10

1K 116 8
                                    

"Alahhh Hanie sorry lahhh, maafkan aku ehhh" hanie hanya menghiraukan haechan yang menarik menarik hujung bajunya sambil meminta maaf kerana ulahnya kemarin

"Beruk betullah kau nie haaa maafkan lah aku haniee" haechan tidak berputus asa, dia tetap saja memujuk hanie

Sekarang mereka berada dikawasan sekolah, Haechan terserempak dengan hanie di depan pagar sekolah sebab tu dia ambil peluang ni untuk meminta maaf dengan hanie sebab dia akan ada latihan sebentar lagi dan kemungkinan dia tidak akan masuk ke kelas buat hari ini

"Haniee~" panggil haechan lagi, dia kini berdiri di hadapan gadis itu, tetapi gadis itu hanya melihat sebentar ke arahnya kemudian menyambung perjalanan untuk masuk ke kelas

"Hanie~ kau nak makan apa? Aku lanje apa apa je kau nak" kini haechan menggunakan taktiknya

"Aku nak makan sushi, boleh?" Jawab Hanie pantas sahaja dia pergi ke arah haechan, hanie sangat lemah apabila ditawarkan makanan

"Boleh dengan satu syarat, kau kena maafkan aku" haechan berkata sambil tersenyum

"Ye aku maafkan kau" jawab hanie pula

"Betul ni?"

"Ye haechan betul"

"Yeshhh finally" haechan tersujud syukur disitu, hanie tertawa. cliche sangatlah kawan dia sekor ni

"Cepatlah aku nak sushi woii" hanie merungut apabila haechan terlalu lama bersujud syukur

"Ihhh kejaplah, nanti masa rehat aku lanje lah" haechan bangun dari sujudnya tadi

"Kenapa pulak?" Hanie mengembungkan pipinya, dia ingat dia dapat makan sekarang

"Aku ada latihan, masa rehat tu je aku free" ujar haechan lagi

"Means kau tak masuk kelas lah hari ni?" soal hanie ke arah haechan

"Yup" tersenyum lebar haechan dibuatnya, jadi hari ni dia tak perlu berdepan dengan cikgu botak depan tu. Cikgu tu botak depan sebab apa? Entahlah~ aku pun taktau *ajuk suara Gopal*

"Macam mana dengan sunwoo? Dia pun tak masuk ke kelas?" Tanya hanie sekali lagi

"Kau dah lupa ke? Kan dia sesama dengan aku ada latihan" murung muka hanie dibuat nya

"Alone lah aku hari ni, takpelah. Nanti jangan lupa ambilkan gambar Renjun untuk aku tau" hanie menyengol bahu Haechan untuk mendapatkan jawapan dari sahabatnya itu

"Yelah" tersenyum lebar hanie, pantas sahaja dia berlari masuk ke dalam kelasnya

.
.
.

"Eh- mana Jaemin, Jeno, Haechan dan Sunwoo? Dorang ponteng kelas ke" ujar Sir Taeil

"Ehhh sir takkan lah Sir lupa yang oppa oppa saya tu pergi latihan basketball? Kalau nak ikutkan hati saya pula yang nak ponteng sebab nak tengok oppa oppa saya berlatih basketball" Ujar seorang pelajar perempuan, dia menjawab dengan nada gediknya dengan suara sangat lantang. Dia punya suara tu nak satu dunia dengar kut

"Kang yeji, please hormat Sir sebagai cikgu kamu. Sir tak suruh kamu ponteng langsung and sir takde suruh pun kamu menjawab dengan suara yang lantang. Kenapa? Dah malas nak belajar ke? Sibuk nak menggedik dengan dorang kenapa, dorang tu pelajar pandai kamu ni apa? Aish masalah betul" Seusai Sir Taeil habis bercakap sedemikian dia terus melihat pelajar nya yang lain

"Jaera kamu maju ke depan sementara Jaemin takde kamu duduk sebelah hanie, kalau boleh bawa je kamu punya semua barang tu ke depan" Jaera hanya mengangguk perlahan dan mengangkat semua keperluan nya dan duduk disebelah hanie

"Hari ni Sir tak mengajar so kamu semua buat lah hal masing masing tapi jangan bising sebab Sir nak buat kerja sir" semua mengangguk faham

"Hai" hanie menyapa Jaera yang sedang membaca buku, sudah 3 tahun mereka menjadi classmate tetapi ni kali pertama dia menegur Jaera

"Hai too" kata Jaera sambil tersenyum manis ke arah hanie

'Takde lah sombong dia nie, jadi desas desus yang kata dia sombong ni mestilah fake? lahanat tul yang buat news tu' ujar hanie di dalam hatinya

"Rajinnya awak baca buku" ujar hanie kepada Jaera

"Haha janganlah guna awak saya, guna je kau aku. Tak biasalah guna awak saya" ujar Jaera spontan ke arah Hanie, terdengar terlalu kaku

"Okey, btw kan kenapa kau selalu sendiri ehhh? Janganlah menyombong tau, tak bagus" hanie bertanya kepadanya

"Bukannya menyombong tapi takde siapa pun yang sudi nak jadi kawan aku dengan ikhlas, dorang asyik pikir aku ni sombong pastu kawan dengan aku pun sebab nak kikis duit aku. Aku tak suka dibuat begitu so aku decide nak cut off orang orang yang pergunakan aku je" ujar Jaera dengan nada geram. Memang betul mereka semua ingin berkawan dengan Jaera selepas mengetahui Jaera ini anak kepada CEO yang ternama dan tersohor diseluruh dunia

"Owh begitu" hanie mengangguk faham dengan ayat Jaera, kalau dia jadi jaera pun dia akan buat benda yang sama

'aku boleh je jadi kawan kau sebab aku bukan jenis orang yang macam tu' tapi kata kata ini hanya mampu dicakap didalam hati sahaja

Selepas beberapa jam akhirnya waktu rehat telah pun tiba

"Hanie cepatlah lambat betol lah kau nie" jerit Haechan, dia dan sunwoo setia menanti hanie di depan pintu kelas

"Lek lah dulu" haechan dan sunwoo masuk ke dalam kelas, mungkin lenguh kaki mereka kerana berdiri lama sangat

"Jaera , meh lah join kami rehat sekali" kata hanie seusai dia habis mengemas barang barang nya

"Weyhh dia takkan ikut punya" ujar sunwoo, sebab mereka tau yang Jaera ini jenis tak bergaul sangat dengan orang lain

"Ye duh, kalau dia tolak aku orang pertama yang gelakkan hanie" ujar haechan menahan ketawa, baginya tindakan hanie sangat berani dan lawak

"Boleh je-"

___________________________________________________

Enjoy reading this story

Mr.bad boy •Na Jaemin•Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt