B A B 1 5 - S A K I T

Start from the beginning
                                    

"Aku-" Qif menanti penuh sabar.

"Ye, aku mengaku aku cintakan dia." Yes!

"Tapi aku tak boleh miliki dia."

AINA mula melabuhkan punggungnya di hadapan seorang lelaki berkemeja hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AINA mula melabuhkan punggungnya di hadapan seorang lelaki berkemeja hitam. Lelaki itu berwajah tegas sebelum mula menayangkan senyuman yang tersangatlah lebar.

"It's great to see you again, dear friend!" Aidan atau namanya yang sebenar Aidan Ismadi merupanya rakan Aina di Australia. Ingat? Sewaktu Aina menghilangkan diri beberapa tahun yang dulu.

"Kau jangan nak speaking sangat laaa, Aidan oiii! Ni kat Malaysia, kau tu orang melayu cakaplah melayu." Aidan ketawa kecil.

'Membebel je budak ni. Nasib sayang.'

"Ni, kau balik ni asal pulak?" Seingatnya Aidan pernah memberitahunya bahawa dia tidak akan menjejakkan kakinya lagi ke Malaysia meskipun itu tanah airnya. Lagipun tiada seorang pun ahli keluarganya di sini atau lebih tepat, dia tiada ahli keluarga.

Aidan merupakan seorang anak yatim piatu sejak umurnya menjangkau usia 15 tahun. Ibu bapanya terlibat dalam kemalangan yang menyebabnya mereka terkorban. Tiga tahun berikutnya, adiknya pula telah di jemput Ilahi kerana demam Denggi. 2 tahun kemudian, dia mula menyambung pelajarannya di Australia dan menetap di sana sehingga sekarang.

Tinggallah dia sebatang kara tanpa kawan sebelum munculnya Aina di dalam hidupnya. Baginya, Aina merupakan cahaya yang mula menerangi hidupnya yang penuh kegelapan.

Namun untuk memiliki Aina, dia tahu itu mustahil. Dia dan Aina tiada hubungan erat selain sahabat. Aina sendiri yang berucap begitu. Tambahan pula Aina pernah menceritakan tentang seorang lelaki kepadanya. Biarlah, asal gadis itu bahagia.

"Aik? Tak suka ke aku balik?" Aina menjeling.

"Bukan aku tak suka, aku pelik jelah. Kau kan rumah kat sana, kerja kat sana, ni tiba-tiba kat sini pulak." Pelayan yang datang menghantar minuman itu menghentikan perbualan mereka.

"Haha, aku saja je balik sini. Kerja kat sana aku hold dulu. Lagipun kau tu, sejak balik sini bukannya rajin chat aku." Aina tergelak kecil.

"Kiranya kau datang sini sebab aku tak layan kau ke? Alolo, merajuk ke tu? Tak layan lah weh haha!" Aina tersenyum lebar.

'Aku datang sini untuk kau. Aku tak tahu, hati aku kata sesuatu yang tak jelas tapi aku tahu sesuatu tu ada kena mengena dengan kau. YaAllah, kenapa, duhai hati? Apa yang kau cuba sampaikan?'

"Hoi!" Aidan yang termenung itu terkejut. Tersengih dia menutup malu. Boleh pulak dia termenung.

"Berangan sampai mana oii? Baru sampai Malaysia dah rindu kerja ke?" Perli Aina lalu tergelak lagi.

Pengorbanan CintaWhere stories live. Discover now