Golden Brain vs Golden Physic...

By reenshi

81.6K 14.6K 7.9K

▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeo... More

Introduction
1: Kedatangan
2 : Kelas
3: Pelik
4: Sekarang!
5: Pensel
6: Lari
7: Berbeza
8: Denda
9: Welcome
10: Deal?
11: Sertai
12: Rahsia
13: Same
14: Sejuk
15: Berita
16: Dua?
17: Kawan
18: Ketua
19: Cover
20: Idea!
21 : GPS
22: Belakang
23 : Bikar
24: Perhatian
26: Karnival
27: Kaunter
28: Together!
29: Tolak
30 : Duality
31: Game
32: Jangan!
33: Jauh
34: Nama
35: Dating

25: Add

1.5K 339 290
By reenshi

145 votes + 120 comments 

"Kamu dah makan malam ke?" soal wanita yang melahirkan Jeon Jungkook itu kepada Kim Minjung.

"Oh, dah makan tadi" balas Minjung.

"Kitorang dah makan tadi, ibu" kata Jungkook yang baru sahaja turun daripada tingkat atas.

"Korang makan berdua ke?" soal ibu Jungkook.

"Tak, kitorang makan sama-sama dengan classmate tadi" kata Jungkook.

"Makan apa?" soal Ibu Jungkook.

Dan ketika itulah, Minjung memandang ke arah Jungkook. Kejap, lelaki nak ceritakan semua yang berlaku tadi ke? Weh! berani betul!

"Mi segera" balas Jungkook sambil kakinya berjalan mendekati Ibunya.

"Eh? boleh ke makan mi segera dekat sekolah?" soal ibu Jungkook kerana pelik dengan apa yang telah berlaku.

"Ada budak kelas Jungkook bawa mi segera senyap-senyap" balas Jungkook.

Makin seram apabila cerita ini hampir tiba di bahagian masak menggunakan bikar. Tolong, jangan terlalu jujur wahai Jeon Jungkook! 

"Macam mana korang masak?" ibunya terus-menerus bertanya.

"Kitorang pergi makmal sains diam-diam, lepas tu masak guna bikar dengan penunu bunsen" balas Jungkook lagi.

Minjung menayangkan riak wajah yang tidak percaya. Wah, lelaki ini memang sentiasa diluar jangkaan tak pernah sekali pun dia dapat meramal perkataan yang akan keluar daripada mulut lelaki itu, apa yang lelaki itu akan lakukan seterusnya. Walaupun mereka berdua sudah sama-sama mengetahui rahsia masing-masing.

Ibu Jungkook mengalihkan wajahnya ke arah Minjung sebaik sahaja mendengar penjelasan anaknya.

"Betul ke apa yang Jungkook kata tu?" soalnya.

Perlahan-lahan Minjung mengangguk. Tak akan nak nafikan sedangkan Jungkook sudah ceritakan segalanya dengan teliti.

"Jungkook berbual dengan rakan sekelas dia?" soal ibu Jungkook.

"Ibu, janganlah.." Jungkook seolah-olah menghalang ibunya untuk terus berbicara tentang topik itu.

"I-iya" balas Minjung kepada Puan Jeon.

Perlahan-lahan riak wajahnya berubah. Kalau tadi wajahnya kelihatan terkejut, sekarang wajahnya lebih tampak seperti seorang manusia yang sedang bersyukur.

"Ibu" Jungkook masih lagi cuba menghalang sesuatu.

"Jungkook ni daripada sekolah rendah sampai sekarang tak pernah ada kawan. Kalau dekat sekolah ada kerja berkumpulan pun, dia sendiri akan tulis surat untuk buat individu" kata puan Jeon membuatkan anak lelakinya mengalihkan matanya ke tempat lain. Malu benar Jungkook apabila Minjung mengetahui kisah ini.

"Tu yang mak cik terkejut bila dia bawa balik kamu, lepas tu dia makan mi segera dalam bikar dengan classmate buat mak cik rasa kerisauan mak cik kepada masalah sosial Jungkook berkurang" kata puan Jeon lagi.

"Minjung, kau nak balik tak? aku hantarkan" cepat-cepat Jungkook mengubah topik perbualan itu.


☆☆☆☆


Jeon Jungkook dan Kim Minjung berjalan bersama menuju ke arah jalan raya yang terletak di simpang sekolah kerana jalan ke rumah Minjung perlu melintasi sekolah terlebih dahulu.

"Urm, 004 macam mana?" soalan Minjung itu memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

"Aku suruh dia duduk dalam almari aku dulu" balas Jungkook.

"Masa kau pergi sekolah nanti, dia macam mana?" soal Minjung.

