Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

7

35.7K 2.9K 422
By Lollysnow

Pagi yang sangat janggal dan hening. Walau rumahnya masih dipenuhi tetamu terdiri dari teman rapat ayahnya. Tapi tetap matanya terasa kosong. Hidupnya betul-betul kosong.

Perlahan-lahan kaki diatur menuruni tangga. Walaupun masih terasa sebaknya, dia kuatkan diri untuk menghadap hari barunya. Dia tak boleh terus bersedih seperti ini, dia masih ada Ayahnha untuk dia jaga dan beri semangat.

"Lily dah bangun?" Puan Ida pertama kali menegurnya, mereka kelihatan sibuk dengan urusan masing-masing. Erma pula kelihatan sibuk melipat karpet diguna untuk tahlil malam tadi. Dari semalam rumah itu penuh dengan tetamu, sebab itu baru harini mereka ada masa untuk mengemas.

"Ya, maaf Lily lewat." Lily menghampiri Puan Ida kelihatan sibuk memotong bawang di ruang tamu, ada lagi sebekas bilis di dalan besen.

"Maaf kat dapur penuh, Aunty buat kat sini." Ujar Puan Ida.

"Tak apa Aunty. Buat macam rumah sendiri." Ujar Lily mendatar sebelum berlalu meninggalkan wanita itu.

Matanya melilau mencari ayahnya.

"Lily, mari makan dulu. Aunty dah siapkan sarapan." Perhatian Lily teralih memandang Puan Sarah menghidang makanan untuknya.

"Aunty, ayah Lily mana?" Soal Lily memandang Puan Sarah menuang air teh panas untuknya.

"Ayah Lily kat dapur, kemas barang dekat dapur." Balas Puan Sarah lembut. Sempat dia usap kepala Lily dan hadiahkan senyuman buat  anak itu.

Lily senyum tipis dan mengangguk lemah kepalanya. Kenapa orang-orang dalam rumah ini melayannya seperti anak kecil? Dia takut kelak dia tidak mampu untuk berdiri dengan kaki sendiri jika terus dilayan begini.

"Lily makan dulu, aunty nak kedapur tolong ayah Lily." Ujar Puan Sarah. Lily sekadar tersenyum seraya memandang tubuh wanita itu berlalu kedapur.

Belum beberapa suap, dia melihat Khair bersama abangnya muncul bersama beberapa plastik besar di tangan. Mereka kelihatan bergelak tawa bersama tanpa perlu memikirkan seperti apa yang dia fikirkan. Hidup dua lelaki itu sempurna, ada ibu dan ada ayah.

Mata Lily kaku melihat Puan Ida mengomel menyuruh Khair dan Lutfi meletak barang terlebih dahulu, kedua lelaki itu menurut. Sebaik itu keduaanya duduk bersila di samping ibu mereka dengan senyuman usikan dan manis. Sesekali mereka ketawa dapat mengusik Puan Ida.

Bibir Lily bergetar seraya menundukkan pandangannya. Sungguh dia rindu saat-saat itu. Saat dia masih berpeluang mengusik ibunya, saat dia masih ada peluang untuk menjalani momen sebuah keluarga bahagia.

Terketar-ketar Lily  mencapai gelas tapi tanganya terasa lemah buat gelas terlepas dari pegangannya dan jatuh di atas meja hampir sahaja bergolek jatuh ke lantai. Habis tumpah air teh dituang Puan Sarah tadi. Baju Lily juga turut basah terkena air.

Lily pegun buat seketika, dia segera menyapu mata yang ingin menitiskan air mata. Dia tak boleh menangis lagi, janjinya subuh tadi. Dia tidak mahu menangis lagi untuk hari ini. Dia harus jadi seorang Lily yang kuat.

"Lily.." Lily tersentak langas mendongak melihat orang yang menyapanya. Kening Khair berkerut memandang wajahnya.

Lily segera menggeleng kepala.

"Maaf! Lily careless. Nanti Lily lap!" Lily segera bangun dari duduknya tapi belum sempat dia bergerak kedapur, Khair menahan tangannya.

Lily mengeras tubuh beberapa saat memandang lelaki itu. Berlapis dahinya saat jari Khair spontan mengusap air mata dipipinya. Lama Lily kaku disitu sebelum dia sendiri bertindak menepis tangan Khair.

Lily berpaling memandang mereka yang lain. Kelihatan Lutfi bersama Erma membantu menyapu dan membersihkan karpet. Puan Ida juga kembali dengan kegiatannya. Beberapa pekerja restoran mereka baru sampai meletak beberapa bekas dan berborak bersama Puan Ida.

"Terima kasih." Lily menarik tangan dari pegangan Khair dan berlalu menuju ke dapur.

Khair hela nafas berat.

SARAH memandang Fajir diam mengemas barang-barang di dapur. Dari semalam dapur untuk kegunaan memasak nanti. Selepas ini mereka perlu memasak untuk dihantar ke masjid sempena tahlil yang akan dibuat disana.

Sejak semalam, mereka tidak bercakap. Fajir yang sibuk menguruskan urusan jenazah isterinya dan memujuk Lily. Dia juga turut bersedih, tetapi dia dapat rasa kedinginan Fajir terhadapnya. Walaupun berdua begini, Fajir tidak mahu bercakap dengannya.

"Fajir.." Tangan Sarah ragu-ragu bergerak menyapa belakang Fajir. Lelaki itu berpaling dengan dahi berkerut.

"Apa?" Dingin mata itu memandangnya. Sarah teguk air liur.

"Maaf. Awak terlalu dingin dari semalam dengan saya. Saya ada buat salahkah?" Serba salah Sarah bertanya. Fajir kelihatan diam sejenak memandang wajahnya sebelum lelaki itu memejam mata dan kembali berpaling membelakanginya.

Sarah mengeras. Betul. Pasti ada yang tidak kena, kalau tidak Fajir tidak akan beriak begitu.

"Fajir, beritahu saya. Saya tak mahu terus berdingin begini. Saya tak mahu tambah beban di kepala awak." Sarah bergerak ke sisi memegang lengan seseorang yang sudah 20 tahun bergelar suaminya.

"Kalau saya beritahu pun, Anisa tak akan kembali Sarah..." suara Fajir bergetar. Lelaki itu berpaling memandang Sarah dingin.

"A..apa yang awak cakap.." Jantung Sarah berdetak kuat. Entah dia rasa ada sesuatu yang besar belum diketahuinya.

"Anisa mati setelah dia tahu tentang perkahwinan kita 20 tahun yang lalu!!" Walau perlahan suara Fajir jelas dinginnya. Dunia seakan terhenti buat Sarah.

KTANG!!!

Kuat kedengaran bunyi gelas kaca pecah menyembah lantai. Fajir dan Sarah pantas berpaling sebelum keduanya tergamam.

"Lily!!" Fajir terlebih dahulu menerpa ke arah anaknya. Tapi saat tangan Lily ingin diraih Lily pantas menepis dan berundur beberapa tapak kebelakang.

Riak garang dan dingin gadis itu sudah cukup menjawab segalanya. Lily ketap gigi, bibirnya terketar-ketar. Air mata ditahan dari tadi sudah tak tertahan lagi. Kali ini bukan kesedihan tapi kesakitan dan kekecewaan mencengkam hati.

Turun naik dada menahan diri sakit tercengkam di hati. Dia dengar, dia dengar segala yang keluar dari mulut ayahnya. Ibunya Anisa tidak akan pernah memandu dengan laju selama ini! Itu sudah pasti angkara ayahnya!!

"Kenapa ni?" Puan Ida yang lain menuju ke dapur sebaik terdengar bunyi kaca pecah kuat sehingga membuat mereka turut terkejut.

"Lily kenapa?" Erma memegang tangan Lily yang tak berkelip memandang Encik Fajir dan mamanya.

Melihat Erma disebelahnya, wajah Lily menyinga sebelum kuat menolak tubuh Erma jauh darinya. Mujurlah Khair sempat menahan Erma dari rebah kelantai. Erma tergamam.

