𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐦 𝟒.𝟎

Start from the beginning
                                    

"Eh chan! Kau pergi duduk dekat Mark. Jangan menyempit dekat sini!" Usir hendery.

"Alah! Nak duduk dengan xiaojun hyeong pun tak boleh" omel haechan.

"Jangan jadi orang ketiga haechan-ah!" Ucap lucas.

"Haechan-ah, illeobwa~" panggil Mark.

Haechan yang merasa dipanggil pun berganjak menuju ke arah Mark seperti anak anjing yang berlari ke arah tuannya.

"Semua dah ada kan? Kalau macam tu, biar aku mula dulu. Memandangkan dekat sini, hampir semua adalah waegukin(warga asing) jadi, korang mesti tak tahu cerita ni" ucap jungwoo.

Semua mata tertuju kepada jungwoo yang sedang bercerita. Mereka mendengar dengan saksama apa yang diceritakan oleh jungwoo.

"Cerita ni urban legend korea. Namanya Cho-Nyeo-Gwi-Shim" ucap jungwoo.

"Huh? Cho-Nyeo-Gwi-Shim? The Virgin Ghost?" Tanya Mark blur.

"Yes! Hantu ni dia selalu menjelma dekat hoapital dan seangkatan dengannya. Jadi cerita ni terjadi pada seorang lelaki. Aku bagi nama dia youngjae. Jadi si youngjae ni tinggal di satu apartment. Dulu ada sistem ni tau, kalau korang sewa apartment di tingkat paling atas korang akan dapat sewa murah tapi kalau sewa tingkat paling bawah sewa dia mahal" sambung jungwoo.

"Macam tu pun ada eh?" Tanya hendery.

"Haah betul tu. Sebab tu dulu ramai orang lebih suka sewa di tingkat paling atas sebab sewa dia murah. Tapi yang hanatnya sebab apartment dulu takde lift. Jadi kalau nak naik kena guna tangga" sampuk haechan.

"Sumpah kalau kau sewa apartment tu mesti kau sekarang dah kurus kan haechan?" Tanya hendery dengan nada biasa tapi bagi haechan itu mengejek.

"Kau dah hidup lama ke hyeong~?" Ucap Haechan.

"Eurm, syukurlah~ masuj tahun ni dah 18 tahun aku hidup. Aku taknak mati lagi" balas Hendery.

"Aku ingatkan kau taknak hidup dah. Aku baru cadang nak panggil malaikat maut, untuk cabut nyawa kau" ucap Haechan lagi

"Dah diam. Bagi aku bercerita ni. Jadi pada malam tu, si youngjae tengah sedap tidur, tetiba dia terbangun sebab terdengar bunyi ketukan pintu di rumahnya. Youngjae pun bangun dengan tertanya-tanya siapa yang terencat nak datang malam-malam ni. Tiba-tiba dia tersengar satu suara. Suara tersebut menyuruhnya menutup kedua-dua belah matanya dan menyuruhnya mengira 1 - 100 tanpa mengeluarkan bunyi" sambung jungwoo lagi.

"Hantu tu nak main sorok-soroklah tu" ucap lucas.

"Kebetulan youngjae ni percaya dengan benda-benda begitu, jadi dia mengikut sahaja arahan tersebut. Sampai sahaja nombor 49, youngjae membuka matanya. Nak tahu apa dia nampak?" Ucap jungwoo. Yang lain mengangguk sebagai jawapan mereka.

"Dia nampak cho-nyeo-gwi-shim sedang berdiri tepat di hadapannya dan merenung tajam ke arahnya. Tamat~" sambung jungwoo.

"Itu je?" Tanya xiaojun.

"Ne!" Balas jungwoo.

"Sekarang biar aku pulak cerita" ucap hendery.

𝐇𝐨𝐬𝐭𝐞𝐥Where stories live. Discover now