CERTOT SERAM - SIAPA TU???
Malam tu entah kenapa rasa gian nak menonton wayang datang secara tiba-tiba. Mungkin jugak dah dekat 6 bulan aku tak masuk panggung wayang sejak PKP hari tu. Kebetulan malam tu housemate aku balik kampung. Jadi alang-alang kebosanan di rumah, aku pun bersiap nak pergi tengok wayang dekat mall berhampiran rumah sewa aku.
Nak dipendekkan cerita aku pun sampailah ke kaunter... masa tu orang x ada sangat... mungkin baru lepas maghrib kot... (orang lain atas tikar sejadah aku dah merambu kat luar)... aku beli tiket, pop corn semua dan dengan langkah paling macho aku masuk ke dewan 4... masa tu aku dh terlewat 10 minit... wayang pun dah mula... aku pun duduklah seat yg diberi pada aku... dalam gelap tu aku terperasan beberapa bayang manusia duduk sebaris dengan kerusi aku dan beberapa orang lain duduk di baris lain... memang lengang dan kosong dewan tu... aku rasa x sampai 10 orang yang menonton termasuk aku.
Aku pun layanlah filem seram yg tak seram langsung... beberapa kali juga aku terlelap. Sehinggalah aku betul2 terlena...
"Bro! Bro!" Aku masa tu tengah mamai kerana sedap buat air liur basi. Sedar-sedar ada seorang mamat sedang berdiri sebelah kerusi aku. Wajah dia mcm cuak je pandang muka aku.
"Kenapa?" Tanya aku sambil aku betulkan duduk yg dh x rupa orang.
"Aku rasa baik kau keluar dari sini..." terus manat tu berjalan laju meninggalkan aku yg terpinga-pinga tanpa sempat aku bertanya lanjut. Gelabah betul mamat tu sampai pintu dewan tayangan 4 tu dia main langgar je... berdentum sekali bunyinya.
"Takkan seram sangat cerita ni. Aku tengok hambar je... dengan pelakon kayu... hantu mcm tak rupa hantu." Aku membebel sambil mengunyah pop corn yg berbaki. Aku cuba fokuskan kembali penghayatan aku pada jalan cerita yg sumpah aku tak faham dh... hahaha...
"Arghhh!!!" tiba-tiba awek sebaris dengan aku menjerit... sikit lagi pop corn dekat tangan aku nak tercampak sama...
'gilalah dia punya jerit. nasib x luruh jantung aku.' Aku pandang pada skrin, masa tu adegan pocong sedang bergolek-golek kejar pelakon tengah berlangsung. Tak seram langsung pada aku
"Hahahaa..." Aku boleh ketawa kuat masa tu. Yelah wei... entah mana part seramnya sampai awek sebaris aku boleh jerit mcm apa... hahaha...
Serentak dengan tu suara hilaian bergema kuat menggegarkan seluruh dewan tayangan tu. Aku yg masih bersisa tawa serta merta terdiam... Gila kagum aku dengan sound effect filem... mcm real suara hilaian yg aku dengar tadi. Tapi yg hairan dekat skrin masa tu adegan waktu siang... tak ada pula bayangan cik pon... suara hilaian itu bergema semakin sayup... bulu roma aku dah meremang jangan cakaplah masa tu... real betul bunyinya...
"Takut ke bang?" perempuan sebaris aku menegur. Aku segera berpaling dan serta merta pandangan aku gelap. Apa yg aku ingat kali terakhir yang aku nampak sebaris dengan kerusi yg aku duduk dipenuhi dengan makhluk berbungkus aka pocong...
Aku hanya tersedar bila tayangan tamat dan pekerja panggung masuk memeriksa... Ketika itu baru aku dapat tahu malam tu hanya aku dan mamat yg kejutkan aku masa mula-mula saja yang menonton wayang malam tu... Patutlah muka mamat tu cuak... mungkin dia dh kena kacau dulu masa aku tengah sedap tidur. Jadi apa yg aku nampak malam tu? Peh mmg aku bersumpah ni kali terakhir aku jejakkan kaki dekat mall yg mmg berhantu tu... kerana nak sangat tengok wayang dekat seminggu aku demam nak pulihkan semangat... sekian...
