Bukan Cinderella

By Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... More

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

5

34.4K 3K 291
By Lollysnow

Lily memperlahankan kereta melihat beberapa orang di jambatan yang masih dibina tak jauh dari rumahnya. Jambatan itu masih dalam proses pembinaan, mungkin diangarkan siap hujung bulan ini. Dia tidak peduli semua itu.

Sekarang hatinya terdetik untuk berhenti dan melihat, dia diundang rasa gusar. Jantungnya berdetak laju.

"Lily!! Lily!!" Baru sahaja Lily keluar dari perut kereta ada seorang wanita jirannya datang menerpa. Mata Lily mula berkaca.

"Ibu Lily....." Kata-kata wanita itu bagai tenggelam. Lily kaku memandang ke hadapan, sungai besar yang dikerumuni orang.

"IBU!!!!! TAK!!!!"

"BOS! BOS!!" Khair yang ralit membelek barang yang baru sampai berpaling melihat salah seorang pekerjanya termengah-mengah datang menyapanya.

"Kenapa?" Dahi Khair berkerut. Lelaki itu berdiam sesaat mencari nafas. Wajahnya pucat.

"Tadi.. tadi saya tengok kereta yang dibawa Cik Lily terbabas!"

"Hah?! Jangan main-main!" Tergamam Khair.

"Teruk bos! Kereta tu masuk dalam sungai besar hujung sana. Allahu macam mana pemandunya."

Belum apa-apa Khair pantas berlalu menuju ke keretanya.
"Bos tunggu!!" Lelaki bernama Afif segera mengikut Khair.

Kereta dipandu seperti orang gila oleh Khair buat Afif yang duduk disebelah mengecut ketakutan. Dia tidak sangka bosnya akan jadi seseram ini apabila dalam keadaan tegang.

Sampai sahaja mereka di disitu, tak menyempat untuk matikan enjin, Khair terus berlalu menuju ke arah orang ramai. Orang-orang yang berkerumun ditolak dan dia membolos tubuh diantara mereka.

"Tolong... saya.." Kuat raungan seseorang di pinggir sungai buat mata Khair membulat. Buat seketika dia tarik nafas lega.

"Lily.." perlahan nama itu diseru.

"Sabar Cik!! Pihak kamu sedang jalankan kerja!! Kami minta cik untuk bertenang!!" Seorang bomba disamping Lily menahan Lily untuk mendekati sungai.

Kenapa? Apa telah berlaku? Khair laju melangkah menghampiri.

"Lily!!" Nama gadis itu diseru buat Lily berpaling. Wajah gadis itu sembab dengan air mata.

"Lily apa dah jadi?!" Khair tarik tangan Lily dari bomba lelaki itu.

"Abang... Ibu.. Ibu Lily.." Suara Lily kedengaran lemah. Khair kelu, memandang ke dalam sungai. Tak mungkin puan Anisa memandu selaju difikirnya.

"Mangsa dah ditemui!!" Seorang bomba memberi isyarat dari pinggir. Lily yang tadinya lemah terus bertenaga menuju ke arah sungai tapi Khair menahan kemas.

"Abang!! Ibu Lily!!"

"Sabar Lily! Bagi mereka jalankan kerja!"

"No ibu Lily!! Lily nak ibu Lily!!" Seperti anak kecil yang meraung dapatkan ibunya. Khair ketap gigi, dia tak suka melihat Lily sesakit ini.

"Ibuu!! Ibu!!!" Makin kuat rontaan Lily sebaik melihat susuk dikeluarkan dari dasar sungai.

Berkerut wajah Khair menahan diri Lily dari menghampiri Lily yang keras menghampiri pihak bomba yang sedang jalankan kerja mereka.

Seketika waktu seakan berhenti. Rontaan Lily melemah. Yang mereka lihat seorang bomba berpaling dan menggeleng kepala penuh kecewa pada mereka. Seperti mengatakan.

'Mereka sudah gagal selamatkan mangsa'

"IBUUUUU!!!! NO!!!!" Kuat raungan Lily kedengaran buat orang-orang yang berkerumun disitu turut menitiskan air mata.

Khair akhirnya melepaskan rangkulan di tubuh Lily sebelum gadis itu berlari ke arah ibunya.

Jasad sudah tidak bernyawa..

"Ibuu!! Tolong hidupkan balik ibu saya!! Tolong!!" Lily memegang salah seorang bomba disitu. Kesemua tertunduk. Tipu kalau mereka tidak sayu mendengar rayuan itu.

"Tolong!! Ibu kena hidup! Lily tak nakk macam ni!' Tolong Ibu!!" Seorang bomba membantu menenangkan Lily yang tak terkawal menatap jenazah ibunya.

"Lily sabar..." Khair kembali menarik Lily ke arahnya.

"Abang tolong!! Abangg!! Tolong kembalikan ibu!!" Lily mendongak memandang Khair! Dia seperti hilang akal, dia tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Dalam sesaat kebahagiaan keluarganya direntap.

"Maaf Lily,, abang tak boleh.."

