Bab 34

40 3 0
                                        

"Farisha!",panggil Khairul kepada Farisha setelah nampak Farisha berlari melarikan diri. Khairul ingin mengejar Farisha namun dihalang oleh Fina.

"Eh, kau tak payah gatal gatal nak pujuk dia",kata Fina selepas bangun dari kerusi kayu itu.

Ibu Farisha hanya memberi senyuman tawar sahaja kepada Khairul selepas Fina berkata sedemikian.

"Wei, kau ok tak?",soal Fina selepas masuk ke dalam bilik Farisha yang tidak berkunci. "Aku ok je. Tapi kenapa dia sibuk datang sini wei? Aku dahlah trauma dengan apa yang jadi pada diri aku ni. Aku tak boleh lupa , kau tahu tak?",kata Farisha kepada Fina. "Ye ,aku faham. Aku pun pelik . Dia saiko wei. Haishhh geram je tengok muka dia tu. Muka hensem tapi perangai macam binatang!",kata Fina dengan geram.

"Maafkan saya ye makcik. Saya pulang dulu. Ada hal yang perlu saya uruskan",kata Khairul kepada ibu Farisha. "Baiklah. Makcik nak minta maaf ye nak. Mungkin Farisha tak sihat . Makcik minta maaf ye bagi pihak dia",kata ibu Farisha selepas memberi senyuman yang manis kepada Khairul.

"Tak mengapa makcik. Saya faham. Saya balik dulu ye. Terima kasih.Assalamualaikum",kata Khairul lalu masuk ke dalam keretanya.

"Waalaikumussalam. Sama sama",ibu Farisha membalas.

*****

Diyyana turun dari tangga dengan memakai baju yang biasa sahaja. Berlengan panjang dan seluar palazo. Ya,itulah diri Diyyana. Macam mana Nazril nak terpikat kalau itu yang dipakainya.

Diyyana datang perlahan lahan untuk duduk bersebelahan dengan Nazril. Paha mereka saling bersentuhan namun cepat cepat sahaja Nazril menjauhkan dengan dahi yang berkerut . Namun Diyyana cepat cepat mendekatkan pahanya dengan Nazril. Saja,mahu pikat. Jantung Nazril sudah berdebar debar dengan tingkah lakunya. Nazril terus bangun dari sofa yang didudukinya itu lalu bertanya kepada Diyyana. "Eh,kau pahal nak dekat dekat dengan aku?!".

Diyyana pula bangun dari sofa dan menjawab pertanyaan Nazril. "Salah ke saya rapat dengan awak? Bukannya haram kan?",kata Diyyana . "Memang lah tak. Tapi aku tak suka. Aku tak nak lah dekat dekat macam ni. Rimas kau tahu tak?!",kata Nazril dengan tegas lalu berjalan mahu naik ke bilik.

Diyyana cepat cepat menghampiri Nazril lalu memeluk Nazril. Tak sempat lagi Nazril mahu naik ke tangga ,Diyyana sudah melakukan itu.
"Eh,apahal kau peluk peluk aku ni?!",kata Nazril kepada Diyyana sambil menggerakkan tubuh badannya ke kiri dan ke kanan untuk melepaskan tangan Diyyana itu dari tubuh badannya. Nazril tidak mahu menyentuh tangan Diyyana.

Diyyana tidak mendengar apa yang dikatakan Nazril sebaliknya dia tetap memeluk Nazril . Nazril geram lalu memegang pergelangan tangan Diyyana yang berlapik dan menghempaskan kedua dua pergelangannya jatuh lalu Nazril memandang muka Diyyana.

"Sekali lagi kau buat macam ni pada aku. Aku tak teragak agak untuk buat sesuatu yang memeritkan kau",kata Nazril pada Diyyana.

Nazril terus berjalan untuk naik ke tangga. Namun langkahnya berhenti apabila Diyyana bersuara.

"Hati awak ada orang lain kan? Betulkan?! Awak curang dengan saya!",kata Diyyana. Air matanya mula bergenang .

Nazril memalingkan mukanya tepat ke muka Diyyana.

"Apa yang kau merepek ni?",soal Nazril. "Merepek apa?Ha?Merepek apa? Saya cakap perkara yang betul. Saya terdengar awak berbual manja dengan Sara. Awak ingat saya tak tahu?",kata Diyyana kepada Nazril.

"Awak ni lelaki yang tak berguna!!!!",kata Diyyana sambil memukul dada Nazril. Nazril tersenyum senget lalu berkata "apa salahnya aku curang dengan kau pun? Kau tak layak untuk aku lah. Aku pun akan kahwini dia . So what? Kau nak cakap aku apa? Lelaki sampah? Lelaki yang tak guna? Ha cakap lah. Aku tak kisah. Kau kena sedar apa yang kau cakap tu semuanya berbalik pada diri kau lah",kata Nazril kepada Diyyana lalu berjalan pergi menaiki tangga . Diyyana terjatuh terduduk di atas lantai itu. Air matanya bergenang lalu jatuh membasahi pipi. Dia menangis teresak esak .

Diyyana's POV

Aku ni bodoh!!!! Terlalu bodoh! Tsk tsk. Sudahlah Diyyana. Kau memang bodoh dalam percintaan.

Nazril, aku menyesal mencintai kau selama 20 tahun. 20 tahun itulah sejarah hitam buat aku.

End POV.

***************************

Assalamualaikum semua!!! Lama tunggu author publish bab baru kan? Terima kasih kerana masih membaca karya author. Author sangat sangat menghargai kalian. Tolong vote, comment ye. Terima kasih😊😊😊😊💞.

Perhatian buat readers, sila baca bab 1-bab 33 untuk memahami novel CRUSH... . Sila ke account👇👇👇
Ayu_afifa
Ayu_afifa
Ayu_afifa

untuk memahami novel CRUSH. SEKIAN❤️.

Crush... (HIATUS)Where stories live. Discover now