Silent Melody [✔️]

By arniey11

343K 33.3K 1.9K

(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit me... More

Prolog
cp 1
cp 2
cp 3
cp 4
cp 5
cp 6
cp 7
cp 8
cp 9
cp 10
cp 11
cp 12
cp 13
cp 14
cp 15
cp 16
cp 17
cp 18
cp 19
cp 20
cp 21
cp 22
cp 23
cp 24
cp 25
cp 26
cp 27
cp 28
cp 29
cp 30
cp 31
cp 32
cp 33
cp 34
cp 35
cp 36
cp 37
cp 38
cp 39
cp 40
cp 41
cp 42
cp 43
cp 44
cp 45
cp 46
cp 47
cp 48
cp 49
cp 51
cp 52
cp 53
cp 54
cp 55
cp 56
cp 57
cp 58
cp 59
cp 60
cp 61
cp 62
cp 63
cp 64
cp 65
cp 66
cp 67
cp 68
cp 69
cp 70
cp 71
cp 72
cp 73
cp 74
cp 75
cp 76
cp 77
cp 78
cp 79
cp 80
cp 81
cp 82
cp 83
cp 84
cp 85
cp 86
cp 87
cp 88
cp 89
cp 90
cp 91
cp 92
cp 93
cp 94
cp 95
cp 96
cp 97
cp 98
cp 99
cp 100
cp 101
Epilog
Author last words
Side Story 1 (Muffin)
Side Story 2 (Jane)
Side Story 3 (Propose)
Funfact
new story (Iris)
New Story
Happy Birthday [Rachel]
Happy Birthday [Ian]

cp 50

3.1K 326 9
By arniey11

"Kenapa kau mesti hidup? Sebab kau mama pergi."

"Hidup kau dekat dunia ni tak ada guna. Kau hanya pembawa malang"

Aku terjaga dari mimpi aku. Dahi aku berpeluh. Nafas aku tersekat-sekat mengingat memori lalu.

Itu adalah memori beberapa tahun lepas aku bersama dengan abang pertama aku.

Aku ingat lagi pandangan mata keji yang dia berikan kepada aku sambil mengucap ayat tersebut. Aku tidak akan dapat lupa semua itu.

Itu adalah memori buruk aku. Aku tidak mahu mengingati namun mimpi tersebut membuat aku teringat aku semua memori tersebut.

Perasaan takut, marah dan sedih bergelora di dalam diri aku. Dan entah kenapa aku mula menangis. Aku duduk memeluk kaki aku di atas katil sambil mengenangkan tangisan aku yang datang secara tiba-tiba ini.

Aku cuba menenangkan diri ini tetapi tidak berjaya. Inilah sebab kenapa aku tidak suka mengalami mimpi seperti itu.

Mata menoleh ke arah satu meja tepat di tepi katil ini. Dapat aku lihat satu pisau pemotong kertas yang aku gunakan dahulu diletakkan tepat di atas meja tersebut.

Tangan aku dengan automatik mengambil pisau tersebut. Aku merasa seperti otak aku tidak dapat mengawal perasaan aku sekarang.

Tangan aku bergegar memegang pisau tersebut. Mata aku pula hanya tertumpu pada mata pisau tersebut.

"Sebab kau, adik aku mati!"

Memori lalu terlintas ke fikiran aku. Aku tidak dapat tenangkan diri aku.

"Kau memang pembunuh mama!"

"Kau yang patut mati bukannya Amel!"

Aku sudah tidak dapat tahan lagi. Aku bencikan fikiran aku yang mengingatkan memori hitam tersebut.

Tangan aku tanpa kawalan membuka mata pisau tersebut lalu ditujukan tepat di leher aku.

Aku mahu tamatkan semua ini. Aku tidak mahu tersiksa lagi. Semua yang terjadi ini salah diri aku sendiri yang lahir ke dunia ini.

Aku membuat wanita itu pergi dan semua orang membenci aku hanya sebab aku adalah pembunuh. Aku mahu tamatkannya.

"Kau pun sama, ibu kau tak ada niat untuk tinggalkan kau dan keluarga kau. Kalau dia diberi kesempatan untuk hidup bersama kau, mesti dia mahu. Tapi dia tidak boleh, jadi kau mesti teruskan hidup kau untuk bayar usaha dia lahirkan kau di dunia ni."

Tangan aku terhenti. Pisau tadi aku campak ke lantai. Nafas aku tersekat-sekat mengigatkan ayat Claire pada hari itu.

Mata aku menangis mengenang nasib aku ini. Aku mahu tamatkan hidup aku tetapi aku takut. Takut berjumpa dengan ibu aku di dunia satu lagi dengan cara membunuh diri.

Aku tahu membunuh diri salah namun aku tidak sanggup lagi hidup begini. Hidup aku terlalu sengsara.

Air mata aku mengalir menitis mengena katil ini. Kaki ini dipeluk menahan akan rasa yang mahu menamatkan riwayat hidup ini.

Aku amat memerlukan seseorang sekarang. Sesiapa sahaja, tolonglah aku di sini. Aku tidak sanggup menghadapi semua ini seorang diri.

.
.
.
.
.

Jane dengan rasa geramnya menghabiskan kerjanya membersih dapur rumah tersebut. Itu adalah dendanya kerana telah membuat masalah hari ini.

Kata chef tadi dia tidak boleh berehat selagi dapur itu tidak bersih sepenuhnya. Biasanya apabila dia membuat salah dia tidak akan kena denda tetapi disebabkan hari ini ia telah berbuat salah tepat di hadapan mata Cruz, lelaki itu telah mengarahkan denda dikenakan kepadanya.

Jadi dia yang penuh dengan perasaan geram itu membersihkan dapur tersebut. Jam di dapur itu sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan dia baru sahaja selesai di mana semua pekerja lain sudah pun masuk ke alam mimpi.

Dia tidak tahu bahawa dia akan mendapat denda kali ini. Bak kata orang itu, keluarga ini membenci gadis itu namun kenapa dia lihat keluarga ini baik sahaja terhadap gadis itu.

Tadi dia sengaja buat salah tumpahkan air teh kepada gadis itu pun abang dia sudah marah seperti dia sudah mencederakan gadis itu.

Tidak sama seperti yang orang itu katakan. Tetapi apa yang orang itu kata gadis itu bersikap suram adalah betul.

Perempuan itu mengeluh sendiri di dalam hatinya. Kain yang digunakan untuk mengelap dapur tadi disidai olehnya.

Dia tidak tahu sampai bila dia kena berlakon menjadi pekerja di sini. Dia sudah mula mengalah dengan semua ini. Kalau bukan disebabkan bayaran lumayan yang orang itu bagi, sudah semestinya dia berhenti dulu lagi.

Menjadi pembantu rumah bukanlah kerjaya dia. Memang kadang-kala ada untung kerja sini seperti dapat berkenalan dengan tuan yang kacak seperti Arshen, namun ini bukannya kerjaya yang dia mahu.

Kerjaya yang dia mahu adalah membuat duit tanpa berbuat apa-apa ataupun senang cerita mengahwini lelaki kaya yang boleh buat dia mandi dengan duit.

Dia memang mahu semua itu dan sebab itu juga dia berusaha mencari perhatian Arshen tetapi tidak berjaya. Dari apa yang di lihat lelaki itu lebih memberi perhatian kepada gadis itu berbanding dirinya.

Jadi di mana betulnya keluarga ini membenci gadis itu. Dia yang mencari perhatian keluarga ini dengan buat masalah kepada gadis itu pun tidak dilayan, malah gadis itu yang dilayan. Perempuan itu memang tidak apa yang dikatakan oleh orang itu.

Jane yang baru sahaja selesai membersihkan dapur itu melangkah menaiki tangga rumah ini. Sebenarnya bilik para pekerja rumah ini adalah ditingkatkan satu, namun dia terfikir sesuatu yang licik.

Sementara para pekerja lain sedang tidur dia berfikir mahu menjelajah rumah besar ini. Sekarang dia bebas mahu ke mana sahaja tanpa ada orang tahu.

Dia memerhati seluruh kawasan rumah ini. Sungguh cantik dan elegan. Besar pula tu. Kalau dia berjaya pikat tuannya mesti rumah ini juga akan jadi miliknya dan dia pula yang mengarahkan orang untuk membuat kerja untuknya.

Itulah yang dikatakan meja sudah berputar. Dia akan dianggap puan besar dan semua orang yang suka mengarahkannya dahulu akan menjadi kulinya pula.

Perempuan itu tertawa sendiri di lalu tingkat dua tersebut. Dan tiba dia terdengar satu bunyi tangisan. Perasaan takut menghantui dirinya.

Aku menelan air liur dan memerhati kawasan sekeliling. Tidak ada kelibat bayangan perempuan berambut panjang dan berbaju putih. Namun bunyi tangisan itu semakin kedengaran apabila dia berjalan menuju ke hujung tingkat ini.

Berhenti sahaja dia di hadapan pintu cik muda rumah ini, tangisan tersebut kedengaran kuat dari dalam bilik ini. Bulu roma semakin meremang. Dia sangat takut.

Dia perlu pergi dari sini sekarang. Kawasan ini berhantu dan sangat keras.

"Jangan cakap ini suara tangisan puan Amel," ucapnya dengan nada yang sangat takut.

Dia berkata begitu kerana dia tahu puan besar rumah ini sudah pun tiada, jadi tidak mustahil rohnya menghantui rumah ini sekarang.

"Kau buat apa sini?" Tiba satu suara datang mengejutkan Jane.

"Saya tak bersalah. Tolong jangan bunuh saya!" Ucap Jane dengan penuh takutnya tanpa melihat gerangan tersebut.

"Bersalah? Bunuh? Apa kau cakap ni?" Suara itu menanya.

Jane yang takut itu tiba tersedar akan suara tersebut kedengaran tidak asing di rumah ini. Dia membuka mata dan melihat sosok tersebut.

"Tu-tuan Cruz. Tuan buat apa dekat sini?" Soalnya tersekat-sekat kerana malu akan sikapnya tadi.

"Itu soalan aku. Apa kau buat sini? Bilik pekerja ada di tingkat satu bukan sini," Cruz memandang datar perempuan itu.

"Oh, sa-saya baru sahaja selesai buat kerja saya. Jadi sekarang saya nak balik ke bilik saya. Selamat malam tuan," perempuan itu teruk mengangkat kaki pergi dari situ.

Cruz yang berdiri di situ hanya memerhati sahaja perempuan itu pergi. Dan tiba dia terdengar satu suara tangisan datang dari bilik adik perempuannya itu.

Dia berjalan mendekati bilik tersebut lalu memeriksa betul atau tidak suara tadi dari bilik tersebut. Dan jawapan adalah betul.

Sedikit terkejut dia apabila mendengar suara Rechel menangis itu.

"Kenapa budak ni menangis?" Soalnya di dalam hati.

Tangannya ini mengetuk pintu tersebut namun terhenti. Dia tahu adiknya tidak akan menjawab ketukan tersebut malah membiarkan sahaja.

Mungkin dia patut biarkan adiknya berseorang dahulu. Gadis itu perlukan masa dan tempat sendiri untuk menyelesaikan masalah. Dan dia mungkin tidak diperlukan oleh gadis tersebut.

Kalau roh Amel memang ada, aku rasa dh lama dia bunuh Jane. Ye lah, siapa suruh kacau anak perempuan dia. Kalau tak kena bunuh mesti dia ganggu sampai perempuan tu mati. HAHAHA.

Continue Reading

You'll Also Like

165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
49.5K 5.5K 55
Selama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi kor...
1M 67.8K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...