Lebat air mata Lily jatuh ke pipi. Khair tarik wajah Lily ke dadanya. Dia tak mahu Lily melihat jasad ibunya ditutup dengan plastik hitam. Itu lebih menyakitkan gadis itu.

Terhinjut-hinjut tubuh Lily dalam pelukannya. Dia dapat rasa dadanya basah. Baru sebentar tadi mereka bergelak tawa bersama. Tetapi sekarang sebaliknya.

•••

"Sabar Lily!" Encik Fajir sendiri tak dapat menahan air mata, setiba dia di hospital setelah dimaklumkan tentang kehilangan isterinya. Lily tidak berhenti meraung dihospital.

"Ibuu!! Kenapa tinggalkan Lily!!" Lemah Lily dalam dakapan ayahnya. Encik Fajir turut menitis air mata sambil mengusap kepala anaknya.

"Ibu..."

"Ibu..." tersedu-sedu anak itu. Lily satu-satunya anak mereka. Dia dimanjakan Anisa, diberi kasih sayang yang melimpah ruah. Siapa sahaja dapat menerima kehilangan seorang ibu secara mengejut begitu.

"Lily... Jangan macam ni nak." Puan Sarah menghampiri sebelum mengusap kepala Lily. Air matanya turut menitis melihat keadaan Lily begitu. Lagipun, Anisa sudah dianggap seperti adik sendiri.

"Aunty,, Ibu Lily.. Lily nak Ibu.."

Khair diam memerhati dari jauh. Dia tidak sanggup melihat Lily sesakit itu. Ibu dan bapanya juga sudah sampai sebaik dimaklumkan berita sedih itu. Semua bersedia untuk membawa jenazah Puan Anisa, dalam keadaan tidak rela.

"Encik, kami bersedia untuk bawa jenazah,,,"

"No!! Doktor bawa Ibu saya balik semula!" Lily laju bangun menggenggam  kolar doktor bernama Ilham itu. Doktor itu terkedu memandang wajah gadis itu.

"A..apa yang awak maksudkan?"

"Bawa ibu saya yang sihat!! SAYA TAK MAHU JENAZAH DIA!!" Pekikan Lily bergema mengundang mata-mata disitu. Dia tidak peduli apa kata mereka ikhlas atau tidak. Mereka tidak ada ditempatnya!

"Lily! Jangan macam ni sayang!" Encik Fajir menarik tangan anaknya dari genggaman doktor itu.

"NO! Awak doktor! Tolong lakukan sesuatu! Tolong lakukan! Tolong...."

"Maaf Cik Lily.. Saya cuma doktor. Saya tak ada kuasa tuhan untuk kembalikan orang yang sudah pergi menghadap ILAHI. Cik Lily kena belajar untuk terima.."

Belum sempat doktor Ilham menghabiskan ayat, Lily rebah ke lantai. Tertunduk memandang lantai, dengan air mata penuh ditubir mata.

"Lily!" Khair laju melangkah mendapatkan Lily.

Bahu Lily dipegang sebelum dia membantu gadis itu untuk bangun.

"Maafkan saya." Ujar Doktor Ilham, tetapi Lily sekadar menunduk pandangan, baju wanita itu basah dengan air mata.

"Terima kasih doktor. Kami akan uruskan untuk yang seterusnya." Ujar Encik Fajir. Suara lelaki itu juga kedengaran bergetar.

"Baik Encik."

"Khair, tolong bawa Lily."

"Baik Uncle" mata Khair menangkap langkah lelah Encik Fajir dihadapan.

"Jom Lily." Kedua belah bahu Lily kemas dipegang lalu ditolak melangkah. Lily masih diam tenggelam. Pasti sukar untuk gadis itu menerima dan menyusun hari-harinya selepas ini.

Memikirkan hari-hari yang terbiasa dengan Puan Anisa, dan sekarang semuanya sudah berubah. Penghuni rumah itu tak selengkap dahulu. Tiada seri, tiada lagi syurga bahagia seperti dahulu.

Sepanjang proses menguruskan jenazah, Lily diam, melihat jenazah ibunya diuruskan. Dia tiada tenaga. Lelah. Hanya menangis yang dia mampu lakukan.

Sesekali sahabat ibunya datang menyapa, Lily sekadar membalas mengikut kudratnya. Mandi dan pakainya diuruskan Erma. Sehingga tudung dikepalanya Erma yang pakaikan. Dia tidak banyak membantah, dia sekadar menurut apa dan kemana dia ditolak. Harinya rasa begitu kosong.

Ruang rumahnya terasa janggal.

Orang ramai datang membacakan Yassin. Dapur ibunya diusik sahabat-sahabat ibunya.

Dia tidak sukakan semua ini.

Dia benci menerima kenyataan ini.

Dan dia sudah hilang satu permata dalam hidupnya.

SAYA SUKA CERITA YANG BAGI TEKANAN. HAHAHAHA🥺

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 60.5K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...
4.1M 248K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
675K 64.2K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
2.9K 372 19
dia hadir lantas memilih untuk merubah segalanya, ingin mendambakan hal yang bukan untuknya, di saat kepercayaan semakin nyata, terpilih kah dia untu...