"Nantilah aku fikir, esok kan cuti, lusa pula ada karnival sekolah, aku rasa aku bawa dia, nanti aku suruh dia pakai maskot sambil edarkan risalah gerai kita" kata Jungkook.

"Kalau dia panas, nak buka maskot tu?" soal Minjung.

"Aku sediakan mask dengan cermin mata hitam, jadi janganlah risau" balas Jungkook.

Minjung hanya mengangguk kecil tanda memahami.

"Tadi kan, kenapa kau bagitahu mak kau tentang makan mi segera?" soal Minjung. Tipulah kalau dia seorang sahaja yang tertanya-tanya mengapa Jungkook berbuat begitu.

"Manusia ni, kalau kau nak suruh dia percayakan kau, kau kena berkongsi rahsia dengan dia. Macam tulah cara aku tutup rahsia aku bertinju. Aku bagitahu semua yang berlaku dalam hidup aku, baik ke buruk ke tapi aku sorok tentang bertinju daripada ibu bapa aku" kata Jungkook.

"Kau, memang suka sangat bertinju ke?" soal Minjung.

Jungkook menangguk laju. 

"Aku rasa setiap saat dia mengalir dalam darah aku" kata Jungkook dengan nada perlahan.

Minjung menepuk perlahan bahu milik jejaka itu.

"Aku faham perasaan kau, nak buat sesuatu yang kita suka tanpa pengetahuan orang lain tu, satu benda yang melelahkan" kata Minjung. Iya, dia dan Jungkook mungkin bukan dalam situasi yang benar-benar sama. 

Tetapi perit yang mereka lalui, amat serupa.

"Jadi, bila kau nak mula bertinju?" soal Minjung.

"Hahaha, kenapa? kau nak tengok aku bertinju ke?" soal Jungkook.

"Hei, kau lah peninju yang berjaya tarik perhatian aku masa kali pertama aku pergi tengok tinju underground tau" kata Minjung.

"Iya lah tu" balas Jungkook.

"Iyaa, masa tu aku kagum sangat cara kau elak tumbukan pihak lawan. Dia tumbuk bahagian badan kau, kau tak elak tapi bila dia nak sentuh je wajah kau, kau terus balas balik dengan cepat" kata Minjung.

Jungkook tergelak kecil apabila mendengar gadis itu bercerita tentang dirinya.

"Kau sebenarnya memang sengaja kan tak elak bila pihak lawan nak tumbuk kau? bila dia nak serang muka tu baru kau bertindak sebab kau tak nak dia sentuh wajah kau?" soal Minjung.

Sekali lagi Jungkook tergelak kecil lalu dia mula bertepuk tangan.

"Wah, tak sangka ada orang perasan cara aku balas serangan" kata Jungkook.

"See? aku dah kata, sejak kali pertama aku tengok kau lawan dua tahun lepas, aku memang beli tiket perlawanan seterusnya tu semata-mata nak tengok kau lawan je tau. Tiba-tiba kau hilang tak muncul-muncul" kata Minjung.

"Jadi, kau.. terus pergi tonton ke perlawanan seterusnya masa aku tak ada tu?" soal Jungkook.

"Mestilah, setiap kali aku pergi sana, aku cari kau. Tapi tak ada" balas Minjung.

"Kau.. tak akan tak tahu kookie tu aku bila kau jumpa aku dekat sekolah?" soal Jungkook.

"Sejujurnya, aku selalu duduk belakang-belakang sebab lambat sampai, jadi setiap kali orang bertarung tu, manalah aku nampak wajah dia" balas Minjung.

"Habis tu macam mana kau tahu aku kookie masa mula-mula kita sekelas dulu?" soal Jungkook lagi.

"Bentuk badan kau sama" balas Minjung. Sejujurnya, mereka berdua tidak pernah terserempak di dalam sekolah ni sebelum ini. Kerana Minjung jarang hadir ke sekolah disebabkan dia selalu mewakili sekolah dan Jungkook pula selalu duduk di dalam kelas sahaja kerana pas istimewa tu.

Jadi, mereka tidak pernah berjumpa dengan jarak yang dekat. Sehinggalah awal tahun ini, mereka di sekalikan oleh sebab arahan pengetua. Sebab itulah, Jungkook tidak pernah melihat wajah Minjung dengan teliti dan Minjung tidak pernah mengenali Jungkook sebelum ini.

"Urm, kau hantar sampai sini jelah, aku jalan sendiri je nanti" kata Minjung.

"Eh, bahayalah perempuan jalan seorang diri malam-malam ni" balas Jungkook.

"Tak apa, aku balik sendiri, jangan risau, aku lari laju" kata Minjung.

"Kau ni" 

"Iya, nanti aku dah sampai rumah, aku mesej kau, ok?" gadis itu memberikan cadangan.

