Silent Melody [✔️]

By arniey11

353K 33.8K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 51
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 52

3.1K 313 10
By arniey11

Dunia yang gelap bertukar terang apabila cahaya mula memasuki mata aku. Sikit demi sedikit mata aku terbuka memandang langit yang putih.

Aku dimana?

Bagaimana aku berada di sini?

Kenapa badan aku terasa sangat sakit sekarang?

Banyak persoalan yang bermain di dalam fikirkan aku. Katil yang empuk menjadi tempat aku baring ini terasa sungguh asing. Ini bukan bilik aku.

Mata aku memandang sekeliling kawasan ini. Sunyi dan tanpa penghuni. Ini bilik siapa?

Badan aku yang terasa sakit ini cuba diangkat namun tidak berjaya. Aku terlalu lemah seperti tidak makan selama beberapa hari.

Aku mahu memanggil seseorang tetapi aku tidak tahu aku dimana dan siapa yang patut aku panggil.

Plak...

Tiba aku terdengar bunyi pintu bilik ini terbuka. Aku menoleh ke arah pintu tersebut dan kelihatan Mary masuk sambil membawa satu dulang makanan.

"Cik Rechel!" Panggil Mary terkejut.

Kenapa dia terkejut? Dia seperti baru lihat aku ini bangun dari koma yang lama.

Wanita 40an itu berlari ke arah katil ini. Dulang tadi diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Aku sekali aku cuba membangunkan diri ini namun tidak berjaya.

"Cik tak boleh bangun dahulu. Badan cik masih tak sihat," pesan wanita itu. Dia menolong aku menyandar di kepala katil ini.

Aku melihat ke arahnya. Dia sudah balik bermakna dia akan jaga aku dari sekarang dan aku tak perlu berurusan dengan perempuan itu lagi. Terima kasih sangat sebab balik awal.

"Aku dekat mana?" Soal aku.

"Cik dekat bilik tetamu rumah ni."

"Bilik tetamu? Kenapa aku ada dekat sini?" Aku tidak ingat apa yang terjadi pada diri ini.

"Dua hari lepas cik jatuh pengsan ketika cik sedang makan. Tuan Arshen tak dapat bawa cik ke bilik cik jadi dia gunakan bilik ni."

Makan?

Ya. Aku ingat kembali. Waktu tu aku sedang makan tengahari lalu Arshen datang ke arah aku.

Waktu aku makan itu, aku dapat rasakan tekak aku terasa sangat sakit dan aku terus termuntah darah. Jadi semua inu terjadi kerana kejadian itu.

Kejap! Tadi Mary kata dia hari lepas. Jadi aku tak sedarkan diri dia hari ke?

"Berapa lama aku tak sedarkan diri?"

"Dua hari cik."

Aku tidak percaya. Dua hari tu. Teruk sangat ke sakit yang aku kena sebab kejadian tu.

Sudahlah aku ada kelas dalam dua hari tu. Ian mesti risau kenapa aku tak datang sekolah ini. Nanti apa aku nak beri alasan.

Uhuk! Uhuk!

Tiba aku terbatuk. Tekak aku masih pagi terasa sakit namun tidak sesakit hari itu.

"Cik perlu minum air ni. Racun tu masih ada lagi dalam badan cik," wanita itu menghulurkan segelas air kosong kepada aku.

"Racun? Racun apa?"

"Tentang tu saya tak boleh beritahu cik dulu. Tuan yang arahkan saya buat begitu," balas wanita itu.

Aku memandang serius wanita itu. Kenapa pula mesti sorokkan sedangkan aku yang kena.

Lagi pula racun apa yang mereka maksudkan. Tak kanlah aku termuntah darah sampai aku pengsan itu atas sebab racun yang terdapat dalam makanan aku.

Kalau betul ada racun, siapa yang letak? Hal itu memang membuat aku ingin tahu.

"Ini makanan cik. Saya kena pergi dulu. Kalau cik nak apa-apa, boleh jer panggil saya," ujar Mary lalu beredar keluar.

Gelas yang berisi air kosong ditatap oleh aku. Entah kenapa rasa ragu pula  mahu makan makanan itu. Tapi makanan ini Mary yang sediakan, jadi sudah semestinya selamat.

Kepala aku menoleh ke kanan melihat dulang makanan yang disediakan oleh Mary tadi dan tiba aku terlihat telefon aku ada di atas meja tersebut.

Aku mengambil telefon ini lalu membukanya. Sungguh banyak pesanan yang hadir dan hampir semuanya datang daripada Ian.

Lelaki ini memang risaukan aku. Ini baru dua hari kalau seminggu entah-entah sampai berjuta pesanan dia hantar.

Aku mengeluh seketika lalu menekan nombor Ian. Beberapa saat aku menunggu, akhirnya panggilan tersebut dijawab.

"Rechel! Mana kau pergi? Kenapa tak pergi sekolah? Ke kau ada masalah? Kalau ada ceritalah dekat aku?"

"Aku sakitlah. Kau ni janganlah tanya banyak sangat soalan. Tak tahu aku nak jawab mana dulu."

"Kau sakit? Sakit apa? Lama dah ke?"

"Aku demam jer. Lama tu tak lah lama sangat. Adalah dalam dua hari tu."

"Betul ni kau tak tipu."

"Ya, aku tak tipu. Dah lah aku ada kerja ni, lepas ni aku call kau balik."

"Eh, tunggu du-"

Aku terus memotong panggilan tersebut. Kalau tak dibuat begitu memang tak akan diamlah lelaki itu nanti.

Aku juga terpaksa menipu kepada Ian. Aku tahu dia tidak akan diam kalau tahu aku bukan demam tetapi kena racun oleh orang yang aku tak tahu.

Walaupun Ian rupa macam tu tapi bila masuk bab aku memang dia ambil peduli. Kalau aku beritahu nanti, tak mustahil dia upah penyiasat untuk cari siapa yang dalang semua ini.

Plak...

Bunyi pintu bilik ini dibuka. Mary datang lagi ke?

Aku yang bermain telefon ini hanya merendahkan semua itu. Bunyi tapak kaki kedengaran datang menuju ke sini.

"Kau dah sedar?" Suara lelaki kedengaran.

Aku memandang sekilas. Abang pertama aku rupanya. Aku ingatkan Mary tadi.

"Macam mana rasa kau sekarang?" Soalnya lagi.

Aku tidak menjawab dan hanya menatap telefon ini. Tidak tahu kenapa dia sibuk sangat nak urus hidup aku sekarang. Ke dia buat semua tu sebab tak nak aku ni buat kerja yang memalukan nama keluarga ni.

"Aku tanya ni, jawablah." Dia mula bertegas.

Aku menghela nafas. Selimut yang menutupi kaki aku tadi ditarik. Sedaya upaya aku cuba menggunakan tenaga untuk berdiri dan berjalan.

"Kau nak pergi mana?" Lelaki itu cuba memberhentikan ku.

"Balik bilik," aku cuba berjalan keluar dari bilik ini.

Aku tidak selesa berada di bilik yang orang boleh keluar masuk sesuka hati mereka sahaja. Aku mahukan tempat aku sendiri.

"Kau tak boleh bilik kau," dia memberhentikanku.

"Kenapa pula?"

"Kau masih sakit dan lebih baik kau rehat sini sahaja."

"Boleh jer rehat dekat bilik Rechel sendiri," aku mahu bertegas.

"Ini arahan papa," aku terus terdiam. Aku tidak boleh memberi alasan lagi.

Aku mendengus geram. Tangan yang dipegang oleh Arshen tadi dilepaskan oleh aku dengan paksa.

Aku seterusnya berjalan menuju ke katil itu semua dan berbaring. Selimut aku gunakan untuk menutup seluruh badan aku termasuklah kepala ini.

Aku tidak mahu melihat muka lelaki itu. Buat hati aku panas sahaja. Sudahlah aku sekarang tidak ada masa untuk sendiri kalau begini.

"Cruz kata seminggu ni kau mesti rehat sini sahaja. Kau tak boleh keluar selagi sihat sepenuhnya," ujar akhir lelaki itu sebelum keluar dari bilik ini.

Kini aku terasa seperti dikurung dalam sangkar sahaja. Aku tidak boleh keluar, tidak boleh ada masa untuk bersendiri dan lebih teruk aku tak boleh ke sekolah.

Siapalah yang pandai sangat beri aku racun tu?

Kalau dapat orang tu memang aku sumpah 7 keturunan dia tidak akan hidup senang.

Aku nak menyesal pun sudah tidak dapat. Benda sudah kena terpaksalah terima. Agaknya sampai bila aku kena kurung macam ni.

Kalau lama-lama memang boleh hilang sabar aku ni. Harap sahajalah sakit ini cepat sembuh dan aku boleh keluar dari tempat ini.

7 keturunan Jane tak kan tenang lepas ni. Sebab dia seorang hampir 7 keturunan kena.

Continue Reading

You'll Also Like

467K 39.3K 71
Cindarella. Seorang gadis yang terkenal dengan ketabahan, kecekalan, dan kisah cinta romantisnya yang penuh debaran dan halangan. Kisah ini telah ber...
19.8K 1K 72
"Kita akan hidup bersama sampai bila-bila kan?" ~Laura Alaia. "Nope baby. Masa kita ada terlalu singkat."~ Venus "Kau tahu kau kuat, Laura."~ Arissa...
301K 12K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...
481K 40.7K 98
Farish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal...