Silent Melody [✔️]

By arniey11

353K 33.8K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 55

3.2K 304 8
By arniey11

Aku termenung melihat langit yang indah membiru itu. Fikiran ini cuba aku kosongkan daripada memikirkan hal yang menyerabutkan ini.

Aku cuba tidak memikirkan kejadian semalam. Namun tidak berjaya kerana hal itu sangat membuat hati aku berkecai.

Aku mengeluh seorang diri di sana. Lengan yang sentiasa dibalut dengan kain pembalut itu dipandang oleh aku.

Bila agaknya aku boleh berhenti berbuat kerja itu. Aku tidak tahu kenapa aku tidak boleh berhenti. Aku tahu sakit tetapi aku tidak dapat kawal diri ini.

Kulit lengan yang penuh dengan parut hasil kerja aku ini juga kelihatan buruk. Aku malu apabila aku menunjukkan lengan ini kepada Claire itu hari.

Sangat buruk seperti menunjukkan sikap aku yang terlalu buruk menghadapi stress. Dan sekarang aku sudah tambah lagi parut tersebut.

Kalau ditunjukan kepada Claire lagi hasil perbuatan aku ini rasanya apa reaksi dia? Adakah dia akan marah, sedih ataupun kecewa dengan diri aku ini.

Aku tidak tahu.

Doktor Clarissa. Aku baru teringat, sudah lama aku tidak menghubunginya. Terfikir juga aku apa riaksi dia apabila melihat semua ini. Adakah sama seperti Claire?

Rasanya mungkin sama. Dia juga orang yang aku percaya untuk merawat aku. Jadi mungkn dia akan sedih, marah dan kecewa dengan aku.

Aku terima semua itu. Aku tahu semua ini salah aku. Aku dapat menerima kenyataan ini. Hendak menyesal sudah terlambat.

"Rechel!" Tiba nama aku dipanggil.

Aku menoleh ke kanan aku dan kelihatan Ian datang ke sini sambil membawa dua air tin di tangannya.

Oh ya, aku baru teringat akan lelaki ini. Kenapa agaknya dia mahu berkawan dengan aku? Kalau dari dulu aku sudah begini, rasanya dia masih kawan dengan aku atau tidak.

"Kenapa kau sorang-sorang sini? Kau tak jumpa Claire ke?" Soalnya lalu duduk di samping aku.

"Aku nak masa bersendiri."

Mata lelaki itu memandang risua akan diri ini, namun aku hanya endahkan sahaja. Sudah banyak kali aku susahkan dia dalam masalah aku.

"Kau ada masalah ke?"

Aku diam. Memang aku ada masalah tetapi aku tidak mahu cerita kepadanya.

"Kau sakit hari tu sebab keracunan makanankan."

"Macam kau tahu?" Aku terkejut apabila Ian tahu sebab aku sakit.

"Rechel, aku ni bukan baru tahun ni kenal kau. Aku sudah kenal kau sejak aku umur 11 tahun lagi. Jadi aku tahu semua benda pasal kau. Termasuklah yang kau tipu aku kau demam tu."

Terbongkar rahsia aku kepada Ian. Aku tidak tahu bagaimana dia tahu aku menipunya pada hari itu.

Rasanya semasa aku sakit itu, aku tidak pernah bersemuka dengannya jadi bagaimana dia tahu.

Aku memang tidak faham lelaki misteri ini. Semua benda pasal aku dia tahu.

"Rechel, kalau kau ada masalah kau cerita sahaja pada aku. Aku sanggup tolong kau."

Aku tersenyum memandang langit yang luas di hadapan aku.

"Kau memang kawan yang baik, Ian."

Aku berasa beruntung berkawan dengan lelaki ini. Sudah banyak kali dia tolong aku dan tak pernah sekali pun dia berputus asa terhadap aku.

"Jadi apa masalah kau?" Soalnya lagi.

Aku menarik nafas lalu menghembusnya. Nampaknya aku tidak boleh menyembunyikan masalah itu lagi.

"Kalau kau dianggap pembunuh kau suka tak?"

"Pembunuh? Ini mesti sebab..."

"Ya, aku jumpa perempuan tu semalam."

"Apa yang jadi?" Nada Ian menjadi semakin risau.

