Silent Melody [✔️]

By arniey11

353K 33.8K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 62

3.2K 303 5
By arniey11

"Nampaknya, kesihatan kamu semakin bagus. Rasanya dua hari lagi kamu sudah boleh discharge," ujar doktor Clarissa yang memeriksa aku hari ini.

Sampai sekarang aku tidak faham apa tujuan doktor ini ada di sini. Bukankah dia ada hospitalnya sendiri, jadi apa dia buat di hospital abang aku dan rawat aku sekarang.

"Kamu ada apa-apa nak tanya ke? Kamu boleh tanya saya."

Aku menoleh ke arah doktor itu. Ada satu soalan yang ingin aku tahu jawapannya.

"Saya nak mati tapi kenapa doktor selamatkan saya?" Soal aku membuat dia terkejut.

Soalan itu memang aku tanya iklas dari hati. Tujuan aku membuat kerja itu adalah untuk mati bukan untuk hidup jadi buat apa mereka sia-siakan usaha mereka untuk aku.

"Sejujurnya, bukan saya yang selamatkan kamu tapi abang kamu sendiri yang buat," balas doktor tersebut.

Aku diam lalu memandang tempat lain. Tidak suka aku mendengar nama itu disebut.

"Kalau kamu nak tahu, waktu kamu kena masuk sini dia sendiri yang nak rawat kamu. Dia tak nak doktor lain sentuh kamu. Jadi kamu patut berterima kasih pada dia sebab dapat selamatkan kamu."

"Saya tak minta pun dia selamatkan saya," selambar aku berkata.

"Tapi kamu-"

"Doktor tahu macam mana semua ini terjadi pada saya?" Aku menyoal doktor itu balik.

Doktor itu diam memandang aku. Sudah semestinya dia tidak tahu kerana semua yang aku ceritakan padanya dulu adalah palsu semata-mata.

"Semua tu sebab dia."

"Apa yang doktor Cruz sudah buat sampai kamu macam ni?" Aku tersenyum mendengar soalan itu.

"Bukan dia sahaja tapi satu keluarga saya jadi sebab kenapa saya boleh dapat semua ni," aku tersenyum senin apabila mengingati bagaimana bermulanya seksaan hidup aku ini.

Dari aku lahir sehinggalah kini. Aku tidak pernah merasai kasih sayang keluarga dan apa yang aku dapat adalah kebencian keluarga ini.

"Saya tak boleh hidup dengan keluarga macam tu, jadi sebab tu saya nak tamatkan hidup saya," kata aku lagi.

Aku tahu mesti doktor tadi terkejut dengan apa yang aku katakan. Selama ini dia berfikir bahawa aku datang dari keluarga yang bahagia kerana penipuan aku ceritakan tapi dia tidak tahu benda sebenar.

Aku jadi begini atas kerana keluarga itu sendiri. Jadi tidak salahkan kalau aku mahu tamatkan hidup dan biarkan mereka hidup tanpa beban aku lagi.

"Saya tahu kamu ada masalah, tapi saya yakin semua masalah tu ada jalan penyelesaiannya sendiri. Bunuh diri tu bukan jalan penyelesaian tapi tu cara untuk kamu lari dari masalah kamu. Kamu tak boleh lari dari masalah kamu sendiri."

Aku diam dan mengalih pandangan aku melihat ke tempat lain. Malas aku mahu mendengar kata itu lagi.

Kepala aku sudah cukup serabut sekarang dan aku tidak mahu menambahnya lagi.

"Kalau kamu ada apa-apa lagi, panggil sahaja saya ya." Kata akhir doktor itu sebelum keluar dari bilik ini.

.
.
.
.
.

Clarissa mengeluh seketika sebelum membuka pintu keluar bilik itu. Terkejut juga dia mendengar kata gadis itu tadi.

Selama ini dia tidak terfikir bahawa hidup Rechel seteruk itu. Gadis itu membuat semua itu kerana dia bencikan keluarganya yang membuat dirinya mendapat sakit tersebut.

Clarissa tidak faham bagaimana keluarga itu boleh buat Rechel sebegitu sekali. Kalau difikirkan memang teruk juga apa yang Rechel terima dan semua itu atas sebab keluarganya sendiri.

Mata doktor Clarissa sempat memandang seketika Rechel yang menatap ke luar jendela itu. Kesian juga dirinya melihat nasih budak itu.

Pintu ditolak lalu terus dia melangkah keluar dan tiba-tiba dia terkejut dengan kehadiran Cruz menyandar di dinding bersebelahan pintu tersebut.

"Doktor-" mulutnya ditutup oleh lelaki itu lalu tangannya ditarik membawa dirinya pergi dari situ.

Mereka berdua berjalan sehinggalah sampai ke satu tangga yang tidak berpenghuni. Tangan Clarissa dilepaskan oleh Cruz serta-merta apabila mereka sampai ke sana.

"Awak dengar ke apa yang kami cakap tadi?" Soal Clarissa.

Dia yakin sangat bahawa lelaki ini boleh dengar akan percakapan antara dia dan Rechel tadi dari luar bilik itu. Dan itu juga mungkin menjadi sebab kenapa lelaki itu tidak masuk ke dalam bilik itu tadi.

"Kau tak perlu risau semua benda tu," balas Cruz membuat hati Clarissa sakit.

"Tak perlu risau awak kata. Rechel tu dapat selamat kali ni sebab untung. Kalau dia buat lagi kerja tu, belum pasti dia akan selamat buat kali kedua. Awak mesti tolong dia. Saya tak kisah apa masalah awak dengan dia tapi jangan tambahkan lagi masalah tu. Tolong dia sebelum awak sendiri menyesal dengan apa yang awak telah buat," tegas Clarissa kepada Cruz.

Memang sakit hatinya apabila melihat lelaki itu seakan tidak kisah akan gadis itu. Cruz mungkin tidak tahu keadaan Rechel itu sebelum ini tetapi Clarissa tahu dan perkara itu menyebabkan dia tidak boleh tahan dengan sikap lelaki itu.

Rechel seorang gadis yang malang kerana menghidapi sakit itu. Jadi sebab tu Clarissa marah apabila Cruz bersikap begitu.

Selama ini dia berfikir Cruz bersikap baik rupanya tidak. Dia boleh sahaja tinggalkan adiknya yang tengah sakit begitu sahaja. Dia memang lelaki yang tidak berhati perut.

"Kalau awak masih dengan sikap macam tu, lebih baik kita berdua jangan bercakap lagi," ujar Clarissa sebelum berlalu pergi dari situ dengan hati yang sungguh panas.

"Audrey..." namanya dipanggil oleh Cruz namun dia hiraukan sahaja.

Sudah malas dia melayan lelaki yang tidak mempunyai hati itu. Memang patutlah satu hospital gelar dia doktor ais.

Bukan setakat luaran dingin tetapi hati juga dingin sampai boleh membuat Rechel sebegitu sekali.

Kaki Clarissa melangkah ke satu korido dan tiba kakinya terhenti. Dia melihat kawasan itu.

"Dekat mana ni?" Soal dia sendiri.

Kini dia baru tersedar itu kawasan yang tidak pernah dia lalui selama ini. Nampaknya dirinya sudah tersesat di hospital tersebut.

Matanya melihat lagi korido yang sunyi itu. Nak tanya tapi tak ada orang pula sana. Itulah sebab sakit hati sangat sampai tak perasaan diri sendiri sudah sesat. Sudahlah dirinya itu tidak pernah ingat laluan hospital ini. Dia masih baru jadi memang tidak tahu sangatlah.

Doktor tersebut berjalan lagi melalui korido ini. Serius dia tidak tahu dia di mana. Sepatutnya dia tidak perlu ikutkan perasaan tadi.

"Doktor Clarissa?" Tiba namanya dipanggil oleh satu suara.

Perempuan itu menoleh dan kelihatan seorang lelaki melihat ke arahnya dengan muka tanda tanya.

"Doktor Arden," sebut Clarissa.

Arden adalah kawan kepada Cruz jadi dia mengenali lelaki ini daripada Cruz.

"Apa doktor buat sini?" Soal Arden.

"Saya tersesat jadi termasuk kawasan ni. Saya tak tahu ni dekat mana. Hospital ni besar sangat," ujar Clarissa sambil tersenyum sengih.

Arden tertawa mendengar jawapan itu. Dia tahu mesti lelaki itu fikir dia ni seperti budak-budak kerana boleh tersesat. Tapi apa boleh buat. Otak Clarissa mungkin bagus dalam belajar tapi bila nak ingat jalan memang K.O lah jawapannya.

"Ni dekat mana ya? Saya nak keluar tapi tak jumpa orang untuk tanya."

"Hujung jalan ni ada bilik mayat jadi memanglah sunyi. Tak ada orang nak lalu kalau tidak ada urusan dekat ini," balas Arden.

Sekarang baru Clarissa faham kenapa jalan ini sunyi. Jalan pergi ke bilik mayat rupanya.

"Saya nak keluar ni, doktor nak ikut sekali tak? Boleh saya tunjuk jalan keluar terus," pelawa Arden.

Clarissa menerima pelawaan itu lalu mengikuti langkah lelaki tersebut. Tertanya juga dia apa lelaki ini buat sini.

Inikan jalan menuju ke bilik mayat, tak kanlah lelaki ini pergi ke bilik mayat pula sedangkan dia bukan bertugas di sana.

"Jalan ni bukan setakat jalan pergi ke bilik mayat tapi jalan ni juga jalan tikus untuk keluar dari hospital ini," tiba lelaki itu berkata. Arden seakan tahu apa yang difikirkan oleh Clarissa.

"Jalan tikus?" Soal Clarissa.

"Ya, dengan guna tangga ni kita boleh terus tembus ke tangga di pintu masuk utama hospital ni," Arden menunjukkan sebuah tangga tidak jauh dari bilik mayat.

Mereka berdua menuruni tangga tersebut. Keadaan tangga itu sungguh sunyi seakan tidak pernah dilalui oleh orang lain.

"Kenapa tak pakai lift jer? Kan lebih senang," soal Clarissa lagi.

"Lift memang senang tapi kena tunggu. Apa lagi lift dekat pintu utama selalu penuh. Jadi guna tangga lebih cepat walaupun memenatkan."

Clarissa mengangguk faham. Baru dia tahu semua itu. Selama ini dia selalu gunakan lift sahaja jadi dia tidak tahu sangat pasal tangga ni.

Bila difikirkan balik, guna tangga ini memang lebih cepat daripada lift. Dulu dia selalu guna lift, kadang-kadang kena tunggu juga kerana lift selalu diberi keutamaan kepada pesakit. Mungkin selepas ini dia boleh gunakan tangga sahaja.

Setelah hampir beberapa minit menuruni tangga tersebut, akhirnya mereka berdua sampai di tangga pintu utama. Memang betul kata lelaki itu, laluan tangga ini menerusi pintu utama hospital tersebut.

"Terima kasih, tunjukkan jalan." Ucap Clarissa.

"Tak ada hal lah. Also jangan beritahu orang lain pasal jalan tu tau. Jalan tu hanya doktor, saya dan Cruz sahaja boleh tahu," Clarissa terkejut apabila mengetahui jalan itu tidak ramai yang tahu.

Dan apa yang lebih mengejutkan adalah Cruz tahu jalan itu. Dalam banyak-banyak orang kenapa mesti lelaki itu. Baru tadi dia sakit hati akan lelaki itu dan sekarang kena dengar lagi nama lelaki itu.

"Kalau dah tak ada apa-apa saya nak pergi dulu. Saya nak berjumpa dengan Ainsley selepas ni," ujar Arden membuat Clarissa tertanya.

"Ainsley? Maksud awak Ainsley kawan saya tu ke?" Sola Clarissa.

"Ya, dia."

"Kenapa awak nak jumpa dengan dia?" Hairan Clarissa apabila Arden berkata ingin bertemu dengan kawan baiknya itu.

Lelaki itu tersenyum lalu berkata, "itu nanti doktor akan tahu. Saya dah lambat ni, bye!"

Lelaki itu terus pergi meninggalkan Clarissa dengan penuh tanda tanya. Doktor itu dapat rasakan sesuatu yang pelik antara dua orang tersebut.

Namun itu bukan masalah utama dia sekarang. Masalah utama dia adalah Rechel. Dia mahu menolong gadis itu dengan apa sahaja cara. Itu janji dia.

Cruz ni keras hati sangat.

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 124K 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk...
915K 66.3K 85
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Tr...
88.7K 10.3K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
183K 15.7K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...