Golden Brain vs Golden Physic...

By reenshi

81.6K 14.6K 7.9K

▪︎Kenapa kita perlu pilih untuk menjadi salah satu, sedangkan kita boleh menjadi kedua-duanya sekali▪︎ 《A Jeo... More

Introduction
1: Kedatangan
2 : Kelas
3: Pelik
4: Sekarang!
5: Pensel
6: Lari
7: Berbeza
8: Denda
9: Welcome
10: Deal?
11: Sertai
12: Rahsia
13: Same
14: Sejuk
15: Berita
16: Dua?
17: Kawan
18: Ketua
19: Cover
20: Idea!
21 : GPS
22: Belakang
23 : Bikar
25: Add
26: Karnival
27: Kaunter
28: Together!
29: Tolak
30 : Duality
31: Game
32: Jangan!
33: Jauh
34: Nama
35: Dating

24: Perhatian

1.4K 317 213
By reenshi

145 votes + 120 comments

"Kamu semua buat apa ni?" soal seorang guru yang mengajar kelas Biosfera. Dia terbau kuah mi segera semasa dia sedang mengajar pelajar kelasnya. Jadi, terus dia datang memeriksa dari mana datangnya aroma itu.

Sekarang ini, seluruh pelajar kelas Atmosfera sedang kaku. Tak tahu ingin memberi reaksi bagaimana.

Tiba-tiba sahaja Jeon Jungkook mula bersuara.

"Kan aku dah kata mi segera ni tenaga dia 1432 kilojoule, tengok ni" kata Jungkook sambil tangannya di halakan ke arah mi segera yang berada di dalam bikar itu.

Semua pelajar kelas atmosfera mentafsir buat seketika perbuatan si ketua kelas itu, lalu Jung Jaehyun pula yang meneruskan penipuan Jungkook itu.

"Tu lah, tapi kalau tambah serbuk kuah tu, jumlah tenaga dia akan berubah" kata Jaehyun.

"Eh, cikgu?" sengaja Jungkook membuat lagak seperti baru sedar yang cikgu itu baru tiba di situ.

"Apa kamu buat di makmal sains ni?" soal cikgu itu.

"Oh, semalam kawan-kawan saya tak percaya yang mi segera hasilkan tenaga yang banyak, jadi hari ni saya bawalah mi segera dan buat eksperimen penentuan nilai tenaga dalam sampel makanan ni" kata Jungkook.

Cikgu itu memandang seketika ke arah pelajar kelas yang lain. Ketika itulah, Eunwoo mengangguk dengan laju bersama muka rajin yang dibuat-buatnya.

"Mi segera kan tergolong dalam karbohidrat, jadi banyaklah tenaga dia hasilkan" tiba-tiba cikgu itu mula bercakap tentang fakta sains.

"Iya betul tu, cikgu" Park Chanyeol hanya membetulkan apa sahaja cikgu itu kata.

"Saya sokong cikgu!" balas Eunwoo pula.

"Nanti lepas kamu dah siap buat eksperimen tu, kemas dan cuci semua alat radas yang kamu guna tadi" kata cikgu itu.

"Baik cikgu!" balas Park Jimin sebelum cikgu itu berjalan keluar meninggalkan makmal sains itu.

Seluruh kelas itu menghela nafas lega sebaik sahaja cikgu itu sudah menjauhi makmal sains.

"Makan cepat, nanti nak kena kemas semua ni" kata Jungkook.

☆☆☆☆

Jarum jam menunjukkan tepat pukul 10 malam tanda mereka semua sudah dapat pulang ke rumah.

Jeon Jungkook mengemas barang-barangnya begitu juga dengan pelajar kelas yang lain.

"Jungkook-ah, lusa nanti gerai kita dekat mana?" soal Jisoo.

"Yang dekat dengan gelanggang bola sepak tu" balas Jungkook.

"Siapa yang selalu sampai sekolah awal?" soal Nayeon.

"Aku dengan Jungkook" balas Jung Jaehyun.

"Nanti korang terus hias gerai ke?" soal Jisoo.

Jaehyun dan Jungkook hanya mengangguk.

"Nanti aku dengan Eunwoo datang awal tolong korang" balas Chanyeol.

"Aku sampai lambat sikit lah rasanya sebab aku naik train" kata Kim Taehyung.

"Ok tak apa, nanti sampai terus ambil walkie-talkie dengan Chaeyoung" kata Jungkook kepada Taehyung.

Son Chaeyoung mengangkat tangannya ke arah Taehyung tanda memberitahu lelaki itu yang walkie-talkie itu ada bersamanya.

