sedap hati.

Keluar saja dari ruang takhta, aku hanya mengekori Gohan dari belakang melalui pekan. Tiba-tiba beberapa orang budak menghampiri Gohan dan memintanya untuk menyentuhku. Aku hanya membeku dan membiarkan apa kehendak mereka.

"Tch... Aku tak suka raja tu. Menjengkelkan!" Ujarku sambil menikmati makanan manusia yang setelah sekian lama tidak ku jamah.

"Aku faham Rain tapi... Kau perlu sabar. Kau perlu berlakon jadi naga aku kan?" Ujar Gohan sambil tersenyum resah.

"Oi... Kenapa kau semua macam takut je dengan dia? Sedangkan kau bukannya dari dunia ni, aku rasa tak perlulah anggap diri kau semua ni seperti hamba dia," ujarku sambil terus mengunyah dalam bentuk manusia. Gohan dan lain-lain hanya senyap tidak bercakap.

"Minta maaf Rain. Kami tak nak mati," ujar Gohan tiba-tiba lalu satu papan keluar dari infoku.

[Slight poison have been found]
[Checking...]
[Sleeping powder have been found]

"Aaah... Nampaknya kau dah rancang perkara ni lebih awal," ujarku lalu aku menjatuhkan mangkuk itu.

"Maafkan kami," ujar Gohan lagi dan aku bermain dalam permainan itu dengan pura-pura tidur. Aku tak tahu apa yang mereka maksudkan, mungkin mereka diancam. Beberapa orang lagi masuk ke dalam bilik itu dan membawaku pergi sambil memberi pujian kepada Gohan.

'Gohan... Apa berlaku?' Soalku melalui  skil [telepati] membuatkan Gohan terkejut.

'Ka-kau sedar?!' Soal Gohan semula terkejut.

'Serbuk tidur yang sikit ni takkan apa-apakan aku... Cerita pada aku apa jadi? Aku tak percaya kau akan belot aku cuma disebabkan puteri dari dunia ni,' pintaku. Aku masih percayakan dia bahawa dia tidak berniat jahat lagipun dia budak yang paling mahu pulang.

'Kami... Telah terkena sumpahan daripada <Summoner>. Aku tak tahu kalau aku boleh teruskan rancangan ni, mereka akan segera bunuh kami kalau cuba mengingkari dia,' ujarnya.

'Sejak bila?' Soalku lagi.

'Sejak mula... Hanya aku dan Miyu saja tahu tentang ni. Yang lain masih lagi tak tahu. Kami masih tak tahu cara untuk hapuskannya dari badan kami,' ujar Gohan lagi.

'Aku faham... Dengar sini Gohan. Aku boleh hapuskan sumpahan tu. Memandangkan mereka menyerang aku sebaik sahaja aku melangkah masuk dalam kerajaan ni. Aku pasti mereka tak fikir kesannya. Aku nekad akan serang kerajaan ni dari dalam. Gohan, kau beri amaran pada penduduk. Aku akan mula serang sebaik saja semua pergi tapi pastikan ia tak sampai ke pengetahuan raja,' ucapku tegas membuatkan Gohan menelan liur pahit. Aku tak boleh mengharapkan Gohan membawa penduduk ke tempat yang selamat sebelum aku mula menyerang. Walaupun dia seorang hero, aku yakin ia akan menyedarkan raja bahawa aku akan menyerang.

'Maknanya... Kau sendiri boleh bebeaskan kami dari sumpahan <summoner>?' Soal Gohan semula.

'Ya, aku akan beri penawarnya nanti. Sekarang ni ikut saja rancangan awal dan jangan risau tentang aku,' balasku tenang.

'Haih... Baik, maafkan aku lagi sekali Rain,' balasnya lagi penuh kesal. Aku terus memutuskan telepatiku dengannya.

Erghh... Ini sememangnya menyusahkan. Kalau aku tahu perkara ni akan terjadi, sepatutnya aku terus memerangi mereka.Aku mencabut satu sisikku secara rahsia lalu menjadikan ia klonku dalam halimunan. Dengan ini... Aku tak perlu risau kalau apa-apa yang terjadi pada Gohan. Aku yang halimunan terus mengekori Gohan.

Aku dikurung ke dalam bilik bawah tanah dan mereka cuba memaksa aku menjadi naga milik putera takhta iaitu anak pertama oleh raja. Disebabkan gagal berkali-kali, dia mula bengang malah cuba membakarku dengan apa-yang-dipanggil-'magik api' tapi bagi aku tu cuma bunga api kecil dan aku tak rasa apa-apa. Namun rahangku ditutup dengan penutup mulut sama seperti semasa aku dikurung oleh Taik dulu tapi aku boleh dengan mudah melepaskan diri dari sini. Aku cuma ingin menunggu isyarat dari Gohan yang dia telah memberi amaran pada penduduk.

"Celaka!!!! Cepat jadi milik aku tak guna!!!" Jeritnya tidak berpuas hati.

"Hahaha! Tak guna? Perkataan tu sememangnya sesuai untuk kau yang masih tak mampu buatkan aku jadi milik kau walaupun dah kali... Hmmm kelapan kan?" Sinisku membuatkannya semakin sakit hati. Mereka cuba mengambil sisikku untuk dibuat kajian untuk mencari kelemahanku namun ia tidak boleh ditanggalkan melainkan aku sendiri.

"Kau boleh cuba kaji najis aku mungkin jumpa petunjuk. Haha!" Sinisku apabila melihat mereka bersusah payah cuba menyeksaku namun tidak berhasil.

Miyu dan Sato mula berpecah dan memberi amaran kepada penduduk yang boleh dipercayai secara senyap. Mujur mereka juga penduduk yang berada di bawah pengkhianatan jadi mereka setuju mengikut Miyu dan Sato keluar daripada perkampungan. Pemandangan penduduk yang keluar daripada kota itu sudah menjadi kebiasaan membuatkan penjaga istana tidak terganggu kecuali menuntut wang sebagai ganti rugi.

Gohan beberapa kali memasuki perpustakaan istana namun dia masih diperhatikan oleh seseorang yang bertugas menjaga perpustakaan itu membuatkan pergerakannya agak terhad tapi... Apa yang menghalang Gohan tidak dapat menghalang 'aku' yang dalam bentuk halimunan.

Aku berkongsi penglihatan dengan klonku yang bersaiz kecil dan menjumpai pintu yang tidak dapat dimasuki Gohan seakan dikawal ketat. Selepas Gohan dan orang yang menjaga perpustakaan itu keluar, klon aku ditinggalkan tanpa disedari sesiapa.

"Haha... Mari mulakan," ucapku sendirian sambil tersenyum sinis.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲


Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Continue Reading

You'll Also Like

211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
1.9K 301 64
Zia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari...
5.1K 1.7K 61
GENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama...