➾01

35 4 0
                                        

᛬ Happy reading ♥

᛬ Happy reading ♥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✦✦✦✦✦✦

"SON Raeun!" laung seseorang dari luar bilik Raeun. Jelas kedengaran suara lembut iaitu suara perempuan.

Sempat Raeun mengeluh geram sebelum membuka pintu biliknya. "Nak apa?"

"Tolong pergi kedai. Beli barang. Banyak dah habis ni." pinta unnie-nya, Son Naeun separuh memohon, bukan senang nak minta tolong dongsaeng-nya itu.

Kalau disuruh ada saja membantah, memanglah dia sebagai unnie tak perlu mendengar kata dongsaeng sangat tapi dongsaeng-nya ni lain!

Seorang yang dingin, agak garang, baran. Jarang betul nak nampak dia senyum, selalu berkurung dalam bilik, habiskan masa dengan baca fanfiction. Drama, movie atau apa saja rancangan ditelevisyen langsung tak ditontonnya. Dia tak sukakan keseronokkan, kesedihan. Dia mahu buat benda yang dia suka.

Kau berani nak halang dia? Penumbuk sebiji hinggap diwajah kau. Disebabkan dia juga mempunyai tali pinggang hitam jadi sampai sekarang dia masih tiada kawan kerana takut dipukul. Padahal dia pukul bila orang itu buat masalah je.

Namun dia sudah biasa berseorangan. Bagi Naeun pula, bukan tak pernah cuba untuk menceriakan dia tetapi sudah banyak kali! Dan hasilnya langsung tidak memuaskan jadi dia hanya biarkan saja Raeun hidup dalam dunianya sendiri.

Ada sebab mengapa Raeun menjadi begitu yang sangat bertentangan dengan dirinya yang dulu.

"Arra." tutur Raeun sepatah lalu kembali menutup pintu biliknya. Mahu bersiap nak pergi ke kedai. Dia tak tolak pun kerana ada juga barang yang dia nak beli.

Sementara Naeun yang masih berdiri statik didepan bilik Raeun sudah mengeluh lega. Nasibnya baik harini. Bukan dia tak mahu pergi sendiri tapi dia tak tahu memandu kereta, hanya Raeun je yang sempat belajar dan mempunyai lesen memandu.

Tanpa buang masa, cepat-cepat dia mencari kertas dan pen mahu mencatat senarai yang mahu Raeun belikan.

Kalau dihantar senarai itu melalui message, dia tahu yang Raeun takkan membawa sebarang gadjet ketika pergi ke kedai berdekatan kecuali duit.

• • • • •

DAHI Raeun berkerut kecil apabila ditingkat rumahnya, didepan rumah yang tak jauh dari rumahnya itu terdapat ramai orang berkerumun. Tetapi cuba diabaikan. Malas mahu masuk campur.

Walaupun dalam hati rasa nak maki saja kerana suasana yang sangat membingitkan telinga! Dengan lampu kamera yang bercahaya terang. Sangat merimaskan!

Dia keluar dari lift lalu menuju kerumahnya setelah siap membeli barang. Beberapa langkah dia keluar dari lift, ada seorang lelaki menegurnya tetapi mukanya tak dikenal pasti oleh kerana dia memakai mask hitam.

Terhenti langkah Raeun lalu menjongket kening sebelah tanda 'kenapa'. Malas mahu bercakap sebenarnya.

"Boleh tolong?"

"Apa?" akhirnya dia membuka suara kerana pelik akan lelaki yang berada dihadapannya ini. Kapchagi?

"Okay em, sebenarnya rumah saya dah kena halang. Nampak tu." tunjuk lelaki itu serentak mata mereka melihat dihujung tingkat ini yang agak riuh.

"Then?"

Tiba-tiba lelaki itu membuka mask nya. Raeun hanya memandang kosong. Kenapa?

"Awak tak kenal saya?"

"Tak."

"Eo jinjja?" tanya lelaki itu pelik. Takkanlah dia tak kenal?

"Saya Jung Jaehyun." Jaehyun memperkenalkan diri sebelum menarik tangan Raeun supaya berdiri ditempat tersorok sedikit. Kang naya dia kena serang lagi.

"So?"

Jaehyun sudah mati akal. "Saya artis!" terangnya bersungguh-sungguh mahu Raeun mengenalinya. Dia ni duduk dalam gua ke apa?

"Pastu? Nak suruh aku jerit gembira?" tanya Raeun malas. Jujur dia tak pernah nampak pun wajah Jaehyun ni. Kan dah cakap, dia hanya meluangkan masa dalam bilik tanpa menonton televisyen.

Tang mana dia nak kenal Jaehyun-nya?

Jaehyun menggaru kepala geram. "Okay look. Now saya tak boleh masuk rumah saya, you know why. Dan saya takde tempat tinggal sekarang."

"Serious talk. Kau nak cakap apa ni? Aku dah buang banyak masa untuk cakap benda yang tak berfaedah dengan kau." omel Raeun tanpa sedar akibat geram dengan Jaehyun.

"Saya nak tumpang tidur rumah awak."


✦✦✦✦✦✦

✦✦✦✦✦✦

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
first love Stories to obsess over. Discover now