"Ok, semua dah selesai, boleh balik sekarang, jangan pergi tempat lain pula" pesan Jungkook sebagai seorang ketua kelas.

"Bye!" Eunwoo dan Chanyeol melambai-lambai ke arah pelajar kelas yang lain sebelum mereka berdua berjalan keluar meninggalkan kelas.

Satu per satu pelajar kelas Atmosfera berjalan keluar meninggalkan kelas itu. Hanya tinggal Minjung, Jaehyun dan Jungkook yang masih lagi belum selesai mengemas barang-barang mereka.

"Minjung-shi" satu suara garau memanggil nama gadis itu dan suara itu jelas datang dari arah pintu masuk kelas Atmosfera.

Bukan Minjung sahaja yang berpaling ke arah pintu kelas, bahkan Jungkook dan Jaehyun turut berpaling sama.

"B-bukan kau dah mati ke?" jelas sekali reaksi Minjung amat terkejut dengan kehadiran klon Jungkook di situ.

"Weh!" terus Jungkook berlari menarik jejaka itu untuk masuk ke dalam kelas bimbang jika ada pelajar lain lihat ada dua orang Jungkook.

"Aduh, macam mana ni?" Jung Jaehyun mengusap belakang tengkuknya akibat stress.

Jungkook membawa keluar pisau lipat yang dibawa di dalam poket seluarnya setiap masa. Tidak tahu mengapa, tetap sejak kecil lagi, Jungkook rasa tidak selamat jika tiada senjata bersamanya.

"Maaf, aku terpaksa pastikan kau tak buat hal" kata Jungkook sambil mengacukan pisau ke arah leher klonnya.

"Jungkook! berhenti!" cepat-cepat Kim Minjung menarik 004 untuk menjauhi Jungkook.

"Ketepi Minjung" ujarnya.

"Jungkook, dia tak salah! dia mangsa keadaan" kata Minjung.

Perlahan-lahan Jaehyun mencapai pisau yang berada di tangan Jungkook.

"Sabar weh, nanti kau masuk penjara sebab bunuh orang" kata Jaehyun.

"Tapi dia bukan manusia biasa" bidas Jungkook.

"Pada mata orang lain, secara umumnya, dia masih nampak macam manusia biasa" kata Jaehyun.

"Mana dua orang saintis tu?" soal Jungkook kepada klonnya.

"Diorang dah tak ada" kata 004 sambil pandangannya diturunkan menghala ke lantai.

Jeon Jungkook menghela nafas berat.

"Habis tu sekarang kau nak buat apa?" soal Jungkook.

004 hanya menggeleng perlahan tanda tidak tahu.

"Malam ni kau nak tidur mana?" soal Jaehyun pula.

Sekali lagi dia menggeleng kepala.

"Aku bawa dia balik rumah aku lah, mak ayah aku jarang ada dekat rumah, abang aku pun tak ada sekarang dekat rumah, jadi tak ada siapa perasan kalau dia ada" kata Minjung.

"Eh! mana boleh! dia ni lelaki, kau tu perempuan tak akan nak tinggal berdua dalam satu rumah?" balas Jungkook.

"Dah tu? dia nak duduk mana? mana boleh biarkan dia merayau-rayau, dah lah muka dia sama macam kau" balas Minjung.

"Aku betul-betul minta maaf, tapi rumah aku ada pembantu rumah, nanti mesti dia pelik" kata Jaehyun pula.

Sekali lagi Jungkook menghela nafas berat.

"Kau, ikut aku balik" kata Jungkook kepada 004.

☆☆☆☆

"Kenapa aku kena ikut kau sekali pulak ni?" soal Minjung sambil kakinya menurut sahaja jejak langkah Jeon Jungkook.

"Mak aku mana boleh tahu yang lelaki muka sama dengan aku ni wujud, sakit jantung dia nanti" kata Jungkook.

"Habis tu?" soal Minjung.

"Kau tarik perhatian mak aku, sementara aku bawa dia ni naik bilik aku" kata Jungkook sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah 004.

Minjung menggaru cuping telinga miliknya. Nak tarik perhatian macam mana? jumpa pun belum pernah.

"Weh, besar duh rumah kau" kata Minjung sebaik sahaja melihat sebuah rumah mewah di hadapannya.

"Eish, ni rumah ayah aku lah, bukan rumah aku pun" balas Jungkook.

Jungkook menekan loceng yang terletak bersebelahan dengan pagar utama.

"Ibu, Jungkook dah balik" kata Jungkook sambil tangannya menolak-nolak kepala 004 supaya imejnya tidak masuk ke dalam kamera.

"Jungkook, dekat belakang tu siapa?" soal Puan Jeon yang memerhatikan daripada kamera keselamatan yang terletak di luar pagar.

"Oh, ni kawan Jungkook, dia nak tumpang pergi tandas kejap" kata Jungkook sambil menarik bahu Minjung supaya mendekatinya.

"H-hai, mak cik" kata Minjung sambil tersenyum.

"Ohh, haa masuk-masuk" kata Puan Jeon sambil menekan suis agar pagar utama itu terbuka.

Minjung, Jungkook dan klon Jungkook berjalan masuk ke dalam.

"Ibu, dia nak pergi tandas boleh tak ibu bawakan dia? Jungkook nak naik atas kejap" kata Jungkook sambil menolak-nolak 004 ketepi supaya ibunya tidak dapat melihatnya.

"Mari-mari, ikut mak cik" kata Puan Jeon dengan nada yang senang.

Tanpa membuang masa, Minjung terus mengikuti langkah ibu Jungkook.

Lantas Jungkook menarik 004 masuk ke dalam rumahnya. Mereka berdua memanjat tangga untuk ke tingkat atas.

Jeon Jungkook memulas tombol pintu biliknya lalu menolak 004 agar masuk ke dalam biliknya.

Jungkook melampar beg sekolahnya ke atas katil miliknya lalu dia bergegas menuju ke arah almari bajunya.

Dia menolak semua baju-bajunya ke tepi untuk membentuk satu ruang kecil di dalam almari itu.

"Masuk cepat" kata Jungkook kepada 004.

Tanpa sebarang bantahan, 004 masuk ke dalam almari itu.

"Duduk dalam ni, jangan keluar sampai aku suruh" kata Jungkook.

Jejaka yang mempunyai wajah yang sama dengan Jungkook itu mengangguk perlahan.

Jungkook menutup pintu almari itu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu lalu dia membuka semula pintu almari itu.

"Kau lapar tak?" soal Jungkook. Klon ke apa dia masih lagi manusia yang perlukan makanan untuk terus hidup dan Jungkook masih lagi ada sifat kemanusiaan.

004 mengangguk lagi sekali.

"Nanti aku bawa naik makanan" kata Jungkook sebelum dia menutup semula pintu almari itu.

Kim Minjung POV💚

Gadis itu menutup pintu tandas setelah dia siap membuang air.

Wajah ibu Jungkook yang kekal berdiri di tempat yang sama itu membuatkan gadis itu kurang selesa.

"Kamu ni teman wanita Jungkook, ya?" soalan mengejut yang keluar daripada mulut Puan Jeon itu membuatkan Minjung menggeleng laju.

"Tak, tak, kami cuma rakan sekelas" balas Minjung.

Puan Jeon hanya mengangguk tanda memahami situasi antara mereka berdua.

Mata Minjung tertumpu ke arah sebuah rak yang dipenuhi dengan Tupperware yang tersusun elok.

"Mak cik pun pengumpul Tupperware?" soalan Minjung itu membuatkan ibu Jungkook turut mengalihkan pandangannya ke arah rak Tupperware itu.

"Haah, mak kamu pun sama ke?" soal Puan Jeon.

"Haah, wah! mak cik ada edisi blossom?" mata Minjung tertumpu ke arah sebuah botol air merah bercorak bunga mawar kecil.

"Mak saya dah lama cari yang edisi ni" kata Minjung.

"Oh ya? edisi tu mak cik ada dua set, mak cik tengah cari edisi butterfly nak tukar satu" kata Puan Jeon.

"Oh! mak saya ada edisi butterfly tapi saya tak tahu dia nak lagi ke tak edisi tu" kata Minjung.

"Nama kamu apa, sayang?" soal Puan Jeon bersama panggilan 'sayang' tanda sifat keibuan yang ada dalam dirinya.

"Minjung, Kim Minjung" balas Minjung.

"Oh, Minjung. Nanti lain kali datanglah lagi sini"

TBC

Okay, chapter ni kurang bosan sikit kut aku rasa. Kan?

ke bosan jugak. HSHSHS

Continue Reading

You'll Also Like

60.8K 305 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
414K 15.5K 48
[IF I HAVE FREE TIME MAYBE I WILL UPDATE THIS STORY] [MAFIA] Start writing on wattpad when I was 13. Immature storyline alert ⚠️⚠️ Psiko? Dulu memang...
1.3M 96.5K 54
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
1K 289 39
"Hanya dirimu yang berhak... Memiliki kasih ini."