Silent Melody [✔️]

By arniey11

344K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 50
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 51

3K 323 37
By arniey11

Jane termenung melihat ruang makan rumah ini yang kelihatan sungguh besar dan elegan itu. Pinggan untuk menjamu selera pada hari itu sudah siap disusun di atas meja. Hanya tinggal makanan dan orangnya sahaja ada lalu sesi menjamu selera di rumah besar itu akan selesai.

Pernah terlintas di fikirannya untuk menjamu selera dan duduk di ruang makan itu. Tetapi dia tidak boleh kerana untuk pekerja, ruang makan mereka ada di tempat lain. Bukannya di sana.

"Kamu buat apa termenung sini? Lebih baik kamu tolong bawa semua ni ke atas meja tu daripada termenung tak tentu arah tu," tegur chef lelaki rumah ini kepada Jane.

Perempuan itu mengeluh dengan sikap mengarah orang tua itu. Sejak dia kena hukuman membersih dapur hari itu, chef ini selalu mengarahkannya untuk bekerja di bahagian dapur sahaja.

Dia tahu semua ini mesti rancangan tuan rumah ini supaya tidak bagi dia berjumpa dengan gadis itu. Dan perkara itu membuat dia susah membuat kerja.

Sudahlah masa yang tinggal hanyalah seminggu ini. Dia sudah dapat benda itu namun dia tidak ada masa untuk melakukannya kerana ditugaskan di situ.

Kaki perempuan melangkah menuju ke meja yang terdapat pelbagai jenis makanan yang sudah siap dimasak tersebut.

Tangannya mengambil satu persatu pinggan lalu dihantar ke meja di ruang makan rumah ini. Sekejap sahaja masa yang diambil dan hampir semua makanan tadi sudah dihantar. Dan yang tinggal hanya satu pinggan yang terakhir lagi.

"Oh ya, pinggan tu kamu tak perlu hantar. Itu pinggan cik Rechel, jadi kamu tak perlu hantar dulu," ujar chef tersebut.

Tangan Jane yang baru sahaja mengambil pinggan itu ditarik kembali. Dia tahu gadis itu tidak akan makan bersama ahli keluarganya yang lain setelah dilarang untuk makan di bilik. Jadi gadis itu akan makan lambat daripada ahli keluarga supaya mereka tidak bertembung.

Cara itu mungkin cara terbaik, namun gadis itu tidak boleh mengelak seperti itu. Apatah lagi sekarang secara tiba-tiba keluarga gadis itu rajin untuk makan di rumah. Biasanya tidak.

Matanya melihat makanan cik muda rumah tersebut. Itu adalah makanan tengahari namun gadis itu hanya memakan sup sayuran bersama roti sahaja. Ini sama sahaja seperti sarapan.

Jane yang malas mengambil kisah itu hanya membiarkan sahaja. Tangan yang berpeluh tadi dilapkan di kain apron sendiri. Dan tiba tangannya terasa terpegang sesuatu benda di dalam poket apron itu.

Dia mengambil benda yang sebesar botol perwarna kuku tersebut. Teringat dia akan benda ini. Ini adalah benda yang orang itu untuk di jayakan misi dengan lebih cepat.

Dia berfikir sejenak. Berfikir bila dia mahu selesaikan misi ini. Masa yang diberikan adalah seminggu ini sahaja. Dia mesti selesaikan sebelum puan Mary datang ke sini semula.

Matanya liar melihar kawasan dapur yang sunyi ini dan tiba dia terfikirkan sesuatu. Mulutnya tersenyum senin mendapat idea untuk menyelesaikan kerjanya itu.

.
.
.
.
.

Mata aku leka memandang laptop di hadapan aku tanpa aku perasan bahawa jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Disebabkan hari ini sekolah cuti dan Ian pula ada kerja, jadi aku tidak dapat keluar dari rumah ini.

Aku terpaksa terperap di dalam bilik ini sahaja. Keluar seorang diri? Sudah semestinya tidak. Aku akan terasa janggal apabila keluar seorang diri tanpa peneman.

Tangan yang dari tadi penat menaip direnggangkan. Sudah masuk jam 3 petang. Rasanya masa untuk makan tengah hari sudahpun lama berlalu dan bermaksud semua ahli keluarga aku sudah makan kecuali aku.

Mungkin aku boleh menjamu selera sekarang. Ini adalah masa yang sesuai kerana aku tidak akan bertembung ataupun makan sekali dengan ahli keluarga aku yang lain.

Laptop tadi ditutup lalu aku terus keluar dari bilik tersebut. Aku melihat dahulu kawasan sekitar. Takut berjumpa dengan perempuan pembawa masalah itu lagi. Malas aku nak meninggikan suara aku kepada perempuan itu.

Setelah selesai memerhati, aku berjalan menuju ke ruang makan yang berada di tingkat satu. Masuk sahaja aku di sana, aku dapat lihat chef rumah ini tergesa masuk kembali ke dapur untuk menyediakan makanan aku.

Tidak perlu aku bazir suara memanggil dia. Kalau Mary ada mesti dia yang akan lakukan untuk. Dia kan pembantu khas aku. Dari aku bayi lagi dia sudah menjaga aku, jadi dia sudah kenal sangat bagaimana sikap aku.

Aku harap sangat wanita itu cepat sedikit balik ke sini. Aku tidak sanggup lagi berjumpa dengan perempuan pembawa masalah itu. Dalam banyak-banyak pekerja rumah ini, kenapa mesti dia yang gantikan Mary. Boleh sahaja orang lain.

"Maafkan saya cik, ini makanan cik." Aku menjeling ke arah seorang pembantu rumah yang menghantar makanan aku.

Aku melihat makanan ini. Sup sayur dan roti sahaja. Nampak menyelerakan namun aku terasa malas untuk makan. Semakin lama aku duduk rumah ini semakin aku rasa selera makan aku mula hilang. Jikalau di asrama dahulu, aku baik sahaja makan bersama Ian.

Aku mengeluh seorang diri di situ. Roti kosong yang ada disamping sup itu diambil oleh aku. Dicubit aku roti itu untuk mengambil bahagian kecilnya lalu dengan tidak seleranya aku memakan paksa benda itu.

Dalam aku cuba menghabiskan makanan ini, tiba aku terlihat satu sosok yang paling aku tidak mahu jumpai. Sosok itu adalah sosok abang pertama aku, Arshen. Dia datang mendekati meja ini sambil memandang aku.

Aku mahu selesaikan dengan cepat sesi menjamu selera dan masuk semua ke dalam bilik aku namun disebabkan sosok itu, entah kenapa aku dapat rasakan masa makan aku semakin lama.

"Kau baru makan?" Soalnya.

Aku tidak menjawab dan hanya menjeling ke arahnya. Dia berdiri tepat di tepi meja ini.

"Kenapa kau tak makan sekali sama yang lain?"

Sudah mula soalan bertalu dia tu. Aku tak faham apa yang dia tidak puas hati lagi dengan aku.

Lelaki ini selalu datang lalu memberi amaran kepada aku untuk tidak menjadi beban keluarga ini. Telinga aku ni sudah lalu sangat dengar semua itu.

"Aku tahu kau tak akan jawab soalan aku, tapi sekurangnya dengar kata papa."

Aku mengeluh di dalam hati. Roti tadi sudah selesai aku habiskan. Sudu yang berada di tepi mangkuk sup sayur ini diambil oleh aku lalu aku cuba memakan sup tersebut.

"Papa kata, kalau kau dah tak-"

Uhuk! Uhuk!

Tiba aku terbatuk selesai menghirup satu sudu sup sayur ini. Entah kenapa tekak aku terasa sungguh pedih seperti dihiris oleh pisau.

Uhuk! Uhuk!

Baruk aku tak terhenti. Tekak aku terasa semakin sakit.

"Kau dah kenapa ni?" Mukanya kelihatan risau.

Uhuk! Uhuk!

Tiba aku terasa sesuatu keluar dari mulut aku apabila aku batuk tadi. Tangan yang digunakan untuk menutup mulut ini dilihat.

Terbeliak besar mata aku lihat cecair berwarna merah tepat di tapak tangan aku. Mulut aku juga tetasa seperti ada cecair merah yang melekat.

"Rechel, kau..."

Aku memandang ke arah lelaki itu. Mukanya kelihatan risau melihat aku termuntah darah tersebut.

"Darah tu..."

Tiba pandangan aku menjadi kelam. Aku jatuh dari kerusi tersebut dan fikiran aku terus menjadi kosong. Kosong dan tidak sedarkan diri.

Sapa nak join aku bunuh Jane, boleh tolong daftar dekat sini.

Continue Reading

You'll Also Like

61.3K 4.3K 53
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1M 67.8K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...
853K 48.9K 108
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia...
60.7K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...