"Aku tak ada nombor kau" balas Jungkook sambil menayangkan wajah dingin.

"Aku ada nombor kau" balas Minjung.

"Kau ada nombor aku?" Jungkook terkejut.

"Haah, Chanyeol bagi masa tu dia kata nak add  kau dalam group kelas tapi takut, jadi dia suruh aku yang add kau. Tapi aku lupa nak add " kata Minjung.

"Wait, kenapa aku yang ketua kelas ni tak tahu pun yang kelas kita ada group chat?" balas Jungkook.

"Hehehe, diorang kan tak tahu perangai sebenar kau, jadi semua orang ingat kau tak suka masuk dalam group chat. Kau tahu lah, dalam group chat kan banyak borak mengarut-ngarut, diorang takut kau marah" terang Minjung.

Jungkook mengeluh kecil sebelum memandang ke arah Minjung yang menayangkan senyuman kekok kerana takut dirinya marah.

"Haih, nanti dah sampai rumah, mesej aku tau, jangan lupa add aku dalam group kelas" kata Jungkook.

"Ok! janji, bye, weh!" kata Minjung sebelum berlari meninggalkan Jungkook.

Dan ketika itulah baru Jungkook tahu mengapa pelajar kelas sky dan mantel semakin rapat rupanya mereka banyak berborak di dalam group kelas.


☆☆☆☆



Minjunglaju   added  You


Eunwoolemas 

Kau add siapa duh, Minjung?


Chanyeolkatak

Ni kenapa aku tak nak buat Minjung jadi admin

Nanti habis semua sepupu sepapat dia nak add dalam ni


Jimincomel 

Oh, ni sepupu Minjung ke?

Hai, saya Jimin, kawan sekelas Minjung.


Jaehyun*#*#*

Saya Jaehyun, saya pun satu kelas dengan Minjung.

Btw, korang nanti pm aku intro balik, aku lost contact semua orang.


JisooKim 

Weh korang, nama group ni pun kelas Atmosfera 

Tak akanlah tiba-tiba ada budak kelas lain dalam group ni

Mestilah sepupu Minjung tahu yang kita semua satu kelas dengan dia.

Tu bukan sepupu dia lah.

Tak akan korang tak save tu siapa?


NayeonFleksible

Weh

Minjung add sepupu dia lagi ke duh?

Sepupu dia yang mana satu pulak ni?

Kenapa aku tak save nama dia?



Jimincomel

Manalah aku tahu

Aku bukan pak cik dia

@Jisookim aku tak save, tu siapa weh?




Taerbang

Minjung ni memang

Dari tahun pertama dia suka add sepupu dia masuk dalam group chat ni

Apa masalah budak ni pun aku tak tahu.



Eunwoolemas

Tulah

Si sepupu dia ni pun satu

Kalau dah tahu dia tak ada kena mengena dengan sekolah kita

Left jelah

Sibuk je nak stay 



Chanyeolkatak

Entah

Lepas tu bila kitorang buat lawak dalam ni

Dia screenshot letak dekat status

Dah lah CCTV je dalam ni.



Eunwoolemas 

 Left lah group ni

Dah lah Single.



Chanyeolkatak

Tah, left lah



You

Ni aku lah

Jeon Jungkook.



Eunwoolemas left


Chanyeolkatak left


Minjunglaju added Eunwoolemas and Chanyeolkatak


Minjunglaju

Korang ni, aku cas phone kejap pun dah kecoh







TBC

Weh, apahal hambar sangat duh chapter ni?

Sakit jantung aku edit line nak bagi ikut texting. LAST LAST HAMPEH HSHSHS

Ok,sila hargai usaha saya hari ini. Terima kasih shshs

Continue Reading

You'll Also Like

6.1K 601 9
Taufan: Weh,Hali. Halilintar: Apa? Taufan: Kau perasan tak? Sejak kita ada kembar baru ni,Gempa dah kurang spend masa dengan kita? Halilintar: Tak ad...
414K 15.5K 48
[IF I HAVE FREE TIME MAYBE I WILL UPDATE THIS STORY] [MAFIA] Start writing on wattpad when I was 13. Immature storyline alert ⚠️⚠️ Psiko? Dulu memang...
398K 57.4K 63
[CHAPTER MASIH LENGKAP] "Work for me, be my only pleasure slave." Kisah si anak gereja, Elise Leonie yang ditarik masuk ke dalam lembah dosa oleh seo...
529 55 11
Mengisahkan hidup Ali sangat gelap. Walaupun ibu Ali berteraskan tekno ialah Aliya memarahi anaknya yang selalu tidak dengar cakap keluarganya sendir...