"Semalam perempuan tu datang lepas tu aku gaduh dengan dia. And then dia kata aku pembunuh dan penyebab ibu aku pergi. Lepas tu kau tahulahkan," aku mengangkat tangan kiri aku menunjukkan luka itu.

Aku tahu aku memang selambar itu sahaja aku tunjukkan luka tersebut. Ini Ian, jadi aku tak kisah. Dia pun tahu aku ada DID. Jadi kalau luka macam ni rasanya dia sudah biasa dengar.

"Rechel, bagi aku kau bukan pembunuh dan kau tak salah pun. Semua yang kau dengar tu hanya untuk dia sakitkan hati kau saja. Kau tak perlu dengar kata macam tu," dia menasihat aku.

Tapi nasihat itu umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Aku hanya endahkan sahaja nasihatnya itu.

"Kau tu kuat. Jadi kau tak perlu dengar kata perempuan tu. Lagipun kau tahu kau tak salah."

Aku mengeluh mengenangkan nasib aku. Walaupun Ian susah berkali-kali nasihat aku, tapi aku masih tidak dapat mengambil nasihat itu.

"Jadi pembunuh ni seronok tau," ujar aku.

"Hah?"

"Walaupun kita masih hidup tapi orang yang kita bunuh tu sudah tiada. Tak adil tapi itu memang kenyataannya. Dan kalau pun kita tak salah tapi kita masih lagi dituduh pembunuh."

Ian melihat aku dengan penuh risau. Aku tahu apa yang aku cakap ini pelik tapi betul. Aku sudah lama digelar 'pembunuh' jadi aku tahu bagaimana rasanya menjadi pembunuh tanpa sengaja.

"Rechel-"

Kring!

Loceng tamatnya waktu rehat berdering. Aku berdiri dari bangku itu lalu mengambil beg tangan. Lengan baju aku ditarik untuk menutup kain pembalut luka tadi.

"Thanks sebab beri aku nasihat tadi. Kau memang kawan yang terbaik," aku tersenyum pelat.

"Rechel!" Aku menoleh apabila nama aku dipanggil olehnya.

"Kalau ada apa-apa call aku. Esok sudah mula cuti sem jadi aku free jer."

Aku tersenyum lalu menjawab, "kau luangkan masa sama family kau jer. Tak perlu risaukan aku. Kaira tu nanti lupa dengan kau."

Dapat aku lihat muka lelaki itu tersenyum. Sejujurnya aku tidak mahu dia terlalu risaukan aku. Dia ada keluarga dia jadi biarlah dia bersama keluarganya sahaha. Tidak perlu nak risaukan aku yang sudah rosak jiwa ini.

.
.
.
.
.

Ian melihat sosok Rechel yang semakin hilang dari pandangannya itu. Dirinya tidak tenang apabila mendengar gadis itu berkara seperti tadi.

Dia tahu gadis itu ada banyak lagi masalah yang belum diceritakan kepadanya. Tapi dia tidak boleh paksa Rechel untuk bercerita kalau dirinya tidak mahu.

"Thanks sebab beri aku nasihat tadi. Kau memang kawan yang terbaik."

Kawan terbaik. Lelaki itu tidak pernah memikirkan semua itu selama ini.

"Aku akan jadi kawan terbaik kau kalau aku boleh tolong kau lari dari masalah tu," ujarnya sendiri.

Lelaki itu mengeluh seorang diri lalu berdiri dari bangku tersebut. Matanya memandang dua air tin minuman yang selalu dia dan Rechel minum.

Terfikir dirinya, sampai bila hubungan mereka akan kekal. Dia mahu hubungan baik itu kekal lama dan dia masih boleh gelak tawa lagi bersama gadis itu. Sama seperti kedudukan tin tersebut. Sentiasa sama selamanya.

Dia amat berharap semua itu akan terjadi. Tidak mahu kerana satu sebab satu hubungan yang dia cuba kekalkan hancur begitu sahaja.

Dan dia juga tidak mahu kerana perasaan yang ada di dalam hati itu akan menghancurkan hubungan yang sangat baik ini.

Next cp akan ada suatu yang epik terjadi. HAHAHA

Continue Reading

You'll Also Like

50.9K 3.2K 44
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
88.2K 6.3K 58
Syairish Rey, pelajar kolej yang menjalani rutinnya sebagai seorang pelajar. Kehidupannya normal sehinggalah pada hari dia diselamatkan secara tidak...
75.6K 4.9K 63
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
19.8K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...