02

357 79 38
                                    

"Eish, mana phone aku?" Aryna menyelongkar seluruh bilik nya. Dia baru sahaja selesai mandi dan telefon nya diletakkan di atas meja belajar nya.

"Eish, siapa ambil ni! " Aryna bergegas ke ruang tamu. Kelihatan dua adik kembar lelaki nya sedang ralit menonton televisyen.

"Aman! Amin! Korang berdua ambik phone kakak heh?! Bak sini balik! " jerit Aryna. Kedua telinga adik nya ditarik.

"Mana ada! Bilik kakak pun berkunci tadi! Macam mana nak masuk?" kata Amin. Aryna melepaskan tangan nya.

"Nasib baik tak tercabut telinga." bisik Aman. Aryna mengetuk kepala nya sendiri. Bagaimana phone nya boleh hilang? Phone boleh berjalan ke?

"Ibu yang ambil phone kamu. Lepas ni, no more telefon, no more k-pop. Ibu akan pindahkan kamu ke sekolah lain." kata Puan Laila.

"Pindah? Pindah mana ibu? Ibu jangan merepek lah." kata Aryna.

"Ibu dengan ayah dah bersetuju untuk pindahkan kamu ke kampung. Tinggal lah dengan nenek dekat sana." kata Puan Laila. Mata Aryna membuntang.

Balik kampung? Sudah 14 tahun dia tidak pulang ke kampung. Selama ini, tidak pernah dia mengikuti ibu dan ayah nya ke kampung. Masa dia tinggal sorang di rumah, dia menghabiskan masa nya dengan pergi ke club malam.

Aryna sama sekali tidak suka ke kampung nya sendiri. Internet juga agak terhad. Banyak nyamuk sana sini dan banyak pacat.

"Ibu! Aryn tak setuju!" bantah Aryna. Phone Aryna dipegang erat oleh Puan Laila.

"Kalau result exam kamu bagus, ibu bukan saja akan bagi phone ni. Ibu akan bagi duit dekat kamu. Arasseo?"

........................

"Semua dah kemas kan? Ha, jom gerak." teriakan gembira Aman dan Amin memcahkan kesunyian pagi itu. Aryna hanya duduk di ruang tamu sambil menayangkan muka menyampah.

Mahu saja dia lari rumah. Tapi, mana mahu pergi?

"Aik, monyok je. Sedih ke tuuu." jerit Encik Kamaruzzaman. Aryna mengambil bagasi milik nya lalu di letakkan dibonet kereta.

"Sarapan dulu Aryna." Aryna mengunyah sandwich tuna ditangan nya. Dia tiada mood mahu membalas apa. Kali ini dia hanya mengikut arahan.

"Ah, duduk kamping setahun je. Bukan selama nya. Lepas SPM, balik sini jugak." kata Encik Kamaruzzaman. Aryna menjeling ayah nya tajam.

"Sukahati ayah lah. Malas nak layan." kata Aryna. Dia melangkah ke ruang tamu semula lalu menghembus nafas berat.

"Nasib baik aku ada duit sikit." kata Aryna. Di dalam dompet nya masih ada RM500 yang merupakan baki duit bulanan nya.

"Tapi, RM 500 ni nak beli apa je? Kat sana pun tak de shopping mall." omel Aryna. Bantal di tangan nya terus di tekup ke muka.

...........................

"Jangan lupa tolong nenek kat kampung tu. Nenek kamu tu sakit. Makin tua dia banyak rasa penat." kata Puan Laila. Setiap bebelan oleh Puan Laila hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Jauh di hujung kampung, kelihatan seorang warga tua yang berusia sibuk menganyam tikar mengkuang. Kereta mereka selamat tiba di Kampung halam mereka.

"Eh, tak nak keluar ke? Pergi salam nenek tu." kata Puan Laila. Aryna hanya menjeling ke arah nenek nya itu.

"Haih...aku harap aku tengah tido kat rumah sekarang ni." omel Aryna. Dia melangkah keluar daripada kereta.

"Aryna? Uwahh, cantik cucu opah ni. Rambut warna lagi." kata Nek Salmah. Aryna hanya senyum kekok.

"Oklah, ayah kena balik sekarang. Esok ayah kerja." kata Encik Kamaruzzaman.

"Wait, what? Seriously?"


ego. dy✔Where stories live. Discover now