"Lily!!" Keras suara Khair.

"Pembunuh.." Tajam dan dingin mata Lily memandang orang-orang dihadapannya.

"Lily.. Ayah.."

"AYAH PEMBUNUH!!!!!" Lily tekup telinga dengan mencengkam rambut sendiri. Kuat pekikannya cukup buat satu rumah mendengarnya.

"Lily tenang.. Aunty boleh jelaskan!"

Lily mula teresak-esak memandang ayahnya dan Puan Sarah penuh kecewa. Sebaik itu dia melangkah laju ke satu tempat buat Encik Fajir tersentak.

"LILY!!"

Ktang!! Ktang!!

Segala gambar-gambar keluarga di dalam bingkai tersusun kemas di atas dinding di tarik dan dihempas kelantai. Amukan Lily tiada siapa mampu hentikan.

"Aaarhhh!!!"

KTANG!! Dengan air mata kesakitan dia menghempas gambar keluarga terbaru mereka. Yang mereka ambil beberapa minggu yang lalu. Mengenangkan sebuah kebahagiaan sebuah keluarga yanb diselit kepalsuan sejak 20 tahun! Kini dia faham apa yang dirasai ibunya.

Turun naik nafas Lily memandang bingkai-bingkai kaca sudah pecah di atas lantai. Hatinya sakit, terlalu sakit. Melihat senyuman ibunya di dalam gambar itu.

"20 tahun ayah tipu Lily dan Ibu..." Lily pandang Puan Sarah, pandangan penuh kejian dan hinaan.

"Ayah bunuh Ibu untuk perempuan murahan ni!!" Lily tunding jari kepada Puan Sarah buat semua disitu tersentak.

"Ayah tak bunuh Ibu!!" Keras suara Fajir.

"Satu penipuan yang tercipta sejak 20 tahun sudah cukup bunuh kami ayah. Walaupun Ibu tak meninggal sekali pun! Lily yakin hatinya pasti akan mati setelah tahu semuanya.." Bergetar bibir Lily mengungkap kata.

Perlahan-lahan fia berundur kebelakang..

"Lily!!" Erma menghalang Lily dari terus berundur merana kaca-kaca bingkai dekat dengan kaki gadis itu.

"Kau pun tipu Erma.." Lily senyum sinis dalam kepahitan,

Ktak! Ktak!

"Lily!!" Encik Fajir memejam mata melihat anaknya tidak berperasaan memijak kaca-kaca dilantai.

"Ayah dah bunuh Lily dan Ibu.." Lily memandang kakinya berdarah dilantai ditusuk kaca tajam. Pedih mula dia rasa.

"Ayah dah matikan hati kami.."

"Anggap sahaja anak ayah juga sudah mati." Lily pejam mata. Penat, itu yang dia rasakan.

Ktak-ktak! Tenang dia melangkah seperti tiada apa yang ada dilantai itu. Darah-darah pekat merah mengalir dari tapak kakinya.

"Lily! Jangan pergi!!" Encik Fajir melangkah tapi Khair terlebih dahulu menghalang.

"Khair akan uruskan dia." Ujar Khair melihat bekas-bekas darah dari kaki Lily dilantai sudah cukup buat dia gerun.

Encik Fajir mengalah, dia tahu. Dia pasti gagal untuk memujuk anaknya.

"Tolong Khair."

Khair mengangguk sebelum berlari mendapatkan Lily jauh di muka pintu. Orang-orang yang baru tiba mula berbisik-bisik penuh persoalan.

Khair berhenti melangkah sebaik melihat Lily duduk di tepi kereta dengan esakan. Pasti sukar untuk gadis itu lalui dengan berita demi berita mengejutkan. Khair tarik nafas panjang sebeum melangkah menghampiri gadis itu, dia sendiri belum pasti apa yang sedang berlaku sekarang. Tapi melihat wajah mamanya tadi, dia pasti. Mamanya pasti sudah tahu semuanya.

"Lily..."

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 60.6K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
2.8M 142K 99
Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin . Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu...
118K 4.3K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
287K 9.1K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...